Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 38

Jihyo sedang bersantai di taman rumahnya. Hari ni Gary cakap dia yang nak jaga Jungkook. Yelah anak kesayangan kan. Yang lain semua pergi melawat Jungkook kecuali Tzuyu. Dia cakap dia tak berapa sihat. Jadi dia sedang tidur dalam bilik selepas makan ubat tadi. Dari tempat dia duduk dia boleh nampak kereta Audi hitam yang masuk ke dalam kawasan rumahnya. Yang pasti tu bukan kereta Gary. Tapi dia kenal kereta ni. Kereta anaknya, Sehun.

Sehun turun dari kereta sambil berpegangan tangan dengan Hayoung. Hayoung juga tak sangka yang Sehun akan bawa dia datang sini. Jihyo terpaku melihat Sehun dan Hayoung.

"Hai ibu" sapa Sehun. Jihyo sebak. Dah lama dia tak dengar Sehun panggil dia macam tu. Rindunya!

"Se..sehun...." Jihyo menangis. Tubuh Sehun dipeluk. Hayoung yang melihatnya juga sedih.

"Hun minta maaf ibu" Sehun juga menangis. Serius dia rindu Jihyo walaupun Jihyo dan rosakkan hubungan dia dengan Hayoung.

"Tak. Ibu yang sepatutnya minta maaf dengan Hun. Tak patut ibu halang kebahagiaan Hun" Jihyo mengelap air mata Sehun. Dia melihat Hayoung disebelah. Kesian Hayoung.

"Hayoung aunty minta maaf sebab dah cakap kamu bukan bukan. Aunty minta maaf sangat" tubuh Hayoung pula dipeluknya.

"Hayoung dah lama maafkan aunty. Hayoung tak pernah marahkan aunty pun" Hayoung senyum.

"Terima kasih Hayoung. Eh! Duduklah. Lupa pula" Hayoung dan Sehun duduk. Begitu juga Jihyo.

"Sebenarnya ada satu lagi niat kenapa Sehun balik sini" Jihyo tertanya tanya.

"Niat apa?" tanya Jihyo.

"Sebenarnya Hun nak minta izin kahwin dengan Hayoung" Jihyo senyum. Akhirnya Sehun kahwin juga. Impiannya yang dulu tercapai juga untuk memenatukan Hayoung.

"Ibu izinkan. Lagipun ibu tahu Hun sayang sangat dengan Hayoung. Dan ibu tak nak halang kebahagiaan Hun lagi" wajah Jihyo berubah sedih. Sehun menggengam tangan Jihyo.

"Ibu janganlah sedih. Perkara yang lepas biarlah lepas. Jangan diingat. Keluarga kita pun dah baik semua" pujuk Sehun. Jihyo senyum. Betul cakap Sehun. Keluarga dia dah macam dulu balik. Ni semua sebab Sejun dan Jungkook.

Sejun, Sana dan Yeri sampai di hospital. Hanya Tuhan yang tahu bertapa nervousnya Yeri sekarang ni. Dengan muka tak malunya dia datang jumpa Jungkook lepas apa yang dia dah tuduh Jungkook. Mampukah dia menghadap Jungkook nanti? Apa reaksi lelaki tu bila tengok dia datang? Marah? Suka?

"Oppa unnie. Yeri rasa Yeri nak baliklah. Nantilah Yeri datang lagi" Sejun memandang pelik. Sana pula hanya tersenyum. Dia tahu perasaan Yeri macam mana sebab dia pun perempuan.

"Kita dah sampai kan. Jomlah masuk. Jungkook cakap ahli keluarga saya semua dah balik. Dengar cakap oppa. Nilah peluang Yeri untuk baiki hubungan korang" Yeri tunduk. Dia takut. Takut tak boleh terima keputusan Jungkook nanti.

"Betul cakap oppa. Yeri boleh consider yang ni peluang pertama dan terakhir Yeri" tambah Sana pula. Yeri mengangguk perlahan.

Sejun dan Sana senyum. Mereka ke bilik Jungkook. Sampai disana, Yeri menangis lagi melihat keadaan Jungkook. Seteruk inikah Jungkook sakit? Muka pucat habis. Kesian Yeri tengok. Ni semua salah dia. Jungkook membuka matanya apabila dengar pintu ditolak.

"Hai bro! Macam mana keadaan kau?" Sejun cuba wujudkan suasana happy. Dia pun sedih melihat keadaan Jungkook sekarang ni. Demam panas sampai boleh jadi macam ni.

"Aku okaylah. Bising aarhh kau ni" kata Jungkook perlahan. Sejun ketawa. Sakit sakit pun still boleh cari gaduh.

Mata Jungkook tak sengaja tertuju kepada Yeri yang sedang berdiri sambil menunduk kepalanya. Dia tahu Yeri menangis.

"Hai Sana noona. Lama tak nampak Sana noona" Sana hanya senyum. Dia pun kesian melihat Jungkook.

"Hai. Noona pun lama tak nampak Jungkook. Tapi noona tak boleh lama kat sini. Noona ada hal lepas ni" Sejun mengangguk.

"Fighting Yeri!" bisik Sejun sebelum keluar. Yeri hanya senyum sebelum melangkah dengan teragak agak ke arah katil Jungkook.

"Awak buat apa datang sini?" tanya Jungkook. Muka memandang ke arah lain.

See. Muka aku pun tak nak tengok. Kau dah sakitkan hati dia Yeri. Dia nak ke maafkan kau.

"Saya datang nak minta maaf..."

"Kalau awak datang sini bukan untuk melawat saya, awak boleh balik" perlahan tapi cukup untuk Yeri mendengar sebab bilik ni hanya mereka berdua yang ada.

"Okay saya tahu tapi please bagi 5 minit untuk saya cakap" Jungkook diam. Orang cakap kalau diam tandanya setuju. Yeri menarik nafas.

"Saya cuma nak minta maaf dengan awak sebab dah cakap bukan bukan pasal awak. Saya tak nak dengar penjelasan awak hari tu. Tapi saya nak awak tahu, setakat ni awak lelaki pertama yang berjaya ambil hati saya. Awak lelaki pertama yang saya cinta dan sebab awak juga saya kenal apa itu cinta. Ya saya tahu awak mesti tahu lepas kita putus hari tu saya terus couple dengan Jihoon sebab saya ingat saya boleh lupakan awak tapi saya silap. Sampai sekarang saya tak dapat lupakan awak dan hati saya tak boleh terima orang lain selain awak. Sekarang ni saya benci diri saya sebab dah lepaskan lelaki macam awak. Yes. You're bad boy. Really bad boy at our school but I know you being like that just for fun or maybe you've another excuse. I know that. That's why I could fell in love with you but now, I think I'm stupid girl in the world because I just let go one of good boy. How stupid I'm. Again. Saya minta maaf. Saya tak kan pernah lupakan our memory. And please stay healthy. Even not for me but for your family. Bye love" Yeri memberanikan diri cium pipi pucat Jungkook. Dia tahu dia akan berakhir macam ni. Jungkook tak kan pernah terima dia for sure.

Jungkook diam dan membiarkan Yeri pergi. Dia pun tak faham dengan perasaan dia sekarang ni. Apa patut dia buat ni?

...

Hari ini Nayeon perlu ke hospital untuk membuat check up kandungan dia. Dia perlu pergi ke hospital seminggu sekali dan Jeonghan akan teman Nayeon. Dia tak nak isteri dia pergi dengan orang lain sebab ni anak pertama mereka. Dia tak nak apa apa jadi dengan Nayeon.

"Tak sangka boleh juga saya mengandung kan biy. Ingat saya tak boleh mengandung terus" Jeonghan senyum.

"Doktor cuma cakap, Tuhan yang tentukan sayang. Sayang tahu tak, biy happy sangat. Finally biy akan jadi papa"

"Tulah. Sayang pun happy sebab akan jadi mommy tak lama lagi" kata Nayeon pula.

"Mulai hari ni sayang tak boleh buat kerja. Satu kerja pun sayang tak boleh buat. Ingat tu" Jeonghan memberi amaran.

"Baiklah suamiku. Tadi doktor cakap baby sihat. Biy pun dengar sendiri kan. So jangan risau" Nayeon memegang tangan Jeonghan.

"Tahu tapi biy takut kalau terjadi sesuatu dengan sayang dan baby kita" kata Jeonghan lembut. Cair hati Nayeon. Rupanya Jeonghan sayang dia. Ingat tak sayang. Hihi.

Suho dan Chorong berpindah semula ke rumah Jihyo. Barang barang mereka banyak ada di rumah Jihyo. Jadi lebih baik mereka tinggal dirumah Jihyo macam dulu. Suho bercadang nak pergi berjalan jalan dengan Chorong hari ni. Nak tenangkan fikiran. Tak nak fikir pasal kerja. Dia tahu Chorong pun tengah sedih sekarang ni.

"Sayang jom keluar" Suho duduk berhadapan dengan Chorong. Dari tadi Chorong duduk di beranda sambil melihat langit diatas.

"Pergi mana?" tanya Chorong malas. Kepala masih diletakkan diatas meja.

"Mana mana yang awak suka" Chorong mengangkat kepalanya.

"Tak naklah. Saya tak ada mood nak keluar hari ni. Kalau awak nak keluar, awak keluarlah sorang" kata Chorong lembut. Suho menggeleng kepalanya.

"Kenapa ni? Sayang ada masalah ke? Kalau ada bagitahu saya" Chorong menggeleng kepalanya.

"Tak. Saya okay je. Tak ada masalah apa pun" jawab Chorong. Suho tahu kenapa Chorong jadi macam ni.

"Kalau awak tak ada masalah, jom keluar. Tak kan nak terperap dalam bilik je. Ke awak nak saya dukung awak keluar" Suho tersenyum jahat.

"Fine. Jom keluar" Suho menang. Finally dia berjaya pujuk Chorong. Ni bukan Suho namanya kalau kalah dalam bab pujuk memujuk ni.

Selepas siap siap, mereka turun sama sama. Riuh rendah terdengar dari ruang tamu. Apalah yang mereka bualkan. Macam best aje.

"Amboi! Kalau boleh cakap, jiran sebelah pun boleh dengar. Apa yang seronok sangat ni?" tegur Suho. Ramai rupanya kat ruang tamu ni. Patutlah bising. Jihyo pun join sekali. Sehun dengan Hayoung pun ada.

"Si Sejun ni. Tak habis habis dengan lawak bodoh dia. Ni tak tambah dengan partner dia yang ada di hospital tu lagi" kata Jihyo.

Suho dan Chorong senyum. Chorong tak sangka yang keluarga besar dia ni dah bahagia. Tidak sengaja matanya tertuju kepada Luhan yang sedang menyuap buah kepada Yuri sambil memegang perut Yuri. Nayeon dan Jeonghan juga buat benda yang sama. Begitu juga Arin dengan S.Coups. Mereka semua nampak happy.

Arhh!! Nak nangis!!

"Sayang. Awak okay tak ni?" tanya Suho disebelah. Dia boleh nampak perubahan muka isterinya. Chorong cepat cepat mengesat air matanya. Tak nak Suho tahu.

"Saya okay. Jomlah. Tadi awak cakap nak pergi jalan jalan" Chorong berusaha tersenyum.

Tbc

Nak cakap terima kasih kpd siapa yg vote & comment cite ni. Thanks❤

#MASHIE에이핑크

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro