Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 20 : Pujuk?

Wendy bersama Chaeyoung lagi hari ini. Entahlah makin lama Wendy rasa dia bukan bercinta dengan Chanyeol tapi dengan Chaeyoung. Asyik menghadap muka gadis ini sahaja. Naik bosan dia.

Bila mengingatkan Chanyeol, Wendy rasa sakit hati. Lelaki itu tak mempedulikannya sekarang kerana ada Puteri Daniella. Dia pun malas nak bergaduh panjang.

Ibarat, kau buatlah apa kau nak. Ada aku kesah? Tak hadap pun.

Mereka kini sedang bersiar-siar ditaman. Tadi, dia baru sahaja selesai belajar cara memegang kutleri dengan betul. Wendy masih perlu berlatih kerana dia belum begitu mahir. Wendy tak larat sebenarnya tapi dia nak juga tunjuk muka dia diluar istana. Dia tak nak putera dan puteri yang mengejeknya itu menganggap dia lemah dan penakut.

Biar dia buktikan pada mereka yang dia tak terkesan langsung pun dengan hinaan mereka.

Tangan Wendy memegang tangan Chaeyoung dengan kemas. Bajunya yang mengembang besar itu tak dapat membuat dia memandang lantai.

"Slowly. Nanti tumit masuk dalam lumpur." Ujar Chaeyoung. Wendy mengangguk faham. Kasut yang dipakainya ini agak tinggi.

Saat itu, Putera Taeyong menghampiri mereka. Lelaki itu menegur Chaeyoung yang merupakan sahabatnya.

"Chaeyoung-ah!" sapanya, mesra.

Chaeyoung terlepas tangan Wendy kerana ingin membalas lambaian Taeyong. Dia gelabah bila nampak Taeyong tersenyum kearahnya. Tak semena-mena, Wendy hilang imbangan. Taeyong terus menyambut badan gadis itu dengan memegang pinggangnya.

"Oh my god! I'm sorry!" Ujar Chaeyoung kepada Taeyong dan Wendy. Wendy ditarik semula kearahnya. Taeyong cuma ketawa kecil.

"It's okey. You should be glad that our Geisha is so smol like a hamster. Kalau tidak, penyek saya tadi." Balas Taeyong sambil tersenyum manis kearah Wendy. Wendy menunduk malu.

"Saya minta maaf ya tersentuh awak." Ujar Taeyong kepada Wendy.

"Hm. Tak apa."

Chaeyoung menampar lengan Taeyong sambil ketawa.

"Don't compliment her. Nanti ada orang cemburu."

Chaeyoung memandang ke satu tempat sekilas. Bibirnya menguntum senyuman yang begitu sinis.

Taeyong mengunci mulutnya dan berpura-pura meminta maaf lagi. Wendy perasan yang Chaeyoung menatap Taeyoung seolah-olah lelaki itu adalah segala-galanya bagi dia. Dia rasa nak tergelak dengan Chaeyoung yang berlagak seperti gadis Appolonia terakhir ini.

"Ouh ya, unnie. Ini Putera Taeyong dari Neo Kingdom." Perkenal Chaeyoung.

Taeyong menghulur tangan dan bersalam dengan Wendy. Dia mencium tangan Wendy dengan penuh hormat.

"Geisha jangan risau. Saya berada dipihak awak." Kata Taeyong kerana tak mahu Wendy salah faham dengan dirinya. Wendy mengangguk kecil.

"Terima kasih." Balas Wendy, ikhlas.

"Haih diorang tu memang mulut serupa puaka. Nama je putera puteri tapi tak ada adab. Maafkanlah mereka ya? Lambat-laun nanti diorang akan menyesal juga." Taeyong menatap Chaeyoung sekarang. Gadis itu mengangguk setuju dengannya.

"Saya tak harapkan apa-apa pun, putera."

"Awak merendah diri sangat. You are worth it, Wendy. Jangan biarkan orang lain pijak awak."

Wendy menggosok belakang lehernya sekarang. Segan bila Taeyong memberi nasihat sebegitu.

"Wendy unnie ni memang suka merendah diri untuk meroket. Haha. Tapi, kita tak tahu lagi potensi dia. Entah-entah, dia diam dulu sebelum mulakan aksi." Chaeyoung tersenyum penuh misteri.

"I agree. Kami akan tunggu saat masa tu tiba, tuan puteri."

Wendy mengerutkan dahinya. Tuan puteri? Taeyong menayangkan wajah polos sekarang. Dia terus mengubah topik agar Wendy tidak bertanya lebih.

"Chaeyoung-ah. Nak pergi naik kuda tak nanti? Ronda-ronda kawasan ladang manu— skksksk." Taeyong tak menyambung ayat seterusnya itu. Dia cuma membuat isyarat yang boleh difahami oleh Chaeyoung.

"Boleh jugak. Kita pun dah lama tak keluar berdua kan?" Gadis itu menerima pelawaan Taeyong.

"Joha. Nanti esok tunggu dekat kandang kuda ya? Bye jugak geisha Wendy."

Taeyong menguak rambut Chaeyoung seraya pergi dari sana. Pipi Chaeyoung berona merah. Wendy mencuit pinggang gadis itu.

"Hamboi. Kemain dia punya kepit suara." Sindir Wendy. Chaeyoung tersenyum malu.

"Dia tu lelaki idaman saya. Manalah tak kepit." Balas Chaeyoung. Wendy tergelak kecil.

"Unnie esok kita tak ada kelas lah ye? Nak dating dengan Taeyong." Ujar Chaeyoung lagi. Wendy mengangguk sahaja. Bolehlah dia habiskan masa dengan belajar menjahit pula.

"Korang nak pergi kandang manusia ke?" Soal Wendy. Dia tahu tempat yang Taeyong ingin sebut itu tetapi lelaki itu tak habiskan ayat kerana takut Wendy tersinggung. Chaeyoung mengangguk perlahan.

"Tolong saya boleh?"

"Tolong apa? Unnie nak lari dari istana? Saya boleh tolong."

"Bukanlah. Tolong tengokkan seseorang dekat kandang tu boleh?"

Kening Chaeyoung terjongket.

"Siapa?"

"Jung Jaehyun. Abang saya."

"Unnie ada abang?"

"Bukan abang kandung. Tapi dia satu-satunya keluarga yang saya ada selain pengasuh kami."

Chaeyoung berdecit perlahan. Kemudian dia mengangguk.

"Jangan risau unnie. Chaeyoung akan cari dan tengokkan dia."

Wendy tersenyum pendek. Dia harap yang Jaehyun masih disana dan selamat. Sementara Chaeyoung, dia terbayang-bayang rupa Jaehyun sekarang. Agaknya kacak tak?

Sementara itu, Chanyeol melangkah masuk semula ke dalam istana sebaik sahaja melihat Taeyong beredar. Tangannya dikepal. Angin cemburunya datang lagi.

...

Wendy tersentak saat melihat Chanyeol yang sedang mengelap pisau dihujung katil sewaktu dia keluar dari tandas. Chanyeol nampak begitu sayang dengan pisau itu sehinggakan pergerakan tangannya lembut sahaja. Wendy meneguk liurnya. Pisau itu bersinar-sinar seolah-olah mengatakan,

Hai si cantik? Sedia nak kena sembelih?

Huish! Minta dijauhkan!

Wendy tersentak lagi.
Nasib baiklah dia dah pakai baju lepas mandi tadi. Chanyeol nampaknya tak perasan lagi akan kehadirannya.

Perlahan-lahan Wendy masuk ke dalam bilik almari untuk menukar pakaian kepada baju tidur. Dia tak sangka Chanyeol akan berada disini sekarang. Bahaya betul. Sedang dia memilih baju, Chanyeol masuk ke dalam sana dengan wajah garang.

Zap!

Pisau ditangannya dilempar kearah Wendy sehingga ianya melekat didinding. Wendy terkejut separa mati. Tangannya mengepal bajunya dengan mata yang terpejam.

Wendy tak berpaling. Dia cuba untuk bertenang dan kekal dengan mood merajuknya.

Chanyeol tak bercakap lagi sebaliknya memerhati sahaja lenggok Wendy yang kecil seperti hamster itu. Rambut platinum blondenya hampir menutupi seluruh tubuhnya.

Pisau tadi nampaknya tak dapat menakutkan Wendy. Chanyeol menyesal tak bawa masuk pedang tadi.

Wendy memilih baju sementara diperhati Chanyeol.

"Jangan pakai warna merah."

"Biru tak sesuai."

"Kuning buruk."

Wendy menjeling Chanyeol tajam.

Dia beralih memilih baju tidur dibahagian almari ke-dua.

"Tak payah pakai lagi bagus. Baru selesa tidur."

"Buat apa pakai kalau aku akan cabut jugak nanti?"

"Pilih baju ke buat baju tu?"

Wendy mengepal penumbuknya. Dia merenung Chanyeol.

"Putera nak apa?! Jangan ganggu saya lah!" Marahnya.

"Seronok dapat pegang-pegang dengan Taeyong tadi?" Sindir lelaki itu. Wendy mendengus kasar.

"Mula dah." Ujarnya. Wendy menggulingkan bebola matanya, menyampah. Dia memalingkan tubuh kerana masih merajuk.

"Kalau rasa nak gaduh, putera keluar jelah! Saya tak ada mood!" Arah Wendy. Chanyeol berdecit.

"Kau yang cari gaduh dengan aku."

Chanyeol melangkah mendekatinya dan mengambil tuala disebelah Wendy. Gadis itu terdiam saat Chanyeol berdiri dihadapannya. Pasalnya, tuala bersih yang Chanyeol pegang sekarang ada dibelakangnya. Lelaki itu tersenyum sinis.

"Aku nak mandi. Kau sediakan baju aku." Arah Chanyeol dan terus beredar dengan wajah tak bersalah selepas membuat Wendy hampir hilang kawalan.

Wendy berdecit.

"Saya bukan orang gaji awak lah!"

Wendy merenung pisau yang berada pada dinding itu. Dia terus memakai baju dan menarik pisau itu keluar.

Wendy menunggu Chanyeol selesai daripada mandi.

Tak lama kemudian, pintu tandas terbuka juga akhirnya.

Ting!

Pisau ditangan Wendy terpelanting betul-betul ditepi kaki Chanyeol sehinggga membuatkan lelaki itu terperanjat. Sudahlah dia cuma bertuala sahaja ketika ini. Chanyeol hampir mencarut tadi.

"Son Wendy! Apa tadi tu?!"

"Saya nak bunuh awak!" Jelas Wendy, tampa berselindung.

"Lain kali jelah. Aku tak ada mood."

Wendy membaling bantal sofa kearah Chanyeol.

"Yahh!!" Jerit Chanyeol. Wendy terus-terusan membaling bantal kearah Chanyeol dengan perasaan marah.

Dia memandang sekeliling. Pedang yang melekat rapi pada dinding itu dipandang. Terus dia berlari kearah sana dan mencapainya. Wendy menghalakannya kearah Chanyeol.

Chanyeol kelihatan bingung tapi dalam masa yang sama teruja. Wendy bergerak perlahan-lahan kearah Chanyeol sambil menggenggam pedang tersebut.

"Pedang tu bahaya, sayang." Ujar Chanyeol sambil tersenyum lebar.

"Biarkan! Lagi bahaya lagi bagus!" Balas Wendy. Bibir dalamnya digigit. Dia geram dengan tingkah Chanyeol sekarang.

Berani Chanyeol kekal tenang sedangkan dia sedang diugut oleh Wendy sekarang?

Tiba-tiba, Wendy menjerit dan berlari kearah Chanyeol. Pedang itu dihayun kearahnya namun Chanyeol sempat mengelak. Dia melompat keatas katil. Pedang tadi membelah sebahagian cadar.

Chanyeol dengan pantas mencapai bathrobe dan memakainya. Dibuatnya tuala dia lucut, kan tak lawak. :)

Chanyeol turun dari katil menjauhi Wendy. Gadis itu masih tak mengalah. Mereka dipisahkan oleh sofa sahaja sekarang.

"Honey, benda boleh bincang kan?"

"Ahh! Takde bincang-bincang! Awak ingat sakit hati tu murah ke?!"

"Honey.."

"Takde madu-madu!! Jangan gerak!"

Tawa Chanyeol terlepas. Wendy nampak comel sekarang dimatanya. Muka secomel ni nak bunuh dia? Jangan buat lawak.

"Sayang betul ni taknak mengalah?" Soal Chanyeol lagi. Bathrobenya diketatkan.

"Diamlah! Saya nak bunuh awak ni!"

Comel!

Chanyeol rasa nak cubit-cubit pipi Wendy sekarang.

"Sayang tahu kan sayang akan kalah bila saya bukak baju?"

"Park Chanyeol!"

"Okey-okey. Aku cuba untuk serius." Chanyeol mengerutkan wajahnya tapi lebih kepada cute pulak.

Wendy semakin geram. Dia melibas pedang tersebut kearah Chanyeol tapi terkena sofa pula. Ianya tersangkut disana. Chanyeol mengambil kesempatan ini untuk menghentikan Wendy.

Dia membelakangi Wendy dan cuba menarik pedang itu keluar. Wendy tertolak badan Chanyeol ketika cuba mencabut pedang tersebut sehingga mereka hampir terjatuh.

Lengan Wendy digenggam kuat oleh Chanyeol. Gadis itu tak dapat menggerakkan tangannya.

Chanyeol tiba-tiba menghalakan pedang tersebut pada lehernya. Wendy membuntangkan matanya. Dia cuba menghalang Chanyeol.

"Cha-Chanyeol!"

"What? Tadi kata nak bunuh kan? Slice me into pieces la now." Arahnya sambil tersenyum sinis.

Bibir pedang telah pun selamat mendarat di kulit lehernya.

"Chanyeol. Ba—bahaya.."

"Tadi kata lagi bahaya lagi bagus?"

"Saya tak bermaksud pun.."

Wendy menggeletar saat Chanyeol mengheret pedang itu sehingga melukakan lehernya sendiri. Bibirnya masih menguntum senyuman seperti tak ada rasa sakit pun. Pegangan Wendy pada pedang tersebut terlepas.

Ianya terjatuh dari tangannya. Darah perlahan-lahan keluar dari leher Chanyeol.

"Awak.. berdarah.."

Chanyeol menyentuh lehernya dengan jari. Darahnya dirasa.

"Wah. Manis rupanya." Usik Chanyeol.

Tapi Wendy tak rasa benda ni lucu.

Chanyeol menghentikan usikannya. Mata Wendy sudah pun berair.

"Honey, janganlah nangis.." Pujuk Chanyeol namun cuma mengeruhkan lagi keadaan. Wendy mengambil tuala Chanyeol dan menekapkannya pada leher lelaki itu.

"Mianhae.. Saya cuma tak puas hati sebab awak tak lindungi saya je hari tu. Tak berniat pun nak bunuh awak. Nak cederakan sikit je pun.." Ucap Wendy dengan suara serak. Chanyeol mengusap kepala gadis itu.

"Cih. Aku yang patut gila macam ni tahu tak lepas nampak kau pegang-pegang dengan Taeyong."

Bahu Chanyeol dipukul oleh Wendy.

Chanyeol mengalih tuala dilehernya dan mengambil plaster yang berada didalam laci. Dia menempelkan plaster tersebut seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Wen. Luka ni tak dalam pun. Dah-dah lah tu menangis. Aku tak mati lagi pun." Ujar Chanyeol lagi. Dia kembali kepada Wendy dan mengelap air mata gadis itu. Wendy memukul dadanya dengan kuat sekali sehingga membuat dia senak.

"Simpan air mata tu untuk majlis pengebumian aku please?"

"Chanyeol! Janganlah cakap macam tu.. Dah la biarkan diorang buli saya. Sekarang awak pun nak buli saya jugak."

Tubuh Wendy ditarik ke dalam pelukan. Belakang gadis itu diusap-usap lembut.

"Diorang tetamu aku. Aku terpaksa, Wendy. Lagipun aku marah jugak dengan kau sebab pakai baju macam tu depan diorang."

"Tak ada kaitannya! Perempuan pakailah macam mana pun tapi kalau dah lelaki yang bodoh tak jaga mata, kena jugak!"
Marah Wendy.

Bosan lah dia dengar arahan Chanyeol. Tak boleh pakai ini, tak boleh pakai itu. Tak boleh makan ini, tak boleh makan itu.

Wendy membalas pelukan Chanyeol. Hingusnya sengaja dilap pada bathrobe lelaki itu. Padan muka kau.

"Takde rasa nak minta maaf ke ni, Putera Chanyeol?"

Chanyeol menggeleng.

"Lelaki tak guna."

"Werkk.." Chanyeol menjelirkan lidahnya.

"Wen.." Chanyeol memanggil nama Wendy dengan nada yang meleret.

"Apa!"

"Rindu."

"Saya tak rindu."

"Merajuk lagi ke ni?"

"Selagi awak tak minta maaf. Selagi tu saya akan merajuk."

"Haihlah tuan puteri yang satu ni."
Chanyeol mengusap kepala Wendy.
"Cakaplah I love you," pintanya.

"Suruh Daniella."

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro