
10 - game
"Checkmate."
"Alaa!!" Aku mendengus kemarahan. Fahri tersenyum kecil selepas dia dah perangkap king aku sekali gus bagi aku dead end.
"Saya tak pernah menang lawan chess." Aku menyuarakan ketidakpuashatian aku.
"Semua game tak pernah." Fahri menyatakan fakta dalam keadaan separuh membisik.
"Apa?"
"Selalunya orang pandai je menang lawan chess." Fahri menukar topik.
Aku membalikkan mata, "ergh."
"Bukan ke awak bendahari kelab catur waktu sekolah?" Fahri bertanya.
"Ada jawatan dalam sesuatu kelab tak bermaksud yang seseorang tu terer dalam bidang kelab tu." Aku berkata.
Sementara Fahri mengemas set catur ke tempat asalnya, aku memikirkan tentang permainan yang mampu bagi aku rasa nikmat mengalahkan Fahri.
"Main osom lima kali nak?" Cadang aku.
Maka kami pun main.
Dia menang.
"Cikupang?" Aku bercadang lagi.
Dia menang lagi dan tanpa belas kasihan dia pukul tangan kanan aku sekuat mungkin sebagai denda.
Selepas itu aku arm wrestle dengan dia. Perlu ke aku cakap siapa yang menang dalam game ni?
"Ini semua sebab tangan saya kena pukul tadi jadi dia lemah sikit." Aku memberi alasan.
"Try tangan kiri?" Fahri mencadang.
Setiap kali aku hampir kalahkan dia mesti dia lawan semula kekuatan tangan aku dengan mudah. Sengaja je bagi aku harapan palsu untuk menang.
"Main kad!! Saya power kot." Aku cadang lagi selepas dipermainkan (dan dikalahkan) Fahri tadi.
"Takde kad kat rumah ni."
Aku mencebik. Haih, memang tak boleh dinafikan lagi. Suami aku ni memang raja permainan betul. Walaupun gelaran tu kedengaran tak cool, tapi still lah.
"Nak cuba main game kat PC saya?" Fahri pula mencadang. Matanya kelihatan bersinar apabila menyebut perkataan 'PC' tu.
"Confirmlah awak menang."
Fahri mendiamkan diri sebentar sebelum dia menepuk kepala aku dengan lembut, "saya pernah kalah dengan awak banyak kali."
Aku mengerutkan muka dengan rasa hairan, "bila?"
"Setiap kali awak senyum." Fahri berkata.
Aku terkilan kejap. Aku cuba menghadam kata-kata dia tadi sambil mencari keikhlasan dalam riak wajahnya.
Tapi muka dia blur je.
Aku mencubit lengan dia.
"Ow." Fahri memberi respons yang langsung tidak menunjukkan sebarang kesakitan.
"Awak belajar mengayat ni dari siapa ha?"
Fahri mengerutkan kening lalu menggeleng.
Aku tersenyum luas, "Riri ni cute sangatlah. Macam teddy bear." Lalu aku memeluk dia.
"Jadi, nak main game kat PC saya?" Fahri masih insist aku main game kat komputer dia.
"No."
...selepas beberapa detik dalam kesepian, aku bertanya,
"Awak ada game The Sims?"
Fahri tersenyum gembira. Dia nampak happy sangat, dia mengangguk dan terus membawa aku ke PC kesayangannya.
Aku pun tak faham kenapa dia nak sangat aku main komputer dia.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro