Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

1.9

"Hyunjin oppa teman unnie kan ? Nayun nak pergi dekat tempat barang sekolah." Nayun terus melangkah pergi meninggalkan mereka berdua.

Naeun memandang Hyunjin sekilas. Tidak pernah mereka berdua berada dalam kekok seperti ini.

Naeun bergerak kearah kaunter untuk mengambil troli berdekatan situ.Naeun menarik troli dan menolak troli itu kearah Hyunjin yang masih berdiri tegak disitu.

"Kalau awak nak pergi tempat lain , pergilah . Nanti saya call kalau dah siap." kata Naeun . Baru sahaja dia mahu menolak troli itu meninggalkan Hyunjin tetapi Hyunjin terlebih dahulu memegang troli itu dan melepaskan genggaman Naeun pada troli itu.

"Biar aku yang bawa." kata Hyunjin dan terus berjalan ke hadapan . Naeun memandang tubuh Hyunjin daripada belakang. Bibirnya mengukirkan senyuman.

Naeun mula mengambil beberapa bahan mentah dan sayur-sayuran . Banyak juga dia beli pada kali ini , kerana ini untuk stok seminggu. Lepas ini tidak perlulah dia keluar semula untuk membeli barang dapur.

Naeun terhenti di bahagian makanan beku. Dia memandang kearah paket beku ayam kentaki dan paket beku kentang goreng. Mana satu dia perlu pilih ? Nayun sukakan ayam manakala Taeyong sukakan kentang goreng. Hish susah pula nak pilih.

"Yang ini." Hyunjin memanjangkan tangannya mengambil sepaket sosej dan wadges dan diletakkan ke dalam troli. Kemudian dia membuang pandangan ke tempat lain. Naeun tersenyum. Hyunjin mengambil makanan kegemarannya .

Mereka kembali mencari barang-barangan di tempat makanan segera . Hyunjin mahu membeli beberapa paket ramen.

Naeun memandangnya daripada belakang. Cukup dengan memerhatinya dengan begini mampu membuatkan jantungnya berdegup pantas.

Dengan berani , Naeun berjalan mendekati Hyunjin dan memegang tangan lelaki itu erat. Jari-jemarinya dimasukkan ke dalam celah jari-jemari Hyunjin.

Hyunjin memandang Naeun terkejut. Sebelum ini , Naeun tidak pernah memegang tangannya . Hanya dia yang memulakan tindakan.

"Hyunjin, saya rasa yang ini lagi sedap." Naeun menarik tangan Hyunjin kearah rak belah kiri . Ramen makanan laut diambil dan ditunjukkan kepada Hyunjin. Hyunjin pula hanya mengangguk .Dia masih terkedu.

"Jom." gadis itu mengukir senyuman lebar . Tangan kiri Naeun dan tangan kanan Hyunjin memegang pemegang troli itu . Naeun langsung tidak mahu melepaskan pegangan tangannya daripada Hyunjin.

Hyunjin sekarang seperti terkena serangan jantung akibat perubahan Naeun yang mendadak.

"Nayun dah tunggu dalam kereta , jom bayar." Naeun menyimpan telefonnya semula ke dalam poket seluar .Hyunjin mengangguk perlahan.

Setelah siap membayar , Hyunjin mengangkat dua plastik yang dipenuhi barang dapur manakala Naeun membawa plastik yang mengandungi beberapa paket ramen Hyunjin.

"Naeun." Hyunjin bersuara . Naeun memandangnya .

"Kau masih sukakan Felix ?" Mereka berdua terdiam . Naeun menunduk memandang tanah. Jantungnya kembali berdegup pantas . Dia takut.

"Nampaknya kau masih sukakan-"

" Tak saya sukakan Hwang Hyunjin." kata Naeun mendatar tanpa memandang muka Hyunjin. Hyunjin berhenti melangkah.

"Wae? Tak percaya ?" Naeun turut memberhentikan langkahnya. Wajahnya ditoleh memandang ke belakang iaitu kearah Hyunjin. Hyunjin kekal mendiamkan diri.

Naeun terus melangkah kearah Hyunjin .Kakinya dijengket supaya dapat menyamakan ketinggiannya dengan Hyunjin . Pipi Hyunjin dikucup sekilas.

Hyunjin memandang Naeun dengan mata terbeliak . Naeun tertawa besar . Tidak pernah dia melihat wajah Hyunjin yang cukup terkejut sampai begini . Wajah Hyunjin juga seperti disimbah cat. Cukup merah!

" Jom ,  Nayun dah tunggu." Tangan Hyunjin dicapai dan menarik tangannya menuju kearah kereta.Hyunjin mengikuti langkah Naeun . Ya , dengan senyuman yang terukir di bibirnya.

hiks makin hambar kan ಥ_ಥ

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro