Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

1.6

"Hyunjin !" Naeun menjerit kuat . Pelajar-pelajar lain sudah menumpukan perhatian kearahnya. Tetapi lelaki ini langsung tidak berhenti .

Ya, dia mengejar Hyunjin selepas Hyunjin memberikannya ubat demam itu.

"Hwang Hyunjin berhenti !" Nama penuh lelaki itu dipanggil sekali lagi namun lebih tegas. Ia berjaya, Hyunjin berhenti dan berpaling ke belakang menghadap gadis itu.

Naeun berlari anak menuju kearah Hyunjin . Dia tidak boleh berputus asa .

"Hyunjin-"

"Apa kau nak ?" ujarnya dingin . Langsung tiada senyuman di bibirnya dan tiada suara yang lembut yang memanggil namanya seperti selalu .

Naeun tersenyum pahit.

"Hyunjin saya nak cakap sesuatu." kata Naeun. Bersungguh-sungguh dia mengatakan kepada Hyunjin .

"Naeun." Naeun tersentak. Oh tidak. Dia amat kenal dengan suara itu. Kenapa dia perlu muncul sekarang !

Felix yang sudah menghampiri mereka berdua . Naeun memandang Felix tajam. Dia langsung tiada perasaan bersalah ke ?

"Tch." Hyunjin berdecit dan tersenyum sinis. Wajah Naeun dan Felix dia pandang bersilih ganti. Pandangan yang penuh benci. Naeun sudah cemas. Dia pasti Hyunjin memikirkan perkara ini sekarang .

"Kau nak bercinta dengan dia ke Naeun?" Hyunjin memerli Naeun. Mata gadis itu sudah berkaca. Terkejut dengan ayat Hyunjin. Lelaki itu langsung tidak mahu mendengar penjelasan daripadanya.

Laju Naeun menggeleng. Kedua - dua lengan Hyunjin dipegangnya erat. Wajahnya menunduk sambil menahan air matanya daripada jatuh.

"Kau buat apa dekat Naeun ha?" tanya Felix dingin.Seolah-olah tidak faham dengan keadaan sekarang. Hyunjin memandang Felix tajam kemudian memandang Naeun yang berada di hadapannya semula

"Kau memang nak aku putuskan hubungan ini kan!" suara Hyunjin naik seoktaf. Kesabarannya sudah melebihi had. Gadis ini seperti mempermainkan dirinya sekarang. Peluang yang langsung tiada makna dan hanya dijadikan permainan buatnya.

Naeun mengangkat wajah memandang Hyunjin. Wajahnya sudah dibasahi dengan air mata. Sumpah dia tidak mahu Hyunjin meninggalkannya.

Dia benar-benar sayangkan Hyunjin !

Tubuh Hwang Hyunjin dipeluknya erat. Naeun tidak mahu Hyunjin memutuskan hubungan mereka. Tanpa penjelasan yang harus Hyunjin tahu.

Kemeja Hyunjin dipegang erat , seakan-akan langsung tidak mahu melepaskan pelukannya itu walaupun dia tahu Hyunjin langsung tidak membalas pelukannya itu.

Felix tersenyum sinis memandang aksi pasangan itu. Dia mengeluh berat dan bersandar di dinding berdekatan .

"Hyunjin- jangan..." Naeun menggeleng perlahan di dalam pelukan Hyunjin . Lelaki itu merenung Naeun lama. Hyunjin menolak bahu Naeun supaya melepaskan pelukan mereka.

Matanya dipejam serapat mungkin.Nafasnya ditarik sedalam mungkin. Tenangkan diri Hyunjin.

"Bagi aku masa Naeun." Hyunjin menolak tangan Naeun yang memegang lengan bajunya dan berlaku pergi . Naeun memandang kelibat Hyunjin yang semakin hilang disebalik banggunan itu dengan tangisan yang masih tidak berhenti.

Felix datang mendekatinya.Bahu Naeun dipeluk agar gadis itu tidak jatuh rebah ke tanah . Dia masih mengambil berat tentang gadis itu. Dia juga masih tahu kelemahan gadis itu.

Dia tidak boleh terlalu banyak menangis, kakinya mudah menjadi lemah .

Naeun ingin menepis tangan Felix daripada bahunya tetapi badannya terasa cukup lemah.

"Lupakan dia Naeun."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro