Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

3.0

"Unnie dengan oppa kena datang, kalau tak jangan harap nak tengok muka Yun selama seminggu ini." Nayun berkata serius sambil memandang Taeyong dan Narun bersilih ganti.

"Yun dah ulang lima kali dengan kitorang pagi ini." kata Taeyong pasrah. Dah puas dia mendengar bebelan dan ugutan yang sama sejak pagi tadi.

"Hehe, jumpa nanti!" Nayun melambai kearah mereka berdua dan meninggalkan kawasan rumahnya dengan kawan baiknya, Jeongin.

"Hyunjin dah sampai, bye Taeyong. Jangan lupa kunci pintu!" Naeun memberi peringatan kepada Taeyong sebelum masuk ke dalam perut kereta.

"Good morning." Hyunjin menyapa Naeun dengan senyuman manis.

"Morning." Naeun tersenyum kembali.

Sebaik sahaja tiba di dalam kawasan universiti, Naeun terlebih dahulu keluar daripada kereta kerana dia perlu berjumpa dengan Mr.Lee sebelum bermulanya kelas.

Naeun meneliti ke dalam begnya sekali lagi untuk memeriksa fail-fail yang berada di dalam begnya. Takut dia tertinggal fail yang perlu dihantar.

"Seyoung-"

"Felix, awak cium dia! Awak ingat saya tak tahu? Sekarang ini awak minta apa pula? Kita kembali bercinta? Awak merepek apa ini!" Kaki Naeun terhenti. Jelas itu ialah suara Felix dan Seyoung.

Hatinya berdegup kencang. Fikirannya bercelaru Kakinya perlahan-lahan melangkah kearah suara itu.

Bilik Musik.

Pintu bilik itu ditolak perlahan supaya kehadirannya tidak disedari oleh mereka berdua.

Matanya membuntang apabila melihat Seyoung yang sudah teresak-esak menangis. Felix meraup wajahnya kasar.

"Aku tahu aku salah Seyoung..." suara itu perlahan meluncur daripada bibir lelaki itu. Keluhan kasar dilepaskan.

"Aku cuma tak boleh terima kau putuskan hubungan kita disebabkan Naeun." Naeun tersentak apabila namanya menjadi sebutan. Naeun menghembus nafas perlahan. Rasa bersalah mula menggunung di dalam dirinya.

Tiba-tiba, Naeun dapat merasakan pegangan pada bahunya dan membuatkan Naeun tersentak kebelakang. Pintu tadi terus tertolak ke belakang.

Tangan itu sempat memeluk pinggang Naeun daripada jatuh menghempap lantai.

"Naeun."
"Hyunjin."

Kedua-dua suara itu berkata serentak apabila dua figura itu muncul di hadapan pintu. Naeun melepaskan pegangan Hyunjin daripada pinggangnya dan memandang kearah Seyoung.

Naeun cuba melarikan pandangan. Kekok. Perbuatannya mencuri dengar tadi juga telah tertangkap disebabkan Hyunjin.

"Kau-"

"Disebabkan aku? Betul ke?" Naeun memotong percakapan Felix. Matanya memandang tepat kearah Seyoung dan Felix. Dia takut. Mereka berdua terdiam. Tiada sesiapa yang membuka mulut.

"Seyoung, saya nak cakap dengan awak." Naeun mengukir senyuman sebelum memandang kearah Seyoung.

--

"Kenapa Seyoung?" tanya Naeun. Dia tidak sangka bahawa dirinya akan menjadi penghalang hubungan orang lain.

"Awak suka-"

"Tak, saya tak sukakan dia Seyoung."

Seyoung mula meraih tangan kanan Naeun dan memandangnya.

"Naeun jangan tipu perasaan sendiri, saya tahu awak dengan Hyunjin hanya terpaksa bercin-"

"Seyoung." Naeun terdiam seketika sebelum memulakan ayatnya kembali.

"Saya memang cintakan Hyunjin. Ya, saya pernah sukakan Felix, tapi itu dulu Seyoung. Jangan disebabkan saya hubungan korang putus."Naeun mengeluh perlahan sebelum meninggalkan Seyoung keseorangan.

--

"Kau okey?" Sampai sahaja di dalam kereta Hyunjin bertanya. Naeun mengangguk perlahan sambil tersenyum.

Selepas berjumpa dengan Seyoung, Naeun memasuki kelas sedikit lewat. Hyunjin pula tidak bertanya apa-apa sepanjang di dalam kuliah.

Dia tidak boleh membiarkan perasaan itu menganggunya. Dia perlu gembira pada hari ini. Dia tidak mahu hari graduation Nayun menjadi hari yang sedih baginya.

Naeun dan Hyunjin keluar daripada perut kereta setelah sampai di sekolah Nayun. Matanya meliar untuk mencari kelibat Nayun.

"Jom." Hyunjin memegang tangan Naeun.Naeun mengangguk dan mengikuti langkah Hyunjin.

"Naeun, kau tengok itu." Hyunjin menunjuk kearah pasangan yang sedang menangkap gambar di bawah pokok. Naeun memandang kearah pasangan itu lama. Dia tersenyum manis.

"Comel." Naeun berkata ringkas. Wajahnya ditundukkan memandang lantai.

Hyunjin memandang Naeun pelik. Tiba-tiba pula gadis ini menjadi emotional. Cecair jernih jatuh daripada tubir matanya. Hyunjin cemas. Dagunya dipegang oleh Hyunjin untuk melihat wajah gadis itu.

"Yah... kenapa menangis ini..." Hyunjin berkata perlahan. Jarinya mengusap air mata yang jatuh dipipi mulus itu.

"Kenapa saya tak terima awak lebih awal..." tutur Naeun sebak. Selama bertahun-tahun lelaki ini menyimpan perasaan padanya. Tetapi dia hanya mengabaikannya dan menganggap dia tidak tahu tentang perasaan lelaki itu.

Sekarang dia menyesal kerana tidak menerima lelaki yang membuatnya sering tersenyum sekarang.

"Hey, don't cry. I feel bad right now." Tubuh kecil itu dipeluk. Belakang badannya diusap perlahan.

"Thanks for giving me a chance to be with you, Lee Naeun." Pelukan itu dileraikan. Hyunjin memandang wajah gadis itu yang masih dalam tangisan. Jarinya kembali mengusap air mata yang jatuh itu.

"Muka saya dah comot!" Naeun merungut setelah dia cuba menenangkan dirinya daripada menangis. Naeun dan Hyunjin tergelak kecil. Bahu gadis itu dipeluk dan pipinya dicium sekilas. Mata Naeun terbuntang.

"Unnie!" Serentak mereka berdua menoleh kearah suara jeritan itu.

Nayun sudah lengkap berpakaian jubah untuk hari graduasinya. Taeyong dan Daeun juga sedang berada disisi Nayun. Mereka berdua sedang bergambar bersama.

Naeun dan Hyunjin memandang antara satu sama lain dan berlari anak kearah mereka bertiga untuk menangkap gambar bersama.

The End.

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

akhirnya cerita ini habis jugak 😭 Kalau ikutkan aku dah nak unpublish sebab dah tak ada idea. Jalan cerita pun makin lari. Tapi aku tak sanggup nak unpublish HAHAHAHAHA.

mekasih pada siapa yang selalu baca dengan vote! mekasih baca cerita mengarut ini 😭 maap ending dia bosan , aku memang fail buat ending shshshs

Chance | Hwang Hyunjin

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro