Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

0.6

naeun pov.

"Senyumlah sikit Naeun." Hyunjin memandang aku dengan pandangan sayu.

Walaupun keadaan di sekeliling kami06 sangat bising , tetapi suaranya masih jelas kedengaran pada telinga aku.

"Aku senyumlah ni." Aku memaksakan wajah aku untuk tersengih memandang Hyunjin. Lelaki itu kembali tersenyum. Bahu aku dipeluk oleh lelaki itu dan dia mendorong aku menuju ke dalam satu kedai bunga.

"Belilah, aku belanja." Hyunjin berkata sambil bibirnya mengukir senyuman manis sehinggakan matanya tidak kelihatan.

"Terima kasih Hyunjin!" kataku gembira.Lelaki ini amat mengerti dengan minat aku.Walaupun jurusan aku berbeza tetapi membuat gubahan bunga tetap menjadi hobi aku.

Setelah memilih beberapa kuntum bunga, aku memandang Hyunjin yang masih setia memerhatikan aku memilih bunga. Dia langsung tidak berganjak ke ke tempat lain semasa aku memilih bunga-bunga ini.

Hyunjin tersengih dan aku tertawa kecil melihat telatah lelaki ini. Tidak ubah seperti budak kecil yang memerhati ibunya membeli barang dapur dan langsung tidak merengek.

Setelah selesai membuat pembayaran, mereka menuju kearah kedai makan berdekatan.

"Sondobu jjigae dan jjampong satu" Menu makanan dihulurkan kembali kepada pelayan itu dan mereka berlalu pergi.

Sehelai tisu tiba-tiba dihulurkan kepada aku. Aku memandang Hyunjin pelik. Kenapa?

"Lap air mata kau tu. Ada tersisa sikit." ujar Hyunjin. Aku mengangguk laju dan mencapai tisu pada hulurannya lalu mengelap sisa air mataku. Aku penat menangis tentang perkara yang sama dan lelaki yang sama.

Kadang-kadang aku berasa bersalah terhadap Hyunjin yang sentiasa berada disisi aku setiap kali aku menumpahkan air mata. Dia tidak pernah memgeluh.

--

Setelah memastikan kereta Hyunjin sudah beredar , aku mencabut ikatan tali kasut lalu membukanya. Sepasang kasut itu aku menyusun kembali di dalam rak.

Sebaik sahaja aku melangkah ke dalam rumah, sofa di ruang tamu menjadi tempat pertama yang aku tuju. Aku merebahkan badan di atas sofa. Mataku terpejam rapat.

Aku letih.

Hyunjin tidak habis membawa aku ke sana sini sehinggakan aku sendiri terlupa seketika tentang Felix dan Seyoung.

"Lee Naeun, ambil ni." badanku automatik terbangun dan menangkap tin air minuman yang dicampak oleh adik aku , Lee Taeyong.

Dia merupakan pelajar universiti yang sama dengan aku cuma jurusan yang berbeza , iaitu course Psychology manakala aku Chemistry Engineering.

Ya , aku tahu . Minat kami terlalu berbeza.

"Unnie! Ada bawa balik buku yang Nayun suruh tak! " Adik perempuan aku pula menjerit daripada atas. Kakinya laju melangkah menuruni tangga.

"Hati-hati Nayun." Risau aku melihat dia menuruni tangga dengan tergopoh-gapah. Lee Nayun , adik bongsu daripada kami tiga beradik. Dia masih bergelar pelajar sekolah dan sedang berada di tahun akhir. Tahun senior lah katakan.

Buku di dalam beg galasku diambil lalu dihulurkan kepada Nayun.Terus senyuman dibibir gadis kecil itu terukir dan melompat kegirangan semasa melangkah naik ke atas.

"Eomma dengan appa?" tanya aku sambil mata masih melilau memandang sekeliling rumah mencari kelibat dua orang tuaku

"Tidur." Jawabnya sepatah dan kembali fokus menonton televisyen.

"Weh, berita kau tentang Felix dah tersebar."

Taeyong memandang aku risau. Aku senyap tidak mebalas apa-apa. Aku tidak tahu mahu memberi reaksi apa kepadanya.

Sebelum ini Taeyong pernah memberikan aku amaran supaya melupakan Felix agar hal ini tidak menjadi besar.

Tetapi semuanya sudah terlambat. Lambat laun, mereka semua akan tahu juga kan?

"Lee Naeun, pandanglah aku masa bercakap." Taeyong bertutur tegas. Taeyong ini nampak sahaja lembut , tapi aku lebih menganggap dia sebagai abang kerana sikapnya yang matang itu. Walaupun umur kami hanya beza setahun.

"Aku tak apa-apalah." jawab aku tenang.Y , aku sudah tidak risau. Bunga yang diatas meja aku pandang lama. Bunga yang Hyunjin belanja kepada aku.

Itu sangat membantu aku.

Hanya bunga ini membantu aku untuk tenang.

"Ada apa-apa cari aku esok." Katanya sambil tersenyum sebelum meloloskan dirinya ke dalam bilik tidur.

Keluhan berat dilepaskan lalu aku melangkah kearah bilik tidurku di atas walaupun berat kakiku ingin melangkah.

Ting!

Hyunjin

Good night , Lee Naeun!
9.40 p.m √√

Goodnight Hyunjin :)
9.41 p.m √√

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro