Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

1.5



"Apa awak cakap Hyunjin..." Naeun memandang Hyunjin tidak percaya .Anak matanya menggeletar.Tidak percaya kata-kata yang baru keluar daripada mulut Hyunjin.

"Naeun..." Taeyong bangun dan menuju kearah kakaknya. Jaket yang terjatuh tadi diambil dan disarung ke badan kecil itu kembali.

Naeun masih tidak melepaskan pandangannya terhadap Hyunjin . Lelaki itu memandang Naeun kosong. Pandangan yang tidak dapat dia tafsirkan.

Tanpa mengatakan apa-apa , Hyunjin bangun dari tempat duduknya dan berjalan melepasi Naeun .

"Taeyong... apa yang aku dah buat ini..." Tangisannya kembali kedengaran.

Taeyong terus mendakap tubuh kakaknya itu. Cuba untuk memberi kekuatan kepadanya. Tersedu-sedan gadis itu meluahkan tangisan.

Dia ditinggalkan sekali lagi... dan ini lebih perit baginya.

--

"Kau okey tak ini ?" Tanya Taeyong sekali lagi. Meminta kepastian gadis itu. Naeun mengangguk. Walaupun badannya masih terasa lemah. Badannya sedikit panas. Tetapi dia mengabaikan semua itu .

Setelah sampai ke dalam fakultinya. Dia menuju kearah bilik kuliahnya.

Sebaik sahaja , dia membuka pintu utama itu . Dia terkejut. Hanya Hwang Hyunjin yang berada di dalam bilik itu. Dia duduk di tempat biasa mereka.

Naeun berjalan kearahnya. Baru sahaja Naeun mahu melabuhkan punggung , Hyunjin sudah mengemaskan barang-barangnya dan beralih ke tempat duduk belakang yang sememangnya jauh darinya.

"Hyunjin , saya-" Percakapannya terhenti apabila pintu bilik kuliah dikuak sekali lagi . Naeun memandang kearah itu.

Hyewon memasuki bilik kuliah itu dan memandang tajam kearahnya.

"Naeun." panggil Hyewon dingin .

"Aku tahu kau jumpa abang aku kan?" Gadis itu tersenyum sinis manakala Naeun masih memandangnya dengan pandangan kosong. Dia tidak mahu bergaduh dengan Hyewon hari ini.

"Petang nanti." Hyewon mendekatinya dan menarik rambut Naeun menyebabkan kepalanya terdongak ke belakang.

Hyunjin yang berada di dalam kelas itu terkejut dengan tindakan Hyewon.Dia mahu bangun dan menolong gadis itu , tetapi egonya menahan dirinya daripada berbuat demikian.

Hyewon perasan akan keadaan itu . Hyunjin tidak menolong Naeun ? Dia tersenyum sinis.

"Nampaknya dia pun dah bencikan kau." Naeun tersentak mendengar kata-kata Hyewon. Wajah Hyunjin dipandang lama. Lelaki itu langsung tiada tanda-tanda mahu menolongnya malah riak wajahnya kosong sahaja.

"Kau jangan datang rumah untuk majlis peringatan appa aku nanti." Hyewon melepaskan pegangannya daripada rambut Naeun . Dahi gadis itu ditunjal .Jelas kelihatan riak wajahnya penuh dengan perasaan benci.Hyewon terus keluar daripada kelas itu .

Naeun duduk kembali. Sedaya upaya dia menarik nafas sedalam-dalamnya untuk menahan tangisannya. Dia tidak mahu menangis di hadapan lelaki ini lagi.

Air matanya yang tumpah terus dikesat dengan lengan bajunya.

--

Setelah kelas bersurai, Naeun mengemaskan barang-barangnya dengan Daeun yang masih menunggunya.

Daripada awal kelas, Naeun sudah mendengar beberapa orang rakan kelasnya menyebut-nyebut namanya dan Hyunjin. Tipulah tidak pelik. Hyunjin tiba-tiba duduk di belakang dan aku di depan.

Makin banyak kata-kata yang keluar daripada mulut mereka. Khabar angin yang tidak masuk akal mula tersebar.

Naeun menoleh kebelakang. Kelibat Hyunjin sudah pun tiada .

"Naeun, kau tak nak cerita dekat aku ke ?" tanya Daeun lembut.Naeun memandang kearah kawan baiknya . Dia bukannya tidak mahu menceritakan padanya... cuma dia tidak bersedia.

"Aku-" Naeun memandang kearah mejanya apabila seseorang baru melepasi mejanya dan meletakkan ubat demam di atas mejanya. Ubat demam ?

Naeun menoleh . Hyunjin terus keluar daripada kelas itu tanpa sedikit pun menoleh kearahnya. Naeun mengukir senyuman .

Hyunjin masih belum membenci dirinya sepenuhnya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro