Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 19 : Cemburu


Sudah berhari-hari Wendy tak bertemu Chanyeol. Dia cuma ditemani oleh Chaeyoung sahaja. Gadis itu sentiasa memberi semangat padanya disaat puteri-puteri lain ingin memandang rendah terhadapanya.

Wendy berjalan disekitar koridor menuju ke balkoni utama. Dia ternampak putera bongsu, Putera Sehun disana. Gadis itu mendekati dan berdiri disebelahnya.

Dia ternampak Lady Irene yang sedang berjalan-jalan dengan suaminya, Putera Junmyeon dibawah sana. Hari ini, hari terakhir mereka diistana kerana Irene akan melahirkan dalam beberapa hari lagi.

Gadis itu mahu melahirkan anaknya dikampung halamannya di Victoria.

"Lady Irene cantik kan?" Ujar Wendy, sekadar nak berbasa-basi dengan Sehun. Lelaki itu terkejut saat ditegur Wendy. Dia ralit sangat memandang Irene.

"Eh? Erm. Sangat." Jawab lelaki itu.

"Putera tak pergi bermain dengan yang lain-lain ke dekat belakang istana?" Soal Wendy. Sehun menggeleng.

"Ini hari terakhir dia dekat sini." Jawabnya. Sehun nampak sedih. Wendy kembali merenung Irene.

"Tahu."
"Putera suka sangat ke dekat Lady Irene?"

Sehun ketawa. Sekarang Wendy pun dah tahu pasal kegilaannya.

"Kenapa? Nak kutuk jugak?"

Wendy menggeleng.

"Tak. Saya cuma terkejut je. Putera mesti ada sebab tersendiri untuk cintakan isteri orang lain."

Tanpa sedar, Wendy seolah-olah sedang menyindir Sehun. Dan Sehun perasan akan hal itu. Dia diam. Sehun menghembus nafasnya, kuat.

"Aku bukan cintakan dia sangat pun." Jelas Sehun.

"Habistu?"

"Aku belum gila nak rampas isteri orang, Cik Geisha. Aku cuma mengidolakan Irene. Aku kagum je dengan dia." Jelas lelaki itu. Tangannya memegang penyandar pada balkoni tersebut.

"Aku tak tahu kenapa orang pandang aku serong. Aku cuma tak pandai nak tunjukkan rasa sayang aku. Orang selalu salah faham yang aku ni attention seeker. Aku sayang Irene macam kakak yang aku tak pernah ada. Kau tahu kan aku anak tunggal?"

Wendy mengangguk.

"Putera asyik berkepit dengan dia sepanjang masa. Mana orang lain tak salah faham."

"Irene tu gadis paling baik pernah aku jumpa. Sebab itu aku sayang. Tapi orang lain ingat aku sanjung dia atas sebab lain. Lagi-lagi si bedebah Chaeyoung tu! Huh!"

Sehun mencebik. Bila ingatkan muka Chaeyoung, dia rasa geram pula. Wendy merenung muka Sehun sambil tersenyum kecil.

"Puteri Chaeyoung tu cantik tak dimata putera?" Usik Wendy.

"Eeii. Jangan satukan Chaeyoung dan cantik dalam satu ayat. Tak sesuai!"

"Putera marah-marah ni kenapa? Ada something ke ni?"

Sehun menggeleng laju walaupun pipinya merah sekarang. Kebetulan Chaeyoung sedang menuju ke taman sambil menunggang kuda sekarang. Sehun dan Wendy boleh nampak gadis itu dari atas dengan jelas.

"Putera suka Puteri Chaeyoung kan sebenarnya?" Sengaja Wendy mengejek Sehun sekarang. Sehun menggeleng lagi.

"Takkkk. Tak nak kahwin dengan dia.." Balas lelaki itu dengan mata berair. Riak wajah Wendy berubah.

Sehun betul-betul menangis ke sekarang?

"Pu-Putera kenapa manja sangat ni—" Wendy tersasul.
"Saya gurau jelah!" Bentaknya.

"Aku sensitif. Tak suka Chaeyoung! Takut!" Ujarnya. Dengan mata berair itu, Sehun beredar dari sana. Wendy menggaru belakang kepalanya. Dia mengejar Sehun seperti seorang kakak yang risau akan adiknya walaupun dia tahu Sehun tiga tahun lagi tua dari dia.

"Putera jangalah nangis.. Alolo tak comel dah putera bongsu ni.." Pujuk Wendy sambil cuba memujuk Sehun. Saat itu, dia ternampak Chanyeol bersama Daniella yang sedang berjalan kearah mereka.

Langkah Chanyeol dan Wendy terhenti. Mereka menatap satu sama lain. Sehun mengelap air matanya kerana malu.

Chanyeol dan Daniella nampaknya baru selesai berlatih pedang. Mereka nampak mesra.

Sehun yang masih malu terus beredar meninggalkan kawasan itu. Wendy tak tunggu lama. Dia masih terasa dengan sikap Daniella. Dia melewati Chanyeol dan terus mengejar Sehun.

"Putera! Tunggu!" Panggilnya. Chanyeol menoleh. Wajahnya berkerut.

Kenapa Wendy boleh ada dengan Sehun ni?

...

"Suka lah tu dapat berduaan dengan putera bongsu yang kacak?" Soal Chanyeol kepada Wendy yang baru sahaja selesai memujuk Sehun dengan memberi lelaki itu makan yogurt.

Sumpah. Sehun macam anak kecil. Tak matang langsung. Patutlah Chaeyoung rasa tercabar. Lelaki ini lagi keanak-anakkan daripada Chaeyoung yang berusia 19 tahun itu.

Wendy tak menghiraukan Chanyeol dan masuk ke biliknya. Chanyeol turut sama masuk dan mengunci pintu. Dia mendekati Wendy yang sedang membuang pengepit rambutnya.

"I'm talking to you, Son Wendy!" Marah Chanyeol. Wendy menjeling Chanyeol.

"Ya. Saya tak bisu." Jawab Wendy, sinis.

"Son Wendy!"

"Putera Sehun tu macam adik saya!"

"He's three years older than you! Tak ada istilah adik boleh wujud antara kalian!"

"Habis nak tuduh saya curang?!"

"Yes you are!"

"Then how about you and Princess Daniella!"

"I'm a prince, Wendy!"

"Jadi seorang putera buatkan awak boleh sesuka hati mainkan perasaan wanita?" Sindir gadis itu lagi.

"Awak boleh bersama gadis lain dihadapan saya sedangkan awak panggil saya wife tempoh hari. Awak janji saya yang pertama dan terakhir tapi awak tetap sakitkan hati saya. Isn't it fair enough, huh?"

Chanyeol mengepal penumbuknya.

"Son Wendy, I'm your prince and you must obey my order! Jangan melawan!"

"Kenapa saya tak boleh pertahankan diri saya daripada dituduh macam-macam?! Sebab saya cuma wanita simpanan awak kan?! Dan awak bukan putera saya! Awak putera untuk puak kanibal!"

"Aku dah cakap kan aku tak ada wanita simpanan!! Aku cuma ada kau!!"

"Saya pun cuma ada putera!! Jadi kenapa putera buat saya macam ni?!"

Nafas Wendy tak teratur. Dia merenung Chanyeol dengan mata yang bergetar.

"Putera tak pertahankan saya waktu dihina depan tetamu beramai-ramai. Saya terima. Mungkin putera nak bertindak profesional. Putera tak datang pujuk saya malam tu. Saya terima. Mungkin putera sibuk lagi. Sekarang, putera tuduh saya macam-macam sedangkan saya tak pernah pun duakan putera. Orang-orang dalam istana ni saksinya, putera sakitkan hati saya lagi."

Air mata Wendy mengalir. Wendy benci menangis depan Chanyeol. Dia buatkan dirinya sendiri nampak lemah. Menangis cuma untuk orang lemah.

"Awak jahat.." Ujar Wendy.

"Memang aku jahat!"

Chanyeol melempar pasu yang berada disebelahnya sehingga ianya pecah diatas lantai. Hampir-hampir sahaja mengena pada Wendy.

"Jangan keluar dari bilik ni sampai esok!" Marahnya dan terus beredar. Wendy jatuh terduduk.

"Awak..jahat.."

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro