🔹COP 2🔹
"So, hwang sinb.. Maja? " soal ketua pelajar itu sambil mengangkat kening kanannya.
"Tengok je lah nametag aku" balas sinb dingin. Dia melarikan pandangannya dari lelaki di depannya tu.
"Ok. Aku panggil kau ni, nak cakap thanks je untuk coklat ni" ucap namja itu sambil menayang sebungkus coklat bar yang siap dililit ribbon.
Sinb memandang coklat tu. Matanya membuntang.
"Yah jung hoseok! Macam mana kau--"
"Eh? Bukan kau yang bagi dekat aku? " balas hoseok dengan kening diangkat sebelah.
"Apa kau merapu ni?! " soal sinb bengang. Dia cuba merampas coklat di tangan hoseok tapi hoseok lebih tangkas melarikan coklat itu.
"Mana ada aku merapu. Aku cakap benda betul. Bukan kau ke yang letak coklat dalam loker aku? " soal hoseok tersenyum senget.
Melopong mulut sinb. Matanya terbuntang luas.
"And.. Tak lupa jugak surat. Oh tak sangka kau sweet jugak kan?"
"Kau bagi balik semua tu! " arah sinb sambil cuba merampas apa yang ada di tangan hoseok.
Hoseok mengangkat coklat dan surat ke udara.
"Aip aip, mana boleh. Kau dah bagi kan? Mana boleh mintak balik" ujar hoseok sambil menggerakkan jari telunjuknya ke kiri dan kanan.
Sinb mengetap bibir. Mukanya sudah berona merah padam.
"Tu bukan untuk kau la, sial! " jerit sinb geram. Dia berdiri sambil menggempal penumbuk.
"Aip, watch ur mouth girl. Cctv everywhere " amaran hoseok sambil tersenyum kecil.
Sinb merenung hoseok tajam sebelum menghempas punggungnya di atas kerusi.
"Good girl. " gumam hoseok sambil meletakkan coklat itu di atas meja. Lantas sinb mengambil coklat itu tapi ditahan hoseok.
"Baru je puji dia good girl, dah jadi bad girl. Mana boleh ambik balik bila dah bagi "
Sinb merengus geram. Dia menyandarkan badannya di kerusi dengan kasar.
"Let see.. What inside"
Sinb tersentak. Matanya membuntang sejurus menegakkan badannya.
"Yah! " jerit sinb setelah melihat hoseok yang sedang membuka sampul surat.
Dia berdiri dan cuba merampas surat tu. Macam biasa, hoseok lebih cepat melarikan surat itu dari sinb.
"Surat tu bukan untuk kau la! "
"Oh. Tak tahu pulak kalau bukan untuk aku, tapi ada dalam loker aku. Nice try, sinb"
sinb mengetap bibirnya kuat. Dia menggempal penumbuk.
"Duduk, duduk. Oppa nak baca surat ni"
Sinb merenung tajam hoseok. Tunggu masa je penumbuk dia hinggap di pipi namja didepannya ni. Nasib la kau ni ketua pelajar.
Hoseok menarik keluar surat yang terlipat dua. Berwarna pink. Hoseok tergelak kecil.
Sinb menayang jelingan maut kepada hoseok. Hoseok tidak menghiraukan sinb sebaliknya mula membuka lipatan surat itu.
"Hye sunbae! na, hwang sinb dari kelas 4-5 sebenarnya.. On crush dekat sunbae♥. oh wow, tak sangka. The w--"
"Berapa kali aku nak ulang, surat tu bukan untuk kau la! "
"Shhh. Jangan la bising. Aku nak kena feeling baca ayat sastera hwang sinb ni"
Sinb menyandar kasar badannya di kerusi. Dia mengetap bibir kuat.
"Ehem...the way sunbae jalan, makan, senyum, are very charming. Even sunbae tak buat apa pun, still menawan. Ahaks, yeke? Thank u. "
Sinb mengetap bibirnya dengan mata dipejamkan. Kim yewon..
"Dah dekat 2 tahun, saya on crush dekat sunbae. And now saya beranikan diri untuk confess. Wow, lama nya. Tak sangka"
Sinb menggigit bibirnya seraya memejam mata rapat. Tangannya kemas menggempal penumbuk.
"I know sunbae kingka sekolah hangguk ni. But, saya just nak cuba nasib. Can we both couple? "
Hoseok tergelak besar sambil melipat semula surat. Sinb berdiri kasar. Tangannya menampar kuat meja hoseok.
"Kau... Kalau taknak makan nasi dengan straw esok.. Baik kau bagi surat tu dekat aku" amaran sinb sambil merenung tajam muka hoseok.
"As u wish" ujar hoseok sambil tersenyum. Sinb membuat muka.
"Bagi la, yang kau tak lepas surat tu kenapa? Tadi kemain lagi as u wish" bebel sinb menyampah. Dia cuba merentap surat ditangan hoseok tapi gagal.
"Aku tak cakap yang aku nak kasi surat ni dekat kau. " balas hoseok membuatkan mulut sinb melopong. Muka sinb sudah merah padam.
"Habis tu?! Eh jantan! Tadi kau sendiri yang berspeaking bagai cakap as u wish! Sekarang kau nak buat blur taik ayam apa doh?! "
marah sinb selepas menampar kuat meja khas ketua pelajar, milik hoseok.
"As u wish tu tuju untuk ayat last dalam surat kau. Can we both couple?" jawab hoseok sambil mengajuk ayat dalam surat sinb.
Sinb merengus geram. Bibirnya diketap kuat.
"Berapa kali aku nak ulang, kuda?! yang surat tu bukan untuk kau! "
"Tak percaya" balas hoseok selamba membuatkan api kemarahan sinb naik memuncak.
"And.. Don't worry. Aku tak reject kau, hwang sinb. Memandangkan aku tak da yeochin.. So yeah. U r my Bae start from now on. Hwang sinbae"
Ternganga luas mulut sinb. Dia memandang hoseok dengan pandangan tak percaya.
"Bae kepala hotak kau! aku tak hamak la nak couple dengan kau, kuda! " bentak sinb dengan suara lantang.
"Oh ye ke? Tak kesah pun. Kalau kau bernafas sekarang, u r officially my Bae "
Membulat mata sinb. Dia tersentak.
"Perfect! So, we r officially couple, hwang sinb! "
"What?! Hell no! "
"Really? Ok then. " hoseok berdiri dan membuka satu suis di hujung rak nya. Sinb memandang hoseok dengan penuh tanda tanya.
Kemudian, hoseok duduk semula di atas kerusi. Dia membetulkan mic di depan nya. Bunyi mic berdesing membuatkan sinb tertutup mata.
"Ehem. Test te--"
Sinb menolak tangan hoseok.
"Apa kau nak buat do?! " soal sinb gelabah. Dia menjegilkan matanya kepada hoseok.
"Buat apa? Aku nak cakap guna mic ni ha. "
"Cakap apa?! "
"Alah. Dah kau tanak jadi bae aku, so aku rasa better kalau aku baca isi surat k--"
"Kau gila ke hanat?! "
"Not yet. But im going to. Im going to crazy because of u"
"Heh. Pikir sweet ke jantan? " soal sinb sambil memutarkan bola matanya ke atas.
"Of coz. Dah la, aku nak cakap guna mic ni. Diam ye"
Mata sinb membulat besar. Hoseok membetulkan mikrofon itu. Kemudian, dia menolak ke atas suis kecil on di badan mic itu.
"Tes--"
"Ok ok! Aku couple dengan kau. Tapi tak bermaksud aku suka mamat kuda macam kau! "
•
•
•
~couple on purpose~
:2부
•
•
•
"Ey mana jantan tu! Eish aku tak boleh betul dengan dia! " jerit sinb dah macam orang gila. Dia menampar meja pengawas yang memjaga loker.
Terhinjut bahu pengawas tu.
"Eh budak! Pehal kau bagi aku loker salah ha?! Ehh kalau aku sepa--"
Yewon menarik bahu sinb untuk menghalangnya.
"Sinb, dah² la. Halah semua orang tengok kita kau tau tak? "
"Arh! Kisah pulak aku! Sekarang aku nak belasah budak ni! Acah inosen pulak! Ey kecik besar kecik besar je aku tengok! " bengang sinb dan meluru ke arah pengawas yang bernama yeol itu.
Dia masih terpinga-pinga dengan sinb. Tiba-tiba main terjah je.
"Ish hwang sinb! Kau ni. Rilek la, " pujuk yewon seraya menarik tangan sinb.
"Rilek kau cakap?! Ehh kau cakap senang la! Aku rasa nak bunuh je budak ni, kau tahu! "
Yewon mengeluh berat.
"Ye ye. Now, calm down first. Jom kita masuk kelas. " pujuk yewon lembut seraya menarik tangan sinb.
Sinb merengus geram. Sempat dia menoleh ke arah pengawas itu sambil menunjuk penumbuk.
•
•
•
~couple on purpose~
:2부
•
•
•
"Eh sinb! Pehal muka bengang nak mati ni? " soal moonbin sejurus sinb melangkah masuk ke dalam kelas.
Sinb berjalan mendekati mejanya dan menarik kasar kerusinya. Dia menghempas punggungnya di atas kerusi.
"Weh moonbin! Aku benci ar! " luah sinb dengan mengetap bibir. Dia memandang muka bersih moonbin didepannya.
"Kau benci aku? Alah jangan la ben-- aduh! "
Moonbin mencebik sambil menggosok kepalanya yang diluku sinb.
"Aku serius la hanat! Haish"
Moonbin tergelak kecil. Dia membetulkan posisi duduknya.
"Ok². Ni kenapa ni? Kau benci sapa pulak? " soal moonbin kembali serius tapi tetap dengan caranya, selamba badak.
"Aish. Ni semua sebab budak pengawas tu! Aku eyyyy! Rasa nak sepak,tendang,terajang,penumbuk,pelempang sampai mati!"
Terletus tawa moonbin. Sinb memandangnya hairan dicampur bengang.
"Kenapa kau gelak sial?" soal sinb dengan nada geram.
Moonbin menggeleng sambil cuba meredakan tawannya. Sinb sudah merenung tajam kawan baiknya.
"Ok². Serius. Kenapa dengan pengawas tu? "
"Kau tahu tak dia bagi nomber loker salah untuk aku! Aku cakap kang junho, entah telinga dia tu macam mana boleh dengar jung hoseok! Eyy sakitnya hati aku!!"
Membulat mata moonbin. Dia memegang bahu sinb.
"Serius la? Kau letak dalam loker jung hoseok? Sunbae kita? Ketua pelajar? "
"yelah setan! Kau tahu tak dia baca isi surat tu depan aku. Benda bukan aku yang tulis! Kejap sekarang aku nak cari minah tu! Ey minah umji ni!"
"Lepastu apa jadi? " soal moonbin bersungguh-sungguh.
"ayat last dalam surat tu, minah tu tulis.. Can we both couple?. Kau rasa?! "
"Bapak siot! Lepastu kau buat apa? "
"Aku ugut dia la, aku cakap kalau kau tanak makan guna straw esok, baik kau bagi. Then kau tahu apa dia cakap? "
Moonbin mendekatkan mukanya dengan sinb.
"Dia cakap apa?"
"As u wish. "
Berkerut muka moonbin.
"Haa macam tu la muka aku waktu tu! Rupanya as u wish tu jawapan kepada can we both couple tu. Perasaan aku masa tu--"
"Berbunga-bunga? " soal moonbin selamba.
"Aduh! " aduh moonbin sebaik saja dahinya dijentik sinb.
"Hotak kau berbunga-bunga! Aku tak gila lagi la nak suka mamat macam dia! Annoying siak! "
"Hey.. Aku tahu kau suka mamat macam aku kan? " gurau moonbin seraya menggerakkan keningnya.
"Aish macam mana tahu? " soal sinb turut berloyar buruk. Dia memutarkan bola matanya ke atas.
"Alah.. Aku ta--"
"Bangun!! "
Baru moonbin dan sinb perasan yang sedari tadi cikgu yong sudah masuk ke dalam kelas. Manakala, mereka berdua masih duduk.
Lantas, mereka berdiri serentak.
"Selamat pagi cikgu! "
•
•
•
~couple on purpose~
:2부
•
•
•
Waktu persekolahan sudah pun tamat. 4 orang sahabat sedang bergelak tawa sambil makan jajan.
"Kau serius la?! Hahaha bunguk la sekor²!" tawa eunwoo sambil tergelak.
"Ehh jangan nak gelakkan aku syaiton! Aku sepak jugak japgi! " marah sinb sambil merenung tajam eunwoo. Eunwoo dengan selamba mengangkat jari 'peace' kepada sinb sambil tersengih.
"Eh korang! Malam ni,wayang jom!" ajak yewon yang sedari tadi hanya makan jajan.
"Cun!" balas eunwoo dan moonbin tapi tidak kepada sinb. Mereka bertiga memandang sinb.
"Weh sinb, kau tanak join ke?" soal eunwoo memandang sinb yang hanya melontar sebiji jajan ke dalam mulut.
"Ha? Oh tak pelah! Lain kali ah! Aku..ada benda nak buat" balas sinb dan tersenyum nipis.
"Aku pun tak pergi jugak lah! " ujar moonbin tiba-tiba. Pantas mereka bertiga memandang moonbin.
"Pehal kau tanak pergi? " soal yewon pelik.
"Ha? Em.. Takde apa lah. Alah, kau pergi je lah dengan eunwoo. " balas moonbin menutup cerita. Mereka hanya mengangguk.
"Ha! Semalam korang tengok tak world cup?! Pergh aku mem--"
Sinb yang semangat untuk bercerita itu tergendala bila ada seseorang yang menyampuk. Pantang tok nenek aku!
"Ye tengok². Memang gempak la dorang main"
Serentak mereka berempat memandang figura yang memyampuk itu.
"Eh sunbae" kalut saja moonbin, yewon dan eunwoo berdiri lalu menunduk hormat. Sinb hanya membuat bodoh saja dan mengabaikan hoseok.
Moonbin menampar belakang sinb. Sinb dengan bengangnya menoleh. Mulutnya bermimik kan 'kau pehal bahabun?! '
"Aku nak duduk boleh? " soal hoseok meminta izin.
"Ehh boleh²! Kebetulan kami dah nak balik ni! Sunbae duduk la dulu! Sinb aneong!!"
Sinb memandang mereka dengan tajam. Mulutnya terkumat-kamit menyumpah seranah kawannya.
"Ha,aku pun nak balik." tutur sinb seraya berdiri. Tapi, dia ditarik hoseok.
"Kau nak apa lagi, kuda? Aku nak balik ni"
"Seem like they already know about us"
Sinb memutarkan bola matanya ke atas.
"Tahu ke tak ke, nampak aku kesah? Halah. Semak la ada manusia macam kau. Dah ar, aku balik dulu"
Sinb mengatur langkah meninggalkan hoseok selepas dia membetulkan tali beg yang hampir terlucut dari bahunya.
"Jaljayo sinBae! "
Sinb mengangkat penumbuknya Ke udara. Hoseok tergelak kecil sambil menggeleng.
" i like her attitude "
To be continued..
Sorry sebab banyak minyu buat sinb banyak mencarut. Tak pe, takkan wujud wtf dlm ff ni.
And, kalau Ada x puas hati dgn ff ni, boleh dm. ♥
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro