2.5
Buat kali ketiga , Hyunjin menelek jam tangannya . Hyunjin sudah mula risau . Kelasnya akan bermula lagi 30 minit tetapi kelibat Naeun masih tidak kelihatan.
"Taeyong !" Hyunjin memanggil Taeyong yang baru keluar sambil memegang sepasang kasut. Taeyong mengangkat wajahnya dan tersenyum sumbing .
"Mana Naeun ?" tanya Hyunjin . Tetapi Taeyong hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
Kebetulan pada masa yang sama , Hyewon juga turut keluar daripada rumah . Badannya sedikit kebelakang apabila ternampak Hyunjin berada di hadapan rumahnya.
Jantungnya berdegup kencang sebaik sahaja teringat akan kata-katanya terhadap Naeun dan Hyunjin sebelum ini.
"Kenapa ?" Taeyong memandang Hyewon pelik . Manakala Hyunjin memasang wajah kosong.
"Hyunjin aku tumpang kau lah harini , aku malas nak bawa kereta la ." kata Taeyong selamba .
Tanpa sempat Hyunjin menjawab , Taeyong terus meluru masuk ke dalam perut kereta. Hyewon terkaku .
Dia sepatutnya pergi ke kuliah bersama Taeyong , jadi sekarang bagaimana ?
"Hyewon masuklah!" jerit Taeyong dari dalam kereta. Hyewon memandang Taeyong dan Hyunjin bereilih ganti .
Ah ! baik dia ambil teksi saja .
"Masuklah." kata Hyunjin dingin. Hyewon mengangguk perlahan dan pergi ke tempat duduk belakang.
Sebaik sahaja Hyewon memasuki perut kereta , kelibat Naeun kelihatan bersama Minhee yang sedang bergelak ketawa.
Sudah terbit sedikit perasaan cemburu dalam hatinya ini . Siap bertepuk tampar lagi !
"Bye !" Naeun melambaikan tangannya dan menutup pintu pagar rumah .
"Hyunjin." Naeun memanggil Hyunjin dengan senyuman tetapi Hyunjin hanya membalas pendek.
"Em"
Tiba-tiba Naeun menjengketkan kakinya sedikit dan mencium pipi Hyunjin .
"Jomla dah lambat..." Naeun melembutkan suaranya sedikit sambil tangannya menggoyangkan lembut tangan Hyunjin seakan-akan memujuk lelaki itu.
"Per- pergilah masuk..." Wajah Hyunjin yang sedang membahang itu membuat Naeun tersenyum lebar. Bukan mudah mahu membuatkan lelaki ini malu.
Kelakuan Hyunjin sekarang sungguh mencuitkan hatinya . Comel !
Hyunjin terus berpaling tubuh dengan keadaan yang malu dan masuk ke dalam perut kereta.
"Nak dating sila dekat tempat lain." kata Taeyong daripada belakang. Kejadian tadi memang jelas diperhatikan dengan dua manusia ini .
"Jeles cakap " Hyunjin menjelir lidah pada Taeyong .
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro