Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

1.2

"Taeyong, Daeun cepatlah ! " Jerit Naeun. Sudah 10 minit dia menunggu pasangan itu  Entah apa yang mereka buat di dalam rumah itu . Manakala Hyunjin hanya tergelak kecil melihat wajah Naeun yang sudah cemberut itu .

Tergopoh-gapah Taeyong dan Daeun keluar daripada rumah apabila mendengar jeritan Naeun. Mereka berdua masuk ke dalam perut kereta setelah mengunci pintu rumah .

Nayun tiada di rumah kerana dia mengikuti pertandingan pancaragam.

"Siapa yang jaga Minho ?" tanya Hyunjin tanpa memandang Taeyong. Dia perlu fokus semasa memandu .

"Jisung hyung. " jawab Taeyong . Hari ini merupakan hari jadi Minho. Jadi mereka merancang untuk membuat kejutan untuknya .

Sudah dua hari mereka mengabaikan mesej dan panggilan daripada Minho . Sehingga group chat mereka dipenuhi dengan mesej spam daripada Minho kerana tidak puas hati asyik dipalau oleh mereka.

Seusai sampai di pasar raya,  mereka berpecah kepada dua kumpulan. Taeyong dan Daeun mencari barang perhiasan manakala Hyunjin dan Naeun mencari snek .

Setelah beberapa minit mereka memilih snek , Naeun mengira semula snek yang dibelinya agar sesuai dengar jumlah tetamu yang mereka jemput .

"Naeun!" Mereka berdua menoleh .

"Eo- Minhee." Naeun melambai kearahnya sambil tersenyum manis kearah seorang lelaki. Hyunjin hanya memandang mereka kosong.

Lelaki yang bernama Minhee itu mendekati mereka berdua.

" Hyunjin, ini Minhee . Abang Hyewon ." setelah mendengar kata-kata Naeun itu, terus berubah riak wajahnya.

Tangannya dihulurkan kepada Minhee sambil menunduk sedikit . Naeun dan Minhee berpandangan antara satu sama lain dan tawa mereka terletus .

Hyunjin memandang mereka berdua bersilih ganti . Apa yang lawak ?

"Saya Minhee." Minhee menyambut huluran Hyunjin setelah berhenti ketawa.

" Hyunjin " jawab Hyunjin singkat.

" Boyfriend Eun ke ?" tanya Minhee sambil tersenyum nakal . Naeun mengusap tengkuknya dan mengangguk kekok .

" Nanti aku bagitahu eomma ." Bahu Minhee terus ditepuk kuat oleh Naeun. Dia memandang tajam anak mata Minhee. Sekali lagi , Minhee tertawa.

"Aku bergurau je la Eun . Jangan serius sangat ." Minhee menunjal dahi Naeun dengan tawanya .

"Aku pergi dulu, date lah puas-puas ." Minhee melambai. Setelah kelibat Minhee hilang daripada pandangan mata mereka , Hyunjin menarik bahu Naeun supaya menghadapnya.

"Kenapa dia panggil kau Eun?" Wajah lelaki itu cukup menunjukkan yang dua sedang cemburu . Tak akanlah dengan Minhee pun dia mahu cemburu ?

"Daripada saya kecil, dia panggil saya macam itu . Nak suruh saya buat apa ? " Saja dia buat tidak kisah akan Hyunjin dan terus memilih sedikit lagi snek .

" Eun , Eun , Eunnnn! " Sengaja dia panjangkan .Naeun berhenti dan menoleh kearah Hyunjin yang sedang memeluk tubuhnya.

" Awak nak panggil saya Eun ke ? Tapi kenapa?" tanya Naeun . Wajah lelaki itu dipandang .

" Aku rasa special tapi Minhee hyung dah panggil kau macam itu."  Hyunjin mencebik bibir . Lelaki ini comel sungguh !

Macam-macam kau ni Hyunjin

--

Setelah satu jam mereka menghiaskan tempat ini , akhirnya siap juga !

Sekali lagi , Naeun memerhati sekeliling untuk memastikan tiada apa-apa yang tertinggal . Dia mahu acara ini berjalan dengan lancar tanpa cacat cela pun!

"Jisung hyung kata mereka dalam perjalanan !" jerit Taeyong. Nampaknya mereka ada lagi beberapa minit . Semua tetamu yang dijemput sudah hadir agaknya. Mereka harus bersedia untuk menyorok.

Kring!

Naeun menoleh kearah pintu utama kedai itu. Oh tidak. Kenapa dia datang !

Lee Felix .

Mereka bertentang mata . Setelah sedar , Naeun cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke tempat lain .

Tanpa dia sedar, Hyunjin sudah ada disebelahnya sebaik sahaja kelibat Felix memasuki kawasan kedai itu. Tangan Naeun ditarik oleh Hyunjin .

Siapa yang menjemput Felix !

"Hyung ke yang jemput dia ?" Naeun memandang Hyunjin yang berada di sebelahnya . Dia sedang bercakap dengan seseorang di dalam panggilan telefon.

Panggilan ditutup . Jelas kelihatan wajahnya sedang marah sekarang .

" Hyunjin, tenang ." kata Naeun . Patutnya mereka tidak boleh berasa sedih sekarang . Mereka kena gembira untuk menyambut hari jadi Minho .

Hyunjin meraup kasar wajahnya dan mengangguk perlahan .

Setelah semua orang mengambil tempat untuk menyorok . Mereka hanya perlu menunggu kehadiran Minho .

3

2

1

"Selamat Hari Jadi Minho !"

vote and comment !

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro