Chapter 6
Happy reading✌
Tetiba sebuah kereta Audi hitam memasuki perkarangan rumah mereka. Sepasang suami isteri keluar dengan membawa bagasi masing². Mereka semua terkejut plus takut. Ibu bapa mereka dah kembali. Sepatutnya hari selasa mereka balik tapi malam ni mereka berdua sudah sampai di rumah.
" Ibu. Ibu dah balik. Bukan ibu cakap hari selasa baru balik sini" tanya Taeyeon dengan sedikit ketakutan.
"Ibu sengaja balik awal. Nak tengok kamu semua buat apa. Tak tahu pula kamu semua sedang berseronok sampai adakan party bagai. Kamu tahu kan peraturan rumah ni?"
"Tahu ibu tapi-"
"Kamu harus dapat izin ibu dulu sebelum membuat sesuatu perkara. Tapi sekarang kamu buat party tanpa pengetahuan ibu. Kamu semua tahu kan akibatnya apabila melanggar peraturan yang ibu buat"
"Tahu ibu" Taeyeon menunduk. Yang lain juga turut sedih apabila melihat Taeyeon yang dimarahi oleh ibu mereka.
"Aunty" seseorang memanggil Jihyo. Yang lain juga terkejut kerana orang itu berani menyapa Jihyo ketika Jihyo sedang marah.
"Omo! Hayoung ah. Hayoung pun ada sekali"
"Emm. Sehun oppa yang jemput Hayoung datang sini. Semalam Hayoung tidur sini sebab tolong dorang semua siapkan party ni"
"Kamu pun join dorang sekali? Mereka layan kamu dengan baik tak?"
"Ya. Mereka semua baik baik. Hayoung suka tinggal dengan mereka. Tapi, boleh aunty tarik balik apa yang aunty cakap tadi. Kesian dorang semua. Mereka bersusah payah untuk siapkan party ni. Hayoung hormat keputusan aunty tapi Hayoung minta untuk kali ni aunty maafkan dorang semua. Dorang tak salah" Jihyo melihat semua anaknya. Muncul rasa kasihan terhadap anak anaknya dalam dirinya. Dia berfikir semula.
"Baiklah. Kali ni aunty maafkan dorang sebab kamu juga terlibat dalam hal ni. Kamu bukan menantu aunty lagi. So, aunty tak nak disebabkan mereka, kamu juga turut dapat denda seperti mereka semua"
Jihyo menyuruh anaknya berkumpul di dalam rumah.
"Anakku sekalian. Kali ini ibu maafkan kamu semua. Kamu patut berterima kasih kepada Hayoung. Dia yang minta supaya ibu maafkan kamu semua" semua pergi kepada Hayoung dan berterima kasih. Tetapi tidak kepada Taeyeon. Dia tidak suka dengan sikap Hayoung. Sepatutnya, dia yang buat semua tu. Dia yang sepatutnya minta maaf kepada Jihyo.
"You did well babe" Sehun berbisik kepada Hayoung. Manakala Hayoung hanya tersenyum. Jihyo dan Gary juga turut menikmati makanan yang disediakan di party itu.
"Hayoung unnie. Taeyeon unnie nak jumpa unnie di taman belakang rumah" kata Tzuyu kepada Hayoung.
"Ok" Hayoung berjalan ke taman belakang rumah besar itu. Dia melihat Taeyeon sedang memegang minuman sambil menunggu kedatangannya.
"Hi unnie. Kenapa nak-" belum sempat Hayoung menyelesaikan kata katanya, mukanya sudah dipenuhi dengan air kosong yang dipegang oleh Taeyeon tadi.
"Kau jangan ingat eomma sayang kau lebih, kau boleh buat sesuka hati kau. Kau sedar sikit, kau tu bukan menantu orang tua tu lagi dan tak akan pernah jadi menantu eomma. Aku akan pastikan eomma benci kau macam mana eomma bencikan aku dulu. Kau tahu tak bertapa susahnya aku nak dapatkan hati dia. Macam² aku buat supaya dia terima aku tapi kau, senang² je dia terima kau"
Hayoung tidak dapat menahan air matanya lagi. Kenapa dia diperlakukan seperti ini? Apa salah dia? Taeyeon berlalu pergi dari situ.
Dia melabuhkan punggungnya di atas bangku yang disediakan di situ. Hatinya amat sakit. Hampir pukul 12, dia berada di situ. Dia tidak berniat untuk ber party dengan yang lain.
Chu~
Dia tidak menghiraukan orang yang mencium pipinya sekarang ni kerana dia tahu orang itu ialah Sehun. Sehun menjadi pelik dengan perangai Hayoung.
"Kenapa sedih je ni?"
"Tak ada apalah. Emm? Awak. Macam mana kalau kita putus hubungan kita?"
"Kenapa tiba² cakap macam ni? Awak dah tak sayang saya?"
"Tak. Bukan macam tu. Saya just"
Chu~
"Kalau awak cakap lagi, saya kiss awak untuk kali kedua" Hayoung memeluk Sehun dengan tiba². Sehun semakin pelik dengan sikap Hayoung.
🌸🌸🌸
Chen melangkah masuk ke cafe yang berada di sebelah bangunan pejabatnya. Dia memesan hot chocolate dan duduk di sebuah meja. Tetiba matanya tertangkap kepada seorang perempuan dan lelaki yang sedang tertawa riang. Ya, perempuan itu ialah Bomi, isterinya yang sedang bermesra dengan seorang lelaki.
Hatinya memanas apabila melihat lelaki itu cuba untuk memegang tangan isterinya. Tanpa membuang masa, dia pergi ke arah Bomi dan menarik lengan perempuan itu dengan kuat. Bomi dipaksa masuk ke dalam kereta.
"Macam ni rupanya perangai kau di belakang aku. Aku pergi kerja, kau mesra dengan lelaki lain. Jadi betullah apa yang pekerja aku cakap. Selama ni kau menggatal dengan lelaki lain!" kemarahan Chen memuncak. Dia tidak sangka isteri kesayangannya bermesra dengan lelaki lain di belakangnya.
"Lelaki tadi tu, kawan I masa sekolah. Tak kan yang tu pun you nak marah. I tak faham lah dengan lelaki ni"
"Memang you tak kan faham! Kalau just kawan, tak kan sampai pegang² tangan macam tu. You kena ingat, you tu isteri orang. Untung eomma tak tahu. Kalau eomma tahu perkara ni, tak tahulah apa nak jadi dengan kita lepas ni"
"Kalau you tak buka mulut, eomma tak kan tahu benda ni"
"You cakap senang je. You dah tak sayang I ke? Tak cukup ke apa yang I bagi pada you selama ni?!"
"Yes. Memang tak cukup! I tak cukup kasih sayang you! Selama ni yang you tahu, kerja, kerja and kerja. I ni siapa bagi you? I tengok orang lain kerja juga tapi dorang ada je masa untuk spend time dengan keluarga. You? Masa untuk I pun you tak ada. Itu belum ada anak. Kalau ada anak, anak pun diabaikan oleh you" marah Bomi. Bomi menangis dan berlalu keluar dari kereta Chen. Chen hanya diam memandang kepergian Bomi. Betul cakap Bomi. Selama dia hanya kerja dan dia abaikan tanggungjawab seorang suami kepada isteri.
...
Sepasang suami isteri sedang menghabiskan masa mereka di taman. Mereka berjalan mengelilingi taman sambil menghirup udara segar. Mereka ialah Jeonghan dan Nayeon.
"Oppa nak ice cream" minta Nayeon seperti budak² yang sedang bermain di situ.
"Anything for my cute baby" Jeonghan membeli dua ice cream dan memberi kepada Nayeon. Mereka makan ice cream sambil melihat kanak² yang bermain di situ.
"Seronok kan kalau ada anak sendiri" kata Jeonghan. Nayeon yang mendengarnya terus berhenti makan ice cream nya. Dia sedikit sedih apabila Jeonghan berkata seperti itu. Dia tahu dia tidak boleh mengandung dan itu salah satu sebab kenapa Jihyo membencinya. Dia hanya mampu menunggu keajaiban berlaku pada dirinya. Raut wajahnya bertukar menjadi sedih. Air matanya juga ditahan agar tidak jatuh di depan suaminya.
"Kenapa tak makan ice cream tu?"
"Baby dah full. Kalau oppa nak, ambillah"
Sejak dari itu, dia menjadi lebih pendiam dan hanya bercakap seperlunya sahaja. Jeonghan tidak nampak perubahan isterinya kerana dia mengganggap mungkin Nayeon sakit.
...
Jihyo sedang membaca majalah di ruang tamu. Dia hanya menghabiskan masanya di rumah kerana dia ingin melihat apa yang selalu dibuat oleh menantu menantunya. Sebenarnya, dia ada telefon Hayoung untuk datang dan menemaninya minum petang tapi perempuan tu cakap dia ada kerja. Setahu dia, company Sehun cuti hari ni. Dia sedikit pelik dengan perangai Hayoung yang selalu mengelak apabila dia ajak berjumpa.
"Eomma" panggil Hyoyeon.
"Hmm" dia langsung tidak melihat muka menantunya itu. Tapi Hyoyeon tak kisah. Dia dah masak dengan perangai ibu mertuanya itu.
"Lay oppa suruh saya pergi jumpa dia di office dia. Saya pun tak tahu kenapa. So, eomma izinkan tak?"
"Pergi jelah. Nanti Lay tertunggu tunggu pula"
"Terima kasih eomma" Hyoyeon menunduk hormat dan berlalu pergi. Dia pergi bersama Sehun kerana Sehun cakap dia satu jalan dengannya. Mungkin Sehun nak date dengan Hayoung.
Lama kan saya tak updated. Sorry. Lepas ni saya akan fokus cite ni.
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro