Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 8

Chanyeol dan Eunji juga salah satu pasangan suami isteri yang tidak pernah bergaduh. Mereka akan selesaikan masalah dengan cara yang baik. Mereka juga selalu happy.

"Biy. Saya ada something nak bagitahu" Eunji mengambil tempat di sebelah Chanyeol yang sedang tekun membuat kerja.

"Apa? Bagitahu lah" kata Chanyeol. Matanya tidak lepas pandang dari laptop.

"Tak lama lagi biy akan jadi daddy"

"Baguslah tu"

"...."

"Jap...Apa sayang cakap tadi? Saya akan jadi daddy? Maksudnya awak mengandung?" Eunji mengangguk sambil tersenyum manis kepada Chanyeol.

"Omo! Tak lama lagi saya akan bergelar daddy. Tak sabar nya tunggu baby ni lahir. Kalau ibu tahu ni, dia mesti seronok sebab dia akan terima cucu baru. Anyway, dah berapa usia kandungan aegi?"

"Baru 3 minggu. Tapi biy jangan bagitahu sesiapa lagi. Saya belum sedia"

"Anything for you dear. Don't worry" Chanyeol menarik ujung bibirnya. Dia terus memeluk Eunji.

Ruang makan

Semua makan dengan senyap. Masing² tidak berani mengeluarkan suara apabila makan bersama Jihyo. Hanya bunyi sudu dan garpu yang dengar.

Selesai makan, mereka semua pergi kerja seperti biasa. Tetapi tidak kepada Xiumin. Dia menunggu Jihyo untuk bercakap sesuatu. Setelah Jihyo melabuhkan punggungnya di sofa, dia juga turut melabuhkan punggungnya di sofa sebelah.

"Min nak cakap apa dengan ibu? Company Min ada masalah ke? Nak eomma tolong?"

"Tak bukan pasal tu. Sebenarnya, Min dah jumpa calon isteri yang sesuai untuk Min. Min harap ibu dapat terima dia seadanya. Min harap sangat ibu tak layan dia macam menantu eomma yang lain. Dia mudah tersentuh ibu. Kalau ibu tersilap cakap sikit, jawabnya, sampai ke mati Min membujang. Dan ibu tak kan dapat cucu dari Min. Jadi, Min harap ibu akan terima dia"

"Anything for you dear. Kali ni, ibu ikut je pilihan kamu. Ibu tak kan halang. Ibu tahu, dah lama kami tunggu saat saat ni"

"Terima kasih ibu. Saaaayannggg ibu" Xiumin memeluk Jihyo.

"Ibu pun sayang anak ibu. Jadi, bila kamu nak langsungkan perkahwinan kamu?"

"Emm, nanti Min akan bawa calon isteri Min jumpa dengan ibu. Ok lah. Min pergi kerja dulu" Xiumin mencium pipi Jihyo dan berlalu pergi.
...

Wendy berlari selepas curi² dengar perbualan Jihyo dan Xiumin. Dia terus memanggil semua untuk berkumpul di dalam bilik Taeyeon.

"Aku ada satu berita panas. Korang nak tahu tak?" tanya Wendy. Yang lain sudah membuat muka. Wendy selalu dengan perangainya. Kalau nak bagitahu satu berita mesti dia akan membuat mereka tertunggu tunggu.

"Of course lah kitaorang nak tahu. Kau boleh tak cepat sikit" marah Seulgi.

"Okay okay. Abang besar kita akan kahwin tak lama lagi!"

"Maksud kau Xiumin oppa?" tanya Chorong untuk mendapat kepastian.

"Ye la. Siapa lagi. Aku ada curi perbualan dorang tadi. HEHE✌"

"Aaaaa!" Semua menjerit kerana teruja.

"Diam!!" jerit Taeyeon pula.

"Korang nak orang tua tu dengar ke?" sambung Taeyeon lagi. Dia takut kalau Jihyo dengar mereka semua bising. Habis mereka dikerjakan apabila Jihyo tahu.

"Sudah sudah. Keluar. Unnie nak tidur" semua orang keluar kecuali Chorong.

"Kenapa Cho tak keluar lagi?"

"Cho ada benda nak cakap dengan unnie"

"Cakaplah"

"Apa unnie cakap dengan Hayoung sampai dia tak berani datang sini?"

"Padan dengan muka dia. Dia ingat dia hebat sangat. Biarlah. Unnie lagi suka kalau dia tak jejak kaki di sini"

"Cho tak sangka unnie jadi macam ni. Selama ni, Cho respect gila dengan unnie tapi sekarang Cho dah tahu perangai unnie yang sebenar"

"Yang kau nak bela sangat perempuan kenapa. Kau dengan dia sama je. Memang patut kau tak ada anak sekarang. Kalau tak, anak kau akan ikut perangai kau. Kau tu patut sedar, kau tu perempuan yang tak boleh mengandung! Kesian Suho. Dah bertahun kahwin tapi tak ada anak"

"Unnie jangan hina saya macam tu. Cho tahu, Cho tak ada anak tapi bukan beerti Cho tak boleh mengandung. Cho 100% sihat. Mungkin belum tiba masanya untuk Cho ada anak. Unnie patut bersyukur unnie ada anak. Better jaga anak tu baik². Jangan jadikan dia seperti unnie. Unnie jangan ingat, unnie dah hancurkan kebahagiaan orang lain, eomma akan baik dengan kita semua? Memang tak lah! Kalau dia dapat tahu unnie yang buat semua ni, makin menambah la benci dia pada unnie. Bukan setakat eomma yang benci unnie, semua orang dalam rumah ni akan benci unnie. Cho minta maaf kalau Cho kurang ajar dengan unnie. Cho keluar dulu"

"Keluar cepat sikit. Menyemak je dalam bilik aku! Kau ingat aku suka sangat cakap dengan kau"

Chorong melangkah keluar dari bilik Taeyeon dan menuju ke biliknya. Air mata yang ditahan akhirnya jatuh juga. Dia tidak terima penghinaan Taeyeon. Dia tahu dia tak ada anak tapi bukan beerti dia tak boleh mengandung. Kata² Taeyeon sangat tidak beradab. Tiba² pintu biliknya terbuka. Tzuyu muncul di muka pintu. Chorong mengesat air matanya.

"Boleh Zuyu masuk?" tanya Tzuyu.

"Masuklah" Chorong tersenyum kepada Tzuyu.

"Zuyu tahu apa yang unnie rasa. Sebelum tu, Zuyu nak minta maaf sebab Zuyu tak sengaja mendengar perbualan unnie dengan Taeyeon unnie"

"Takpe. Unnie maafkan"

"Zuyu pun tak sangka Taeyeon unnie buat macam tu. Masa dia minta Zuyu panggilkan Hayoung unnie hari tu, Zuyu dah rasa tak sedap hati. Zuyu ikut Hayoung unnie tanpa pengetahuannya. Zuyu dengar dan nampak apa yang Taeyeon unnie buat kepada Hayoung unnie. Zuyu kesian sangat dengan Hayoung unnie. Tapi Zuyu tak boleh buat apa apa. Maafkan Zuyu unnie"

"Its ok. Unnie faham Zuyu. Unnie pun kesiankan Hayoung juga. Tapi tu lah. Kita tak boleh buat apa apa sebab Taeyeon unnie adalah ketua" mereka ketawa bersama sama. Mereka sambung berbual hingga tak sedar matahari dah bertukar bulan.

"Unnie tengok Zuyu semakin kurus sejak pulang dari China. Unnie tahu appa Zuyu dah tak ada tapi Zuyu kena kuatkan semangat untuk terus hidup. Walaupun appa Zuyu dah tak ada tapi Zuyu beruntung kerana Zuyu masih ada ibu, abang, unnie, Mingyu dan semua orang dalam rumah ni. So, Zuyu tak payah sedih sedih. Just enjoy your life"

"Thanks unnie. Tapi kan unnie, nak enjoy macam mana? Enjoy sikit kena marah dengan ibu. Nak buat yang itu tak boleh, ini tak boleh. Kita ni macam hamba dia pula"

"Kita ni bukan hamba tapi anak harimau" mereka berdua ketawa. Pintu dibuka oleh seseorang.

"Amboi! Kalau boleh ketawa sampai di luar boleh dengar. Apa yang lucu sangat?" tanya Suho yang baru balik kerja.

"Tak ada apalah oppa. Zuyu keluar dulu. Unnie jangan lupa buatkan Zuyu anak saudara yang comel macam Zuyu. Zuyu pergi dulu" Tzuyu berlalu ke biliknya. Chorong hanya tersenyum melihat Tzuyu sudah ceria seperti dulu.

"Apa yang babe bual dengan Zuyu tadi?"

"Tak ada apa pun"

"Cakap pasal anak saudara, betul juga cakap Zuyu. Jom kita buatkan Zuyu  anak saudara yang comel" Suho melompat ke atas katil mereka.

"Jangan nak mengada. Hubby pergi mandi. Busuk" Suho hanya pasrah. Dia melangkah dengan longlai ke bilik mandi. Chorong hanya menggelengkan kepalanya.

🌸🌸🌸

Ibuu!!!

Wow! Siapa yang berani tengking ibu mereka tu? Ck! Agaknya dah hidup lama kot. Hahaha. Kalau nak tahu tunggu chapter seterusnya.

#MASHIE에이핑크

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro