
2.7
"Minggu depan nak pergi tak Hari Graduation Nayun ?" Naeun bertanya, dia menoleh kearah Hyunjin yang berada di sebelahnya.
"Rasa-rasanya aku nak pergi tak ?" Bagus, soalan dibalas dengan soalan. Hyunjin tergelak kecil melihat reaksi kosong Naeun.
"Tak payahlah pergi." kata Naeun sarkastik lalu menjeling Hyunjin. Dia tengah serius, lelaki ini main-main pula.
"Ala gurau je pun hehe." Hyunjin memegang erat tangan Naeun membuatkan gadis itu kembali tersenyum.
"Daeun, kau kenapa senyap ?" Naeun bertanya sambil memandang kearah Daeun. Dia perasan, sejak pagi tadi Daeun hanya mendiamkan diri. Termasuklah dengan Taeyong, dia hanya mengabaikan lelaki itu.
Sekarang fokus mereka berdua adalah Daeun. Daeun berhenti melangkah dan memandang Naeun serius.
"Naeun..."
"Taeyong dengan Hyewon... diorang memang rapat ke ?" Daeun bertanya ragu-ragu, dia menunduk tanah sambil mengusap lehernya. Kemudian dia cuba mengelakkan daripada bertentang mata dengannya.
Naeun tersenyum kecil. Memang reaksi Daeun sedikit berlainan apabila melihat Hyewon dan Taeyong keluar daripada kereta Hyunjin pada pagi tadi. Daeun cemburu !
"Diorang memang rapat daripada kecil . Macam aku dengan Minhee ." Sengaja dia mahu menyebut nama Minhee . Dia tahu Hyunjin tidak menyukainya.
Sempat dia memberi pandangan sekilas kepada Hyunjin. Muka lelaki itu sudah cemberut apabila mendengar nama Minhee.
Daeun mendiamkan diri dan mengangguk perlahan. Manakala Hyunjin tiba tiba mencubit kuat pipi Naeun dan membuatkan gadis itu mengerang kesakitan.
"Ouh saja sebut nama Minhee hyung kan." Hyunjin mencubit pipi Naeun geram.
Setelah dia melepaskannya , Hyunjin terus menekup kedua-dua pipi Naeun yang sudah memerah itu.
"Sakit ke? Sorryy..." Hyunjin memuncungkan bibirnya, rasa bersalah pula apabila melihat pipinya sudah memerah akibat cubitannya itu. Naeun tersengih lebar. Daeun tersenyum kecil melihat kawan baiknya itu.
--
"Korang semua memang berpakat nak naik kereta aku ke ?" Hyunjin menjeling tiga orang manusia yang sedang berdiri di hadapannya sambil tersengih.
"Terima kasih Hyunjin!" jerit mereka bertiga serentak .Kemudian Hyewon , Taeyong dan Daeun terus masuk ke dalam perut kereta .
"Bukan selalu." Naeun tersenyum dan menepuk perlahan bahu Hyunjin. Niatnya untuk keluar berdua terpaksa dibatalkan sekali lagi.
Semasa perjalanan , Daeun hanya mendiamkan diri. Diam-diam dia memerhatikan Taeyong dan Hyewon.
Siap bergelak tawa . Mereka memang rapat . Tapi hal ini menganggu dia. Kewujudannya di dalam kereta juga seolah-olah tidak diketahui.
Tanpa sedar , Daeun mengeluh perlahan. Naeun yang menyedari keadaan itu memandang kearah Daeun. Wajahnya jelas kelihatan sedih.
Kemudian dia memandang sekilas Taeyong yang masih lagi sedang berbual bersama Hyewon.
"Kenapa ?" Hyunjin berbisik perlahan . Naeun menggeleng perlahan dan kembali memandang kehadapan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro