2.0
"Naeun." Hyunjin memanggil. Naeun menoleh dan dia melangkah kearah Hyunjin semula. Sesekali dia menoleh kearah Nayun untuk memastikan adiknya sudah masuk ke dalam rumah.
Wajah Hyunjin dipandang. Dia mengaku , sudah lama dia tidak mendengar Hyunjin memanggilnya dengan nada itu . Nada lembut.
"Maafkan aku." Hyunjin mengelakkan pandangan matanya daripada bertembung dengan anak mata milik Naeun.
"Mama cakap kalau bercakap kena pandang mata " Naeun memegang dagu Hyunjin lembut dan menarik wajahnya supaya memandang tepat kearahnya. Muka Hyunjin sudah berona merah sekali lagi.
Naeun benar-benar mahu membunuhnya sekarang !
"Saya minta maaf juga dan-"
"Jangan risau , saya memang tak sukakan Felix dah, sebab lelaki yang saya suka ada depan mata ." sambung Naeun. Naeun tersenyum lebar manakala Hyunjin sudah menunduk malu.
Dup dap dup dap
"Eo Hyunjin , buat apa dekat sini?" Mereka berdua menoleh . Taeyong dengan Daeun yang berada di belakangnya.
"Tak payah sibuk." Naeun mencelah . Dia tahu Hyunjin sudah kalut mahu memberi jawapan kepada Taeyong. Nanti dia sendiri yang malu.
"Eleh , sombong ." Taeyong menjeling kakaknya itu dan menarik tangan Daeun memasuki rumah.
"Kau nak buat apa dengan Daeun itu!" Naeun menjerit daripada luar . Taeyong ini pelik-pelik perangai dia. Habis anak orang jadi bahan uji kaji dia nanti.
" Kitorang nak tengok movie lah! Nak join ke?" Taeyong membalas . Naeun terus memandang Hyunjin.
"Sibuk?" Hyunjin menggeleng laju. Tangan Hyunjin langsung ditarik sekali lagi masuk ke dalam rumah.Kelihatan Taeyong baru meletakkan beberapa paket makanan ringan dan minuman diatas meja sebelum mengambil tempat duduk di tepi Daeun.
Naeun menepuk-nepuk tempat duduk kosong yang berada di sebelah Taeyong.Hyunjin akur dan duduk disitu dan Naeun duduk di sebelahnya.
"Ambil ini." Naeun menghulurkan kusyen kepada Hyunjin dan menyuruhnya meletakkan kusyen itu diatas ribanya.Tanpa segan silu , Naeun pula yang mendaratkan kepalanya diatas kusyen itu atau lebih tepat riba Hyunjin. Badannya mengiring menghadap televisyen.
Taeyong dan Daeun juga perasan akan tindakan Naeun itu . Mereka terkejut kerana tidak pernah Naeun menjadi seperti itu .
Sambil menunggu Taeyong memilih movie , tangannya ligat menyuapkan makanan ringan ke dalam mulut.
Akhirnya , filem Little Women yang menjadi pilihan Taeyong. Semasa dipertengahan cerita , matanya sudah mula memberat ditambah lagi dengan keadaannya sekarang yang sangat sesuai untuk tidur.
Tiba-tiba dia dapat merasakan satu tangan yang mengusap lembut rambutnya , seperti didodoikan Naeun terlelap.
yey , double update !
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro