Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 37 : The War

Wendy menghunuskan pedangnya kearah Iskandar, berlatih mempertahankan dirinya sambil diperhatikan oleh Raja Leo dan yang lain-lain. Mereka agak terkejut saat melihat Wendy yang nampaknya tidaklah terlalu kekok saat mengendalikan senjata berbahaya itu.

Bukan sekadar tidak kekok, bahkan handal sekali. Seolah-olah didalam darahnya sudah pun mengalir darah seorang perwira.

Chaeyoung dalam diam tersenyum mendengar pujian daripada pihak Genova itu. Ini kerana dia adalah guru pertama Wendy, yang melatih gadis itu dari kosong.

Dia teringat dua hari lepas saat Wendy ditenangkan dengan sedatif kerana tidak berhenti-henti meracau-racau. Nasib baiklah tidak berlaku kekecohan yang teruk. Wendy pun nampaknya lebih sihat sekarang.

"Nice move, Princess. But not so fast," ujar Iskandar dan terus menjatuhkan pedang milik Wendy jauh dari tangan gadis itu. Wendy terkedu.

"See? Puteri masih perlu berlatih dan-"

Iskandar ditundukkan saat Wendy merampas pedang milik lelaki itu dan terus menendang kakinya dengan kuat. Wendy terus mengunci leher Iskandar sehingga dia tidak dapat bergerak lagi.

"Dan rasanya awak pun perlu berlatih supaya tak mudah terpedaya dengan helah wanita cantik," bisik Wendy dan melepaskan lelaki itu. Iskandar ketawa.

"My bad. Puteri bukan sekadar gadis biasa. Saya silap," ujarnya dan menunduk hormat. Wendy tersenyum kemenangan dan menunduk kembali.

Mereka berjabat tangan dan kembali kearah Raja Leo dan yang lain-lain. Ayahandanya itu nampaknya sedang terpegun sehingga tidak perasan yang mulutnya sedang ternganga dengan begitu luas.

"Anak saya ni," ujar Permaisuri Luna dengan bangga.

"Apa anak awak. Anak saya ni sebab pandai berlawan," balas Raja Leo.

Wendy memandang yang lain-lain seraya menahan ketawa. Boleh pula bergaduh pasal dia sekarang.

Raja Leo mencubit pipi isterinya dan mencium dahi wanita itu. Wendy menatap kedua ibu bapanya dengan penuh fokus. Dia kembali teringat kepada dirinya dan Chanyeol.

Chanyeol pun pernah melayannya seperti ini. Wendy terus menunduk sambil membuang sarung tangannya. Dia meminta diri untuk masuk ke dalam dan membersihkan diri.

I'm sorry that your love is gone.

...

Chanyeol menatap kosong cincin pertunangan yang dihantar kepadanya itu. Ianya daripada Kerajaan Puteri Daniella. Ianya sebuah proposal berani sedangkan Chanyeol baru sahaja ditabalkan sebagai raja.

"Daniella sendiri yang mahukan pertunangan ini dijalankan. Bonda tak mahu memaksa anakanda tapi, ini peluang yang bagus untuk kita teguhkan lagi Appolonia," ujar Permaisuri Park.

"Hantar balik," arah Chanyeol.

"Tapi Chanyeol, kerajaan mereka tu bukannya kerajaan biasa. Kalau kita tolak, mereka mungkin tak akan berpihak pada kita untuk menentang Genova," jelas Permaisuri Park. Chanyeol menjeling wanita tua itu dengan jelingan yang teramat tajam.

"Aku bukan lelaki pengecut. Aku tak akan khianati Wendy walau apa pun yang aku dah lakukan pada dia! Tak kira apa pun yang berlaku, dia yang akan jadi isteri pertama aku dan permaisuri aku! Bukan perempuan yang aku tak cintai!" marah lelaki itu.

Dia masih ingat dengan perjanjiannya dengan Wendy. Gadis itu yang pertama dalam segala-galanya. Mana mungkin dia hilangkan kepercayaan Wendy dalam sekelip mata sekarang. Kalau Wendy tahu, gadis itu pasti tidak akan mahu kembali bersamanya lagi.

"Bonda risau kalau mereka nak putuskan hubungan dengan kerajaan kita dan heret kerajaan lain juga. Bonda cuma risaukan kamu je,"

"Tak payah risau pasal aku. Aku tahu nak jaga kedudukan aku. Tugas kau sekarang adalah tolak pinangan tak bermakna ni. Aku ada hal yang lagi penting daripada berkahwin sekarang,"

"Ba-baik, tuanku."

...

"Pertunangan antara Puteri Daniella dari Kerajaan Florania dan Raja Chanyeol dari Kerajaan Appolonia?" Yoona membaca surat khabar yang baru sahaja dia dapatkan daripada dayang tadi.

Gambar Daniella dan Chanyeol terpampang dimuka hadapan surat khabar. Itu membuatkan Yoona terkejut kerana katanya kerajaan Appolonia yang merancang pertunangan ini terlebih dahulu.

"Baca apa tu?" soal Wendy dibelakang Yoona.

"Oh shit-"

Yoona terus melipat surat khabar tersebut dan menyembunyikannya daripada Wendy. Dia menggeleng laju.

"Tak ada apa-apa. Cuma surat khabar lama," jawab Yoona. Wendy mengerutkan dahinya. Dia terus merampas surat khabar tersebut dengan pantas.

"Okeylah tu. Unnie nak guna untuk lap meja-"

"Unnie jangan!"

Wendy terbaca muka hadapan surat khabar tersebut. Terus mukanya berubah kelat. Yoona mengemam bibirnya. Dia melihat Wendy yang sedang mengeronyokkan kertas tersebut.

"Kan Yoona dah cakap.."

"Cakap apa? Tak ada apa-apa lah," balas Wendy sambil cuba tersenyum. Yoona jadi semakin kesian sekarang. Dia cuba untuk memegang bahu Wendy. Dengan pantas Wendy mengundur.

"Unnie cakap unnie okey! Kenapa tak faham-faham ni?!" marah gadis itu. Dia terus pergi dari sana sambil menahan dadanya yang sesak. Sukarnya dia untuk bernafas sekarang.

Tak. Ini tak mungkin betul. Chanyeol dah berjanji untuk tak menduakan dia. Tak mungkin semudah itu Chanyeol berpaling tadah.

"Chanyeol.. awak penipu.. Bukan saya yang khianat awak.. Tapi awak yang khianati saya.." ujar Wendy, kecewa.

...

Calling your name is the only language I can speak. Perhaps why, I'm muted.

Sebulan berlalu.

Wendy memandang persiapan peperangan yang sedang berlangsung dibawah sana, dari istana. Pasukan berkuda dari Iskandariah, pasukan memanah dari Hilgovia, pasukan tentera udara dari Bulovia, dan tak lupa juga pasukan batalion dari Genova sendiri.

Penduduk Genova telah pun selesai dipindahkan ke tempat yang lebih selamat. Dari bumbung istana, Wendy dapat melihat pasukan Appolonia yang sedang menuju kearah mereka, serentak.

Jantungnya berdegup dengan laju. Angin menderu dengan kencang, sepertinya ingin memaklumkan bahawa peperangan hari ini bakal menjadi sesuatu yang paling ngeri bagi sesiapa yang terlibat.

Kedua-dua pasukan berhenti dan mengehadkan jarak sambil menunggu isyarat daripada raja-raja masing-masing. Wendy nekad. Dia tak boleh menunggu disini sahaja.

Dia terus pergi dari sana dan melewati dayang-dayang yang menghalangnya. Setiap satu halangan dari mereka dipatahkan. Wendy bersyukur yang dia dah mahir dalam melawan musuh.

Wendy terus berlari kearah kandang kuda untuk mengambil seekor kuda tunggangan. Disana, hanya terdapat seekor stallion hitam dan besar yang sedang meragut rumput kering. Ia memandang kearah Wendy buat sesaat.

"Saya perlukan bantuan awak. Boleh?" pinta Wendy. Dia cuba menyentuh stallion tersebut dan mengusap wajahnya. Ironiknya, ia akur kepada Wendy. Perlahan-lahan, Wendy membawanya keluar dari kandang.

Dia tak sedar yang itu sebenarnya ketua kepada kuda perang. Tak pernah ada sesiapa yang menunggang stallion tersebut kerana dia agak agresif semenjak raja terakhir meninggal. Yakni tuannya.

Entahlah rumor itu benar atau tidak. Tapi stallion bernama Jack itu menerima arahan Wendy dengan tulus sekali. Dia terus menunggung kuda jantan tersebut dan menuju ke medan perang.

Pasukan berkuda disana memberi laluan kepada Wendy saat dia tiba. Mereka kelihatan terkejut saat Wendy datang bersama Jack, lagi-lagi pasukan dari Genova. Ianya bagaikan mimpi bagi mereka.

Wendy nampak serupa macam moyangnya dahulu. Bahkan Raja Leo pun terpesona.

"Wendy. Kamu buat apa ni?"

"Kalau ayahanda rasa ayahanda boleh buat ni sendiri, saya tak rasa ayahanda waras. Percayakan saya. Cuma saya yang boleh lawan dia!" tegas Wendy. Raja Leo mengarahkan orang-orangnya untuk membawa Wendy pulang namun Jack secara tiba-tiba mengamuk.

Ia tidak membenarkan sesiapa pun untuk menyentuh Wendy. Raja Leo kelihatan bingung.

"Tuanku, sekali Jack dah masuk medan perang, ia tak akan sesekali pergi," ujar Jeneral Joshua.

"Sama macam waktu ia mengorbankan ayahanda beta. Kalau ia berundur waktu tu mungkin-"

Jack meringkik marah kearah Raja Leo, sepertinya faham yang lelaki itu berdendam dengannya.

"Saya yakin Puteri Wendy boleh mengawal Jack sebagaimana mendiang Raja Son. Kita cuma perlu beri ia peluang," ujar Jeneral Joshua lagi. Raja Leo mengeluh. Dia akhirnya membenarkan Wendy untuk berada dibarisan paling hadapan sekali bersebelahan dengan pembawa panji perang.

Putera Iskandar, Putera Sehun, Putera Baekhyun dan Puteri Chaeyoung mengalu-alukan kedatangan Puteri Wendy. Mereka membiarkan dia berada ditengah-tengah.

"Selamat datang, puteri," sapa Iskandar. Wendy tersenyum pendek.

Iskandar memusingkan kudanya menghadap barisan askarnya.

"Bismillahirahmanirrahim. Harini, seandainya ditakdirkan kita mati, ianya bukan mati sia-sia, tapi mati jihad. Jangan ada sesiapa yang lari dari medan perang hanya sebab takut kerana ketahuilah bahawa itu adalah salah satu dosa besar dalam agama kita. Apa yang kita mulakan, kita habiskan dekat sini juga!" tegas Iskandar kepada pasukannya.

"Baik, tuanku!" jawab mereka. Askar-askar memandang kearah pihak lawan. Tak bohong, kebanyakkan dari mereka berasa sedikit gentar sebenarnya.

Pasukan Appolonia bersama pasukan dari sepuluh buah negara nampaknya seakan-akan mengejek pasukan Genova. Mereka mempunyai banyak kelebihan daripada Genova. Chanyeol sendiri pun rasa nak tergelak melihat bilangan lawannya itu.

"Bilangan mereka terlalu ramai, tuanku," ujar askar dari kerajaan Hilgovia.

"Jangan takut. Kemenangan sesuatu peperangan itu bukan bergantung pada bilangan askarnya! Tapi semangat kita!" ujar Sehun. Dia tak akan mundur meski ditikam berkali-kali pun nanti.

"Siapa cakap?" tanya Baekhyun.

"Aku," jawab Sehun. Baekhyun menjeling Sehun dan terus menggelengkan kepalanya, menyampah.

"Betul kata Sehun tu. Jangan pandang pada bilangan. InsyaAllah, ada yang akan membantu kita nanti," sahut Iskandar. Baekhyun menggulingkan bebola matanya. Dia kembali memberi arahan pada pesawat pejuang miliknya.

Jangan pandang rendah pada negaranya meskipun ianya berada disebuah pulau. Kekuatan mereka bukan sekadar menjadi lanun dan berlayar. Disebabkan mereka berada ditengah-tengah lautlah, mereka perlu ada kelengkapan sempurna untuk berlawan di langit.

Tatkala itu, sebatang anak panah berapi tertembak dan hampir mengena pada salah satu tentera barisan hadapan Genova. Keadaan hening seketika.

Wendy memandang situasi itu dengan wajah pucat. Air liurnya ditelan.

Masa sepertinya membuatkan dia terpaku. Bunyi semboyan menandakan peperangan bermula.

Wendy menjadi orang pertama yang mara ke hadapan bersama kudanya diikuti oleh yang lain-lain. Demi Jaehyun, demi rakyat Genova, demi kebebasannya, demi cintanya pada Chanyeol yang telah pun ranap.

Chanyeol terus mengarahkan kudanya supaya berdiri sedikit jauh ke hadapan. Dia nampak seperti tak berminat pun untuk berada disana. Tangannya diangkat ke udara.

"Buru. Makanan." ujar Chanyeol, tenang sambil tersenyum.

to be continued


Promot promot. Kim ada publish cerita baru lagi untuk yang tak tahu 😂 Tajuknya Sugar Daddy. Wataknya Sehun. Sekian terima kasih.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro