Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

0.9

"Lagi sekali, aku bagi warning Lee Naeun."

"Jangan menangis disebabkan lelaki tak guna tu." air mataku dilap oleh Hyunjin menggunakan jarinya. Lelaki itu tersenyum manis memandang kearah aku. Aku turut tersenyum dan mengangguk.

Ya, mungkin agak kekok bagi aku. Hubungan kami daripada kawan bertukar kepada kekasih dalam masa beberapa minit sahaja. Aku setuju untuk memberinya peluang.

Tetapi aku terfikir, adakah aku mementingkan diri sendiri?

Kepala aku dibaringkan diatas pehanya. Langit malam yang dipenuhi dengan cahaya bulan dan bintang itu aku tenung lama. Tenang. Aku tenang berada dekat dengannya.

Tangan Hyunjin ligat mengusap lembut rambut panjang aku. Sementara tangan kirinya mengenggam erat tanganku.

Ya, sudah lama aku tahu tentang perasaan Hyunjin pada aku tetapi aku hanya membuat tidak peduli walaupun dia pernah meluahkannya.

Sekarang, aku menyesal kerana sentiasa mengejar Felix yang sememangnya tidak suka akan kehadiran aku. Aku terlalu buta kerana mengejar lelaki itu

"Naeun, taknak balik lagi ke? Taeyong dah tanya ni." suara lembut Hyunjin bertanya.

Ruang perbualannya antara dirinya dan Taeyong ditunjuk di hadapan wajahku.

Aku menggeleng keras. Aku mahu menghabiskan lebih masa di sini. Sungai Han memang tempat yang tepat untuk menenangkan fikiran. Hyunjin mengangguk faham.Mataku dipejam rapat.

"Hyunjin , aku minta maaf."

"Sebab biarkan perasaan kau terbiar tanpa jawapan."

"Dan terima kasih sebab kau masih ada dekat sisi aku."

--

Hari ini, aku hanya duduk terbaring di ruang tamu sambil menonton televisyen kerana kelas pada hari ini dibatalkan .

"Eun." Aku menoleh apabila mendengar Taeyong memangil namaku. Aku mencari kelibat Taeyong. Tiada di mana-mana. Mana dia?

"Dalam tandas." aku menoleh kearah tandas yang berada di dapur. Ketawaku terhambur apabila melihat wajahnya yang sedang menahan kesakitan.

"Tolong ambil ubat gastrik aku . Benda tu dah datang balik." ujarnya .Mukanya habis berkerut-kerut menahan sakit. Perutnya dipegang.

Rasa sakitnya tidak dapat diterangkan. Sungguh seksa. Sudah 10 minit dia mengulang-alik ke tandas. Muntah dan cirit-birit tanpa henti.

Sehinggakan perutnya kosong, air pula yang menjadi muntah.

Salah satu rak kabinet di dapur aku buka. Setelah menjumpai pil itu, aku menghulurkan kepada Taeyong. Belakangnya aku tepuk supaya dia berasa sedikit lega.

"Kau okey tak ni?" tanyaku prihatin. Dia nampak terlalu pucat.

"Eun, nampak aku okey ke?" soal Taeyong sarkastik dan dia menjeling aku.

Aku cuba jadi prihatin ni Taeyong!

Ding dong!

"Nayun, buka pintu." jerit aku dengan harapan Nayun dapat mendengarnya. Sudah pasti dia dapat mendengarnya. Nasib baik hari ini ialah hari Sabtu.

"Kejap!" Bunyi tapak kaki kedengaran melangkah menuruni tangga.

Aku masih sibuk menjaga Taeyong yang asyik muntah. Pil itu pun masih belum dimakan olehnya.

" Unnie, Hyunjin oppa, Minho oppa dengan Daeun unnie datang!" jerit Nayun daripada ruang tamu. Naeun mengeluh kecil.

"Suruh mereka masuk!" jerit aku daripada tandas. Tangan aku masih mengusap belakang badan Taeyong.

Aku menggaru kepala yang tidak gatal.Kenapa mereka perlu datang disaat Taeyong tengah sakit?

"Kau kenapa Taeyong?" tanya Minho yang baru datang dari ruang tamu. Aku memandang Taeyong risau. Namoak terlalu teruk. Dia perlu pergi ke hospital kalau berlanjutan. Sempat aku memandang barang yang dipegang oleh Minho.


Ayam goreng.

"Gastrik." jawab aku bagi pihak Taeyong. Hyunjin dan Daeun juga turut datang kearah kami. Belakang badan Taeyong masih aku usap .

Naeun, hal Taeyong ni biar aku dengan Hyunjin yang uruskan." ujar Minho. Aku mengangguk lalu melangkah keluar daripada tandas. Dua kotak ayam goreng aku ambil dari pegangan tangan Minho.

Lalu aku meletakkan alas diatas meja di ruang tamu.Beberapa gelas dan air oren aku ambil di dalam peti lalu dibawa ke hadapan.

Nampaknya Taeyong sudah terbaring lemah di ruang tamu.Tangannya diletakkan diatas dahinya , menghalang cahaya lampu daripada mengenai matanya.

Bibirnya juga telah menjadi pucat lesi. Botol ubat itu kembali aku letakkan di dalam rak.

Aku sempat melihat wajah Daeun. Dia tidak berhenti memandang kearah Taeyong. Risau mungkin. Berkerut-kerut dahi gadis itu.

"Awak okey tak?" tanya Daeun risau. Taeyong menggeleng perlahan. Daeun mengambil tempat di tepi tempat kepala Taeyong terbaring lalu dia memicit-micit kepala Taeyong, bagi melegakan sakit kepalanya.

Manakala Hyunjin dan Minho sudah melantak ayam goreng di hadapan mereka.

Aku menuangkan jus oren kepada mereka berdua dan mengambil tempat disebelah Minho.Hyunjin mencebik tidak puas hati.Masam saja mukanya.

"Kau jangan gedik boleh tak?" kata Minho menyampah melihat telatah kawan baiknya.Kepala Hyunjin ditolak kasar olehnya.

Aku tergelak melihat mereka berdua lalu aku mengangkat punggung dan duduk di sebelah Hyunjin membuatkan lelaki itu kembali tersenyum.

"Woi panggillah adik kau, dia kebulur nanti macam mana." kata Minho. Matanya dilirikkan pada tingkat atas.

"Lee Nayun, turun!" jerit aku daripada bawah lalu diambil satu peha ayam pedas. Nayun yang sememangnya sudah menunggu daripada atas terus menuruni tangga dan duduk di tepi Minho.

"Eun, aku tak dapat datang kelaslah esok." kata Taeyong lemah.Daeun masih lagi berada di sisi Taeyong.

Aku mengangguk.Sekarang siapa yang nak hantar aku ke universiti? Lesen pun aku tiada.Menyesal pula tidak mengikut kata appa untuk mengambil lesen. Kononnya Taeyong boleh menolongnya menghantar kemana sahaja.

"Pukul 12 tengah hari kan? Tunggu aku esok." ujar Hyunjin tanpa memandang aku. Matanya ralit melihat drama yang sedang ditayangkan sekarang , Good Casting.

"Boleh ke?" tanya aku, meminta kepastiannya. Tidak tahu kenapa, aku ragu-ragu mahu menerima pelawaannya.

"Aku tak tanya soalan, aku bagi arahan .Jadi pukul 11.30 aku ambil kau nanti." Hyunjin tersenyum sambil tangannya mengusap rambutku lembut.

Bahuku terhincut akibat terkejut dengan tindakannya. Jantungku sudah berdegup kencang.Aku melarikan pandangan daripada lelaki itu.

Aku tahu, sudah banyak kali lelaki itu mengusap kepala aku , tetapi sehingga sekarang aku tetap berdebar dengan tindakannya.

Hwang Hyunjin ini boleh buat aku gila!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro