Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

39 - anak

Selangkah aku masuk ke dalam rumah mak ayah aku, Fahri terus hilang dari sisiku.

"Aniq! Elok sikit perangai, please. Dia akak punya!" Aku menarik lengan kanan Fahri manakala adikku Aniq menarik lengan kirinya.

"Abang Fahri tak ada sesiapa punyalah! Lepaslah, kak. Aniq nak ajak Abang Fahri main game bola." Dia memberi alasan.

"Salam dulu, takleh?"

"Kalau Aniq salam nanti akak ambik dia."

"Ee, tak matang punya budak. Umur kau berapa eh? Kau ingat ni game apa nak rebut-rebut orang ni?"

"Abang Fahri, abang Fahri pilih siapa? Saya atau akak Amirah?" Aniq memalau aku dan bertanya soalan kepada Fahri yang nampak seperti tiada usaha untuk meleraikan pergaduhan antara kami.

Sebelum sempat Fahri menjawab, kedengaran ibuku sudah menjerit namaku dari dapur, "Amirah ke tu?"

"Hah, ibu dah panggil. Lepaskan Fahri. Akak nak bawak dia jumpa ibu." Aku mengambil peluang itu untuk membawa Fahri lari. Aniq mencebik lalu melepaskan dengan reda.

"Ya, ibu! Mira dah balik!" Aku menjerit membalas panggilan ibuku.

🍉

Selepas menyalam kedua-dua tangan ibu dan ayah aku, aku dan Fahri duduk di meja makan itu untuk menjamu hidangan tengah hari yang dimasak ibu.

Semasa makan, perbualan pun dimulakan oleh ayah aku, "OK kerja, Fahri?"

Fahri hanya mengangguk. Tidak mengapa, family aku pun dah tahu suami aku ni pendiam jadi mereka tak expect dia untuk bercakap.

"Adib mana?" Aku bertanya mak ayah aku tentang perihal abangku.

"Keluar dengan kawan." Ibu aku menjawab.

"OK kerja dia?"

"Alhamdulillah. Kami semua kat rumah ni baik je. Kamu?"

"Mira dan Fahri pun OK je, ibu."

"Kamu plan nak ada anak bila?" Ibu bertanya soalan cepumas.

"Haha..." Aku tergelak lemah, Fahri buat-buat batuk. Ayah aku hanya tergelak melihat reaksi kami berdua.

Anak. Aku dengan Fahri memang nak sangat dikurniakan anak sulung. Dah cuba banyak kali tapi apakan daya, masih tak ada rezeki.

"Ala, ibu ni. Mira dengan Fahri kerja, jadi busy sikit. Lagipun, kita tunggulah baby Kak Lipa keluar dulu." Aku cuba mengelak soalan ibu.

Ibu tergelak, "Ibu saja tanya. Tak meminta pun. Kamu jangan rasa pressure pulak."

"Hehe, ya Mira tahu. No rush." Aku tergelak lemah.

Kadang-kadang aku pun rasa sedih setiap kali period aku datang. Itu maknanya aku tak mengandung lagi. Aku tahu, aku baru je kahwin 2 tahun lepas dan tak terlambat lagi untuk dapat anak, tapi... Entahlah. Macam dah lama je aku tunggu.

Sekarang aku rasa nak nangis tapi aku tahan. Mesti mak ayah aku nak cucu ramai, tapi aku ni pulak tak pregnant lagi. Haih.

Tangan aku tiba-tiba digenggam Fahri kuat di bawah meja. Aku tersenyum. Nasib baik aku ada dia.

"Hoi!" Dua tangan tiba-tiba mendarat di bahu aku secara mengejut. Secara refleks bahu aku ternaik selepas abang aku Adib terkejutkan aku.

"Oh my God, tak reti bagi salam ke?" Aku marah dia.

"Heheh." Dia tersengih sambil menyalam Fahri. "Cakap pasal apa?" Dia mengambil tempat duduk di sebelah Fahri.

"Baby..." Aku berkata.

"Mira dah pregnant ke?!" Adib buat muka terkejut.

Aku membalikkan mata. Fahri tersenyum lalu menggeleng.

"Oh, sorry." Adib berkata.

"Kamu berdua pergilah main dengan Aniq. Kesian dia duduk sorang-sorang kat rumah. Sunyi." Ibu berkata kepada aku dan Fahri.

🍉

Aku perhati je suami dengan adik aku main PS4 pada skrin TV. Aku takde benda lain nak buat.

Tiba-tiba suara lantang ayah aku memanggil Fahri untuk bersembang di luar. Fahri akur dan memberi konsol PS4 itu kepada aku supaya aku menggantikan dia.

Aku terfikir, apa lahai yang ayah aku nak cakap dengan Fahri? Fahri bukannya cakap banyak sangat pun. Secara tak langsung, hati aku turut berdebar untuk Fahri.

Dalam perjalanan pulang ke rumah aku pun tanya Fahri apa yang diperbualkannya bersama ayah aku.

"Hal orang laki." Ringkas Fahri menjawab.

"Huh? Tak payah nak mengada. Awak sembang apa sebenarnya?"

"Sembang pasal betapa susahnya nak jaga awak."

"Heh. Sudahlah." Aku give up nak tanya dia. Maleh aku.

Selepas beberapa saat, Fahri berkata, "Amirah."

"Hm?"

"Urm... Awak... Jangan..." Dia berkata dengan perlahan.

Aku menunggu dia cakap sampai habis tapi dia berhenti kat situ je. "Jangan apa?" Aku tanya dia.

Dia menelan air liur lalu mengeluh, "Awak jangan rasa stres tau bila orang cakap pasal anak."

Aku terdiam. Kemudian aku mengangguk, "OK..."

"Saya boleh tunggu awak sampai bila-bila."

Aku memandang luar tingkap kereta, "Hm, OK."

"Jangan sedih."

"Ya, baiklah."

"Jangan menangis, sayangku."

Aku tersenyum kemudian aku memandang dia. Dia turut sama pandang aku dan tersenyum.

Walaupun dia tersenyum, aku tahu Fahri pun tak sabar nak ada anak sendiri. Walaupun dia cakap jangan bersedih, tapi aku takleh lari dari perasaan sedih dalam hati aku ni.

Dia cakap dia akan tunggu aku sampai bila-bila. Tapi kalau aku tak mengandung sampai bila-bila, Fahri masih nak bersama dengan aku ke?

"Awak ni dah gila ke?" Tiba-tiba Fahri bertanya dengan keras. Huh?

"Apa?" Aku tanya dia sambil kerut muka. Tiba-tiba nak naik suara apesal?

"Takkanlah saya nak tinggalkan awak sebab takleh ada anak je?" Fahri berkata.

Aku terlopong buat beberapa saat. Jap, apa benda yang dia cakap ni?

Jap.

Sekejap...

Aku tercakap kuat ke pasal fikiran yang terlintas di minda aku tadi?

Aku melegakan tekak, "Sorry, Ri. Tadi tu saya terpikir je. Tak perasan yang saya terluah sekali."

"Awak overthink."

"Hm, nak buat camne. Banyak sangat benda negatif dalam ni."

Selepas itu suasana dalam kereta sepi.

"...Amirah, saya dah janji dengan ayah awak tadi."

"Janji apa?" Aku mengerutkan kening.

"Yang saya akan terima awak seadanya. Awak tak perlu insecure pasal anak, atau pasal apa-apa pun."

Aku memandang dia yang sedang fokus pada jalan tu. Aku tahu sekarang mesti dia rasa malu nak pandang aku.

Walaupun dia tengah drive, aku melentokkan kepala di bahu dia.

Oh Tuhan, apa yang aku dah buat sampai aku layak bersuamikan seorang macam dia?

"Sorry, Fahri..." Aku berkata dengan perlahan.

"Tak perlu sorry."

"Thank you."

"Hm."

"I love you."

"Hm." Dia diam selama beberapa saat kemudian membisik, "I love you more."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro