🔹COP 3 🔹
"Sinb ya! Ambik ni, hantar dekat meja 4!"
"Ne! "
Sinb mengesat tangannya di apron yang dipakainya. Pinggan yang perlu dibasuh yang berbaki banyak ditinggal seketika. Dia menanggalkan apron dan bergegas ke dapur.
"Meja 4?" soal sinb cuba memastikan pernyataan.
"Eo! Ppali hantar " arah yeonwoo, chef di cafe incheon. Dia sibuk memotong bawang dengan laju.
"Araso " balas sinb seraya mengangkat tray yang berisi beberapa pinggan. Dia mengatur langkah ke meja 4.
"Selamat menjamu selera" ucap sinb sambil menunduk hormat. Dia mendapat anggukan dari pelanggan tersebut. Sinb menayang senyum kecil dan mengorak langkah ke dapur semula.
"Aku nak sambung basuh pinggan, then boleh balik! " gumam sinb sambil tersenyum teruja.
Dia melajukan langkah nya ke arah sinki. Apron yang tergantung dicapai. Sambil bersiul, sinb mengikat tali apron di pinggangnya.
"Ok. Let's do this quickly" omel sinb seraya memulas pili air. Pinggan yang berada di kanannya, diambil. Tak sempat sabun mengenai pinggan,
"Sinb~! "
Sinb merengus perlahan. Dia dapat mengagak pemilik suara itu.
"Kau nak apa, galah? " soal sinb sambil menggosok pinggan itu dengan span. Dia membelakangi figura itu.
"Kau cantik lah harini. Dah la cantik, rajin pulak tu. Comel l--"
Sinb meletak pinggan dekat rak. Dia menutup paip air dan memusing badannya memandang figura itu.
"Kim mingyu, kau nak apa ni? " soal sinb sambil kening diangkat sebelah. Mingyu tersengih.
"Ganti..duty aku. Boleh? " soal mingyu teragak-agak. Dia menggosok belakang lehernya, kekok.
"No! Tanak ah aku! Duty kau dah la memenatkan! Tak nak ah. Aku nak balik pergi kelas taekwondo lagi! Suruh orang lain"
"Alah.. Sinb. Boleh la. Kejap je. Dalam 30 minit. Duty aku bukan susah pun. ambik order then hantar dekat customer. Please ~"
Sinb merenung muka acah kesian mingyu. Dia memutarkan bola matanya ke atas.
Pak!
Span yang lembap selamat hinggap dimuka mingyu.
"Ha yelah². Aku ganti. Stop la dengan muka tak cukup kasih sayang kau tu. Rimas sia" ujar sinb dan memusing badannya ke arah sinki semula.
"Jeongmal?! Awh! Ni sayang kau ni" ucap mingyu dan memeluk belakang sinb.
"Ye ye, whatever. Dah pergi sana. Semak la kau" halau sinb seraya meloloskan badannya yang dipeluk mingyu.
"Ok shayang! Pergi dulu!" mingyu berjalan secara mengundur sambil memberi flying kiss kepada sinb.
Sinb mengacah membuka kasut converse nya. Kalut saja mingyu meninggalkan ruang sinb sekarang. Sinb tergelak kecil sambil menggeleng.
Untuk kali ke-4, sinb memusingkan badannya, menghadap sinki. Pinggan di kanannya diambil. Baru saja span yang sudah diserap sabun ingin menyentuh badan pinggan,
"Sinb ya! Ambik pesanan! "
Sinb merengus geram. Dia meniup kasar rambutnya yang berjuntai didahinya. Sinb mencampak span dalam sinki. Dia membilas tangannya yang bersabun.
"Sinb ya! Am--"
"Eo! Nak Datang la ni! " laung sinb seraya menutup paip. Apron di pinggangnya ditanggalkan.
"Tak reti sabar ke duh? Haih" omel sinb geram. Dia menyangkut apronnya dan bergegas ke ruang makan.
"Eodiga? " soal sinb sambil merenung yuju, juruwang cafe itu.
"Tuuu! " jawab yuju sambil menunding jarinya. Sinb menoleh belakang. Dia mengerutkan dahinya kemudian memandang yuju semula.
"Dekat luar tu? "
Yuju mengangguk seraya menjawab.
"Yelah. Dekat luar tu. Baru datang tu aku rasa"
Sinb mengeluh malas.
"Em.. Bak sini notepad dengan menu. " sinb meminta dengan malas. Yuju pun menghulur segala yang diminta sinb tadi.
"Aish. Dalam banyak² kerusi dekat dalam, luar jugak dia nak duduk. Herh. " omel sinb sambil melangkah ke luar cafe.
Tiba saja, didepan meja pelanggan itu, sinb lantas meletak menu di atas meja.
"Selamat datang ke cafe Incheon Licious. Nak pesan apa? " soal sinb malas² tetapi masih mengukir senyuman. Walau palsu. Senyum jugak en.
"Nak pesan awak boleh? "
Sinb menayang derp face kepada pelanggan itu yang masih merenung menu.
"Maaf. Kami hanya menyediakan makanan dan minuman untuk manusia dan kami tidak menyediakan manusia sebagai makanan atau pesanan. Take note. " balas sinb selamba yang masih setia berdiri.
Lelaki yang berpakaian lengkap sekolah itu mengangkat kepalanya memandang sinb.
"Pandai pulak bae aku bersastera"
Membuntang mata sinb memandang lelaki itu.
Jung hoseok.
"Eh kuda, apa kau buat dekat sini? Pergi balik sana" halau sinb sambil menolak belakang hoseok.
"Wo wo, aku datang sini nak makan la. Jangan la halau²."
"Pergi makan dekat cafe lain. Jangan menyemak kepala otak aku"
Ujar sinb sambil setia menolak belakang hoseok.
"Ehh stop la tolak NAMCHIN sendiri. Apa jenis yeochin la kau ni? "
sinb menayang muka paling menjengkelkan abad ini.
"Tak payah nak mengaku aku ni yeochin kau la, kuda. Muntah hijau biru kuning aku dengar. "
hoseok tersenyum kecil.
"Dah, aku tak nak panjang² kan cerita. Now, kau nak order apa? "
"Tteokboki. Tanak pedas tapi letak cili"
Sinb mengerutkan dahinya.
"Apa kejadah tteokboki taknak pedas tapi letak cili? Order betul² la, pakcik"
"Betul lah tu. Buat je lah. "
Sinb merenung tajam muka hoseok yang acah serius. Sinb merengus geram dan mengambil menu di depan hoseok.
"Tak pernah orang oder macam tu. Tanak pedas tapi letak cili. Otak dia masuk air ke apa? Hish" omel sinb sambil berjalan ke arah dapur.
•
•
•
~couple on purpose~
:3부
•
•
•
"Nah. Selamat menjamu selera. " ucap sinb tak ikhlas seraya meletak sepinggan tteokboki di depan hoseok.
Sinb memusingkan badannya untuk beredar, tapi tangannya ditarik hoseok. Bingkas sinb membuat tindakan spontan, iaitu memulas tangan tak bersalah milik hoseok.
"Argh argh. appo"
Lantas sinb melepas tangan hoseok. Hoseok membelek tangannya yang menjadi mangsa.
"Sakit k-- Eh tak. Tu la balasan dia. Suka hati je pegang tangan aku. " tutur sinb sambil menyilangkan lengannya didada. Dia menatap tangan kanan hoseok yang kemerahan.
Tangan pun blushing. Ahaks.
"Aku nak ajak kau makan dengan aku je. Tak payah la sampai pulas tangan aku. Haduh"
"What? Kau ingat aku takde kerja ke nak makan dengan kau? And kalau aku takde kerja pun, aku takkan makan dengan kau. Buang masa" balas sinb angkuh. Sempat dia mengerling tangan kiri hoseok yang sedang mengurut tangan kanannya.
"I won't any excuse. Alah makan la dengan aku. Sebagai girlfr--"
"Shut up. Jangan sambung ayat kau. Fine. Tapi bukan sekarang aku akan makan dengan kau. Dalam 15 minit lagi. "
Hoseok tersenyum kemenangan dan puas.
"Ok. Aku tunggu, bae ya" balas hoseok dengan free gift wink kepada sinb. Sinb memutarkan bola matanya, menyampah.
•
•
•
~couple on purpose~
:3부
•
•
•
"Woahh. Hwang sinb, lama benor kau hantar makanan" sindir hyejin, musuh terunggul sinb.
"Sibuk ah" balas sinb dingin seraya masuk ke dalam dapur.
"Aku rasa kau hantar satu pinggan makanan je, pehal sampai 5 minit kau dekat sana? " soal hyejin sambil menyandarkan badannya di kabinet.
"Suka hati aku lah. Cuba jangan jadi busybody. Pergi buat kerja kau tu" arah sinb sambil menyusun pinggan didalam rak.
"Hmph! Tanya je kot. Meluat lah tanya kau" rajuk hyejin dan mengorak langkah keluar dari dapur.
Sinb memandang sekilas hyejin dan menggeleng kecil. Dia sambung menyusun pinggan.
•
•
•
~couple on purpose~
:3부
•
•
•
"Yeah. Good girl. Aku ingat kau tanak d--"
"Just eat. Tak payah cakap banyak. Rimas ah" sampuk sinb seraya menongkat dagu memandang jalan raya disebelah.
"Tapi kan.. Aku tak boleh makan la kalau kau tak pandang aku"
Sinb membuat muka menjengkelkan. Dia mengabaikan hoseok dan setia memandang jalan raya disebelah.
"My bae~ "
Sinb merengus geram. Dia mengetap bibir dan memandang muka hoseok.
"Puas? Haduh kau ni, kuda. Tak boleh ke kalau tak buat aku annoying sesaat? "
"Tak. Sebab kau comel bila annoying dengan aku. " jawab hoseok sambil menggerakkan keningnya sebelah. Dia menyuap seketul tteokboki kedalam mulut.
"Err.. Geli ar. Haduh. " balas sinb seraya menggaru kepalanya kasar. Hoseok tergelak kecil.
Sinb memandang hoseok.
"Jap. Macam mana kau tiba² datang cafe ni? Tak pernah nampak kau pun selama 2 tahun aku kerja sini"
Hoseok tersenyum kecil.
"Alah. Aura seorang namchin kot"
dengan spontan sinb menghempuk buku menu di kepala hoseok.
"Serius boleh tak? "
Hoseok merenung tajam sinb sambil menggosok kepalanya.
"Aku taknak bagitau kau. Sapa suruh hempuk benda alah tu dekat kepala aku. Sakit kot"
"Tch. Lembik...Fine. Sorry"
"Sorry tak cukup. "
Sinb menggulingkan bola matanya ke atas.
"Then? Nak aku buat apa? "
"Suap aku"
Hampir tersembul keluar biji mata sinb setelah mendengar apa yang disuruh hoseok.
"Are u gotta kidding me? Heol. No"
Hoseok mengangkat bahunya. Dia menatap muka sinb.
"U know what, kalau aku bagitahu yang kau on crush deng--"
"Fine, kuda, fine!" ujar sinb mengalah. Dia menarik pinggan didepan hoseok dengan kasar.
Sinb mengepit seketul tteokboki lalu disuakan depan hoseok dengan tak rela dan ikhlas.
"Bukak la mulut tu. Tadi terhegeh-hegeh suruh aku suapkan kau." desak sinb bengang. Hoseok menggeleng.
"Cuba senyum.. Sambil suap aku. Ikhlas sikit. Baru puas sikit aku makan"
Sinb merengus geram. Mulutnya terkumat-kamit menyumpah seranah mamat didepannya ni.
Sinb melepas nafas berat. Dia mengetap bibir dan menyuakan untuk kali kedua tteokboki. Bibirnya lambat² untuk mengukirkan senyuman.
"Aaaaa~ "
Sinb memutar bola matanya, menyampah. Sinb menyumbat tteokboki itu ke dalam mulut hoseok. Kemudian, dia tolak semula pinggan itu kepada hoseok.
"Aku dah buat apa yang kau suruh. So, jawab soalan aku tadi. Macam mana kau boleh sampai sini? "
"Aaaaa~"
Sinb menolak chopstick yang mengepit tteokboki itu jauh darinya.
"Aku taknak lah. Ish"
"Kau makan. Then, aku akan bagitahu"
Sinb merengus geram. Dia merenung tajam hoseok sebelum membuka mulutnya.
"Good girl" puji hoseok setelah tteokboki itu selamat masuk dalam mulut sinb. Sinb mengunyah sambil menatap tajam muka hoseok.
To be continued..
U know what, minyu dah fed up buat ff ni. Takde sambutan.
So, unpublish this story is the real way. :)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro