0.7
Pintu dikuak lalu aku keluar daripada kereta Taeyong. Pintu ditutup kemas lalu aku melambai kearah Taeyong sebelum aku mula melangkah pergi daripada tempat parker kereta.
Jikalau kelas Taeyong habis lambat , aku akan pulang dengan Hyunjin kerana kami di dalam jurusan yang sama dan kelas yang sama.
Aku melangkah kearah kuliah , kelas kami sepatutnya bermula pada jam 10.45 pagi , tetapi sekarang baru pukul 10.20 pagi.Terlalu awal kan untuk masuk ke kelas?
Tapi ia sudah menjadi kebiasaan pada aku
Dan menjadi kelainan pada hari ini, aku tidak lagi membawa hadiah untuk Felix. Aku sedang cuba melupakan lelaki itu.
Kata-katanya semalam cukup membuatkan hati aku terluka.
"Eun!" suara Taeyong menjerit daripada belakang membuatkan aku berpaling menghadapnya semula
"Kau kenapa?" tanya aku pelik.Dia berlari seperti kena kejar anjing.Kakinya berhenti berlari apabila tiba di hadapan aku.
"Seyoung dah tahu , tentang perasaan kau." buku daripada pegangan aku terlepas.Tanganku mula menggeletar.Aku takut.
Aku tidak mahu apa-apa berlaku.Aku tidak mahu mengacau hubungan mereka. Aku baru sahaja mahu melupakan lelaki itu!
"Kau okey tak?" Taeyong memandang aku risau.Tangannya ligat mengutip buku-buku yang sudah bertaburan diatas lantai.
"Naeun." aku memandang kearah suara itu.Daeun sedang berdiri di hadapan aku dengan pandangan gelisah.
"Jom, masuk kelas." Daeun mengukirkan senyuman.Cuba untuk mengurangkan kegelisahan di dalam hati aku. Dia cuba berkelakuan seperti tiada apa-apa yang terjadi
Bahuku dipeluk olehnya, diikuti dengan Taeyong yang masih elok memegang buku-buku aku.
Tiba sahaja di depan pintu utama kuliah , Daeun mengambil buku-buku aku daripada Taeyong.
"Jaga kakak aku eh." Daeun mengangguk dan membalas senyumannya kearah Taeyong semula apabila tapak tangannya mengusap rambut panjangnya.
Jantung aku masih berdegup kencang. Dahi aku juga mula dipenuhi dengan titik-titik peluh. Takut aku mahu membuka pintu bilik kuliah.
Daeun menepuk bahu aku lembut, cuba menenangkan aku yang masih gelisah dan dia membuka pintu utama.
Aku menghembus nafas lega.Masih tiada sesiapa di dalam.Aku berjalan mengambil tempat di tempat duduk hadapan dan hujung.Tempat terpencil.
Aku tidak mahu menjadi perhatian orang pada kali ini. Jari jemariku bermain diantara satu sama lain. Pintu utama kedengaran dibuka sekali lagi.
"Naeun, boleh saya bercakap dengan awak sekejap?"aku memejam rapat mata. Nafas aku dihembus perlahan-lahan. Perkara ini yang paling aku mahu elakkan .
Bertemu dengan Jung Seyoung.
--
"Maafkan saya." ucapnya perlahan.Tetapi masih jelas kedengaran pada aku.
"Seyoung, bukan salah awaklah." Aku memandang wajah polosnya. Gadis itu sedang menahan tangisannya di hadapan aku. Aku menjadi cemas. Aku tidak mahu gadis itu menangis.
"Tak- saya putus dengan Felix nanti."
Kata-kata Seyoung itu membuat aku terkilan. Aku tidak sangka gadis ini sanggup melakukan perkara itu. Bukan ini yang dia jangkakan.
Anak matanya aku tenung lama. Dia betul-betul tekad. Dia tidak main-main. Air matanya juga sudah mengalir deras
"Jung Seyoung jangan." kataku keras. Aku tidak mahu menjadi punca hubungan mereka hancur.
Gadis ini terlalu suci.
" Tak apa Naeun, saya sanggup. Saya yang rampas dia-"
"Felix tak sukakan aku. Aku yang salah , semua ini salah aku." potong akh dingin. Cukuplah.
"Lagipun , aku ada-"
" Dia ada aku." Kami berdua menoleh. Mata aku membuntang apabila melihat figura tinggi lelaki itu.
Hwang Hyunjin.
Wajahnya dingin tanpa senyuman. Pergelangan tangan aku terus ditarik pergi, meninggalkan Seyoung berseorangan di belakang.
"Hyunjin." panggil aku. Senyap. Langsung tiada balasan daripada lelaki itu. Aku tidak tahu ke mana tujuan mereka pergi sekarang ini.
Masih ada 10 minit sebelum kelas bermula.
Langkahnya terhenti. Badannya berpaling menghadap aku lalu bahuku digenggam erat olehnya.
"Nanti, duduk dengan aku, jalan dengan aku, balik dengan aku dan sentiasa dengan aku." tuturnya dingin tanpa sebarang emosi daripada wajahnya. Aku terkejut. Kenapa dengan lelaki ini?
Tetapi aku hanya mengangguk. Tidak mahu mempersoalkan macam-macam.
Kemudian dia membawa aku masuk ke dalam kuliah melalui pintu masuk
Aku meremang. Semua mata di dalam kelas terarah kearah aku dengan pelbagai pandangan, seperti pandangan tajam dan marah. Aku terasa diriku diperhatikan- dan terancam.
Tangan aku ditarik lagi oleh Hyunjin dan mengambil tempat duduk yang aku pilih tadi. Aku duduk diantara Daeun dan Hyunjin.
Beberapa minit kemudian, pensyarah masuk ke dalam kelas dan memulakan pembelajaran seperti biasa.
Tidak... ini bukan seperti biasa bagi aku. Aku tahu , ramai yang sedang memandang dan mengata di belakang aku.
Ini tujuannya menyuruh aku sentiasa berada dekat dengannya.Supaya pelajar lain tidak berani menyerang aku. Hwang Hyunjin memang seorang pelajar yang digeruni.Sikapnya sahaja sudah tegas tetapi seorang yang ceria.Tetapi terkenal disebabkan dia merupakan wakil universiti ke pertandingan Taekwondo
--
Kebetulan, kelas aku dan Taeyong habis pada jam yang sama.Jadi kami makan bersama. Hyunjin dan Daeun juga akan makan bersama kami.
Kim Daeun merupakan salah seorang kawan baik aku selain Hyunjin.Kami sudah saling mengenali sejak sekolah tinggi.
Daeun juga mempunyai abang di universiti yang sama dengannya, Kim Doyoung. Cuma Doyoung merupakan salah seorang pensyarah di universiti ini dan bukan pelajar.
Dan Daeun merupakan teman wanita Taeyong. Aku dah cukup terkejut dengan mereka berdua.
Walaupun Taeyong lebih muda daripada Daeun tetapi ia bukan penghalang. Aku dah cukup geli apabila bercerita tentang mereka berdua.
Selepas kad pelajarku diimbas, tray makanan aku dibawa kearah salah satu meja. Sebelum duduk, aku memandang kearah sekeliling.
Memang daripada tadi aku asyik mendengar nama aku disebut-sebut. Tentu saja tentang aku dan Seyoung Tapi aku hanya memekakkan telinga. Tidak ada guna aku mahu melawan mereka.
"Aku cakap sentiasa duduk dengan aku kan, kenapa kau pergi dulu." ujar Hyunjin yang baru datang di sebelah sambil memandang wajahku tidak puas hati.
Aku perasan sebaik sahaja Hyunjin duduk di sebelahku, pelajar lain terus berhenti daripada memandang kearah aku.
Aku mengangkat bahu dan tersengih. Daeun menggeleng memandang aku.
Kehadiran Taeyong dan rakannya Minho, terus membuatkan meja kami sedikit riuh. Penuh dengan gelak tawa. Pastinya dengan mengusik Minho yang terlalu sering membuat lawak hambar.
"Naeun." suara garau yang cukup aku kenali kedengaran daripada belakang aku.
Felix.
Aku mengangkat wajah memandang Felix. Wajah aku cuba kawal untuk kekal tenang.
"Aku nak bercakap dengan kau." katanya mendatar. Satu kafeteria turut menjadi senyap seketika, mereka memamdang kearah kami berdua.
"Sebelum kau bercakap dengan dia, jumpa aku dulu." sudu daripada pegangannya dihempas, membuatkan bahu aku terhincut apabila melihat tindakan Hyunjin.
Tidak pernah aku melihat Hyunjin semarah ini. Wajahnya juga kemerah-merahan menahan amarah.
"Bukan hal kau." Felix memandang tajam kearah Hyunjin
"Hal dia , hal aku juga." Hyunjin tersenyum sinis memandang Felix. Mereka berdua memandang antara satu sama lain tajam.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro