Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 36

Jihyo memandang satu persatu anak menantunya. Rasa menyesal, serba salah, kesian dan macam macam lagi dia rasa. Tak sepatutnya dia layan menantu menantu dia macam ni. Mereka semua datang dari keluarga baik baik. Gary pula merasa lega. Tak sia sia dia sabar menunggu. Hari bahagia ni telah pun tiba. Serius macam nak lompat lompat sebab happy. Tapi dia tak naklah buat macam tu. Jatuh imej depan anak menantunya nanti.

"Ibu nak minta maaf dengan kamu semua sebab layan kamu semua dengan teruk. Ibu tahu ibu tak patut buat macam tu"

Mereka hanya senyum. Akhirnya Jihyo dah boleh terima mereka. Rumah ni bukan lagi neraka tapi rumah yang penuh kasih sayang. Dengan selamba Sehun keluar dari rumah tu. Jihyo hanya melihat. Mungkin Sehun tak dapat maafkan dia lagi. Dia dah halang kebahagiaan Sehun.

"Sebenarnya kami tak marahkan ibu tapi kami marah Taeyeon yang dah berjaya hasut ibu. Kami semua tahu yang ibu buat semua ni sebab dah termakan cakap si Taeyeon tu" kata Chorong selaku wakil mereka semua. Yang lain mengangguk tanda setuju.

"Betul tu ibu" sokong Arin. Jihyo senyum. Dia bertuah sebab menantu dia boleh terima dan maafkan dia.

"Sebenarnya ibu malu dengan kamu semua" Jihyo menangis. Mereka semua memeluk Jihyo. Para lelaki hanya melihat.

"Apa kata kita peluk daddy" cadang Jungkook.

"Kenapa pulak? Korang betul ke tak ni? Ke belum makan ubat lagi?" Mereka semua ketawa lalu memeluk Gary beramai ramai sampai Gary tak boleh bernafas dengan baik.

"Ibu sebenarnya kami ada benda nak cakap dengan ibu" kata Nayeon.

"Sebenarnya saya, Arin, Yuri unnie dan Jessica unnie mengandung" terkejut mereka semua kecuali suami mereka.

"Iya? Jadi ibu tak lama lagi dapat cuculah ni? Yeobo kita akan dapat cucu yeobo" kata Jihyo gembira. Tubuh Gary juga digoncang kerana terlalu gembira.

"Betul ibu. Arin dah masuk 2 bulan"

"Sica dengan Yuri dah masuk 3 bulan"

"Nayeon pula baru tahu semalam. Doktor cakap dah 3 minggu Nayeon mengandung" teruja Nayeon bagitahu Jihyo.

Suho perasan perubahan muka Chorong. Chorong berpura pura senyum. Senyum yang dipaksa. Dia gembira kerana tak lama lagi dia akan terima ramai anak saudara tapi pada masa yang sama dia sedih. Sedih sebab sampai sekarang dia tak mengandung. Air mata juga ditahan sebaik mungkin supaya tak keluar.

"Don't cry please babe" bisik Suho. Suho memeluk bahu Chorong.

"Tak lah. Mana ada saya menangis" jawab Chorong perlahan takut orang lain dengar.

"Tapi kenapa kamu semua baru bagitahu sekarang?" tanya Jihyo. Pelik. Kenapa tak bagitahu awal awal.

"Emm..sebelum tu Nayeon harap Eunji unnie tak ambil hati" Nayeon melihat Eunji. Eunji hanya senyum.

"Sebenarnya kami takut Taeyeon buat sesuatu pada kandungan kami. Dari awal lagi kami berjaga jaga sebab perangai Taeyeon macam tu. Taeyeon tu sanggup buat apa saja. Tapi kami careless dengan Eunji unnie. Kami tak dapat nak selamatkan Eunji unnie" Jihyo diserang rasa bersalah plus marah. Semuanya sebab Taeyeon!

"Eunji. Ibu minta maaf sebab tak jaga kamu dulu" kata Jihyo ikhlas.

"Takpelah ibu. Benda dah lepas. Let bygone be bygone. Eunji dah boleh terima semua tu. Mungkin belum waktunya untuk Eunji jadi ibu" sayu hati Jihyo.

"Wait! Cakap pasal cucu kan...oh my gad! Hera!" Sejun melihat jam. Dah 11.15 pm.

"Ibu. Jun pergi ambil Hera jap!" Sejun terus lari keluar. Macam manalah dia boleh lupa dengan Hera. Entah entah budak tu menangis sebab rindu nak balik rumah.

Loceng ditekan. Tidak lama kemudian, pintu pagar automatik itu terbuka. Sana menunggu di depan pintu sambil tersenyum.

"Sayang sorry lewat. Hera mana?" Penat dia lari dari rumah kesini. Lima buah rumah besar dia lalu untuk sampai kesini. Memang penat gila!

"Saya tak kisahlah. Hera dah tidur. Awak still nak bawa balik juga ke? Ke esok pagi ke datang lain? Dah lewat dah ni" Sejun menggeleng kepalanya.

"Eh tak payahlah. Saya dah banyak menyusahkan awak. Takpe. Saya boleh angkat si kecil tu. Bukannya berat pun" Sana senyum. Dia tak kisah pun kalau Hera tidur sini. Bukan selalu.

"Baiklah kalau awak dah cakap macam tu. Hera ada dibilik saya" Sejun naik ke bilik Sana dan mengangkat Hera. Macam yang Sejun cakap, Hera tak berat pun.

"Awak nak saya teman awak balik? Yelah jauh juga kalau nak jalan. Kalau ada teman berbual, taklah bosan sangat. Betul tak?" Sejun berfikir sekejap.

"Emm tak payahlah. Awak tidurlah. Mesti awak penat. Saya tahu Hera ni pun bukan reti duduk diam. Mesti dia nakal kan?" Sana ketawa.

"Hera baiklah. Tak susah pun saya jaga dia tadi. Betul ni awak nak balik sorang?" tanya Sana lagi.

"Ya sayang. Pergilah tidur. Jangan lupa mimpikan prince handsome awak ni" Sana memukul lengan Sejun. Suka sangat sakat dia.

Sejak mereka tahu semua kebenaran, Yuri menjadi pendiam. Dulu hubungan mereka menjadi renggang disebabkan kejadian hari itu. Sampai sekarang Luhan nak tak nak je cakap dengan dia. Yuri sedih. Luhan juga rasa bersalah. Sepatutnya dia siasat dulu. Dia tak boleh tuduh Yuri macam tu aje.

"Wife. Husband nak minta maaf" Luhan berbaring disebelah Yuri.

"Buat apa nak minta maaf. Husband cakap wife yang salah. Wife yang biar lelaki peluk wife" nasib kau Luhan. Hmm.

"Wife please. Husband tahu husband salah. Husband rindu dengan hubungan kita yang dulu" Yuri diam dan sambung bermain telefon.

Luhan merampas telefon Yuri. Orang tengah cakap dia main fon.

"Wife tak tahu apa punca Taeyeon buat semua ni tapi serius wife kecewa dengan husband. Sakit hati wife bila husband cakap wife macam tu" Yuri menangis bila teringatkan kejadian Luhan marah besar dengannya lepas habis party hari tu.

Luhan memeluk Yuri.

"Husband faham kalau wife tak boleh maafkan husband..." kata Luhan dengan sedih.

"No. Wife dah lama maafkan husband tapi wife kecewa sebab husband tak percayakan wife"

"Thanks wife. Husband janji husband tak akan buat macam tu lagi. Dan husband akan selalu percayakan wife" Yuri senyum. Pipi Luhan dicium. Akhirnya hubungan dia dengan Luhan dah jadi macam dulu.

Hari ni Sehun rasa dia orang yang paling sibuk. Macam macam kerja yang dia perlu buat walaupun kerja dia dah dibahagi dua dengan Youngdoo. Itulah. Siapa suruh tinggal company lama sangat. Inilah jadinya. Nasib client tak lari. Kalau tak company dia dah boleh gulung tikar. Youngdoo masuk ke dalam bilik Sehun.

"Ada apa hyung?" tanya Sehun. Walaupun Youngdoo pekerja dia tapi dia tetap hormat Youngdoo sebab lelaki tu lebih tua dua tahun dari dia. Dan Youngdoo pun lebih selesa Sehun panggil dia macam tu.

"PA baru Hun dah datang" beritahu Youngdoo.

"PA? Tapi kenapa? Hyung kan PA Hun" tanya Sehun pelik.

"Mungkin banyak kerja sangat yang Hun buat sampai Hun lupa. Kan Hun ada suruh hyung cari sorang lagi PA" Sehun menepuk dahinya. Macam manalah dia boleh lupa.

"Yelah. Sorry sorry. Hun lupa. Panggillah dia masuk. Hyung boleh pergi buat kerja balik" Youngdoo hanya mengangguk. Selepas menyuruh orang itu masuk, dia terus ke biliknya untuk buat kerja.

"Hai bos!" sapa orang itu. Sehun mengangkat kepalanya. Jatuh rahangnya melihat orang itu.

"Wife?" Sehun masih belum boleh percaya yang perempuan di hadapannya ini ialah Hayoung.

"Yes its me. Kenapa? Tak suka wife kerja sini balik?" Sehun menutup mukanya. Lega hati dia sekarang ni. Macam macam yang dia rasa sekarang ni. Happy, sedih, terharu, nak marah pun ada.

Hayoung berjalan ke arah Sehun. Bukan sofa yang menjadi tempat duduknya tapi Sehun sendiri yang jadi tempat duduk dia. Tangan Sehun ditarik supaya dia boleh tengok muka Sehun. Leher Sehun dipaut manja.

"Surprise! Sorry balik tak bagitahu" Hayoung menayangkan muka $10. Takutlah tu Sehun marah. Sehun dah bagitahu kalau nak balik sini, Sehun sendiri yang akan jemput Hayoung di airport. Tapi Hayoung tak nak susahkan Sehun. Dia dah perhatikan Sehun sejak Sehun datang ofis pagi tadi. Dari tadi lagi Sehun hanya tunduk buat kerja.

"Wife lupa apa husband cakap hari tu?" Hayoung menunduk. Walaupun Sehun cakap perlahan tapi ada nada tegas disitu. Dia takut kalau Sehun marah dia macam ni.

"Wife ingat. Tapi wife tak nak susahkan husband. Husband kan banyak kerja. Husband marah?" Sehun memandang ke arah lain.

Sehun diam. Lagi serba salah Hayoung dibuatnya.

"Takpelah kalau macam tu wife balik dulu. Nanti bila husband dah maafkan wife, jangan lupa call wife. Wife balik dulu" Hayoung bangun dari tempat duduknya. Aarghhh! Nak nangis. Ibu!!

Semua yang dia sangka sebelum balik sini semuanya tak betul. Dia ingat Sehun suka dia balik sini. Rupanya tak. Hmm sedihlah macam ni. Baru je baik dah gaduh lagi.

Hayoung keluar dari bilik Sehun dengan perasaan kecewa plus sedih. Kalau ikutkan disitu juga dia nak nangis tapi dia tak naklah menangis depan semua orang. Nanti orang cakap Sehun tak terima cinta dia. Yelah. Bos mereka hot.

"Hyung. Hun keluar jap. Hun tak tahu pukul berapa Hun balik ofis. So hyung handle lah apa yang patut" Sehun keluar mengejar Hayoung yang kemungkinan dah sampai di lobi. Nasiblah dia ada private lif. Tak perlu nak tunggu tunggu.

Seperti yang Sehun agak, Hayoung dah sampai di lobi. Perempuan tu jalan macam orang baru putus cinta dan dia tahu Hayoung menangis. Sebenarnya dia saja je nak kenakan Hayoung. Dia tak marah pun. Happy lagi adalah. Tapi tak tahu pulak jadi macam ni.

Belum sempat Hayoung membuka pintu keretanya, Sehun sudah memeluknya dari belakang. Bau perfume pun dah boleh tahu orang yang peluk dia sekarang ni ialah Sehun.

"Thanks for your comeback sweetheart. I really happy to see you earlier. You've made my day sweetheart" bisik Sehun. Hayoung memusing badannya menghadap Sehun.

"Bukannya awak marah saya ke tadi?" tanya Hayoung dengan muka tak bersalah.

"Mana ada saya marah awak. Saya saja nak kenakan awak. Tapi awak still dikenakan hukuman sebab balik sini tak bagitahu saya"

"Dah nama pun kejutan, mana boleh bagita..."

Chu~

Tbc

Well sorry baru tanya. Korang suka x couple² dlm cite ni. Saya just takut korang tak suka. Sorrylah dah berabad baru saya nk tanya✌

#MASHIE에이핑크

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro