Chapter 7
Lay dan Hyoyeon sedang menikmati sekotak pizza di dalam bilik Lay. Mereka tidak pernah bergaduh sesama sendiri kerana Lay seorang yang memahami. Kalau mereka bergaduh, mereka akan selesaikan masalah itu dengan baik.
"Kenapa sayang suruh honey datang sini?" tanya Hyoyeon sambil minum air kosong yang dibelinya tadi.
"Saja. Honey just kesian tengok sayang di rumah. Macam katak bawah tempurung pula. Emm. Lepas ni kita pergi jalan². Sayang bagitahu je sayang nak pergi mana, honey akan bawa" Lay tersenyum.
"Betul ni?"
"Betullah. Sayang ingat honey main main dengan sayang"
"Eh! Taklah. Emm? Kalau macam tu sayang nak pergi Namsan Tower. Boleh?"
"Anything for you dear"
...
Seulgi termenung di balkoni biliknya. Hampir seminggu dia dan Wonwoo tidak menyapa satu sama lain. Wonwoo selalu dengan kerjanya. Sedikit pun dia tidak menghiraukan Seulgi. Seulgi sangat sedih kerana Wonwoo selalu mengabaikannya. Kalau dia tahu akan jadi macam ni, dia tak kan kahwin dengan Wonwoo. Ini semua terpaksa dia lakukan kerana Wonwoo yang memaksa dia kahwin dengannya. Tanpa dia sedar, air matanya jatuh.
"Hi sayang" Seulgi mengabaikan Wonwoo yang cuba bercakap dengannya. Dia berlalu keluar dari bilik mereka dan menuju ke ruang tamu yang berada di tingkat dua. Di situ, ada Sejun yang sedang menonton tv.
"Noona ok?" Tanya Sejun.
"Noona ok. Jangan risau lah. Emm. Noona nak tanya Jun boleh?"
"Tanya jelah"
"Perempuan yang Jun bawa semalam siapa?"
"Ouh! Dia classmate Jun. Jung Yerin nama dia. Kenapa?"
"Noona tengok dia macam suka Jun je"
"Mana ada. Dia just kawan Jun jelah"
"Ye lah tu"
...
Tzuyu tergesa gesa keluar rumah sambil menangis. Jihyo yang berada di ruang tamu juga tidak dihiraukannya. Biarlah dia dimarah atau dibunuh sekalipun dengan ibu mertuanya, dia tak kisah asalkan dia dapat pergi ke airport sekarang.
"Yah! Chou Tzuyu! Kamu nak pergi mana? Keluar rumah tanpa minta izin ibu mertua sendiri!" Tzuyu tidak menghiraukan panggilan Jihyo. Dia terus menangis dan memaksa driver untuk menghantarnya ke airport secepat mungkin. Tetapi driver itu hanya membuat tidak tahu kerana dia hanya menurut cakap tuannya iaitu Jihyo. Tzuyu mengeluarkan telefonnya.
"Awak boleh hantar saya pergi airport tak? Please.. saya perlu balik ke China secepat mungkin. Appa saya sakit dan dorang minta saya balik secepat mungkin"
"Tapi saya ada meeting puk-" Tzuyu terus menutup telefonnya dan berlari untuk mencari teksi. Setelah 10 minit menunggu, akhirnya dia dapat menahan teksi dan menuju ke airport.
"Miss, saya nak tiket yang paling awal untuk ke China. Kalau boleh sekarang ni"
"Maaf miss. Penerbangan yang paling awal untuk ke China ialah 30 minit dari sekarang. Ini je penerbangan paling awal"
"Ouh. Kalau macam tu saya nak satu tiket" Tzuyu mencari tempat duduk. Sekarang ni, dia tidak membawa baju mahupun barang keperluan yang lain. Dia menangis seorang diri sambil menunggu penerbangannya. Dia tidak menghiraukan tatapan orang sekelilingnya yang melihatnya kerana dia sedang menangis seorang diri.
Dia baru saja mendapat panggilan bahawa appa nya sakit jantung dan mungkin tidak dapat diselamatkan. Ibunya memberitahunya supaya balik ke China untuk berjumpa dengan appa nya kerana ibunya takut dia tidak dapat berjumpa dengan appa nya buat selama lamanya.
30 minit berlalu, akhirnya penerbangan untuk ke China dipanggil. Dia berjalan seperti orang yang tidak mempunyai semangat untuk hidup. Dia sangat menyayangi appa nya. Appa nya adalah segalanya baginya. Sejak dia berkahwin dengan Mingyu, dia langsung tidak dibenarkan Jihyo untuk pulang ke China. Namun begitu, appa nya dan ibunya selalu datang melawatnya di Korea. Tapi, hampir setahun kedua ibu bapanya tidak datang melawatnya. Dan sekarang dia tahu sebabnya kenapa kedua ibu bapa kesayangannya tidak datang melawatnya lagi sejak akhir² ini.
Jessica bermain telefonnya di dalam bilik Kris manakala Kris pula sedang membuat kerjanya. Setelah bosan bermain dengan telefonnya, Jessica mendapat satu idea iaitu mengganggu suaminya yang sedang tekun membuat kerja.
"Sayang tak bosan ke? Asyik dengan kerja memanjang" Jessica mengambil tempat dihadapan suaminya. Kris masih fokus dengan pekerjaannya.
"Sayang. Babe tanya sa-"
"Awak please jangan ganggu saya buat kerja!" Marah Kris. Dia tak tahan dengan perangai Jessica yang mengganggunya semasa bekerja. Jessica terdiam dengan kata² Kris. Dia mengambil tempat di atas sofa semula dan memainkan telefonnya.
Selepas dia dimarah Kris, dia hanya mendiamkan diri di tempatnya. Kris tahu isterinya sedang merajuk tetapi dia memilih untuk menyelesaikan pekerjaannya dan setelah itu, dia akan memujuk isterinya itu.
🌸🌸🌸
Sejak pulang dari China, Tzuyu hanya mendiamkan diri. Jika dia ditegur atau dimarah oleh Jihyo, dia juga mendiamkan dirinya. Dia tiada semangat untuk meneruskan hidupnya apabila dia melihat sendiri ayah kesayangannya habis nyawa setelah berjumpa dengannya. Dia tidak dapat terima hakikat bahawa ayahnya sudah tiada di dunia. Setiap hari, dia akan bersendirian di biliknya dan menangis.
"Awak ok?" tanya Mingyu yang baru selesai mandi selepas pulang kerja. Dia juga risau melihat isterinya yang murung dan jarang bercakap dengannya setelah pulang dari China. Dia ingin bertanya kepada Tzuyu tapi setelah dia melihat keadaan Tzuyu seperti itu, dia membatalkan niatnya untuk bertanya.
"Awak kalau ada masalah, awak kongsi dengan saya, jangan diam macam ni" dengan tiba² air mata Tzuyu jatuh. Dia menangis lagi.
Mingyu terus memeluknya.
"Its ok kalau awak tak nak cerita masalah awak tapi saya nak awak tahu yang saya selalu ada untuk awak" Tzuyu melepaskan pelukannya.
"Apa awak cakap tadi? Awak selalu ada untuk saya? Sejak bila awak selalu ada untuk saya? Setahu saya awak selalu sibuk dengan kerja awak. Sedikit pun awak tak ambil tahu pasal saya.
Awak tahu tak, appa saya dah mati. Dia tinggal dunia ni untuk selama lamanya. Dia tinggal saya, dia tinggal keluarga saya. Dia tinggal semua orang di dalam dunia ni. Awak tahu, disebabkan kesibukan kerja awak dan eomma awak yang seperti warden asrama tu, saya tak dapat balik rumah saya di China. Saya tak dapat melawat appa saya. Saya rasa seperti orang yang paling bodoh di dunia sebab terima lamaran awak dan setuju untuk berkahwin dengan lelaki macam awak!" Mingyu hanya diam apabila mendengar percakapan Tzuyu.
"Jadi betullah appa awak dah meninggal dunia?"
"Perlu ke awak tahu semua tu? Saya rasa semua tu tak penting bagi awak. Kerja awak lebih penting dan perasaan eomma awak juga lebih penting dari yang lain" Tzuyu membaringkan dirinya di atas katil lalu menutup seluruh badannya termasuk mukanya. Mingyu pula masih mematung di tempatnya. Dia merasa bersalah kerana tidak menemani isterinya ke China semalam.
...
Hayoung tidak masuk kerja hampir dua minggu. Sehun juga pelik dan cuba untuk menghubungi perempuan itu tetapi hasilnya tetap sama. Hayoung tidak pernah menjawab panggilannya. Dia bercadang untuk pergi ke rumah Hayoung pada waktu makan tengahari nanti.
Subway Cafe
Jihyo meminta Hayoung supaya berjumpa dengannya. Hayoung menerima ajakan Jihyo kerana selepas ini dia mungkin tidak akan pernah berjumpa dengan Jihyo.
"Kenapa kau tak datang kerja hampir dua minggu? Kau tahu tak, Sehun risau sangat kenapa kau tak masuk kerja. Aku tahu kau anak orang kaya, tapi kalau kau nak bekerja, kau kerja baik². Atau kau just nak mainkan perasaan anak aku selama ni?" Hayoung terkejut dengan kata² bakal ibu mertuanya itu. Dia tidak sangka Jihyo akan bercakap seperti itu.
"Tak. Saya bukan perempuan seperti tu. Saya ada sebab sendiri-"
"Kau memang perempuan jenis tu. Jadi betullah cakap Taeyeon selama ni. Kau ni jenis perempuan yang suka memainkan perasaan lelaki. Patutlah, selama ni kau tak pernah ada namchin"
"Saya hormat aunty seperti ibu saya sendiri. Tapi saya tak dapat terima kata kata aunty terhadap saya. Saya tahu saya hanya perempuan biasa. Saya bukan seperti menantu aunty yang lain yang selalu aunty banggakan itu. Saya tak sehebat mereka. Saya tak kuat seperti mereka apabila diperlakukan seperti ini oleh aunty. Saya seorang perempuan yang lemah" Jihyo terkejut. Baru kali ini ada perempuan yang berani berkata seperti itu kepadanya.
"Baguslah kalau kau sedar diri. Aku pergi dulu" Jihyo berlalu pergi.
Updated! Hope suka. And teruskan komen anda. Komen anda ialah semangat saya untuk sambung cerita ni. LOVE YOU ^~^
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro