Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 38 : Menang

Pedang dihunus terus ke dalam jantung pihak lawan. Wendy membunuh sesiapa sahaja yang cuba melawannya. Jack pun membantu sama agar Wendy dapat berlawan dengan selesa.

Iskandar, Sehun dan Chaeyoung melindungi Wendy supaya dia tidak diapa-apakan. Bom dilepaskan dikiri dan kanan sehingga mengorbankan begitu ramai jiwa.

Dari atas udara, pasukan Baekhyun menembak mati pasukan Appolonia. Mereka mulai bertempur dengan pesawat Appolonia yang lebih canggih dari segi teknologi. Beberapa buah pesawat milik Bulovia pun tumpas ke tanah.

Askar-askar yang mampu menyeberangi sempadan ditembak oleh pasukan memanah.

"Wendy! Tengok arah pukul tiga!" jerit Sehun.

Wendy menoleh. Seseorang hampir sahaja memenggalnya tadi sebelum dia mengelak. Entah bagaimana, Jack mengamuk dan membuatkan Wendy jatuh. Gadis itu memegang perutnya, sakit.

Dia terus bangun dan kembali berlawan. Wendy mengejar Jack dan cuba untuk menenangkannya. Dia berjaya. Gadis itu terus menunggangnnya semula. Apa yang menakutkan lagi adalah, Wendy nampak beberapa askar Appolonia yang sedang meratah mangsa mereka. Jijik dan kejam!

Chanyeol pun melibas pedang milik keluarganya kearah mangsa. Setakat ini, tiada lagi lawan sebanding dengannya. Ini bagaikan taman permainan baginya. Matanya menangkap figura Wendy yang berada diatas kuda hitam besar sambil melawan orang-orangnya.

Dia terpegun. Terus dia berlari mendapatkan gadis itu.

"Wendy!" jerit Chanyeol.

Wendy menoleh saat mendengar namanya dipanggil. Orang-orang disekeliling menjauhi mereka.

"Chanyeol.." jawab Wendy. Matanya dingin merenung lelaki itu.

"Wen, kau buat apa dekat sini? Tak, itu tak penting. Sayang, balik jom?" rayu Chanyeol. Wendy menggeleng perlahan.

"Aku dah lama balik. Ini rumah aku," balasnya, memaksudkan kerajaannya. Chanyeol memandang istana Genova sekarang.

"Itu bukan rumah kau. Itu rumah orang-orang yang dah buang kau, Wendy. Balik dengan aku. Aku janji aku jaga kau, anak kita. Cuma aku yang sayang kau setulus hati,"

"Tak perlu janji apa-apa lagi. Hubungan kita dah lama tamat. Berundur dan suruh orang-orang kau pergi! Kita tak perlu bazirkan ramai jiwa tak bersalah dekat sini!" tegas Wendy. Chanyeol tersenyum sinis.

"Hubungan kita masih belum berakhir, Wendy. Aku yang tentukan samaada ia berakhir atau tidak! Kau milik aku! Bakal isteri aku!" jeritnya.

Wendy terus turun kudanya menghadap Chanyeol. Pedangnya ditunjuk kearah lelaki itu.

"Kita duel," pinta gadis itu.

"Kau tahu peraturannya, Wendy."

"Siapa mati, dia kalah. Aku tahu,"

Chanyeol turut sama turun dan menghadap Wendy.

"Indeed. Kalau itu yang kau nak. Aku tak akan berlembut,"

"Ouh, tuanku tak perlu. Patik pasti akan mengalahkan tuanku," sindir Wendy. Keduanya menunduk hormat kearah sesama sendiri.

"Kalau macam tu, beta tak sabar nak lihat kemampuan kamu," balasnya.

"Pergi mampus!" jawab Wendy dan terus menuju kearah Chanyeol.

Bunyi dua pedang istimewa milik Appolonia dan Genova bersatu dengan bunyi bingit disekeliling. Wendy tak berhenti-henti menyerang Chanyeol sehingga membuat lelaki itu berkali-kali berundur ke belakang.

"Jangan tahan Chanyeol! Aku tahu kau bukannya jenis yang tak melawan! Jangan kesian hanya sebab aku perempuan!" marah Wendy. Dia rasa seperti dia sahaja yang berlawan sekarang sedangkan Chanyeol tak berusaha pun.

"Mana mungkin aku cederakan kau, Wendy." ujar lelaki itu.

"Lawan kalau kau anak jantan!" Wendy memancing Chanyeol.

Wendy terus menghiris pipi Chanyeol kerana geram.
Tak semena-mena, Chanyeol berjaya membuang pedang Wendy dari tangan gadis itu. Pedang miliknya kini berada betul-betul dileher Wendy.

"Aku tak nak buat ni, Wendy," ujar Chanyeol. Wendy tersenyum sinis.

"Tak perlu pun,"

Wendy terus menumbuk dagu Chanyeol dengan kuat. Sekali cubaan sahaja, Wendy menjatuhkan Chanyeol dengan gerakan corkscrew yang diajar oleh Chaeyoung.


Wendy menahan kepala Chanyeol dengan kakinya daripada dapat bergerak sementara tangannya memegang lengan Chanyeol.

"Dammit!" Sumpah Chanyeol.

Wendy terus bangun dan berlari mengambil pedangnya. Saat itu, dia terdengar bunyi dentuman bom pada kawasan Genova. Wendy memandang pesawat-pesawat yang terbengkalai diatas tanah dan hampir semuanya milik pihak Genova.

Dia melihat pesawat milik Appolonia menuju kearah istana dan menyerang mereka yang sedang melindungi istana itu. Terus dia teringat akan Yoona dan Permaisuri Luna yang masih lagi berada didalam sana menunggunya.

Wendy menunduk, menggenggam tanah dan terus melemparnya ke mata Chanyeol untuk mengaburi pandangan lelaki itu. Dengan pantas Wendy kembali menunggang Jack menuju ke istana semula. Dia perlu selamatkan Yoona dan Permaisuri Luna.

"Sehun?! Sehun! Yoona!!" jerit Wendy kuat. Sehun mengangguk faham dan pergi mengikuti Wendy.

Saat itu, Chanyeol juga tak berdiam diri. Lelaki itu segera membersihkan matanya dan mengejar Wendy. Perlawanan mereka tak akan berakhir disini.

...

Wendy dan Sehun berlari mencari bonda dan Yoona didalam istana. Dia meninggalkan Jack dihadapan pintu istana untuk berjaga. Mujurlah, Permaisuri Luna dan Yoona masih berada disana dan masih hidup.

"Bonda!" jerit Wendy.

Dia berlari mendapatkan kedua-duanya lantas memeluk mereka. Permaisuri Luna terus mencium dahi Wendy, lega kerana anaknya masih selamat.

"Bonda kita kena keluar dari sini sekarang!" tegas Wendy.

"Kamu ikut kan?"

Wendy menggeleng.

"Kalau macam tu bonda tak nak ikut. Bonda tak akan tinggalkan kamu macam yang bonda buat dulu. Bonda tak boleh kehilangan kamu lagi," ujar wanita itu. Wendy memandang bondanya dengan wajah sedih.

"Saya akan okey. We'll be okey. Tolonglah percayakan Wendy," pintanya. Permaisuri Luna masih tak mahu melepaskan Wendy. Yoona perlahan-lahan mara dan memegang tangan Permaisuri Luna.

"Tuanku. Wendy unnie boleh buat. Kalau tuanku sayangkan dia, kita pergi ya?" pujuknya. Permaisuri Luna kelihatan serba-salah.

Yoona memandang kearah Sehun yang masih tidak berkata apa-apa kepadanya. Lelaki itu nampak menahan diri daripada datang dan memeluk Yoona. Namun dapat Yoona lihat yang Sehun sebenarnya sedang menghembus nafas lega kerana dia masih selamat.

"Baiklah. Tapi jangan lama-lama,"

...

Chanyeol berhenti dihadapan istana Genova selepas merempuh beberapa askar tadi. Dia turun saat melihat seekor kuda hitam yang sedang merenung tajam kearahnya. Kuda milik Wendy.
Nampaknya haiwan ini faham benar akan tugasnya.

"Mercy, you know what to do," ujar Chanyeol kepada kuda miliknya. Ia meringkik faham dan terus melindungi Chanyeol.

Jack terus menerkam dan cuba membunuh Chanyeol namun dihalang oleh Mercy. Kedua kuda tersebut mulai berlawan sesama sendiri sementara Chanyeol menceroboh masuk ke dalam istana.

Dia membunuh setiap satu pengawal yang cuba menghalangnya sehinggakan jalan dikoridor itu kelihatan seperti sungai berisikan darah. Chanyeol mengekori sahaja laluan pengawal yang berjaga disekeliling jalan, menandakan dimana Wendy berada.

Sampai diruang utama, Chanyeol menolak sedikit pintu untuk mendengar perbualan didalamnya. Chanyeol mengintai ke dalam. Kelihatan Wendy bersama seorang wanita tua dan gadis yang hampir menjadi santapannya dahulu serta Sehun.

Chanyeol merenung wanita yang sedang mencium kedua-dua pipi Wendy dengan penuh sayang itu. Bagaimana dia mengusap rambut Wendy dan tidak mahu melepaskannya. Ini ke rumah baru yang Wendy mahukan itu?

Ada rasa kosong yang tak pernah terisi dalam hati Chanyeol dan ianya sudah pun tersentuh sekarang. Sesuatu yang Chanyeol tak pernah rasakan sejak kecil meski menjadi anak yang paling banyak mendapatkan privileged daripada Raja Park dan Permaisuri Park sendiri.

Kasih sayang ibu bapa.

Wendy dan bondanya mulai menuju kearah pintu, menyebabkan Chanyeol terpaksa mengundur. Saat mereka ternampak Chanyeol, Yoona dan Sehun terus menolak Wendy ke belakangnya agar dia tidak diambil oleh Chanyeol.

Wendy dan Yoona terkejut saat melihat betapa merahnya koridor mereka dengan kesan darah. Chanyeol pula menayangkan wajah tak bersalah sahaja.

"Hyung. Berundur sebelum aku serang kau!" perintah Sehun. Chanyeol tidak menghiraukan ugutan tersebut. Dia kembali memandang kearah Permaisuri Luna.

"Queen Luna. Lama tak jumpa," ujar Chanyeol, sopan sambil menunduk hormat kepada wanita itu. Permaisuri Luna mengangguk perlahan.

"Jangan bercakap dengan bonda aku!" marah Wendy.

"Wendy, tak apa. Bonda kenal Chanyeol,"

"Semua orang pun kenal dia!"

"Bonda kenal Chanyeol lebih dari yang kamu tahu, Wendy." bidas Permaisuri Luna. Wendy nampaknya tak berpuas hati.

"Maafkan anakanda, Queen. Tapi benarkan anakanda untuk ambil semula hak anakanda. Wendy, dia milik anakanda," pinta Chanyeol, penuh tertib.

"Jangan nak berlakon lah. Kau sengaja nak kelirukan Permaisuri dengan berlagak baik macam ni kan?!" soal Sehun.

"Sehun, diam!" arah Permaisuri Luna. "Apa kata kalau kita masuk sebentar dan berbincang?" ajaknya.

Chanyeol mengangguk faham. Sementara yang lain-lain sepertinya blur sekarang. Apa dah jadi ni?

Didalam ruang utama, Chanyeol berdiri ditengah-tengah sambil menghadap Permaisuri Luna. Tangan kanannya memegang pergelangan tangan kirinya, salah satu adab saat berhadapan dengan permaisuri atau raja.

"Chanyeol, mana boleh macam tu. Wendy belum jadi milik kamu selagi kamu tak ada apa-apa hubungan sah dengan dia," ujar Permaisuri Luna.

"Tapi Queen, beta yang selamatkan Wendy. Beta yang jaga Wendy dulu. Kenapa Queen yang berhak dapat dia sedangkan 20 tahun sebelum ni korang tak pernah cari dia? Apatah lagi sekarang, Wendy sedang mengandungkan anak beta. Tak mungkin beta lepaskan begitu sahaja sedangkan pewaris beta ada bersama dia!" tegas Chanyeol.

Wendy mengerutkan wajahnya. Tak rela mendengar kata-kata Chanyeol. Kalau boleh dia gelak, sudah lama dia buat.

"Kalau beta tak boleh dapatkan Wendy, Queen pun tak boleh!" sambungnya lagi.

"Chanyeol, ini bukan apa yang Hera ajar pada kamu,"

"Siapa Hera?" tanya Wendy.

"Hera..Jangan-jangan, wanita yang diceritakan dalam surat perjanjian Genova tu? Dia.. wanita simpanan Raja Park," Yoona menyampuk. Nasib baiklah dia ada terbaca saat menjelajah perpustakaan Genova haritu.

"Ya. Dia geisha Raja Park dulu. Wanita yang sangat dicintai oleh ayahanda Chanyeol. Kawan bonda. Hera pernah bawa Chanyeol datang sini waktu kedua Raja dan Permaisuri Park berada diluar negara," jelas Permaisuri Luna.

Dia masih ingat saat Chanyeol versi kanak-kanak yang sentiasa riang dahulu. Sentiasa mengikuti Hera ke mana sahaja dan bahkan memanggil wanita itu dengan panggilan mama. Chanyeol yang dia lihat sekarang ini, jelas sekali bukan Chanyeol yang Hera besarkan.

"Diamlah! Beta tak peduli lagi pasal tu! All I need now is Wendy!" marah Chanyeol. Jelas yang dia sensitif dengan topik tersebut.

"Itu cerita lama. Beta tak peduli lagi pasal dia. Dia tinggalkan beta waktu beta perlukan seseorang disisi beta!"

"Anakanda salah faham ni. Hera tak pernah tinggalkan kamu. Sebaliknya dia dibunuh oleh ayahanda kamu sendiri! Hera korbankan diri demi selamatkan Wendy!" ujar Permaisuri Luna.

Chanyeol dan Wendy jelas bingung sekarang.

"Beta dah cakap beta tak peduli! Bagi Wendy sekarang!"

"Yoona, Sehun, bawa permaisuri keluar dari sini." arah Wendy.

"Apa? Tapi-"

"Pergi sekarang!" tegasnya. Yoona dan Sehun terpaksa akur. Mereka menarik Permaisuri Luna pergi dari sana meskipun wanita itu tidak mahu.

Sekarang, tinggal lah Wendy dan Chanyeol sahaja didalam ruang itu.

"Wendy.. kau dah ubah fikiran?" tanya Chanyeol. Wendy tidak menjawab. Dia masih terfikir betapa tragiknya hidup Chanyeol.

"Wendy, aku cintakan kau. Kita besarkan anak kita sama-sama ya? Nanti aku sediakan bilik yang besar untuk dia. Aku bina satu taman untuk dia main. Aku belikan apa sahaja yang dia nak. Aku akan layan kau macam permaisuri sebenar, Wendy. Kita akan hidup bahagia. Anak-anak kita tak akan rasa apa yang kita rasa waktu kecil, sayang," rayu Chanyeol.

"Tak ada anak kita, Chanyeol," jawab Wendy dengan suara datar. Chanyeol mengerutkan wajahnya. Dia ketawa.

"Apa maksud kau? Kau mengandung Wendy. Anak kita ada dalam perut kau,"

"Aku gugur,"

"Gugur?"

"Ya..Gugur. Teka sebab siapa?"

Chanyeol terkejut. Perut Wendy dipandang. Anak matanya bergetar. Apa dia dah buat?

"Tak mungkin. Wendy anak kita tak mungkin-"

Saat itu, Iskandar menerjah masuk meskipun lewat. Dia terus menghalakan pedangnya kearah Chanyeol.

"Jangan berani datang dekat dengan Puteri Wendy!" ugutnya. Chanyeol tak melawan.

"Ini ke cinta Chanyeol?"

"Wendy, please. I love you,"

Chanyeol cuba untuk mendekati Wendy.

"Jangan dekat! Chanyeol, ini ke cinta yang kau maksudkan?"

Wendy menurunkan pakaiannya sehingga menunjukkan kesan pukulan dari Chanyeol yang tidak mungkin akan hilang itu. Dibelakang gadis itu, terlukis nama Chanyeol yang diukir oleh lelaki sendiri.

Iskandar terus melarikan pandangan. Sedar dia tidak diperlukan, dia membiarkan keduanya berbincang sesama mereka dan tidak menyampuk walau sedikit pun.

"Kau adalah takdir paling malang sekali yang aku pernah jumpa," ujar Wendy. Kata-kata Wendy menusuk jauh ke dalam hati Chanyeol. Kata-kata sama yang pernah dihamburkan oleh Raja dan Permaisuri Park saat dia kecil dulu.

Chanyeol mengalirkan air mata. Dia menangis. Sementara Wendy sudah pun kekeringan air mata. Gadis itu kembali memakai bajunya.

"This is not love! This is obsession! This is an abused! And I do not tolerate with this! As much as I love you, Chanyeol, tapi hubungan kita tak akan berjaya," ujar Wendy dan suaranya berubah sayu.

Ingat lagi dia saat pertama kali berjumpa Chanyeol dikandang. Chanyeol lah lelaki paling kacak yang pernah dia lihat diatas muka dunia ini.

Waktu Chanyeol ketawa dan tersenyum kerananya, itu lah saat paling menggembirakan untuk Wendy. Ingat lagi Wendy saat Chanyeol membawakan makanan kepadanya. Kenangan buruk, tapi kenangan itulah yang paling dia ingat.

Wendy ingat saat pertama kali mereka mandi bersama. Chanyeol berjanji untuk merawatnya dengan baik. Saat bibirnya menyentuh bekas parut kesan pukulan daripada pengembala, Wendy ingat lagi.

Ciuman pertamanya. Ya. Wendy ingat dengan jelas. Chanyeol adalah yang pertama baginya.

Tapi otak manusia yang normal tahu, ini bukan cinta. Otak manusia normal akan menolak ini dengan sekuat mungkin.

Hanya kerana Wendy cintakan Chanyeol, tidak bermakna Wendy boleh mengubah Chanyeol kearah yang lebih baik. Itu semua bergantung kepada Chanyeol sendiri.

"Tak ada istilah anak kita, Chanyeol. You destroyed everything, the night you decided to throw me under the bus. Hari awak tak percayakan saya dan tuduh saya sebagai pengkhianat, haritu saya tahu, hubungan kita berakhir," jawab Wendy. Gadis itu menggigit bibir dalamnya.

"Chanyeol, pernah tak kau terfikir perasaan aku walau sekejap je? Kau cuma fikir yang kau boleh gunakan aku mentang-mentang aku lemah! Tiap hari aku cuba untuk sayang kau walaupun kau selalu seksa aku! Tapi kau tak pernah berusaha! Hanya aku je! Kau kecewakan aku, Chanyeol,"

"I'm sorry.. so sorry.." ujar Chanyeol seraya menunduk ke tanah. Iskandar mengalihkan pedangnya daripada leher Chanyeol agar raja muda itu tidak tercedera.

"Kata maaf tak akan kembalikan anak kita, Chanyeol,"

Chanyeol mulai menunduk kepada Wendy. Tangisannya menjadi-jadi. Raja Appolonia itu tunduk kepada seorang puteri daripada kerajaan musuh. Wendy menekup mulutnya, menahan dirinya daripada menangis juga.

"Wen..Aku rela kalau kau bunuh aku. Kalau itu sahaja yang dapat maafkan segala perbuatan aku pada kau," ujar Chanyeol.

"Tapi, kalau kau nak bunuh aku, tolong tunaikan satu je permintaan aku.." Dia bangun dan memandang tepat ke mata Wendy.

"Aku nak mati.. dipangkuan kau.. boleh?"

Wendy mengangguk meskipun agak lama untuk memberi respon. Chanyeol memandang Iskandar. Iskandar menutup matanya lantas mengeluh perlahan. Pedang miliknya diserahkan kepada Wendy.

"It's not gonna hurt me anymore, Wen. Aku dah kecewakan kau. Aku layak dihukum mati,"

to be continued

Entahlah dramatik ke tidak. Hahaha.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro