
Part 22 : Genova?
for this story, kim mmg dah ada draft sampai part 30 something. but tak update every weekend bcs i want to wait for surene ff first.
"Dia masih hidup?" Raja Leo bangun dari takhta. Wajah gadis yang dilukis pada kertas kuning itu dipandang. Cantik. Wajahnya seiras dengan isterinya.
"Ya, tuanku. Tapi, kita ada masalah." Ujar pembantunya. Raja Leo mendongak.
"Apa masalahnya? Beritahu beta!" Gesanya. Pembantunya mengeluh perlahan.
"Puteri ada dengan musuh kita tuanku. Di kerajaan Appolonia. Musuh umat manusia, sejagat."
"Salah satu orang kita, Hara, juga telah dibunuh oleh Putera Chanyeol sewaktu cuba menyelamatkan puteri." Sambungnya.
"Bedebah. Beta tak akan berdiam diri kalau anak beta mengandungkan benih lelaki dari keturunan itu! Hantar yang lain! Kita bagi petunjuk pada puteri supaya dia tahu kewujudan kita!"
...
Wendy cuba menghunus pedang yang dia ambil daripada pengawal dipadang. Gadis itu tersenyum kecil. Chaeyoung yang sedang memerhatinya mendekati lantas menepuk bahunya.
"Dah puas hati?" soal gadis itu. Wendy menggeleng. Tak tahu kenapa dia tiba-tiba mengidam nak bermain pedang. Dicampur pula dengan perasaan geram saat Chanyeol menghentikannya haritu. Dia rasa macam bendul pula bila nak bunuh orang, tapi tak tahu cara yang betul.
Chaeyoung membetulkan kedudukan Wendy. Dia tak mahu kakak iparnya itu tercedera.
"Saya dah jumpa lelaki yang unnie beritahu tu." Ujarnya. Wendy menjatuhkan pedang dan menoleh kearah Chaeyoung. Matanya membulat.
Chaeyoung menghela nafas lega. Nasib baik pedang tadi tak tercucuk ke kakinya.
"Betul ke?" Soal Wendy, terkejut. Chaeyoung mengangguk.
"Di-dia sihat ke?" Soal Wendy. Chaeyoung kelihatan ragu-ragu.
"Kurus. Ada kesan pukul pada muka dia." Jelas gadis itu. Wajah Jaehyun masih segar dimindanya. Riak wajah Wendy berubah.
"Chaeyoung, tolong tengok-tengokkan dia boleh? Lindungi dia?" Pinta Wendy, risau. Tangan Chaeyoung dipegang. Gadis itu terkebil-kebil memandang Wendy.
"Itu.. tak pastilah unnie."
"Sorang je, Chaeyoung. Jaehyun sorang je. Lindungi dia. Jangan sampai dia cedera teruk." Rayu Wendy. Chaeyoung menghela nafas, dalam. Mata Wendy ditatap.
"Okey. Tapi unnie kena cerita sepenuhnya pasal Jaehyun pada Chaeyoung. Barulah saya boleh jaga dia macam yang unnie minta."
Wendy mengangguk faham. Dia akan buat apa sahaja supaya Jaehyun terselamat.
"Jaehyun single lagi kan? Bukan boyfriend unnie?" Tanya Chaeyoung, lagi.
"Mestilah. Dia cuma abang saya je. Sebab itulah, saya minta sangat-sangat Chaeyoung jagakan dia."
"Kenapa tak minta oppa yang buat? Dia lagi berkuasa."
"Awak rasa dia akan tolong ke?" Wendy seolah-olah menyindir.
Chaeyoung terdiam. Betul juga kata Wendy. Nanti ada salah faham pula. Sudahlah Wendy dan Chanyeol tengah bergaduh sekarang. Sejak putera-putera dan puteri-puteri itu pulang ke kerajaan masing-masing, Wendy dan Chanyeol pun menghilang juga. Mereka tak menyapa satu sama lain kerana ego.
Chanyeol sendiri lebih suka berada dipadang istana daripada dibilik. Hendak melepas geram mungkin.
Tapi bila Wendy mulai turun ke padang, Chanyeol masuk semula ke dalam istana. Dia tak mahu berada didalam satu tempat yang sama dengan Wendy. Acah jual mahal. Pandang muka Wendy pun tak mahu.
"Dia tak ada cederakan unnie kan?" Tanya Chaeyoung, prihatin. Wendy tersenyum pendek sambil menggeleng.
'Selalu Chaeyoung.. Cedera zahir dan batin..'
"Baguslah. Selalunya Chanyeol tu bila marah, dia akan terus bunuh je tanpa berbincang. At least you're safe." Jelas Chaeyoung. Wendy tersenyum pendek.
Memang Chanyeol dah pernah nak bunuh dia dah pun.
"Betul ke?" Soal Wendy, berpura-pura terkejut.
"Iya. Chanyeol oppa tak pernah bersimpati, unnie. Apa dia nak, dia buat, dia dapatkan. Semua patuh arahan dia. Lagipun dia satu-satunya pewaris tetap kerajaan ni. Junmyeon oppa dah dilucutkan sebab kahwin dengan perempuan bangsawan terendah dalam kasta, abang yang lain pula lahir daripada wanita simpanan ayahnda. Saya pula, cumalah seorang puteri. Dalam kalangan kami bertiga yang berdarah tulen ayahnda dengan bonda, cuma Chanyeol je yang tinggal."
Chaeyoung mengeluh lagi. Kenapa wanita tak dibenarkan untuk memerintah sebuah kerajaan? Dimanakah keadilan untuk mereka?
"Ta-tapi Chaeyoung. Kalau saya ada anak dengan abang awak tu, maknanya dia pun akan dilucutkan lah kan? Saya kan hamba manusia je."
Chaeyoung menggeleng. Perut Wendy disentuh.
"Kalau pun Chanyeol oppa ada anak dengan manusia, mereka tak boleh tolak. Ayahnda tu tunggu masa je untuk pergi dan mereka perlukan pemangku raja secepat mungkin. Kalau mereka lucutkan Chanyeol juga, tak adalah siapalah yang akan jadi raja. Huru-hara nanti." Jelasnya.
"Dan untuk calonkan raja selain daripada keturunan Park pula ambil masa yang lama. Boleh jadi kena berperang dulu nanti."
Wendy menunduk. Tekaknya terasa sakit sekarang untuk menelan air liur.
"Saya dan Junmyeon oppa akan sokong unnie. Kami akan lindungi unnie daripada diapa-apakan oleh orang istana. Sebab itu, unnie kena cepat-cepat bagi zuriat supaya mereka tak dapat sentuh unnie."
Wendy termenung seketika. Dia kena mengandung secepat mungkin ke supaya selamat? Wendy memandang Chaeyoung sekarang. Ada sesuatu yang bermain difikirannya.
"Boleh saya tanya sesuatu lagi tak, Chaeyoung?" Tanya Wendy. Chaeyoung mengangguk sahaja.
"Kenapa awak baik dengan saya sedangkan saya ni makanan awak? Kenapa awak tolong saya? Waktu kita mula-mula jumpa dulu pun, awak tak pandang sinis pada saya. Awak jemput saya dengan tangan yang terbuka."
Chaeyoung diam seketika.
"Sebab saya ni tak jahat seperti yang orang lain fikir. Saya bukan macam kanibal lain, Wendy. Saya tak racist dengan manusia. Bahkan saya boleh anggap kalian kawan kalau kalian buat baik dengan saya. Saya sendiri ada kawan yang berasal dari keturunan manusia dikerajaan lain tanpa orang lain tahu, Wendy."
"Kejap. Kerajaan lain?"
"Masih ada kerajaan manusia yang berdiri megah dekat luar sana, Wendy unnie. Tapi Appolonia tutup semua berita tentang hal tu supaya manusia disini tak tahu."
"Untuk apa?"
"Kami nak hadkan pengetahuan korang. Kerajaan Genova, kerajaan manusia paling megah tengah berusaha untuk menentang kami dan selamatkan manusia-manusia dekat sini. Unnie, saya tak boleh beritahu banyak sangat. Unnie tolong lupakan apa yang saya bagitahu ni jangan cerita apa-apa pun pasal Chanyeol oppa ya?"
Chaeyoung kelihatan tak selesa sekarang. Sekelilingnya dipandang. Dia takut kalau ada yang mendengar. Wendy mengangguk perlahan.
Satu lagi peluang muncul. Adakah ini petunjuk seterusnya untuk kemunculan semula kedamaian?
...
Wendy habis membaca novel Romeo and Juliet yang dia pinjam daripada Chanyeol itu. Habis sekotak tisu dia guna sebab menangis. Matanya bengkak sekarang.
Patutlah Chanyeol suruh baca dulu.
Romeo dan Juliet mati sebab kebodohan cinta masing-masing. Romeo sangkakan Juliet benar-benar mati sampai dia membunuh diri. Tapi sebenarnya Juliet tak mati pun. Dia cuma diberikan ubat yang menghentikan detakan jantungnya buat seketika. Dan bila Juliet bangun, Romeo pula yang mati. Akhirnya, Juliet membunuh diri kerana tak sanggup meninggalkan Romeo.
Tapi Wendy tak faham kenapa Chanyeol kata kisah percintaan Romeo dan Juliet tak adalah tragik sangat. Padahal mereka dah mati. Tragik lah tu kan?
Dia menuju ke bilik Chanyeol untuk memulangkan buku tersebut. Pengawal memberi ruang kepadanya untuk masuk. Pintu dibuka oleh mereka.
Chanyeol mendongak seketika saat Wendy masuk. Tapi dia terus larikan pandangan. Masih dingin dengan Wendy.
Gadis itu masuk dan terus ke rak buku. Buku novel itu disimpan. Sambil-sambil itu Wendy mengerling kearah Chanyeol. Dia perasan yang Chanyeol pun sedang memandangnya tapi lelaki itu berpura-pura tak mahu menegurnya.
Selesai buku disimpan, Wendy terus menunduk hormat kearah Chanyeol.
"Saya keluar dulu, putera." Ujarnya.
Baru dia nak membalikkan badan, Chanyeol memanggilnya semula.
"Tidur sini malam ni." Pinta Chanyeol.
"Tak nak. Saya ada bilik saya sendiri, putera."
Chanyeol mengeluh.
"Sekali je. Aku tak dapat tidur nyenyak beberapa hari ni." Jelas Chanyeol. Bawah matanya memang lebam sekarang. Eyebag.
"Tak dapat tidur kenapa?" soal Wendy, risau.
"Masalah negara. Biasa." Jelasnya. Wendy mendekatinya dan duduk diatas kerusi didepan Chanyeol.
"Mind to share?" Tawar Wendy. Kening Chanyeol terjongket sebelah.
"Yakin nak dengar? Tak takut bosan?"
Wendy menggeleng kecil. Dia kelihatan serius.
"Aku dapat surat ugutan.." Ceritanya. Surat yang dibacanya itu diserahkan kepada Wendy. Entah kenapa dia dengan mudahnya menyerahkan hal sulit seperti itu kepada Wendy.
"Surat ugutan? Dari siapa?"
Wendy meneliti surat tersebut. Tulisannya kemas. Macam bukan surat ugutan pun ada. Nama yang berada dibawah sekali itu dibaca.
King Leonardo William of Genova.
Genova.
Nama kerajaan manusia yang masih berdiri kukuh yang diceritakan oleh Chaeyoung. Wendy berpura-pura seperti tak faham. Dia masih nak mendengar cerita yang bakal disampaikan oleh Chanyeol. Dia nak dengar pendapat Chanyeol dari sisi musuh.
Chanyeol merenung Wendy dalam diam. Dia nak tengok reaksi muka Wendy sekarang.
"Itu musuh kami. Dia nak lepaskan orang-orang dia."
"Siapa orang dia?"
"Manusia."
Mata Wendy dan Chanyeol bertentang.
"Awak tahan orang-orang dia dalam istana?"
"Kandang."
Wendy terus teringat akan Jaehyun.
"Apa maksud dia dengan balas dendam ni?" Soal Wendy.
"Aku dah bunuh salah satu partner mereka. Kepala yang kau nampak malam tu, kepala malaun tu lah. Aku dah pajang dekat jeti."
Wendy tersentak. Matanya bergetar. Chanyeol tahu yang dia nampak lelaki itu pada tempoh hari? Wendy cuba untuk bertenang.
"A-awak yang cari pasal. Mestilah mereka nak balas dendam." Ujar gadis itu.
"Aku cuma lindungi kerajaan aku. Ayahnda dah gering dan tak boleh memerintah. Sebab itu aku pikul semua beban dia." Kata Chanyeol sambil merenggut rambutnya sedikit kasar.
"Tak boleh berdamai?"
Chanyeol ketawa.
"Kau berdamai dulu ke dengan lembu sebelum nak makan diorang?"
Wendy berfikir sebentar.
"Ada je. Saya dengar orang islam tenangkan dulu lembu sebelum sembelih." Jawabnya. Chanyeol terdiam.
Dia nampak penat sangat untuk berperang mulut dengan Wendy. Wendy merenung surat itu lagi.
"Chanyeol. Kenapa puak awak bunuh dan makan manusia? Maksud saya, banyak lagi pilihan makanan atas dunia ni tapi kenapa sesama spesis sendiri juga? Maaflah saya tanya sekarang. Tapi saya teringin nak tahu." Tanya Wendy.
Chanyeol mendongak. Lukisan kanibal yang berada di dinding itu dipandang.
"Kita bukan spesis sama Wendy. Kami dilahirkan untuk membunuh. Korang dilahirkan untuk dibunuh." Jawabnya.
"Puak kami dah wujud lama sebelum korang. Kami hidup aman damai tanpa teknologi manusia yang kononnya membawa kemodenan. Tapi bila korang dah bina tamadun yang kononnya megah tu, puak kau masuk wilayah kami dan buat kacau. Sebar cerita yang kami ni puak orang asli gila.
Manusia kutuk kami hanya sebab apa yang kami makan. Puak kami yang cuba untuk berubah di kota besar ditahan dan dibunuh. Korang hina kami sebagai manusia paling kejam atas dunia. Korang seksa puak kami. Lama-kelamaan, kami keluar dari tempat persembunyian untuk balas dendam. Belajar apa yang manusia pandai. Dan kami tunjuk balik apa yang korang buat pada kami." Ceritanya.
Nenek moyangnya yang tinggal di pulau jauh dari manusia telah dibunuh dengan kejam. Padahal mereka tak ada menganggu manusia pun.
Manusia menceroboh pulau tersebut dengan alasan ingin melindungi khazanah dunia. UNESCO. Kononnya. Habis segala barang-barang mereka dirampas dan dipamer dimuzium.
Lama-lama, mereka menyimpan dendam. Puak kanibal menyamar sebagai manusia demi membalas dendam dan mereka berjaya.
"Apa yang kami buat pada korang tu sikit je, Wendy. Tak teruk mana pun."
"Violence is still violence, Chanyeol." Ujar Wendy. Lelaki itu mengangguk kecil.
"Tapi dah ada dalam darah kami untuk membunuh. Jangan kejut harimau tidur, Wendy. Itulah yang sejarah ceritakan."
Chanyeol menggeliat kecil. Dia bangun dan masuk ke biliknya disebalik pejabat ini. Wendy mengekorinya ke sana.
"Awak tak pernah terfikir untuk bunuh saya?" Soal Wendy. Chanyeol memeluk bantalnya dan berfikir sebentar.
"Adalah. Waktu kau tengah tidur."
Wendy tersentak. Chanyeol cuma tersenyum. Pandangannya lembut sahaja kearah Wendy.
"Tapi bila kau pegang aku, macam tengah bergantung sepenuhnya pada aku, perasaan tu hilang. Aku rasa macam ada suara yang suruh aku untuk sayangi kau sepenuhnya. Jaga kau. Aku suka bila kau bergantung sepenuhnya pada aku Wendy."
Chanyeol jujur dan ikhlas menuturkan kata-kata itu sekarang.
Dia menepuk-nepuk bantal dan terus berbaring. Tak macam Chanyeol yang sebelum ini.
"Temankan aku sampai aku betul-betul tidur ya, Wen?" Pintanya. Chanyeol memejamkan matanya.
Wendy mendekati katil dan menghenyakkan punggungnya disebelah Chanyeol. Rambut lelaki itu diusap dan dia didodoikan.
"Saya dah habis baca Romeo and Juliet tu."
"Hmm.."
"Kenapa awak tak setuju dengan pendapat saya? Betullah diorang dua-dua mati. Tragik la tu kan?"
Wendy mencebik. Chanyeol membuka matanya sebentar.
"Tak semua happy ending berakhir dengan hero heroine hidup selamanya, honey. Kadang-kadang, kematian tu lagi baik."
Honey. Dah lama Chanyeol tak panggil Wendy begini.
"Kalau.. andainya kisah kita pun macam mereka macam mana? Salah satu dari kita mati?"
"Aku tak akan biarkan sesiapa pun tinggalkan satu sama lain, Wendy. Ini arahan."
Chanyeol menarik Wendy ke dalam pelukannya. Rambut gadis itu dihidu.
"Aku dapat mimpi ngeri." Cerita Chanyeol.
"Mimpi apa?"
"Kau pancung aku."
"H-hah?" Wendy terkejut.
"Aku pun tak sangka sebenarnya. Malam tu, aku nak sangat pergi bilik kau dan peluk kau. Aku takut kehilangan kau. Sampai berhari-hari aku tak tidur. Dengan surat tu lagi. Aku stress."
Chanyeol mengetatkan lagi pelukan. Dia cuba nak Wendy berada disebelahnya sahaja malam ini.
"Kau dah sihat?" Soal Chanyeol lagi.
"Bila saya sakit?"
"Sakit bawah tu maksud aku."
"Ouh. Itu ke. D-dah.."
Chanyeol mengangguk kecil. Dia tiba-tiba jadi manja malam ini.
"Mianhae. Aku cuma fikir apa yang aku nak je tanpa tanya kau dulu. Aku fikir aku boleh kawal kau sepenuhnya."
Wendy tersenyum kecil. Pipi Chanyeol diusap.
"Faham. Awak lelaki biasalah. Selalu fikir wanita untuk dimanipulasi sahaja."
"Honey.."
"Tidurlah. Saya temankan malam ni. Jangan mimpi ngeri lagi."
Wendy menyentuh dahi Chanyeol. Badan lelaki itu panas. Dia membandingkannya dengan suhu badannya.
"Chanyeol. Awak demam ni." Ujar Wendy. Dia mencari ubat demam didalam laci meja Chanyeol.
"Tak nak makan ubat." Kata Chanyeol, lemah.
"Kalau tak makan, nanti makin melarat."
"Peluk jelah aku. Esok sihat lah."
Wendy melepaskan pelukan Chanyeol. Lelaki itu ditarik supaya bangun.
"Kalau awak makan, saya janji teman awak malam ni."
"Ubat tak sedap."
"Ala pahit sekejap je." Pujuk Wendy lagi.
"Kau suapkan."
Wendy menghulurkan ubat tersebut kepada Chanyeol tetapi lelaki itu pantas menggeleng.
"Bibir." Pintanya, gatal.
Wendy menggigit bibirnya geram. Dia menggigit ubat tersebut dan menyuakan wajahnya kearah Chanyeol.
Chanyeol menelan ubat tersebut dan cepat-cepat meneguk air kosong. Dia mencium bibir Wendy sekilas.
"Thank you, my beauty."
"Welcome, my beast."
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro