
25 - babysit
Aku mengerutkan kening melihat seorang budak perempuan umur 5 tahun sedang duduk di pangkuan Fahri. Fahri peluk dia dari belakang sambil mereka berdua menonton sesuatu kat phone.
Kalau korang tertanya budak tu siapa, tu anak sepupu Fahri yang nama Qistina tu.
Qistina tu mintak kitorang jaga dia sehari semalam sebab dia outstation dengan laki dia.
"Kenapa Tina mintak tolong awak, Fahri?" Aku cuba tarik attention dari Fahri.
"Sebab kita dekat dengan rumah dia."
"Oh."
Dah tu je. Fahri kembali fokus tengok cerita kanak-kanak dengan budak bernama Syasya tu.
Aku mengetapkan gigi sebelum mengeluh.
Aku mengangkat diri ke dapur untuk masak.
Beberapa minit kemudian
"Dah boleh makan." Kata aku sambil menghidang makanan atas meja.
Fahri dan Syasya datang ke meja makan. Aku meletakkan nasi dalam pinggan lalu menghulur ke Fahri.
Kemudian aku meletak nasi untuk Syasya pulak sebelum dia cakap, "Sya tak nak makan ni. Sya nak spaghetti."
Hamboi, bukan main lagi kau eh.
Aku pura-pura gelak.
"Makanlah, Sya. Kalau tak Sya lapar." Fahri memujuk dia.
Syasya masih enggan makan. Mengada.
"Sedap tau Kak Mira masak." Fahri masih pujuk.
Dia menggeleng kepala.
"Makan jom. Kak Mira suap." Aku pulak cuba untuk memujuk dia.
Dia pandang aku lama, kemudian memandang Fahri, "Sya nak abang suapkan."
Wah wah wah. Aku offer nak suap pun dikira baik tau?
Aku makan sambil kena hadap Fahri menyuapkan makanan kat budak tu. Aku tak kisah pasal tu. Cuma aku bitter sebab dia reject aku nak suap dia tadi. Kuajo punya budak.
Selepas habis makan, aku mengemas meja makan manakala dua makhluk tu sambung meluangkan masa dengan tengok movie. Dorang tidur setelah selesai tengok satu movie dan bangun semula bila dah pukul 6 petang.
"Sya, dah petang ni. Pergi mandi dengan Kak Mira." Fahri memujuk Syasya.
"Abang nak mandi jugak ke?" Syasya bertanya Fahri.
"Tak, abang mandi lepas Sya mandi."
"Tapi Syasya nak mandi dengan abang."
Aku mencebik sepuas-puasnya selepas dengar dia cakap macam tu. Budak ni miang semacam atau memang semua budak camni?
Fahri pandang aku. Ha, nak mintak tolong aku lah tu.
Last-last kitorang berdua mandikan dia.
Lepas dia habis mandi, aku tolong pakaikan baju dia. Lepas dia pakai baju dia pergi peluk Fahri. Eh, aku yang pakaikan baju kau tau? Bukan Fahri.
Fahri tersenyum, "Sekarang barulah Sya bau wangi."
Syasya tergelak riang.
Err. OK.
Aku cuba tak endahkan dorang. Giliran aku pulak nak mandi. Aku mengambil tuala mandi lalu menyidaikan di bahu.
"Awak nak mandi ke?" Fahri tanya aku.
Aku mengangguk lalu menyoal, "Kenapa, nak join?"
"Nak, tapi lain hari." Dia tersenyum nakal.
Heh, ni lagi sorang miang.
🎈
Nasib baik masa berlalu dengan cepat. Sekarang dah masa untuk tidur. Bye bye budak, esok kau dah kena balik rumah hahahaha.
"Abang Aidan, Sya nak tengok cerita Didi." Syasya bersuara semasa kami semua bersiap nak tidur. Dia berada di antara aku dengan Fahri atas katil.
"Mama tak kasi tengok cerita sebelum tidur. Abang bacakan buku cerita, nak?"
Syasya mengangguk dengan aku sekali terikut mengangguk. Wah, bedtime story bersama Fahri nampaknya.
Tapi, cerita fairy tale yang Fahri baca tu sangatlah mengantukkan. Aku mula memejamkan mata lepas Fahri baca 2 cerita atas demand Syasya.
Selepas Fahri habis baca beberapa cerita, Syasya sudah mula mengantuk. Sebelum dia tidur dia berkata, "Abang, mama dengan papa selalu cium Syasya sebelum tidur."
Aku mencelikkan mata selepas mendengar ayat tu.
"Syasya nak abang cium ke?" Fahri bertanya.
Adakah ini nightmare?
"Nak." Syasya menjawab.
Fahri mencium dahi Syasya. OMG. Aku memandang dengan muka terkejut.
OK, OK, relax Amirah. Jangan toxic please. Itu benda biasa bagi budak-budak.
"Sya nak cium pipi abang."
Huh? Adegan apa yang aku tengah saksikan sekarang ni?
Selepas dia cium pipi Fahri, dia pandang aku, "Kak Mira nak jugak?"
Tak nak.
Tapi kalau aku reject budak nampak macam aku pulak yang tak matang.
Aku membuat perkara sama seperti apa yang Fahri buat tadi. Dan dia membalas dengan kiss kat pipi aku.
Selepas tu kami tidur.
Dorang berdua jelah. Aku takleh tidur.
Aku... Aku tak suka budak-budak. Bukan semua. Tapi yang mengada macam kat sebelah aku ni.
Aku cuba fikir balik apa yang Syasya dah buat pada hari tu. Sebenarnya, apa yang dia buat semua normal kalau dia dengan mak ayah dia. Biasalah budak, nak attention dari orang yang dorang suka. Dan dan pulak Syasya ni suka kat Fahri.
Mungkin aku tak biasa nampak Fahri berlembut dengan orang lain, walaupun dengan budak sekalipun. Dengan kucing pernahlah. Banyak kali.
Aku tak tahu pulak Fahri suka budak-budak.
Aku mengiringkan badan untuk melihat mereka berdua nyenyak tidur.
"Tak tidur lagi, Amirah?" Bukan main terkejut aku bila Fahri tegur aku dalam keadaan membisik.
"Belum." Aku membalas bisikan dia dalam kegelapan malam tu. Tak nak kejutkan Syasya tengah-tengah kami ni.
"Kenapa awak bad mood je hari ni?" Dia tanya aku.
"Hahaha, nampak ke saya bad mood?"
"Haah."
"Takde apa pun. Saya bitter dengan dia ni je." Aku refer kepada Syasya.
"Awak jeles ke dia lagi suka kat saya?"
"Haah."
"Kalau kita ada anak nanti, akan jadi macam ni jugak ke?"
"Kalau anak sendiri, lainlah ceritanya. Dan semestinya dia akan suka lebih kat saya."
"Yakinnya."
"Of course."
Sunyi sekejap.
"Amirah, kalau ada anak nanti, awak lagi prefer dia ke saya?" Fahri bertanya.
"Dia."
"Lajunya jawab."
"Kalau Fahri?"
Fahri mengambil masa yang lama sebelum jawab, "Saya akan sayang dua-dua sama rata."
"Yakinnya."
"Of course."
"Saya akan sayang lebih kat anak, tapi cinta lebih kat awak. Ha, amacam?" Aku cuba nak compete dia.
"Pandai buat pantun."
"Hehe, dah tidurlah, Ri."
"Hm, OK. Goodnight, Amirah."
"Goodnight, Fahri. Love you."
"Hm."
"Love you." Aku ulang.
"Ye."
"I love you, Ri."
"OK."
"Jawablah love you too."
"Leyutu." Dia menggumam.
Selepas tu kami berdua diam. Cuba untuk tidur.
"Amirah, sedap lauk yang awak masak tadi." Fahri tak nak tidur lagi nampaknya. Dia cuba lagi buat conversation.
"Asal tiba-tiba ni?"
"Saja nak puji awak. Salah ke?"
"Tak salah pun. Terima kasih, Ri. Awak pun hari ni betul-betul perangai macam bapak orang."
"Itu pujian ke?"
"Haah."
"Oh, terima kasih. Boleh saya cium awak?"
"Boleh, tapi lain hari."
"Kalau saya nak hari ni?"
Aku menjeling dia. Bukannya dia boleh nampak sebab gelap.
Dia bangun sedikit dan cium dahi aku walaupun ada Syasya di antara kami berdua.
Hm, mesti dia tahu hari ni aku bitter sebab dia duk melayan Syasya je. Kiss dan pujian dia tadi sekadar nak mintak maaf.
"Mana aci, Fahri."
"Aci. OK bye."
Selepas tu kami betul-betul tidur. Ses.
🎈
"Terima kasih sangat-sangat Aidan dan Amirah. May Allah bless you. Nah, Tina belikan pavlova untuk korang." Qistina menghulurkan kotak pavlova kepada kami. Wah, mesti Fahri suka sebab banyak strawberi.
Syasya melepaskan pelukan dia dari Fahri lalu pergi ke ayah dia pulak.
Ayah dia mendukung dia lalu Syasya memandang kami berdua dan berkata, "Bye kakak dan abang. Terima kasih." Dia melambaikan tangan.
Kami lambai balik dan keluarga tu pun pulang ke rumah.
Fahri mengeluh.
"Penat ke Ri jaga budak?" Aku tanya dia.
Fahri mengangguk. Ya Allah ini baru sehari. Nanti kau ada anak sendiri?
"Sebab inilah saya cadang awak berhenti kerja selepas pregnant." Fahri berkata.
Aku tersenyum.
"Jom makan pavlova, Ri. Awak makan strawberi saya makan yang lain-lain." Aku mengajak dia masuk ke dalam rumah.
"Elok sikit."
Aku tergelak.
🎈
sepatutnya pakcik dan makcik ork, bukan abang dan kakak
tapi takpelah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro