Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 32 : Gugur?


Pasukan berkuda Genova bersiap-sedia ditepi pantai. Jeneral Joshua meneropong perairan sementara menunggu ketibaan puteri mereka. Saat sebuah kapal bertanda bendera Genova terlihat dipandangannya, dia mengarahkan orang suruhannya meniup trompet menandakan puteri kerajaan Genova telah pun tiba.

Sehun membawa Wendy turun dan membaringkan gadis itu didalam kereta kuda. Chaeyoung naik ke dalam sementara Sehun dan Jongin memilih untuk menunggang kuda.

"Tuan putera." Joshua menghadap Sehun.

"Pastikan perairan selamat. Suruh pengawal berjaga disekitar kerajaan. Diorang akan sampai untuk tuntut hak mereka sekejap lagi." Tegasnya. Joshua mengangguk faham.

Wendy dibawa ke istana Genova yang tak ada bezanya dengan istana Appolonia. Keduanya terisi dengan emas dan permata. Yang lainnya, istana Genova nampak lebih lembut auranya daripada Appolonia. Disana, auranya beku seperti maut yang tinggal disana.

Wendy diangkat oleh dayang istana dan dibawa masuk ke balairung istana untuk bersua muka dengan ibu bapanya terlebih dahulu. Raja Leo dan Permaisuri Luna sudah pun menunggu. Mereka terkejut saat melihat betapa teruknya keadaan anak gadis mereka.

"Puteri Chaeyoung!" Jerit Permaisuri Luna saat melihat kedatangan gadis itu. Dia cuba untuk menghampiri Wendy namun dihaang.

"Ampun tuanku! Puteri Wendy masih belum sedarkan diri." Tegas Chaeyoung. Dia tak membenarkan kedua raja dan permaisuri itu untuk menyentuh Wendy.

Tubuh Wendy lebam dan kotor. Wajahnya pula tak bermaya dan pucat. Ada kesan pukulan dikakinya. Permaisuri Luna menekup mulutnya. Dia sedih dan kecewa.

Chaeyoung serta-merta melutut seperti seorang pesalah.

"Ampun tuanku! Abang saya.. Maksud saya Putera Chanyeol dah menyentuh Puteri Wendy secara paksa. Saya gagal melindungi Puteri Wendy! Saya layak dihukum!"

Mata Raja Leo terbeliak. Ditiliknya tubuh anak gadis yang tak pernah dia lihat selama 20 tahun ini.

"Putera Chanyeol rogol anak beta?!" Jeritnya. Itu membuatkan Chaeyoung semakin menunduk. Dia malu untuk berhadapan dengan Raja Leo dan Permaisuri Luna sekarang.

"Hukum saya tuanku! Saya layak-"

"Bangun Chaeyoung. Kamu dah

"Mereka mungkin akan datang bila-bila masa je. Kita kena sorokkan Puteri Wendy."

"Pu-Puteri Chaeyoung! Puteri Wendy berdarah!" Jerit salah seorang dayang. Serentak, semua yang berada dibalairung istana menoleh kearah Wendy.

Darah mengalir diatas katil sementara itu.

"Panggil tabib!!" jerit Permaisuri.

"Tak ada masa! Bawak dia pergi ke bilik khas dan pergi ambil segala alat dan perkakasan doktor! Kita kena cepat!" Arah Chaeyoung.

Katil Wendy ditolak masuk ke dalam bilik khas dan segala perkakasan dibawa. Chaeyoung memakai pakaian doktor yang tersedia disana dengan pantas dibantu dengan beberapa dayang disana. Mujurlah, Chaeyoung pernah belajar dalam bidang kedoktoran juga. Menjadi ahli keluarga diraja, Chaeyoung perlu serba mahir untuk menyaingi yang lain.
Tabib tiba juga untuk membantu Chaeyoung.

Beberapa jam merawat Wendy yang tidak sedarkan diri, Chaeyoung akhirnya selesai merawat. Saat mereka membuka baju Wendy, terserlah segala bentuk kekerasan yang berlaku pada gadis itu.

Luka Wendy dijahit dengan berhati-hati. Ketua dayang sampaikan berair mata melihat keadaan puteri mereka. Chaeyoung jatuh terduduk disebelah katil rawatan.

Dia terkedu. Melihatkan keadaan Wendy, gadis itu patutnya sudah mati disebabkan perbuatan Wendy. Tabib, Jungwoo mengangkat Chaeyoung dan membawanya duduk diatas kerusi.

"Jungwoo- aku.. aku rasa bersalah.. Abang aku.. buat Wendy macam tu.. Aku.. Apa yang aku fikirkan selama ni? Kenapa aku tak bantu dia dari awal? Aku.. Aku yang bersalah.." luah Chaeyoung, lalu setitis air mata tumpah.

Sekarang, air matanya berjuraian tak henti. Dia kesal. Jungwoo menarik Chaeyoung ke dalam pelukannya.

...

Raja Leo berdiri disebelah katil anak gadisnya. Tangisan lelaki itu keluar. Jari-jemari Wendy disatukan dengan jarinya. Raja Leo kesal sekarang.

"Appa minta maaf tak dapat lindungi kamu dulu. Appa lemah. Kami minta maaf, Wendy." luahnya. Raja Leo meraup rambut Wendy yang sedang dalam keadaan koma itu.

Tak disangka, anaknya itu menderita teruk selama ini. Permaisuri pun tak mampu memahami apa yang telah berlaku pada anak gadisnya. Wanita itu murung sekarang.

"Appa akan balas dendam demi kamu. Appa akan tebus balik kesalahan kami pada kamu," ujarnya. Raja Leo bangun, lantas meninggalkan Wendy untuk berehat.

Wendy menitiskan air mata meskipun dalam keadaan tidak sedarkan diri. Dia dengar semuanya. Tapi dia mampu untuk bangun. Dunianya dipenuhi kabus putih sekarang. Dia tidak nampak mana-mana jalan untuk dirinya keluar dari ruangan tertutup ini. Perlahan-lahan, Wendy terjatuh ke dalam lubang yang teramatlah dalam. Lubang yang tak mampu untuk dia daki lagi.

Raja Leo masuk ke dalam ruang mesyuarat, mengumpulkan orang-orangnya untuk berbincang akan sesuatu. Permaisuri, Puteri Chaeyoung, Putera Sehun dan kesemua jeneral masuk menghadap.

"Beta dah buat keputusan," ujar Raja Leo, bertegas dengan keputusannya.

"Keputusan apa ni, tuanku?" soal Permaisuri Luna.

"Beta nak umumkan peperangan antara Genova dan Appolonia," jawabnya. Seisi dewan mulai bising. Putera Sehun memandang Puteri Chaeyoung yang sedari tadi sedang menunduk seperti malu.

Jeneral Jongin pula diam sahaja ditempatnya. Permaisuri Luna pula nampaknya tidak menolak cadangan suaminya itu. Tangannya dikepal. Raja Leo memandang sekelilingnya. Nampaknya tidak ada yang membantah.

"Baik. Yedam, hantarkan utusan ke Kerajaan Appolonia. Beritahu mereka, sebentar lagi, empayar mereka akan jatuh juga. Buat baik dibalas baik, buat jahat pada anak aku, dibalas mati."

Jeneral Yedam mengangguk faham lantas keluar dari dewan. Putera Sehun bangun dan menghadap Raja Leo. Kesemua mata memandangnya.

"Tuanku, kita perlukan persetujuan daripada Union dahulu sebelum memulakan peperangan. Dan selepas diluluskan, kerajaan Hilgovia bersedia untuk memberi kelengkapan senjata sepenuhnya kepada kerajaan Genova," ujarnya. Raja Leo tersenyum puas.

Union, adalah sebuah pertubuhan bersatu dunia dimana mereka yang menentukan keputusan untuk sesebuah negara. Jadi, amat penting untuk mendapatkan persetujuan Union sebelum membuat apa-apa sahaja keputusan termasuklah peperangan.

Tiba giliran Chaeyoung pula. Dengan langkah kosong, gadis itu datang menghadap Raja Leo juga. Chaeyoung jatuh duduk diatas lututnya.

"Saya.. Roseanne Chaeyoung Park, Bekas Puteri Kerajaan Appolonia, bersedia berkhidmat untuk Kerajaan Genova sampai ke titisan nyawa yang terakhir."

Jeneral Jongin mengikuti Chaeyoung dari belakang. Dia turut sama tunduk kepada Raja Leo. Raja Leo dan Permaisuri Luna memandang satu sama lain buat seketika.

"Awak rasa kerajaan mana je yang akan tolong kita melawan Appolonia? Mereka tu kuat," bisik Permaisuri Luna.

"Kerajaan Iskandariah. Mereka kecil tapi cukup berkuasa untuk melawan Appolonia. Saya yakin, mereka akan bantu kita. Lagipula, kerajaan kita dah banyak eksport dan import barang ke sana. Iskandar mesti akan bantu kita,"

"Raja Iskandar muda tu? Saya dengar dia baru sahaja pulang daripada menuntut ilmu di Greek.."

Raja Leo mengangguk.

"Malam ni juga saya akan hantar pesanan ke sana. Kalau perlu, saya sendiri terbang berjumpa dia," katanya. Permaisuri Luna nampaknya sedikit lega.

"Kalau awak jadi pergi, tolong jangan libatkan Wendy dalam hal ni ya?"

"Maksud awak?"

"Raja Iskandar tu masih muda. Belum beristeri. Mana mungkin dia tidak berminat dengan puteri raja apatah lagi dengan kerajaan yang paling dia kenal iaitu kita. Berita tentang anak kita pasti sudah tersebar di kerajaan sana. Wajah Wendy pun dah tersebar dimerata tempat untuk meraikan kepulangannya. Lagipula, agama kita dan agama dia berbeza. Tolong, jangan gunakan anak saya lagi," rayunya.

"Saya janji."

to be continued


sape excited nak jumpa Iskandar 😌😌

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro