Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

21 - raya edition

Rumah mak ayah Amirah

"Yeay esok raya!" Aniq menjerit kegembiraan sambil melihat bunga api meletup-letup di luar tingkap.

"Jangan nak happy sangat. Kau kena tolong kemas rumah." Amirah memerli adik dia.

Aniq mencebik lalu dia pergi ke sebelah Fahri dan membisik, "Macam mana abang Fahri boleh suka dengan kak Amirah? Dia kan garang?"

Fahri pikir jugak apa yang mahu dijawabnya. Setelah dapat jawapan yang dia rasa munasabah, tiba-tiba dia ditegur ayah mertua, "Fahri, esok kamu jadi imam dan bagi khutbah solat hari raya."

Fahri membesarkan mata lalu menudingkan jari ke arah dirinya sendiri. Ayah mertua mengangguk.

Fahri menelan air liur lalu dia merasakan satu tepukan di bahu dia.

"Good luck, Ri. Hahahahaha." Abang iparnya, Adib mengusik.

"Hm." Jawapan biasa diberi.

Lalu Fahri teringat sesuatu. Dia nak bagitahu Aniq apa jawapannya tadi. Tapi Aniq sudah hilang. Mungkin dia kena paksa dengan Amirah untuk tolong masak.

Sekarang Fahri takde apa nak buat, dia mula rasa nervous tentang nasibnya mengimamkan keluarga mertua esok.

🌙

"Ayah suruh awak bagi khutbah esok?" Aku tergelak mendengar luahan Fahri.

Fahri mengangguk lemah. Dia sedang menemani aku gosok baju raya untuk esok.

"Heheh, tak sabar nak tengok."

Fahri mencebik.

"Kenapa ayah tak suruh Adib je?" Fahri menggumam.

"Alaa, dia nak test awak la tu. Ayah saya memang suka buat camtu. Abang ipar saya pun selalu kena."

"Hmmmmm."

"Awak dah cari skrip khutbah raya dekat google?"

Dia mengangguk.

"Ha, takpelah. Awak baca jelah skrip tu. Takde sebabnya nak nervous. Lagipun awak dah imamkan keluarga saya banyak kali dah. Ini dah macam benda biasa, Ri." Aku menutup suis seterika setelah selesai gosok baju keluarga aku.

Dia mengangguk lalu tiba-tiba dia backhug aku.

"Eh, awak nervous lagi ke?"

Fahri menggeleng. Lalu dia menggumam sesuatu yang tak dapat aku nak tafsirkan.

Kemudian dia mencium leher aku.

"Erm, Riri."

"Hm?"

"Sekarang kita kat rumah mak ayah saya tau."

Fahri mengeluh berat. Dia memeluk aku seerat yang boleh lalu memusingkan badan aku sehingga aku menghadap dia.

"Selamat hari raya, Amirah Zahirah." Dahi aku dicium.

"Selamat hari raya, sayangku Aidan Fahri." Aku tersenyum lebar sambil menyalam tangan dia.

Lalu kami berpisah untuk tidur. Ye, di rumah mak ayah aku, perempuan tidur dalam bilik, lelaki tidur di ruang tamu. Nak tak nak, kena jugak berpisah.

🌙

"Walhamdulillahi rabbil alamin."

Selesai khutbah raya dari Imam Fahri, kami semua bersiap sedia dalam baju raya. Dan bermulalah sesi salam-menyalam antara ahli keluarga.

Fahri menyalam ayahku tanpa berkata apa-apa.

"Salam je ke, Fahri?" Ayah aku tanya.

"Em, Fahri mintak ampun, ayah, atas segala salah silap Fahri sepanjang menjadi menantu ayah. Fahri janji Fahri jaga Amirah baik-baik."

Kemudian Fahri menyalam mak aku.

"Fahri mintak maaf, ibu, atas segala salah silap."

"Fahri tak salah apa pun cuma kena banyak sikit bercakap." Mak aku berkata.

Kemudian dia menyalam abang aku Adib.

Sebelum sempat Adib cakap apa-apa, Fahri sudah bertanya, "Bila nak kahwin, Dib?"

"Aku tak nak maafkan kau." Adib menjawab.

Kemudian Fahri pergi ke kakak aku Alifah dan suaminya lalu menyalam suaminya, "Fahri mintak maaf kepada kak Lipa dan abang Azri dan baby-dalam-perut atas segala salah silap."

"Bila nak ada anak, Fahri?" Alifah bertanya sambil mengusap perutnya yang sarat mengandung.

"Tunggu baby Imran keluar dulu." Fahri berkata sambil menunjuk perut Alifah.

Pergi ke adik aku pulak, adik aku berkata, "Abang Fahri takde buat salah pun kat Aniq."

Fahri tersenyum lalu menggosok kepala adik aku.

Lalu dia pergi ke aku dan menyalam tangan aku lalu membisik, "Saya mintak maaf, Amirah, atas segala salah silap saya. Saya harap, saya dapat sambut hari raya saya dengan awak sepanjang saya hidup."

"Bisik apa tu!" Adib menegur.

Aku menyalam semula tangan suami, kemudian tersenyum, "Saya pun mintak maaf, Ri. Saya pun doakan perkara sama hehe."

🌙

Rumah mak ayah Fahri

"Amirah, rasa rendang yang mama masak ni."

"Amirah, daging hitam ni akak tau yang buat. Makan banyak-banyak tau."

"Kak Mira, cookies ni Amal yang buat. Sedap!"

"Amirah, jangan malu-malu. Lemang ada banyak lagi kat dapur tu."

"Hehe, terima kasih semua orang." Maka dengan itu, pinggan aku jadi penuh overflowing macam nak tumpah dah rasa. Aku menelan air liur melihat makanan dalam tu yang diberi oleh keluarga Fahri. Walaupun semuanya nampak sedap belaka, tapi boleh ke aku habiskan semua ni?

"Hahahaha boleh ke kau habiskan tu?" Adik Fahri yang sama umur dengan aku, Akmal gelak melihat aku dan pingganku.

Aku menjeling dia. Lalu aku duduk di sisi Fahri yang tekun menonton tv sambil makan.

Fahri berkata, "Amirah, saya nak rendang awak sikit."

"Aidan! Jangan ambik Amirah punya makanan." Mama marah.

"Saya nak jugak ambik." Fahri membantah.

Aku tersengih lalu membisik kepada Fahri, "Terima kasih Ri." Sebab dia sebenarnya nak tolong aku habiskan makanan.

"Hm."

🌙

Aku mencebik melihat beberapa sampul duit raya di tangan aku.

Fahri masuk ke dalam bilik dan ternampak aku yang tengah bersedih ni.

"Kenapa?" Dia tanya sambil menyidai tuala mandi di bahu.

"Saya nak bagi duit raya kat family awak. Tapi dorang semua dah bagi saya dulu."

Fahri tergelak mendengar alasan aku bersedih. "Bagi jelah."

"Tak special lah jadi. Nanti nampak macam takde siapa dapat duit raya pun." Aku memuncungkan bibir.

"At least kalau awak bagi, dorang tahu niat baik awak."

Oh. Betul jugak. Hm, bijak betul dia ni.

"Awak dah tak sedih dah, kan? Bukakkan butang ni." Fahri meminta tolong aku menanggalkan butang di baju melayunya.

Aku pun tolong. Selepas dah tanggalkan semua, dia menanggalkan bajunya dengan mudah dan mendedahkan badannya.

Aku dah biasa tengok Fahri tak pakai baju, tapi kenapa aku rasa berdebar tiba-tiba?

"Riri.." Aku menyentuh pipinya.

Tapi Fahri menjauhkan dirinya dari aku dengan cepat. Huh?

"Amirah."

"Apa?"

"Kita kat rumah mak ayah saya sekarang."

Aku mencebik. Debaran jantung aku tadi terus kembali normal.

"Ah, awak pergi mandi jelah!" Aku menuju pintu untuk keluar bilik.

"Kalau awak nak mandi sama-sama boleh je."

"Tak nak!" Lalu aku keluar dan pergi ke ruang tamu.

Di ruang tamu aku menarik nafas dalam. Inilah masanya untuk bagi duit raya kat semua orang.

"Amalia, nah." Aku mendekati adik bongsu Fahri.

"OMG, Kak Mira! Terima kasih!"

"Akmal, nah." Adik Fahri a.k.a. ex-batchmate aku pulak didekati.

"Wuish gila ah. Terima kasih kakak ipar." Dia berkata dengan nada usik.

"Kak Amani, nah." Kakak sulung Fahri aku beri sampul jugak.

"Eh, bukan ke tadi akak dah bagi kat Amirah?"

"Heheh, apa salahnya kita sama-sama bagi? Lagipun jumlah belum tentu sama." Dan dengan itu kak Amani pun menerima duit raya tu dengan happynya.

Next, aku kena berhadapan dengan mak ayah mertua pulak.

"Mama, abah, nah duit raya dari saya." Aku menghulurkan sampul kepada mak ayah mertua.

"Takpelah, Amirah, simpan untuk masa depan kamu dengan Aidan." Mama berkata.

"Ambiklah, please? Saya tak tahu dengan cara apa nak tunjuk betapa bersyukurnya saya terhadap mama dan abah sebab lahirkan Aidan Fahri kesayangan saya tu. Besarkan dia dengan baik. Pastu sebab bagi saya kahwin dengan dia. Pastu sebab jadi parents-in-law paling baik kat dunia ni." Aku memberi alasan panjang berjela.

Mama dan abah tergelak lalu mengambil sampul dari tanganku.

"Tapi Amirah kena bagi mama dengan abah cucu cepat-cepat." Mama berkata lagi.

"Insha Allah, we will try our best!" Aku memberi tabik spring kepada mak ayah mertua aku.

"Try apa best?" Akmal menyampuk.

"Diam. Jangan sibuk." Aku membalas.

"Try apa best?" Fahri dengan rambut basah dia pulak menyampuk.

"Eh? Cepatnya awak mandi, Ri!"

Fahri mengambil segelas air lalu menghirupnya, "Awak cakap apa dengan mama abah?"

"Oh, cakap pasal yang kita akan try our best untuk bagi cucu kat mak abah."

Fahri tersedak.

"Eh, OK tak tu?"

Fahri mengangguk-angguk lalu dia mengeringkan rambut guna tuala. "Awak dah bagi duit raya kat semua orang ke?"

"Dah. Terima kasih, Ri."

"Huh? Sebab apa?"

"Sebab banyak benda!"

"Hm." Dia membalas ringkas dan meneruskan misi menghabiskan segelas air.

🌙

sorry takde puasa. saya publish ni waktu raya, sebab tulah tajuk raya edition hehe.

selamat hari raya.
terima kasih sudi baca!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro