Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

20 - username

"Bosannya." Aku duduk sambil menyandarkan kepala aku pada tangan Fahri yang giat sedang main game kat phone. Aku pun tengah guna phone jugak tapi takdelah giat macam Fahri.

Dari whatsapp, instagram, youtube, twitter, game masak-masak, game puzzle, sudoku. Semua aku dah bukak dan sekarang aku mati akal nak buat apa.

Aku kemudian tengok Fahri main game dia yang nampak susah tu.

Sedang aku tengok, aku ternampak satu nama dalam tu.

kirakira_ichigohime

Setelah beberapa bulan tinggal dengan Fahri, aku tahu tu username yang dia guna setiap kali dia main game. Dia tak pernah guna nama lain.

"Riri, apa maksud username awak?" Aku bertanya.

"Jangan kacau." Jawab dia, masih fokus dalam game.

Aku mencebik. Dah biasa kena camtu dengan Fahri. Terasa? Mestilah, tapi aku malas nak merajuk.

Aku duduk jauh sikit dari Fahri, nak tunjuk aku terasa dengan dia.

"Marah ke?" Fahri tanya.

"Diam ah."

Dia gelak. Hmph.

Aku kemudian bukak google chrome. Aku dah tahu dah nak buat apa sekarang.

Aku nak cari apa maksud di sebalik username Fahri.

🍓

Aku dah jumpa. Nama username dia maksudnya 'sparkly strawberry princess' dalam bahasa Jepun.

Ye, aku tahu. Nama yang sangat menimbulkan banyak persoalan.

Strawberry tu aku paham la kenapa dia taruk nama buah tu. Sebab Fahri ni suka gila dengan strawberry. Dulu aku selalu panggil dia 'strawberry Fahri' tapi sekarang dah dipendekkan jadi Riri. Aku rasa cinta dia terhadap strawberry melebihi cinta dia terhadap aku. Kalau nak disimpulkan, ini list benda-benda yang Fahri suka ikut ranking;

1) game
2) strawberry
3) aku

Ye, aku kalah dengan strawberry dan game. Apa-apa pun, kenapa dia letak nama princess? Sparkly princess? Apa benda lahai laki aku ni.

"Fahri, kenapa awak letak nama sparkly princess?"

"Hah?"

"Username awak."

"Awak search ke maksud dia?"

"Haah."

"......" Dia diam.

"......" Aku diam.

"......" Dia diam.

"Fahri."

"Hm?" Mata dia masih melekat pada phone.

"Awak tak nak jawab ke soalan saya?"

"Tak."

"OK." Aku berdiri lalu pergi ke bilik tidur. Kalau diikutkan aku nak je tarik phone dia tu tapi aku tak nak buat apa-apa kat dia. Aku nak dia rasa betapa lonely-nya rasa bila orang macam tak kisah pasal kau. Hmph. Fahri jahat.

Masuk ke dalam bilik aku terus baring atas katil. Mata aku dah ngantuk.

Semasa aku cuba untuk tidur, aku terfikir lagi pasal username Fahri.

Sparkly princess...

Kenapa princess?

Dia kan lelaki? Character dalam game dia pun semua laki. Jadi kenapa princess?

Jangan cakap, Fahri ada cita-cita nak jadi perempuan??!

Mustahil.

Hmm...

Bila aku teringat balik nama aku pun maksudnya lebih kurang camtu.

Amirah Zahirah. Puteri yang bersinar.

....

Aku takleh fikir banyak sebab aku terlalu ngantuk. Lalu aku tidur.

🍓

Bila aku bangun dari tidur, aku rasa sunyi sangat.

"Fahri.." Aku menyahut.

Takde jawapan.

Aku keluar dari bilik dan melihat ruang tamu kosong. Dapur, kosong. Backyard, kosong. Halaman rumah, kosong.

"Ririiiiiiiiiiiiiii...." Aku merengek. Mana pulak laki ni pergi.

"Amirah."

Aku memandang sumber suara tu dan ternampak Fahri baru keluar dari bilik air.

"Riri..." Aku yang masih mamai tu memeluk dia dengan lemah.

"Ye?" Fahri memeluk aku semula.

"Ngantuk."

"OK." Fahri membawa aku ke katil semula lalu kami berdua baring.

"Riri." Aku yang separuh sedar tu masih mengigau memanggil nama dia.

"Hm?"

"Saya nak buat awak sunyi, tapi end up saya yang sunyi."

Dia gelak.

"Fahri ni sayang saya ke tak? Awak gi mana tadi?"

"Toilet je."

"Sanggup tinggalkan saya sorang-sorang."

"Awak nak ikut saya sama-sama masuk toilet ke?"

"...tak."

"Dah tu?"

"Hmmmm, saya suka Fahri. Tapi Fahri macam tak suka saya je." Aku tukar topik.

"Haah betullah tu." Fahri mengiyakan.

"Ergh."

Setelah itu kami baring dalam kesepian selama beberapa saat.

"Amirah." Fahri memanggil.

Aku tak jawab. Sebab waktu tu aku dah nak masuk fasa tidur sepenuhnya.

"Username saya tu saya buat dari nama awak. Setiap kali saya baca nama tu saya jadi bersemangat nak main game. Kalau awak tahu tu, mesti awak tak akan tanya lagi sama ada saya sayang awak ke tak. Sebab, hampir semua benda dalam hidup saya ni, semuanya berkait dengan awak."

Kalau awak tak ada dalam hidup saya, Amirah, saya tak tahu nak buat apa."

Kemudian dia diam.

Aku dapat rasakan kucupan dia di dahi aku sebelum dia berkata, "Saya sayang awak. Awak kena tahu tu."

Kemudian dia menyelimutkan aku. Tanpa dia tahu, yang aku masih sedar. Hati aku berdebar dan sekarang aku takleh tidur sebab dia.

"Lebih dari strawberry dan game?" Aku tanya dia.

"Huh?" Dia terkejut bila tahu aku bangun.

"Awak sayang saya lebih dari strawberry dan game ke?"

"Kenapa awak masih bangun..." Fahri malu.

"Hahaha! Ni balasan sebab tak layan saya tadi."

"Hmm." Fahri bangun dari katil.

"Riri! Jawab soalan saya!!" Aku menarik lengan dia.

"Saya nak main game sambil makan strawberry. Saya harap tu jawab soalan awak." Dia melepaskan tangannya dia dari aku lalu keluar bilik dan serta-merta hilang dari pandangan aku.

"Main game guna username yang awak buat dari nama saya tu ke?"

Fahri kembali muncul di pintu bilik. Sambil dia menuding jari ke aku, dia berkata, "Diam. Awak tidur je." Lalu dia hilang semula.

Aku tergelak.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro