1.4
Tanpa sedar , Felix semakin mendalamkan ciuman mereka . Mata Naeun membuntang setelah menyedari tindakan lelaki itu .
"Lee Felix! " Naeun menolak dada Felix kuat. Lelaki itu tersenyum sinis memandang kearah gadis itu.
"Nampaknya kau dalam masalah." sinis lelaki itu berkata.Matanya melirik kearah belakang gadis itu.Naeun berpaling.
Oh tidak.
Hyunjin sudah nampak semuanya.
"Hyun- Hyunjin, semua ini-" kata-kata gadis itu terhenti apabila Hyunjin menjeling tajam kepadanya. Naeun tersentak.
Hyunjin terus meninggalkannya bersama Felix di situ.Hyunjin langsung tidak bersuara. Malah , anak matanya seakan-akan dipenuhi dengan kebencian terhadap dirinya.
"Felix- kau..." Tanpa sedar air matanya mula mengalir. Sekali lagi , dia ditinggalkan oleh lelaki yang dicintainya.
Betapa bodohnya dia sekarang menangis di hadapan Felix. Kebencian dia terhadap Felix semakin membesar.
Felix tiba-tiba mendakap tubuh kecil gadis itu. Naeun cuba meronta-ronta minta dilepaskan tetapi makin kuat Felix memeluknya. Sebak.
Naeun berhenti meronta.
Dia menangis tersedu-sedan apabila memikirkan Hwang Hyunjin.
Bagaimana jika lelaki itu benar-benar meninggalkannya?
Dia tidak sanggup lagi.
Dia tidak sanggup kehilangan lelaki itu.Siapa yang mahu mengelap air matanya nanti.
Siapa yang mahu membuatnya tersenyum nanti.
Lee Naeun sudah benar-benar mencintai Hwang Hyunjin.
--
"Hyunjin kau-" Kata-katanya terhenti apabila melihat Hyunjin terus meluru keluar dan menghempas pintu kedai. Mereka semua terdiam seketika. Apa yang baru terjadi ini ?
"Biar aku yang kejar dia." kata Taeyong dan terus keluar daripada kedai itu . Keadaan yang tadinya riuh menjadi sunyi sepi.
"Mana Hyunjin?" Mereka semua menoleh kearah Naeun. Matanya sudah comot dengan air mata . Rambutnya juga kelihatan tidak terurus.
"Apa yang jadi Naeun?" tanya Daeun . Gadis itu terus meluru kearah kawan baiknya . Tetapi soalan itu langsung tidak dijawab .
"Hyunjin mana Daeun!" Suaranya menaik satu oktaf. Terhincut bahu Daeun dibuatnya. Tidak pernah melihat Naeun dalam keadaan sebegini. Daeun menunjuk kearah luar kedai. Naeun berlari keluar daripada kedai itu.
Daeun memandang kearah tempat Naeun dan Hyunjin lalu sebentar tadi , kelihatan Felix sedang bersandar di dinding sambil memeluk tubuh.
"Apa yang kau dah buat Felix?"
--
"Hyunjin apa yang jadi?" Taeyong memegang bahu Hyunjin. Hyunjin hanya mendiamkan diri dan tidak menjawab. Wajah lelaki itu jelas kelihatan sedang marah .
Walaupun mereka sedang duduk di tepi air pancut tetapi Hyunjin langsung tidak berasa sejuk ditambah lagi dengan cuaca sekarang.
Taeyong memandang wajah kawan baiknya. Ada sesuatu yang berlaku sebentar tadi.
"Hyunjin ceritalah dekat aku." kata Taeyong. Masih cuba memujuk rakannya itu.Bahunya dipeluk dan ditepuk-tepuk supaya dia dapat menenangkan diri.
"Aku nak putus dengan Naeun ."
"Apa awak cakap Hyunjin..." Mereka berdua menoleh. Naeun sedang berdiri berhampiran mereka dengan wajahnya yang penuh dengan tangisan . Jaketnya yang dipegang terlepas daripada pegangannya.
Tak- tak mungkin.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro