Chapter 39
Jalan raya utama Seoul sesak kerana satu kemalangan jalan raya yang melibatkan dua biji kereta berlaku. Sebuah kereta orang awam dan satu lagi teksi. Hayoung dalam perjalanan pulang dari kerja juga terpaksa berhentikan keretanya. Dia turun untuk melihat siapa yang kemalangan. Bukan dia sahaja tapi orang lain juga turun dari kereta mereka. Tidak lama kemudian, polis dan juga ambulan datang.
Polis mengangkat seorang perempuan masuk ke dalam ambulan. Walaupun muka perempuan itu dipenuhi darah tapi Hayoung masih dapat kenal siapa perempuan itu. Taeyeon. Ya Taeyeon perempuan yang dibawa masuk ke dalam ambulan.
"Tuan saya adik dia. Boleh saya ikut naik ambulan?" tanya Hayoung sambil menangis. Polis itu mengangguk. Hayoung juga turut naik ambulan bersama Taeyeon.
Beberapa orang nurse didalam ambulan ini sedang berusaha menyelamatkan Taeyeon. Dia dah tahu Taeyeon dah kena halau dari rumah Jihyo. Kesian Taeyeon. Walaupun Taeyeon dah banyak buat salah, dia dah maafkan Taeyeon. Dia dah anggap Taeyeon tu macam kakak dia sendiri.
"Unnie tolong bertahan" Hayoung menggengam tangan Taeyeon yang dipenuhi darah itu.
"Ha...Hayoung" Taeyeon masih boleh tersenyum dalam keadaan macam tu.
"To..long bagita..hu se..semua o..rang un..nie mi..minta ma..maaf" Hayoung mengangguk sambil menangis. Serentak dengan itu, mata Taeyeon tertutup. Kelam kabut nurse dalam ambulan tu.
"Unnie! Please jangan tinggalkan Hayoung. Hayoung yakin mereka akan maafkan unnie nanti" jerit Hayoung.
Tidak lama kemudian mereka sampai di hospital. Taeyeon dikejarkan ke bilik kecemasan. Beberapa doktor juga berlari mendapatkan Taeyeon. Hayoung tunggu diluar. Dia terduduk diatas kerusi yang disediakan disitu. Dari tadi dia tak berhenti menangis. Telefon dikeluarkan dari poket skirt. Nasib dia bawa fon. Hayoung menelefon seseorang.
Beberapa puluh minit berlalu. Doktor keluar. Hayoung terus bangun mendapatkan doktor. Dia takut nak dengar keputusan doktor.
"Macam mana dengan unnie saya doktor?" tanya Hayoung lembut. Doktor itu menggeleng kepalanya.
"Saya minta maaf sebab tak dapat selamatkan pesakit. Pesakit kehilangan banyak sangat darah. Sekali lagi saya minta maaf" doktor itu melangkah pergi. Hayoung menangis semahunya. Taeyeon dah mati.
"Wife!" Sehun terus datang sini bila Hayoung telefonnya tadi. Risau dia bila Hayoung bagitahu yang Hayoung ada di hospital. Macam nak tercabut jantung dia.
"Husband..." Hayoung memeluk Sehun.
"Kenapa ni sayang?" tanya Sehun lembut.
"Taeyeon unnie dah mati. Dia kemalangan tadi" jawab Hayoung dalam tangisannya. Jantung Sehun seakan berhenti seketika. Taeyeon dah mati.
"Sabar wife. Mungkin ni takdir dia. Husband pun dah maafkan Taeyeon noona"
Semua terkejut mendengar berita mengenai Taeyeon dari Sehun dan Hayoung. Semua tiada reaksi. Tak tahulah nak sedih atau nak happy. Baekhyun yang ada disitu juga turut diam. Susah nak teka perasaan Baekhyun dengan melihat riak wajah dia. Baekhyun cuma menayangkan muka selamba sambil melihat Hera yang tengah main anak patung. Hera juga belum tahu yang ibunya sudah mati.
"Macam mana Hayoung boleh tahu semua ni?" tanya Jihyo.
"Hayoung balik kerja semalam dan jalan raya sesak sebab ada orang accident. Bila Hayoung pergi tengok, Taeyeon unnie salah sorang orang yang accident" jelas Hayoung.
Mereka semua diam selepas mendengar cerita Hayoung. Hayoung pula dari tadi tak berhenti menangis.
Chen sedang bersiap siap untuk pergi kerja. Akhir akhir ni dia risau dengan keadaan Bomi. Sekejap demam sekejap baik. Orang nak bawa pergi klinik tak nak. Semalam pun muntah teruk. Suhu badan naik. Tak tidur Chen dibuatnya. Sekarang ni Bomi sedang tidur dengan comforter yang ditarik hingga ke paras leher. Nampak muka je. Chen menggelengkan kepalanya. Suhu badan Bomi hari ni dah kurang sikit.
"Sayang. Saya dah nak pergi kerja ni" Chen menepuk pipi Bomi perlahan.
"Pergilah. Saya okay ni. Kejap lagi saya makan ubat okaylah ni. Lagipun saya ni pregnant. Memang macam ni" kata Bomi selamba. Jatuh rahang Chen.
What?! Pregnant?! OMG!
"Sayang ulang sekali lagi" Bomi membuka matanya. Satu senyuman dihadiahkan untuk Chen.
"Surprise! Yup! Saya pregnant" Chen terus memeluk Bomi. Happy sangat. Nampaknya Jihyo terima ramai cuculah nanti.
"Wah! Serius happy. Kalau macam tu hari ni saya tak nak pergi kerjalah" kata Chen. Kini mulut Bomi pula ternganga.
"What?! Are you serious? OMG! Chen seorang lelaki yang gila bekerja boleh cakap tak nak pergi kerja hari ni? Wow! Amazing!" Bomi masih susah nak percaya. Chen selalu pergi kerja hari hari. Even hari cuti dia akan sambung juga kerja dia di rumah. Kalau Bomi tegur baru berhenti.
"Well I do this for you sake and our baby too. I feel like I want to protect both of you. Thanks sayang" Bomi terharu dengar kata kata Chen. Sweet sangat.
"Aww babe. You're so sweet. Thanks for being my husband and choose me as your wife" Bomi menghadiahkan senyuman kepada Chen. Tubuh Chen dipeluk. Lega hati dia. Mulai sekarang dia tak perlu kecewa dengan perangai Chen yang suka bekerja ni.
"Ibu dah tahu?"
"Well belum. Saya baru tahu dua hari yang lepas. Saya ingat hari ni baru nak bagitahu. Memandangkan awak tak pergi kerja, kita bagitahu sama sama nanti" Chen mencubit pipi Bomi.
Satu team cheerleader sedang berlatih. Yeri merupakan salah seorang member dari team tu. Tapi dia tak tumpu sepenuh perhatian kepada latihannya sebaliknya dia sedang fikirkan tentang Jungkook. Dia masih menyesal dengan apa yang dia buat pada Jungkook hari tu. Sedang dia menari, tiba tiba dia jatuh. Salah step lepas tu orang langgar dia.
"Weh! Kau okay tak ni?" tanya Chaeyoung selaku kawan kelasnya.
"Aku rasa kaki aku terseliuh lah" kata Yeri sambil memegang kakinya. Mukanya berkerut menahan sakit.
"Aku tengok kau macam ada masalah je. Kau tak fokus pun masa kita berlatih tadi. Kau okay tak?" tanya Chaeyoung lagi.
Tiba tiba seorang lelaki datang lalu mengangkat Yeri. Yeri yang terkejut terus memaut leher lelaki itu. Muka lelaki itu dipandang. Jatuh air matanya melihat lelaki yang sedang mendukungnya sekarang ni. Jungkook ex boyfriend dia. Susah dia nak mengaku Jungkook ex boyfriend dia. Tapi tulah hakikatnya. Walau macam mana pun, dia perlu juga terima takdir yang Jungkook bukan lagi kekasih hatinya. Tapi dia lega sebab Jungkook dah sihat macam dulu.
Mereka sampai di bilik rawatan. Doktor yang bekerja di bilik itu merawat kaki Yeri. Jungkook menunggu disebelah. Kaki Yeri dibalut. Kenapalah jadi macam ni. Esok mereka ada perlawanan untuk team cheerleader tapi kaki dia terseliuh. Mungkin ambil masa dalam tiga hari nak baik. Nampaknya dia perlu cari orang lain untuk ganti tempat dia esok.
"Terima kasih Jungkook" Yeri berusaha turun dari tempat duduknya.
"Kaki tu belum baik. Rehatlah dulu disini" kata Jungkook. Rupanya Jungkook masih sudi cakap dengan dia.
"Eh takpe. Saya nak balik kelas kejap. Nak ambil barang. Lepas tu saya nak ambil surat kebenaran pulang kerumah di office sekolah" Yeri berusaha tersenyum.
"Takpe. Awak duduk sini. Saya yang akan uruskan semua tu. Tunggu sini. Jangan pergi mana mana" Jungkook memberi amaran. Selepas Jungkook keluar, Yeri menangis. Jungkook still layan dia dengan baik.
Selepas 15 minit, Jungkook muncul bersama dua helai kertas. Yeri cepat cepat lap air mata dia. Tak nak Jungkook tahu. Jungkook menghulurkan tangannya. Yeri pelik. Dia melihat sekelilingnya. Jungkook nak apa? Tiba tiba Jungkook mengambil tangannya lalu diletakkan di lengan Jungkook.
"Pegang saya kalau tak nak jatuh" Yeri melihat Jungkook. Dia semakin rasa bersalah.
Mereka berjalan keluar sekolah. Sampai di pintu pagar, Jungkook memberi surat kebenaran keluar sekolah kepada pengawal sekolah. Yeri tak sangka Jungkook sanggup tolong dia sampai macam ni sekali. Patutlah dia tengok Jungkook pegang dua helai kertas. Kereta Audi sudah tersedia diluar. Seorang lelaki juga sudah membuka pintu untuk mereka. Mungkin driver Jungkook.
"Kita nak pergi mana ni?" tanya Yeri.
Jungkook diam dan membantu Yeri masuk ke dalam kereta. Yeri tak berani melawan. Dia hanya ikut. Jungkook juga turut masuk. Manalah Jungkook nak bawa dia pergi? Takut juga dia. Macam mana kalau Jungkook nak balas dendam pada dia? Oh my gad! Tak boleh bayang.
Setelah beberapa minit berlalu, pemandu Jungkook berhenti di hadapan rumah Yeri. Yeri berasa lega. Rumah Yeri memang tak jauh dari sekolah. Kalau dia malas nak berebut dengan orang lain, dia akan jalan kaki. Dekat je pun.
Jungkook membantu dia turun. Yeri baru teringat mummy dia. OMG! Macam mana kalau mummy dia tanya? Apa dia nak jawab? Tak kan dia nak jawab sebab dia tak fokus masa berlatih tadi. Satu kawasan perumahan ni dengar mummy dia jerit nanti plus nak kena sedia telinga untuk dengar mummy dia bebel. Lahaiii tak boleh bayang semua tu.
Yeri menekan password rumah dia. Mummy Yeri terkejut melihat kepulangan Yeri pada waktu sebegini. Bukan tu saja, Yeri juga balik dengan seorang lelaki.
"Kamu ni Jungkook kan? Anak billionaire?" tanya mummy Yeri. Yeri juga terkejut sebab mummy dia boleh kenal Jungkook. Emm...ni mesti mummy dia guna power orang yang selalu duduk dirumah. Yelah. Habis kerja rumah, terus stalker orang yang terkenal. So, tak hairanlah mummy dia boleh kenal Jungkook.
"Ya betul tu aunty" Jungkook menunduk hormat.
"Eh duduklah dulu. Kamu ni Yeri kenapa tak suruh Jungkook duduk" Yeri tersenyum hambar. Kalaulah mummy tahu Yeri ni bekas kekasih anak billionaire. Apalah reaksi mummy. Hmm.
"Ha Yeri. Kaki kenapa pulak tu? Minggu lepas tangan yang kamu kerjakan. Habis pintu bilik kamu tumbuk" Jungkook melihat Yeri dan tangan Yeri yang masih ada kesan merah di tangan kanan Yeri. Yeri cepat cepat sembunyikan tangannya. Jungkook menggeleng kepalanya.
"Kalau boleh saya tahu kenapa dia buat macam tu aunty?" Jungkook cuba mengorek rahsia.
"Aunty pun tak tahu. Awal tu dia cakap dia nak pergi hospital. Lepas balik hospital dia terus nangis pas tu habis pintu bilik dia kerjakan. Masa aunty datang, tangan dia dah darah" serius Yeri nak pergi cari bangunan 35 tingkat pas tu terjun. Malu siot! Mummy dia bukak cerita hari tu pulak.
"Ouh! Anyway kaki Yeri jadi macam ni sebab saya. So saya harap aunty tak kan salahkan Yeri" mummy Yeri hanya senyum.
Tbc
Wah! Saya x expect gain banyak voters macam ni. Thanks sangat. Well nak ending ke tak nak lagi? Hmm.
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro