Chapter 41
7 tahun kemudian...
Gary dan Jihyo mengadakan majlis sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-30 tahun. Ramai yang dijemput hadir. Majlis itu diadakan di hotel mereka sendiri iaitu GH Hotel. Meriah majlis tu. Ditambah lagi dengan cucu cucu mereka yang semakin bertambah. Suka Jihyo tengok mereka semua berlari lari sana sini. Dia tak peduli dengan tetamu tetamu VVIP yang akan cakap bukan bukan pasalnya for sure. Yelah. Cucu nakal. Lari sana sini. Lantaklah! Yang penting dorang semua cucu aku. Kisah apa korang.
"Ramai cucu kau Jihyo. Suka aku tengok" tegur salah seorang kawan Jihyo.
"Kalau kau pun rasa seronok, aku lagilah seronok Hyekyo. Di rumah lagilah meriah. Rumah aku tu kau nampak je besar. Bila masuk dalam, nampak sempit. Yelah. Orang dalam rumah tu semakin ramai" Jihyo melihat semua anaknya sedang tertawa bahagia.
"Mereka semua tak rasa nak pindah ke?" tanya Hyekyo lagi. Jihyo senyum.
"Tak tahulah Hyekyo. Semua tu hak dorang. Aku tak kisah pun kalau dorang nak tinggal dirumah tu terus. Lagi best. Boleh aku main dengan cucu cucu aku" kata Jihyo lagi.
"Seronok jadi kau. Ada keluarga besar macam ni. Dan yang paling penting mereka semua sayangkan kau" Jihyo hanya senyum.
Chorong melihat semua orang dalam dewan besar ni. Ada yang ketawa, ada yang bergaduh. Ni tak lain Jungkook dan Sejun. Tak habis habis dengan perangai budak budak mereka tu. Ada juga yang melayan kerenah anak masing masing. Chorong gembira tengok semua tu. Wendy dan Seulgi juga datang. Mereka dah maafkan Jihyo.
"Hai aunty" tegur seseorang.
"Ouh hai. Angel? Is that you?" Chorong menilik budak perempuan di hadapannya sekarang ni.
"Yes aunty. Ni Angel. Budak yang bagi belon pada aunty 5 tahun lepas" Chorong ketawa. Dia masih ingat lagi peristiwa tu.
"Tak sangka Angel dah besar"
"Manusia manalah yang semakin kecil kan aunty. Anyway masa tu Angel umur 5 tahun. Of course sekarang dah besar" Chorong ketawa. Pandai budak ni buat lawak.
"Pandai Angel kenakan aunty" Chorong mencubit pipi Angel.
"Takpelah aunty. Angel lapar. Nak pergi ambil makanan jap" Chorong mengangguk. Irene ada cakap yang si Angel ni memang kuat makan tapi badan tak naik juga. Kurus macam Irene.
"Mummy" suara budak kecil kedengaran. Chorong kenal suara itu. Suara yang membuat dia dan Suho bahagia.
"Sayang. Hazel nak awak. Dari tadi mummy aje yang dia cakap" kata Suho. Chorong senyum.
"Iya? Alo..Hazel nak mummy eh? Meh sini mummy dukung. Cian dia" Chorong mengambil Hazel dari Suho. Hazel baru dua tahun. Dan perkataan mummy aje yang Hazel tahu sebut. Kadang tu Suho marah juga sebab Hazel tak pandai sebut daddy.
"Ni hyung. Sorang lagi anak hyung yang tersesat" Jungkook memberi seorang budak lelaki pada Suho.
"Pandailah kau anak aku tersesat. Kau yang culik dia tadi. Kau ingat aku tak tahu. Betul tak Mark?" budak lelaki yang berumur empat tahun itu mengangguk.
"Betul tu daddy. Uncle cookies yang culik Mark tadi" jawab Mark iaitu anak sulung Suho dan Chorong.
"Kan uncle dah cakap jangan panggil uncle macam tu. Uncle bukan biskut" kata Jungkook tak puas hati. Selalu sangat Mark panggil dia macam tu. Dengar dek Yeri, mahu satu dewan dengar Yeri ketawa. Ya. Jungkook dan Yeri dah berbaik selepas kejadian Jungkook tolong Yeri.
"Eleh! Cakap jelah uncle takut aunty Yeri dengar kan. Hilanglah macho nanti. Lagipun muka uncle memang macam biskut" jawab Mark selamba.
"Ish! Budak ni aku tampar juga kang. Muka handsome macam ni dia boleh samakan dengan biskut" Chorong dan Suho ketawa. Hazel baby yang tak tahu apa apa pun juga ketawa sambil bertepuk tangan. Mungkin terhibur dengan mereka semua.
"Hazel pun gelakkan uncle. Sampai hati Hazel. Hazel comel tahu tak tapi jangan sampai uncle buang title comel tu sebab ni" Jungkook mencubit pipi Hazel.
"Lepas ni kalau Mark ajak uncle beli game baru, jangan harap uncle nak" Jungkook berpura pura sedih dan pergi dari situ. Suho menggeleng kepalanya. Dah nak kahwin pun perangai macam budak budak lagi.
Suho dan Chorong dikurniakan anak beberapa bulan setelah Chorong berjumpa dengan Irene. Mereka happy sangat dan nama Mark diberi sebab Chorong melahirkan anak lelakinya itu di Italy semasa mereka pergi bercuti. Mereka pun tak sangka yang Chorong akan melahirkan 3 minggu awal dari hari yang ditetapkan. Hazel pula disebabkan mata Hazel. Hazel mempunyai mata yang lain dari cucu cucu Jihyo yang lain. Sebab itulah dia memberi Hazel nama yang sesuai dengan matanya iaitu mata yang berwarna koko bercampur hijau atau nama lainnya hazel. Dibandingkan dengan anak saudara lain, Jungkook lebih gemar bermain dengan Hazel sebab kecomelan yang ada pada Hazel. Chorong bersyukur sangat sangat sebab dia dah jadi ibu macam orang lain.
Baekhyun sampai sekarang sendiri. Tiada seorang perempuan yang dapat menggantikan Taeyeon dalam hati dia. Kalau Taeyeon tak mati, mungkin dia dah maafkan Taeyeon sebab dia sayang sangat dengan Taeyeon. Tapi buat masa sekarang dia tak nak perempuan lain ganti tempat Taeyeon dalam hati dia. Bagi dia, Hera dah cukup untuk dia. Semakin Hera membesar, semakin nampak rupa Taeyeon di wajah Hera. Sememangnya Hera lebih banyak mirip dengan Taeyeon dibanding dengan dirinya. Hera cuma ikut perangai dia je kut yang suka bising satu rumah. Tapi sebelum dia kahwinlah dia bising macam tu tapi lepas dia kahwin dengan Taeyeon dia dah tak buat perangai buruk dia tu.
"Noona. Anak noona nakal lah. Penat Jun tengok tengokkan dia tadi. Ni mesti dia ikut perangai papa dia. Dahlah telinga capang macam papa dia. Nasib comel" Sejun mencubit pipi Chanhee iaitu anak kedua Chanyeol dan Eunji yang berumur tiga tahun.
Eunji ketawa. Tidak dapat dinafikan yang Chanhee memang ikut perangai Chanyeol. Anak pertamanya Eunha berumur enam tahun. Seorang yang periang seperti Eunji. Walaupun baru enam tahun, Eunha pandai menjaga adiknya Chanhee. Eunji tidak perlu risau kalau dia perlu pergi mana mana tinggalkan Chanhee sebab Eunha boleh diharap. Eunji beruntung sebab ada Eunha.
"Itulah. Jun kena belajar dari sekarang. Nanti Jun dah ada anak kan senang. Jun dah tahu cara cara nak jaga budak"
"Jun baru kahwin sebulan lepas. Jun tak fikir lagi pasal anak. Sana pun belum fikir" Eunji hanya senyum.
Tiba tiba dua orang budak menarik seluar Sejun. Sejun menunduk untuk melihat budak mana yang menarik seluarnya. Dia hanya senyum. Dua orang ni memang. Tak kacau dia sehari memang tak boleh agaknya. Perangai sama, umur empat tahun tapi berlainan jantina. Bukan tu je. Dua orang ni juga berlainan ibu bapa. Setiap hari dia perlu melayan kerenah dua orang budak. Muka Sejun juga yang mereka cari. Nasib kaulah Sejun. Eunji ketawa.
"Hish! Duo ni selalu kacau Jun. Sorang anak Chen hyung dan sorang lagi anak Luhan hyung. Apalah yang mereka nak pula kali ni?" Sejun mendengus. Tak cukup dirumah, di majlis ni pun dorang nak ganggu aku. Manalah korang punya parents. Aku kahwinkan juga korang ni nanti.
"Nasiblah anak noona tak gabung sekali" Eunji ketawa lagi.
"Layan jelah Jun. Dorang tu anak saudara Jun juga" tambah Chanyeol yang datang dari mana tah.
"Yelah yelah. Korang nak apa?" tanya Sejun.
"Jiyoung nak belon" kata anak Chen dan Bomi.
"Haeri..."
"Takpe takpe. Uncle Jun tahu Haeri nak apa. Haeri pun nak belon juga kan?" anak perempuan Luhan dan Yuri mengangguk.
Duo itu memegang tangan Sejun di sebelah kiri dan kanan kerana terlalu gembira. Dari tadi mereka nampak belon tu tapi mereka belum jumpa Sejun. Sekarang ni mereka dah jumpa Sejun, bolehlah ambil belon tu.
Yeri mengambil minuman kerana terlampau dahaga. Penat dia melayan tetamu yang ingin berkenalan dengan bakal isteri anak bongsu billionaire. Mummy dia juga turut dijemput. Rupanya mummy dia juga salah seorang sahabat Jihyo, Kim Taehee nama mummy Yeri. Patutlah mummy dia tak kisah kalau dia kahwin dengan Jungkook. Tiba tiba dia terdengar dua orang budak menangis. Yeri pergi melihat siapa yang menangis. Rupanya anak Seulgi unnie dan Namjoo unnie. Park Minki dengan Kang Soohyun. Yeri menggeleng kepalanya.
"Kenapa ni sayang?" tanya Yeri lembut. Yeri mengusap kepala Minki dan Soohyun.
"Minki ambil barbie Soohyun" adu Soohyun sambil menangis. Yeri senyum. Comellah dua orang ni.
"Iya? Minki ambil?" tanya Yeri kepada Minki iaitu anak Jimin dan Seulgi. Lambat lambat budak lelaki itu mengangguk.
"Minki minta maaf. Minki cuma nak tengok mainan Soohyun" Yeri senyum. Pipi Minki dicubit. Comellah Minki ni.
Patung barbie itu dihulur semula pada Soohyun. Soohyun mengambil. Mereka berhenti menangis.
"Soohyun maafkan Minki?" tanya Yeri. Soohyun mengangguk.
"Kalau macam tu esok aunty beli mainan baru untuk Minki dan Soohyun. Nak tak?" Yeri cuba untuk buat mereka ceria semula.
"Nak!!" Cepat aje dorang mengaku. Yeri ketawa. Sekurang kurangnya mereka dah tak bergaduh.
"Macam nilah cucu cucu atuk" kata Gary tiba tiba. Dia tengok dari awal Yeri pujuk cucu cucunya. Mungkin Minki bukan cucu dia tapi dia dah anggap Minki macam cucu dia sendiri.
"Atuk!" Mereka berlari lalu memeluk Gary.
"Atuk atuk boleh tak belikan Soohyun patung tinkerbell sebab ibu Soohyun tak nak belikan Soohyun patung tu sebab ibu cakap Soohyun dah ada banyak patung" Soohyun merengek. Dia ada dengar Namjoo membebel pasal hal ni hari tu.
"Betullah cakap ibu tu. Soohyun dah ada banyak patung. Segala patung barbie ibu Soohyun belikan untuk Soohyun" kata Gary pula. Yeri pula menjadi pendengar setia disitu. Suka dia tengok Gary melayan kerenah cucunya.
"Betul tapi patung tinkerbell tu aje yang Soohyun belum ada. Bolehlah atuk bolehlah" Soohyun merengek.
"Okay esok kita pergi beli tapi lepas tu Soohyun kena janji yang Soohyun akan teman atuk jalan jalan esok. Boleh?" Soohyun mengangguk semangat. Apalah sangat nak teman atuk dia pergi jalan jalan. Habis habis dia minta benda lain lagi dengan Gary. Lagi senang. Dan alang alang keluar kan. Budak lima tahun itu melompat lompat.
"Taeyeon unnie" semua mata mengikut langkah Hayoung yang sedang menuju ke pintu utama dewan. Semua terkejut melihat perempuan cantik yang memakai dress putih bercampur merah jambu itu. Betulkah itu orangnya?
Tbc
Peace✌ saya cakap chap ni ending kan? Kalau sebetulnya memang macam tu tapi manusia boleh berubah fikirannya anytime kan. So hope tak marah and tak bosan 👉👈
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro