Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2.1

"Taeyong , aku takutlah."Naeun memandang Taeyong dengan pandangan gementar.

"Semalam berani sangat , siap tidur atas riba lagi . Sekarang kau takut pula."Taeyong menggeleng melihat kakaknya itu. Selepas dia tersedar daripada tidur sahaja , dia sudah berada didalam bilik tidurnya.

Hyunjin juga sudah pulang ke rumah. Sebelum itu sempat dia berpesan kepada Taeyong , pada pagi esok dia yang akan mengambil Naeun.

Disebabkan perkara ini Naeun gementar .Sekarang persoalan yang bermain di dalam fikirannya adalah Hyunjin masih mahu menjauhkan dirinya dari dia ?

Pin ! Pin !

Terperanjat Naeun dibuatnya. Naeun menelek sedikit ke luar pintu dan melihat kereta Hyunjin yang sedang berada di hadapan rumahnya.

"Nanti Hyunjin oppa lambat tunggu unnie kang." Nayun yang sedang bersarapan menyampuk setelah melihat kelakuan kakaknya seperti seorang stalker .

Naeun menggaru kepalanya yang tidak gatal dan melangkah ke luar rumah. Setelah kasut disarungkan , Naeun melangkah masuk ke dalam perut kereta  dan terus meluncur laju meninggalkan kawasan perumahannya.

Hyunjin menoleh sekilas kearah Naeun yang termenung ke luar tingkap . Seolah-olah mahu mengelak berpandangan mata dengannya.

Hyunjin tiba-tiba tertawa kecil. Tangan kiri Naeun diraihnya lalu digenggam erat.Tangannya diletakkan diatas paha Hyunjin manakala tangan kanan Hyunjin mengawal stereng kereta

Naeun memandang Hyunjin terkejut . Betulkan Hwang Hyunjin yang berada di hadapannya ini ?

Jantungnya berdegup laju. Malu drngan tindakan Hyunjin itu. Padahal semalam tidak pula dia malu semasa memegang tangan Hyunjin.

"Wae?" Hyunjin bertanya lembut apabila melihat wajah Naeun yang sedang menunduk.

Naeun mengangkat wajahnya perlahan lalu merenung wajah kacak itu.

"Hyunjin, awak..." ayatnya tergantung . Dia tidak sanggup mahu bertanya tentang hal itu kepada Hyunjin sekarang.

Takut Hyunjin akan pergi darinya sekali lagi.

"Aku percayakan kau , sayang ." Terhincut bahunya apabila mendengar perkataan yang keluar daripada mulut Hyunjin. Dia tidak salah dengar kan?

Argh! Hyunjin buat Naeun makin menggila dengannya!

--

"Naeun, janganlah bagi aku bercakap seorang." Hyunjin mencebik bibir sambil keluar daripada perut kereta. Wajah Naeun dipandang tidak puas hati. Daripada tadi gadis ini hanya mendiamkan diri.

"Hyun- Hyunjin ." Naeun memanggil namanya gagap. Sesekali dia memandang kearah Hyunjin dan kembali mengelakkan pandangannya.

"Saya malu lagi." Naeun berkata perlahan namun masih mampu didengari oleh Hyunjin. Hyunjin memandang Naeun dengan sengihan di bibirnya.

Gadis ini malu rupanya. Patutlah daripada tadi langsung tidak membuka mulut.Dia seperti bercakap dengan patung sahaja.

"Jom." Hyunjin mendekatkan diri dengan gadis itu lalu memegang tangannya erat.Rambut yang menghalang wajah Naeun itu diselitkan. Hyunjin mendekatkan wajahnya pada telinga Naeun

"Lain kali lepaskan rambut itu , leher awak terdedah." Hyunjin berbisik perlahan membuatkan telinga Naeun menjadi merah.

Tolong Naeun sekarang sebelum dia pengsan akibat panahan cinta Hwang Hyunjin ini !

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro