Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

30 : Ending [Part 2]

Crazy Neighbour • jjk

A/N:

Bab penamat terakhir. Semoga sukakannya.

Ost recommended:
Ending Scene : Jeon Jungkook
🌸🌸🌸🌸

Lima Tahun berlalu

Tempoh pemergian suaminya berlalu pantas. Seolah-olah kehangatan tubuh badan itu masih terasa di sisi, Young Mi duduk melutut di hadapan pusara insan yang dirinduinya saban hari.

"Saya rindukan awak. Anak kita, Jeon Jung Min pun selalu tanya pasal appa dia ni. Saya harap awak berbahagia..di alam sana."bisiknya perlahan sambil meletakkan jambangan bunga di atas kubur lelaki itu.

Sengaja Young Mi tidak membawa anaknya sekali pada hari itu. Hari yang redup dan menenangkan ini mengingatkan kembali tarikh pertemuan semula dirinya dengan si anak Jeon tersebut.

"Nak tahu something? Tarikh hari ini istimewa sangat. Awak datang rumah saya. Bawa kimchi. Usik sampai saya geram. Semua tu kenangan. S-saya sukakannya."

Young Mi menepuk debu-debu yang mendarat halus di hujung skirt. Lirikan sayu dilemparkan sekali lagi di pusara yang terukir jelas nama suaminya.

"Saya balik dulu. I will always love you, sayang."

Kakinya dibawa jauh dari kawasan perkuburan itu. Titis-titis hujan membasahi tubuh badannya. Young Mi leka melayan memori-memori lama tanpa mengendahkan keadaan tubuhnya yang sudah basah lencun dek air hujan.

-------

Selesai meletakkan air panas di dalam bekas ramen itu, seorang wanita mengambil tempat duduk di satu sudut tersorok kedai runcit 24 jam tersebut.

"Ahjumma, saya mungkin sampai rumah lewat. Tolong tidurkan Jung Mi dulu boleh? Maafkan saya."pinta Young Mi. Skrin telefon pintar yang menyala terang bertukar gelap semula. Iris matanya memerhati suasana di luar kedai runcit itu.

Sunyi sepi. Hanya ditemani rintisan hujan lebat.

"Jungkook..awak mesti akan marah jika tahu saya keluar sorang-sorang tengah malam ni? Perut dah lapar. Nak buat camne kan? Saya tahu saya tak sunyi sebab awak ada sebagai peneman.."Young Mi menghirup sup ramen itu dengan penuh teruja.

Bibirnya merah akibat wap panas daripada bekas ramen. Matanya tetap fokus memandang butiran bintang yang berkelipan indah di langit.

"Awak ada di atas sana. Bersinar seperti bintang. Peneman ketika saya sunyi dan sedih. Terima kasih Jungkook."luahannnya terhenti setakat itu tika tempat duduk bersebelahan dengannya diisi oleh seorang lelaki asing.

"Kau mende ah? Cakap sorang-sorang. Sendu sangat sampai dengan ramen pun nak bercinta? Tsk."

Kepala Young Mi laju memusing ke arah kiri bahunya. Seorang lelaki memakai mask hitam sedang sibuk membuka bungkusan ramen. Beberapa botol kecil susu banana uyu diletakkan kasar. Kemudian, sebekas kimchi dibuka lalu ditolak ke arah Young Mi.

"Kau ambil lah. Makan dengan ramen kau. Benda boleh gembira buat apa nak sedih kan? Aku nak pergi panaskan ramen aku. Jangan menangis pula."pesan lelaki asing itu.

Young Mi meneliti gaya rambut dan kawasan sekitar wajah yang tidak dilindungi mask hitam. Wajahnya cukup mirip dengan seseorang.

"Baiklah."balas Young Mi. Kepingan Kimchi diambil dari dalam bekas. Kunyahannya terhenti apabila tekaknya mengenal pasti rasa kimchi tersebut.

Kimchi merupakan kegemaran Jeon Jungkook. Sudah menjadi kewajipan bagi suaminya untuk menikmati hidangan ramen bersama kimchi pedas.

"Young Mi r-rindu."

Bunyi tangisannya menarik perhatian lelaki asing itu. Selepas berjaya memanaskan bekas plastik berisi ramen, dia duduk semula di tepi wanita itu.

"Kau dah nangis? Aigoo, hentikan. Aku tak suka tengok kau nangis. Lap cepat air mata kau."gesanya kepada wanita itu. Helaian sapu tangan dihulurkan. Namun, niat baiknya tidak diendahkan langsung.

"Manja."perlinya. Dia kesat tompokan air mata yang berbekas di pipi wanita itu.

Young Mi terus menguncikan mulut. Pandangannya jatuh ke arah ramen. Perasaan sedih muncul sejak sekian lama.

-------

"Lebih baik kau habiskan ramen tu.Kalau sedih sangat, lihat bintang di atas sana. Diorang jadi peneman kau. Senyumlah. Please?"

Aku memaksa diri untuk tersenyum gembira. Suara garau lelaki itu menenangkan hatiku.

"Lapar. Sedap gila makan ramen dengan kimchi. Kau habiskan. Aku tak kisah pun."bekas berisi kimchi ditolak rapat ke arah aku.

Hatiku berbisik sesuatu. Aku teringin memandang wajahnya sebentar.

"Terima kasih. K-kimchi ni."

Lidahku berubah kelu. Wajah kacak lelaki ini. Setiap bentuk di wajahnya mirip dengan Jeon Jungkook.

Aku bermimpi. Aku yakin tentang hal ini.

"Awak bukan Jeon J-jungkook kan? Saya dah gila. Mungkin tak cukup tidur. M-maaf."aku menekup wajahku dengan kedua-dua telapak tangan yang sedang menggigil.

Bunyi gelakan riang lelaki itu membuatkan aku makin takut untuk membuka mata. Takkanlah Jungkook tetiba nak jadi hantu?

Aku tak buat apa-apa kesalahan kan?

"Weh, nama aku Jeon Jungkook. Kau tahu mana eh? Noona stalk aku ke? Ececcece."

Aku segera menjarakkan diri daripada lelaki itu. Garfu plastik ramen itu aku angkat tepat ke arah matanya.

"Kau hantu kan? M-muka kau sama macam suami aku. Kau datang dekat.. Aku tak akan teragak-agak untuk cucuk mata kau huh! "

Lelaki bernama Jungkook itu mengangkat kedua-dua tangannya. Hujung bibirnya terjungkit satu senyuman sinis.

Mirip betul dengan mendiang suamiku.

"Kalau saya hantu, mana boleh makan ramen. Hey, noona. Aku nak balik dulu. Esok ada kuliah pagi. Jumpa lagi ya. Grrr aumsmsm."

Perangai pun sama jilake.

Dasar anak Jeon.

Lelaki itu mendekati aku. Lalu, dia sarungkan jaket tebalnya ke tubuhku tanpa aku pinta.

"A-apa semua ni?"

Jungkook meletakkan sebotol air banana uyu di atas telapak tanganku. Jari telunjuknya dihalakan ke arah luar kedai.

"Kau sejuk. Pinjam dululah. Kebetulan dalam kereta aku ada jaket lebih. Ada rezeki kita jumpa. Noona jangan rindukan aku pula."

-------

Bahu Young Mi dirangkul mesra. Senyuman lelaki itu bertambah lebar apabila wanita itu menerima baik niat ikhlasnya pada malam itu.

"Aku berharap noona  baik-baik sahaja. Aku tak suka tengok kau sedih."

Usai menitipkan ucapan selamat tinggal, Young Mi melambaikan tangan ke arah Jungkook.

Jungkook? Hatinya berbunga gembira pada saat itu juga.

Enjin kereta dihidupkan. Pipi Jungkook merona merah tatkala pandangan matanya ralit memerhati gelagat wanita itu dari dalam kereta.

"i will miss you."gumamnya tanpa sedar. Keretanya meluncur laju meninggalkan kawasan kedai runcit tersebut.

Pertemuan tidak terjangka. Memori lama tetap tersimpan indah di fikiran Young Mi.

Tapi tidak bagi Jeon Jungkook kerana segalanya baru sahaja bermula.

"Aku suka.. noona tadi."

-tamat-

Nota Penulis:

Fuh. Akhirnya saya berjaya tamatkan karya ini.

Terima kasih untuk segala komen-komen kalian. Saya dah baca dan saya cukup terharu.

Semoga ending ini memuaskan hati.

Nak epilog?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro