
Part 5 : My Food
so many ghost reader 😭 macam 5:1
Wendy termenung. Perkataan geisha bermain dimindanya. Dirinya sekarang sedang dibersihkan oleh beberapa pembantu.
Wanita yang bernama Madam Susan setia menanti disebelah memerhati dayang-dayang istana membuat kerja. Kadang-kadang dia memarahi mereka kerana terlalu lembap dalam membuat kerja. Baju Wendy dibuka sehingga dia bertelanjang bulat. Segan Wendy dibuatnya bila tubuhnya dipandang.
Jujur, Wendy takut dengan manusia-manusia yang berada dengannya sekarang. Dia dan mereka berbeza.
Mereka ini kanibal, sama seperti Putera Chanyeol. Bila-bila masa sahaja, mereka mungkin menyerangnya. Wendy tak boleh bertenang selagi dia masih berada dibawah bumbung yang sama dengan puak kanibal ini.
Namun melihatkan reaksi dayang-dayang yang tidak terlalu kelaparan itu, Wendy hanya diam sahaja meskipun dia menggeletar.
Seketika, Madam Susan menghentikan dayang-dayang. Dia menuju kearah Wendy dan menilik seluruh badan gadis itu. Luka pada bahagian belakang Wendy disentuh. Kedengaran bunyi keluhan.
"You have too many scars, beautiful lady. This is not good for the prince. Kenapalah kau tak jaga diri baik-baik." Keluhnya.
Wendy mendengus dalam hati. Manalah dia tahu yang dia akan tinggal didalam istana suatu hari nanti. Senang sahaja wanita ini berbicara. Kalau dia jaga diri pun, dia tetap akan diseksa. Eh kejap, macam mana nak jaga diri kalau asyik kena seksa hari-hari? Huh!
"Mandikan dia dengan susu. Sapu ubat pada badannya. Kamu kena jaga badan kamu mulai harini, Cik." Ujar wanita itu, lembut.
Tuturnya berubah lembut. Wendy dibawa masuk ke dalam kolam yang berisi air susu. Gadis itu mengerang saat lukanya tersentuh air. Dia mencengkam tangan dayang kerana sakit. Dayang-dayang menggosok tubuhnya dengan lembut dan berhati-hati agar tidak melukainya.
Madam Susan memasukkan sesuatu ke dalam air kemudian mengacaunya. Dia merenung Wendy. Warna air berubah keruh.
"Ini ubat tradisional. Kamu perlu sembuh dengan pantas, Cik." Jelasnya.
Rambut Wendy dibasahkan. Dayang mulai membasuhnya dengan syampu khas yang diperbuat daripada susu kambing dan minyak zaitun. Mereka perlu pastikan dia selembut sutera saat disentuh putera nanti.
Wendy merenung Madam Susan yang sibuk mengacau sesuatu didalam gelas. Sedar dirinya diperhatikan, Madam Susan menoleh. Wanita tua itu menjongketkan keningnya.
"Kamu ada sesuatu nak tanya ke?"
Wendy terkejut. Dia mengangguk perlahan.
"Malhae.."
"Putera ada sebut tentang ge–, saya tak reti sebut benda tu. Tapi, boleh saya tahu maksudnya?" Ujar Wendy, polos.
Selama dia hidup, ini kali pertama dia mendengar perkataan geisha. Ianya begitu asing ditelinganya. Madam Susan tersenyum pendek.
"Just someone who will entertain the prince." Jawabnya, penuh misteri. Senyuman sinis terukir dibibirnya.
Wendy diam. Dia masih tak faham. Dia sekadar penghibur sahajakah? Jadi kenapa dia dilayan begitu istimewa sekarang?
Buat pertama kalinya, Wendy menjadi si dungu.
Gadis itu mengaduh kesakitan saat kakinya digosok. Dayang segera meminta maaf. Warna air susu tadi berubah menjadi merah tua. Lukanya kembali terbuka.
"Luka kamu luka baru. Kita akan balut sekejap lagi." Ujar Madam Susan. Matanya masih fokus pada gelas.
Wendy disiram buat kali terakhir. Dia dilap pula dengan kain dan dipakaikan baju mandi. Mereka membawa Wendy keluar dari kamar mandi dan mengeringkan rambutnya. Baju bak seorang puteri dipakaikan. Wendy agak tak selesa saat dirinya dipakaikan baju yang agak terdedah ini.
"Bila putera datang, jangan melawan. Patuh arahan dia. Kamu pun tahu siapa dia dan apa yang dia boleh buat bila dia marah kan?" Nasihat Madam Susan.
Rambut panjang Wendy disikat dengan lembut.
Dada Wendy yang terdedah disapu dengan minyak wangi. Sebentar tadi, mereka menyapu ubat pada lukanya dan membalutnya dengan kain. Lukanya terjaga sepenuhnya sekarang.
Mereka perlu menghilangkan luka dan tidak membiarkan sebarang parut kekal ada pada badan Wendy. Tak cantik.
Burrr
Perut Wendy berbunyi. Dia lapar nampaknya. Sejak bangun pagi tadi, dia masih belum menjamah apa-apa makanan. Madam Susan menggeleng kecil.
"Kamu lapar?"
Wendy mengangguk.
"Bila dengan putera, tolong jangan angguk geleng je. Jawab dan pastikan suara kamu kedengaran jelas. You need to learn some manner."
"Baik, Madam Susan.."
"Panggil Madam je."
"Baik."
"Siapa nama kamu ya? Saya belum sempat tahu dan tidak diberitahu pun oleh jeneral tadi."
"Saya.. Wendy Son.."
Diana Wendy Son, sebenarnya. Tapi Wendy lebih gemar dikenali sebagai Wendy Son sahaja.
Diana adalah nama Latin untuk dewi Rom yang dikaitkan dengan bulan, keperawanan, dan perburuan; dia adalah pelindung binatang buas, yang dinyatakan dalam mitos sebagai indah dan suci. Hah. Siapa pula binatang buas tu ya?
Nama ini juga daripada kisah legenda manusia terdahulu iaitu Puteri Diana yang disegani pelusuk dunia. Puteri Diana yang meninggal kerana dibenci kerabat diraja disebabkan keganjilannya, namun disayangi oleh rakyatnya.
Wendy pula adalah nama mitos bagi cerita hikayat Peterpan. Wendy adalah gadis yang dipilih oleh Peterpan. Nama itu juga melambangkan persahabatan kekal.
Nama cantik ini diberikan oleh pengasuhnya. Alhasilnya, Wendy membesar sama seperti Diana dan Wendy. Diana yang melindungi orang-orang disayangi, Wendy yang lembut dan sentiasa memberi pertolongan.
Madam Susan tersenyum. Selesai rambut Wendy diikat, dia menepuk bahu gadis itu dan membisikkan sesuatu.
"Putera akan datang makan bersama kamu. Treat him well."
Jantung Wendy seakan ingin terhenti sekarang.
...
Seumur hidup, Wendy tak pernah terfikir yang dia akan tinggal di istana. Apatah lagi memakai pakaian mewah sebegini.
Ibu angkatnya dulu selalu bercerita tentang keadaan istana. Bagaimana dia pertama kali bekerja disana.
Puak kanibal baik antara satu sama lain kecuali dengan makanan mereka. Kadang-kadang, omma akan menangis mengenangkan saat Wendy bakal diserahkan kepada kerajaan setelah berusia 18 tahun.
Walaupun dia hanya pengasuh, dia sudah terlanjur menyayangi Wendy. Meski dia kanibal, dia yang memberi susu badan kepada Wendy sejak hari pertama Wendy dilahirkan.
Gadis itu tak pernah sempat merasa susu badan ibu kandungnya. Saat ibunya melahirkan, wanita itu dibawa terus oleh pengawal dan diberikan kepada saudagar yang menempah. Tragik. Itulah yang diceritakan oleh pengasuhnya.
Wendy bersyukur yang omma tak sekejam pengasuh lain. Mereka selalu menghukum anak-anak tidak bersalah hanya atas sebab kecil. Lain dengan omma. Dia menyayangi Wendy sepenuh hati.
Janjinya dengan Jaehyun terngiang-ngiang semula. Lelaki itu, selamatkah dia sekarang? Bagaimana keadaannya?
Tuhan, tolong lindungi Jaehyun dan yang lain-lain. Jangan kau biarkan dia diseksa mahupun dijual kepada sesiapa. Tubuhnya bermanfaat untuk bekerja, bukan dikerjakan.
Sekarang, Wendy kembali sayu. Apa guna dia disini kalau yang lain masih berada dibawah sana? Terseksa sambil menunggu pahlawan agung datang menyelamatkan mereka.
Chanyeol tersenyum memandang Wendy yang sedang termenung didepan tingkap. Gadis itu tidak sedar akan kehadirannya sejak tadi.
Perlahan-lahan, Chanyeol mendekati Wendy. Tangannya singgah dipinggang Wendy sehingga membuatkan gadis itu terperanjat besar.
Dia menolak Chanyeol dan menjauhinya. Ada raut wajah takut padanya.
"Tu--tuan putera. Maafkan saya!" Ujar Wendy sambil menunduk.
"You smells good.." Puji Chanyeol sambil tersenyum sinis. Dia nampak tangan Wendy yang sedang menggeletar itu. Chanyeol ketawa dalam hati.
"Beta dengar kamu belum makan? Nak makan sekarang?" Ajak Chanyeol. Dia menuju kearah meja tanpa menarik Wendy.
Gadis itu nampak daging bakar yang sedang dibelek oleh Chanyeol. Tekaknya terasa loya.
Chanyeol menoleh sekilas. Dia pelik melihat Wendy yang masih belum bergerak. Sepertinya gadis itu ingin mengatakan sesuatu.
"What is it, honey? Kau ada sesuatu nak dikatakan?" Soal Chanyeol.
Wendy mendongak. Dia meneguk air liurnya.
"Patik--"
"Jangan guna patik dengan aku. Kau buat aku rasa ada penghalang antara kita."
Wendy mengeluh perlahan. Nafasnya ditarik perlahan.
"Saya.. ada sesuatu.. nak tanya.. tuan putera.."
"Keep going and don't call me tuan putera. Cringe."
Hish! Lelaki pemakan manusia ni. Macam-macam lah kau!
"Kenapa awak pilih saya sebagai geisha awak?"
Dia tak faham kenapa Chanyeol jadikan dia sebagai geisha. Dia sendiri masih belum faham apa itu geisha. Penghibur? Dia tak reti main alat musik. Dia tak reti menyanyi. Apatah lagi kalau menari. Apa yang perlu dia buat untuk hiburkan lelaki dihadapannya ini?
"Putera akan sentiasa panggil kau nanti. Kau kena pastikan kau ada disisi dia bila dia minta. Kalau dia suruh buat apa-apa, jangan melawan. Lebih-lebih lagi bila dia mintak.. hmm.. Faham-faham jelah."
Apa yang kena dia faham? Kenapa dia seolah-olah orang bodoh sekarang?
"Kau faham maksud geisha kan?"
Wendy menggeleng. Kening Chanyeol terjongket. Menarik.
"Ma–Madam Susan kata, geisha adalah seseorang yang akan hiburkan putera. Maaf. Saya rasa awak salah orang. Saya tak pandai hiburkan orang. Saya tak tahu main alat musik, menyanyi mahupun menari. Saya tak pandai bersyair atau apa-apa sahaja."
Chanyeol tertawa perlahan. Dia berjalan menuju kearah Wendy dan mendekatinya. Wajahnya dihalakan kepada gadis itu.
"Kau fikir aku perlukan seorang badut atau apa?" Soalnya. Wendy dah salah faham dengan apa yang dia maksudkan dengan geisha.
Pinggang Wendy dirangkul kasar dan didekatkan ke tubuhnya. Wendy melarikan wajahnya dan menahan dada Chanyeol.
"Kau bukan Harley Quinn, sayang. Jangan nak berangan."
Rambut platinum blonde Wendy dikelus lembut. Chanyeol mendekatkan bibirnya ke telinga Wendy seraya berbisik.
"Kau akan hiburkan aku dekat sana.."
Chanyeol mengerling kearah katil. Wendy ikut sama menoleh. Matanya terbeliak. Dia teranjak ke belakang sehingga membuatkan Chanyeol ketawa lagi.
Sungguh, dia terpukau dengan kekacakkan Chanyeol. Wajah rupawannya nampak lembut saat dia ketawa merdu sebegitu.
Inikah makhluk yang orang sebut sebagai sebagai kanibal paling menakutkan itu?
"Kau naif sangat, dear honey. Aku tak akan biarkan kau jadi batu yang tak berguna, sayang." Ujarnya lagi. Memberi petunjuk pada Wendy. Tapi gadis itu nampak bingung sekarang.
Excuse me? Batu yang tak berguna? Dia mengarut apa? Wendy menggumam dalam hati.
"Awak kanibal paling menakutkan dalam kerajaan ni. Kenapa awak layan saya sebaik ini? Saya kan.. makanan awak?"
Chanyeol berdecit perlahan. Mata bulatnya merenung setiap inci wajah Wendy. Dia tersengih sehingga menampakkan batang giginya yang tersusun rapi.
"You are my food sayang.. That's why I treat you better.."
My food..
His food?
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro