Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 35

Sejun membawa Hera jalan jalan. Sejujurnya dia tak sampai hati nak tengok Hera sedih nanti. Kenapalah dia ada ibu macam Taeyeon. Kesian Hera. Kecil kecil lagi dah ada keluarga yang berpecah belah ni. Sejun melihat Hera yang sedang memakan aiskrim.

"Hai aunty" Sejun menyapa ibu Sana yang sedang bersantai di taman rumahnya bersama Sana.

"Eh Sejun. Meh duduk sini. Siapa budak kecil ni?" tanya ibu Sana.

Sejun dan Hera duduk dengan ibu Sana dan Sana.

"Ni Hera anak Baekhyun hyung" jelas Sejun. Ibu Sana senyum.

"Hai nenek hai..." Hera berhenti melihat Sana. Dia tak tahu nak panggil Sana dengan sebutan apa.

"Uncle Jun. Hera nak panggil apa perempuan cantik ni?" Sejun senyum. Hera cakap Sana cantik. Memang pun.

"Panggil aunty sebab dia sama umur dengan uncle Jun"

Aunty? Tua sangat ke aku? Yang Sejun ni pun satu, saja nak kenakan aku. Aunty? apa barang!

"Nama aunty Sana. Panggil aunty Sana je" Sana mencubit pipi Hera. Geram. Comel sangat si Hera ni.

"Sebenarnya Jun datang sini nak minta tolong sikit"

"Jun nak aunty tolong apa?" tanya ibu Sana.

"Jun nak minta tolong jaga Hera malam ni. Dalam pukul 11 Jun datang ambil dia balik. Ada family matters sikit malam ni dan Jun tak nak Hera ada. Yelah dia budak lagi" ibu Sana faham. Cara Sejun cakap pun macam sedih je bunyinya. Serius ke masalah keluarga Sejun.

"Hera nak tak tinggal dengan nenek malam ni? Rumah nenek ada banyak makanan. Aiskrim pun ada" ibu Sana cuba memujuk Hera. Sejun pun takut Hera tak nak tinggal sini.

"Hera nak sebab aunty cantik ada sekali" lega hati Sejun. Ibu Sana senyum.

"Hera pun comel. Malam ni kita makan aiskrim sama sama" Hera apa lagi, melompatlah dia dengar Sana cakap macam tu.

"Jom Hera kita masuk dalam. Nenek ada buatkan kek" ajak ibu Sana. Saja nak bagi masa Sejun dan Sana berduaan.

"Aunty cantik tak nak makan kek?"

Aunty cantik aunty cantik. Dekat aku tak nak pula panggil uncle handsome. Bertuah punya anak saudara.

"Takpelah. Hera makan dulu. Nanti aunty join"

"Ok aunty!" Hera masuk bersama ibu Sana.

"Thanks sayang" Sana hanya senyum. Dia baru couple dengan Sejun tiga hari lalu.

"Kalau boleh saya tahu, apa masalah awak sampai perlu hantar Hera ke sini?" tanya Sana. Nak tahu juga.

Sejun diam. Sana serba salah. Apalah kau Sana. Busybody betullah kau ni! Kau tak patut masuk campur hal keluarga dia. Kau dengan dia couple je pun. Bukannya kahwin. Kau tak ada hak nak tahu.

"Saya minta maaf awak. Saya tak patut tanya soalan macam ni. Tapi kalau awak perlukan seseorang untuk luahkan atau share cerita, jangan lupa datang sini. Pintu rumah saya selalu terbuka untuk awak" Sana menggenggam tangan Sejun. Dia tahu Sejun dalam keadaan serabut sekarang.

"Awak tahu tak bertapa beruntungnya saya ada kekasih macam awak ni. Selalu faham saya walaupun kita baru kenal" pipi Sana merah. Sejun pujilah pulak. Mana nak letak muka ni.

"Janganlah puji sangat. Tak boleh tidur saya malam ni" sempat lagi Sana bergurau. Niatnya cuma nak menghiburkan Sejun.

Sejun ketawa.

"Jomlah masuk. Well. Saya yang buat kek tu. Saya ingat nak hantar rumah awak tadi. Tak sangka pula awak dah datang"

"Mesti sedap kan? Kek apa? Kalau kek cheese saya tak makan"

"Tahu sebab tulah saya buat kek coklat"

"Mana awak tahu saya tak makan?" Sana memandang ke arah lain. Tak kanlah dia nak cakap dia tanya Jungkook semalam. Malulah dia.

"Sayang. Saya tanya awak ni" Sejun sengaja mengusik Sana. Dia tahu Sana tanya Jungkook semalam sebab Jungkook bagitahu pagi tadi.

"Saya...saya teka aje. Tak tahu pulak tekaan saya tepat" Sejun senyum. Comellah Sana ni. Gigit baru tahu.

Plan kedua Jungkook dan Sejun dijalankan. Mereka menyediakan apa yang patut. Semua berkumpul diruang tamu. Sehun, Suho dan Chorong juga sudah sampai. Awal tu mereka tak nak datang tapi Sejun dan Jungkook pujuk juga mereka supaya datang. Semua tertunggu tunggu movie apa yang Jungkook dan Sejun nak tunjuk. Dua orang tu siap beli popcorn lagi dan mengambil tempat dibwah di bahagian hadapan. Ada yang duduk diatas sofa dan ada juga yang berdiri.

Jungkook memasukkan CD itu di dalam DVD. Semua membuat muka biasa termasuk Taeyeon yang tidak tahu ni semua rancangan untuk kenakan dia balik. Mereka mengadap ke arah TV 40 inci itu. Memang jelaslah.

"Kookie nak tunjuk video apa ni?" tanya Jihyo. Pening dengan dua orang anak lelaki dia ni.

"Ibu tengok aje. Mana tahu nanti ibu berminat nak ambil pelakon utama dalam movie ni jadi orang gaji ibu" kata Jungkook selamba.

"Ada ada aje kamu ni kan Kookie, Sejun" Sejun hanya diam. Mereka pun belum tengok lagi video ni secara full. Yelah. Hari tu ambil cepat cepat takut Jihyo tahu mereka pergi bilik kawalan.

Video itu pun telahpun bermula. Video mereka adakan party semasa Jihyo dan Gary tiada dirumah. Bermula dari Tzuyu memanggil Hayoung lepas tu Taeyeon campakkan air dimuka Hayoung. Memang terkejut Taeyeon. Tak tahu pula disitu ada cctv. Sehun tidak memberi sebarang respon sebab dia dah tengok secara live hari tu, depan mata dia sendiri. Nak je Taeyeon pergi dari situ. Tapi niat dia terbatal bila tengok Jihyo dan Gary. Semua diam dan sambung tengok video itu.

Video seterusnya seorang lelaki yang agak misteri datang ke arah Yuri lalu memeluk Yuri masa hari perkahwinan Xiumin dan Tiffany yang diadakan di hotel. Taeyeon pula mengambil gambar secara diam. Yuri juga tak percaya bila tengok video tu. Jelas jelas tu Taeyeon. Luhan pula malu sebab tuduh isteri dia bukan bukan. Video ni lain sikit. Jungkook dan Sejun minta dengan pihak hotel. Susah sikit nak dapat video ni. Tapi demi keluarga mereka.

"Yah! Kim Taeyeon!!" Yuri menarik rambut Taeyeon. Kalau bukan sebab Luhan pegang Yuri, rasanya dah arwah si Taeyeon tu.

"Sabar wife. Kita tengok dulu apalagi yang dibuat belakang kita semua" Baekhyun juga diam. Diam sebab marah. Marah sangat sangat!

Seterusnya video Sejun kena langgar sampai patah kaki masa dalam perjalanan hantar Sana balik rumah. Rupanya Taeyeon upah seorang lelaki untuk melanggar Sejun. Jihyo bersabar lagi. Anak kesayangan dia tu. Sejun hanya makan popcorn. Biarlah Taeyeon kena dengan ibu dia nanti. Tak payah nak susah susah.

Banyak lagi video Taeyeon yang sedang berbuat jahat. Sampailah video yang terakhir iaitu video Chorong dan Nayeon difitnah. Memang Taeyeon yang memasukkan racun semasa Chorong pergi ke bilik air. Dan Chorong yang tak tahu hanya bawa naik dan Eunji minum. Puas hati Chorong tengok. Chanyeol merasa bersalah. Malunya. Dah lah dia hina Chorong hari tu.

Lepas tu video Taeyeon keluar dari bilik Gary dan Jihyo sambil membawa beberapa kertas. Kemudian Taeyeon masuk ke dalam bilik Nayeon. Nayeon melihat Taeyeon. Benci gila tengok muka dia! Taeyeon menundukkan kepalanya. Selepas habis semua video tu, semua mata tertuju kepadanya. Baekhyun menarik lengan Taeyeon dan bangun dari situ.

"Lepaslah awak. Sakit" rayu Taeyeon. Baekhyun berhenti menarik Taeyeon.

Terus satu tamparan melekat di pipi Taeyeon. Taeyeon menangis. Yang lain juga turut melihat. Tak nak lepas drama terbaik ni. Jungkook dan Sejun makan popcorn.

"Aku tak sangka aku ada isteri sekeji kau! Perangai mengalahkan syaitan. Ouh jap. Kau tak layak aku sebut sebagai isteri!"

"Awak saya boleh jelaskan semua ni" rayu Taeyeon sambil memegang pipinya yang ditampar Baekhyun tadi.

"No! Aku tak nak dengar semua tu!" Baekhyun menarik rambut Taeyeon pula.

"Kau tahu tak aku tak tahu nak letak mana muka aku depan semua keluarga aku. Aku malu! Malu ada isteri macam kau!" marah yang ditahan tadi semua dikeluarkan.

"Memandangkan semua dah ada disini. Baek nak korang jadi saksi yang perempuan ni bukan lagi isteri Baek! Baek nak minta maaf kepada semua sebab dah anggap korang bukan bukan. Terutama Sehun, Suho hyung dan Chorong noona. Baek minta maaf. Dan Sejun, hyung minta maaf juga. Betul cakap kau. Kau tak patut hormat perempuan macam ni!" Sejun hanya membuat muka biasa. Tak tahu nak cakap apa.

Baekhyun terus pergi dari rumah tu. Mungkin nak tenangkan diri dulu.

"Awak! Nak pergi mana?" Taeyeon nak kejar Baekhyun tapi Nayeon menghalangnya.

"Unnie nak pergi mana? Kami semua belum selesai dengan unnie. Especially ibu" Jihyo yang diam dari tadi akhirnya bangun.

Kali kedua pipi Taeyeon ditampar. Tadi Baekhyun tampar, ni Jihyo pula. Macam mana kalau Chorong, Eunji dengan Nayeon juga buat benda yang sama. Mati dia malam ni.

"Aku tak sangka dalam diam kau buat semua ni. Hebatlah kau. Aku bagi tiga bintang kat kau sebab dah berjaya masuk keluarga aku dan berjaya porak perandakan keluarga aku. Patutlah masa kau kahwin dengan Baekhyun dulu hati aku lain. Aku tak sedap hati. Rupanya sebab ni. Wah! Susah aku nak percaya semua ni. Nasib aku tak ada serangan jantung. Kalau tak kau mesti seronok sebab tengok aku mati katak depan kau" Taeyeon diam dan menangis.

"Saya minta maaf ibu" rayu Taeyeon. Taeyeon memeluk kaki Jihyo. Berharap Jihyo maafkan dia.

"Apa? Berani kau panggil aku ibu lagi! Aku nak malam ni juga kau angkat kaki dari rumah aku! Aku tak nak tengok muka kau! Berambus dari sini. Harap muka je lawa tapi perangai macam ketua setan!" Taeyeon berdiri dan melangkah keluar dari rumah besar itu. Puas hati semua orang melihat Taeyeon pergi dari rumah ini.

Tbc

Dlm byk² part, part ni paling susah saya buat. Sakit otak do. Mungkin korang tengok simple tapi...wah! Akhirnya siap juga.

#MASHIE에이핑크

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro