Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2.2

Daripada awal kelas lagi , dia tidak habis-habis mendengar bisikan-bisikan yang menyebut namanya.

Susah menjadi tumpuan orang ini. Semua benda akan jadi khabar angin. Mulut bertopengkan syaitan ke? Depannya baik tetapi belakangnya ? Tiada sesiapa yang tahu.

Nampaknya topik ini menjadi berita hangat diantara pelajar kolej ini . Naeun , Seoyung , Hyunjin dan Felix . Cinta empat segi yang membuatkan Naeun tergelak.

"Lepas ini nak pergi mana?" Hyunjin bertanya sambil mengemaskan barang-barangnya. Ouh, Naeun masih membalas sepatah-sepatah pada soalan Hyunjin. Dia masih malu!

Naeun menggeleng . Dia tidak tahu mahu kemana.

"Kita jumpa Prof. Jihyuk dulu , dia nak jumpa." Naeun mengangguk . Lalu mereka berdua menuju kearah tingkat dua.

Sementara menunggu Hyunjin menyelesaikan urusannya dengan Prof.Jihyuk , Naeun duduk di tangga berdekatan dengan bilik Prof.Jihyuk.

"Apa yang awak buat ini Felix!" Naeun terkejut. Suara siapakah itu? Suara jeritan itu kedengaran daripada tangga bawah .

Naeun melangkah ke bawah , perlahan-lahan untuk melihat figura yang berada di situ.Dia menelek sedikit pada tangga itu .

Felix dan Seyoung!

Mereka nampaknya seperti dalam pergaduhan.Kedua-dua wajah ketat dan langusung tiada senyuman di bibir mereka.

"Seyoung , kau yang putuskan semua ini." Felix berkata tenang manakala Seyoung sudah mengalirkan air mata dengan deras sekali. Tangannya masih memegang lengan baju Felix , menghalang lelaki itu daripada pergi.

Mereka dah putus ?

"Apa guna awak hancurkan hubungan diorang?" Seyoung berkata dalam tangisan. Naeun terkejut.Hancurkan hubungan?

"Mereka tiada kaitan dalam ini." ujar Seyoung dingin.

"Mereka pun tiada kaitan dalam hubungan kita."Keras sahaja Felix mengeluarkan kata-kata itu. Mereka tengah bercakap tentang dirinya dan Hyunjin ke?

Seyoung seperti tergamam. Pegangannya pada baju Felix dilonggarkan.Felix terus berlalu pergi dengan menuruni tangga ke bawah

"Fe- Felix..." Lama-kelamaan , tangisan Seyoung semakin kuat.Langsung tiada sesiapa pun di kawasan ini sekarang.

Seyoung terduduk memeluk tubuh.Nampaknya semuanya benar-benar musnah baginya.

Naeun memandang Seyoung dengan perasaan bersalah. Semua ini salah dia kan?

"Naeun." Bahunya tiba-tiba dipegang daripada belakang membuatkan Naeun terkejut dan hampir menjerit.

Naeun segera menoleh ke belakang . hyunjin berdiri sambil tersenyum kearahnya.

"Kenapa dari tadi telek-telek ke bawah itu?" tanya Hyunjin. Muka Naeun pula menjadi pucat secara tiba-tiba. Naeun menyuruh Hyunjin memperlahankan suaranya.

Naeun menarik tangan Hyunjin dan menyuruh Hyunjin melihat ke bawah.

Hyunjin memandang figura Seyoung pelik. Kenapa dia menangis di situ?

Tanpa sempat Naeun berkata apa-apa , Hyunjin terus meluru menuruni tangga dan mendekati Seyoung.

Terbeliak mata Naeun melihat tindakan berani Hyunjin itu.

"Seyoung , kau okey?" Hyunjin bertanya lembut. Naeun memerhati daripada atas dengan diam.

Perlahan-lahan , Seyoung mengangkat wajahnya. Wajahnya penuh dengan air mata yang masih berjuraian jatuh.Tiba-tiba Seyoung mendakap tubuh Hyunjin.

Hyunjin tersentak .Badannya terkaku. Tidak tahu apa yang patut dilakukan olehnya.

Manakala Naeun sudah ternganga melihat tindakan Seyoung itu. Hatinya seakan-akan membara sekarang. Berapi sungguh dia melihat aksi di hadapannya ini.

Hyunjin teringat akan Naeun yang berada diatas terus menoleh kearah Naeun . Naeun berpeluk tubuh dan memandang Hyunjin tajam. Pandangan matanya menunjukkan supaya Hyunjin melepaskan pelukan itu.

Hyunjin terus menolak bahu Seyoung lembut.Seyoung memandangnya dengan air mata yang masih tersisa.

Hyunjin menunduk kekok. Dia tidak patut  turun tadi.

"Maafkan saya Hyunjin." ujar Seyoung perlahan.Seyoung terus bangun daripada duduknya dan berlari meninggalkan Hyunjin. Hyunjin bangun dan melihat kelibat Seyoung yang semakin menghilang disebalik banggunan .

"Ehem." Naeun berdehem kuat. Hyunjin terkejut melihat Naeun yang sudah berdiri di sebelahnya sambil memeluk tubuh.

Kemudian , Naeun memandang Hyunjin dengan senyuman di bibirnya. Senyuman yang dibuat-buat dan dipaksa. Naeun terus berjalan meninggalkan Hyunjin di belakangnya.

Habislah kau , Hyunjin.

--

"Naeun." tiada balasan . Naeun hanya memandang kearha luar tingkap. Langsung tidak menoleh dan memulakan percakapan dengan Hyunjin.

Seketika kemudian , Hyunjin tersengih.

"Jealous eh?" Kata Hyunjin sambil mencucuk-cucuk pipi Naeun. Naeun memandangnya dengan tajam.Tangan Hyunjin tadi ditepiskan perlahan.

"Jangan cakap." kata Naeun dingin. Fikirannya masih terbayang-bayang adegan tadi.

" Eh Naeun jealous ke?" Hyunjin meraih tangan Naeun sekali lagi dan diciumnya sekilas.

Ah tidak boleh ini . Dia memang tidak boleh merajuk lama-lama dengan Hyunjin! Lelaki ini pandai sungguh memujuknya .

Naeun mengelakkan pandangan daripada memandang Hyunjin. Mukanya merah seperti tomato sekarang!

"Esok saya ambil lagi." tutur Hyunjin lembut sambil memandang sekilas kearah Naeun yang masih cuba menyembunyikan wajahnya.

Pelik juga dia dengan lelaki ini. Sekejap 'aku-kau' , sekejap 'awak-saya' dan--

" Awak dengar tak sayang ?" tidak kuat jantungnya untuk menghadap lelaki ini lagi!

aku tak tahu nak buat ending macam mana ;-; btw vomments!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro