Chapter 34
Dah nak dekat sejam Yeri tunggu boyfriend kesayangan dia tu datang tapi tak datang datang juga. Semalam dia yang beria ria ajak Yeri datang sini. Last last dia yang tak datang. Yeri melihat jam tangannya. Kalau dalam 10 minit Jungkook tak datang, dia balik. Tak guna pun tunggu. Yeri menunggu lagi. Seronok kalau waktu petang lepak sini sebab pengunjung ramai. Tempat famous lah katakan. Tapi pasangan couplelah yang paling banyak. Dah lebih 10 minit berlalu. Jungkook tak datang juga.
Fine! Lepas ni jangan harap aku nak datang kalau dia ajak jumpa. Macam nak nangis je. Dia tak tahu ke yang aku ni rindu gila dengan dia. Sekolah pun jarang datang. Kenapalah Jungkook jadi macam ni akhir akhir ni? Dia dah tak sayangkan aku ke? Dia dah ada perempuan lain ke? Kalau ada pun, cakaplah!
Yeri terus balik ke rumah dia. Hilang mood dia nak makan aiskrim McFlurry. Ingat nak makan dengan Jungkook tadi. Tapi lain pulak jadi.
Malam tiba, Sejun dan Jungkook menjalankan misi mereka seperti yang mereka bincang tengahari tadi. Mereka ke bilik kawalan di tingkat atas. Kalau tak silap, ada sorang pekerja yang Jihyo upah untuk mengawal cctv. Pekerja tu jarang tunjuk muka dia dalam rumah. Jadi tak hairanlah kalau Taeyeon tak pernah tahu. Besar doh bilik ni. Siap ada dapur dengan bilik mandi lagi. Patutlah lelaki ni jarang keluar. Semua dah lengkap dalam ni.
"Hello uncle" sapa Jungkook kepada pekerja lelaki itu. Gerun juga tengok muka dia.
"Korang ada perlu apa datang sini. Bukan ke ni kawasan larangan" muka lelaki itu serius.
"Sebenarnya...sebenarnya..." Jungkook tak boleh teruskan ayat dia kerana terlampau takut.
"Sebenarnya apa?" kata lelaki itu dengan tegas. Sejun dan Jungkook terkejut.
"Sebenarnya kami berdua nak ambil video dari cctv ni untuk selamatkan keluarga kami" jelas Sejun.
"Hmm baguslah tu. Aku pun dah sakit mata tengok perempuan tu buat kerja jahat. Aku dah lama tahu pasal ni. Tapi aku diam sebab tak nak masuk campur hal keluarga korang. Akhirnya ada juga antara korang yang sedar dan datang ke sini" lega hati mereka berdua mendengarnya. Ingat uncle ni nak pukul dorang dulu.
Lelaki itu membantu mereka mengambil video itu selepas Jungkook memberi satu CD kosong. Dia memasukkan semua video Taeyeon yang sedang berbuat jahat ke dalam CD mengikut tarikh. Habislah kau Taeyeon lepas ni. Masak mereka kerjakan nanti.
"Terima kasih uncle. Kami pun baru terfikir pasal cctv ni. Sekali lagi terima kasih uncle sebab dah sudi tolong kami berdua ni" mereka menunduk hormat. Lelaki itu hanya mengangguk.
Mereka turun ke bawah semula. Puas hati sebab dah dapat semua video tu. Habislah kau Taeyeon lepas ni. Harap harap Jihyo dengan Gary tak tahu yang mereka naik ke bilik kawalan malam ni. Kalau Jihyo tahu, mati mereka. Sakit telinga dengar Jihyo bebel nanti.
"So apa plan kau seterusnya?" tanya Sejun. Jungkook hanya senyum jahat.
Sebelum ke sekolah, Jungkook akan memastikan bahawa CD semalam selamat di tempat persembunyiannya iaitu di belakang frame yang tergantung di dinding. Selagi orang tak sentuh frame tu, selagi tu CD tu akan selamat. Tidak lupa juga bilik itu dikunci.
"Hai sayang" Jungkook menyapa Yeri yang kebetulan baru turun dari bas. Tapi Yeri hanya buat tak tahu dengan Jungkook. Dia ada buat salah ke? Fikir Jungkook.
"Babe!...sayang!" Jungkook memanggil lagi. Dia berlari mendapatkan Yeri. Tangan Yeri ditarik supaya berhenti berjalan.
"Kenapa ni babe?" tanya Jungkook lembut.
"Babe babe! Bab*" jerit Yeri. Ambik kau! Jungkook terkejut dengan perubahan Yeri.
"Saya ada buat salah..oh my gad! Semalam saya lupa datang. Babe sorry" pujuk Jungkook. Yeri menarik tangannya dengan kasar.
"Listen Jungkook. If you have another woman behind me, please let me know. Tak adalah saya tunggu awak macam tiang elektrik tak laku semalam!" Yeri marah. Dia dah tak boleh tahan dengan perangai Jungkook.
"Apa awak cakap ni sayang. Saya boleh explain lah. Let me explain please..." Jungkook tidak putus asa memujuk Yeri. Dia sayang weh dengan Yeri.
"No. No need. I don't want to hear your stupid explanation. Start from now on, we're over. Nothing is going to happens after this" Jungkook rasa hati dia kena toreh macam toreh getah. Sakit weh!
"One more. Don't you dare to show your face in front of me. I hate you. Really really!" Yeri menayangkan muka menyampah. Jungkook hanya diam. Tak mampu berkata kata bila orang yang dia sayang dah pun bencikan dia.
Hayoung sedang berjalan di sebuah taman yang menjadi tarikan pelancong di Dubai. Hari ni dia cuti. Jadi dia bercadang nak santai santai disini. Seronok tengok budak budak lari sambil bawa belon. Tiba tiba seorang budak datang lalu menghulurkan belon yang berwarna merah dan juga disertakan kad. Di belon tu ada tulisan I love you. Manakala di kad itu tertulis will you marry me beautiful?
Hayoung mengangkat kepalanya untuk mencari siapa yang bagi dia semua ni. Tapi penglihatan dia terhalang dengan seorang lelaki yang memegang bunga dihadapannya. Dia tak nampak muka lelaki tu sebab lelaki tu letak bunga betul betul hadapan muka. Hayoung menilik lelaki itu. Kalau dari segi fizikal, dia tahu siapa lelaki ni. Jatuh air matanya. Akhirnya lelaki itu menunjukkan wajahnya. Bertambah nangis Hayoung dibuatnya.
"Hi wife" dalam dunia sorang je lelaki panggil dia dengan panggilan tu. Siapa lagi kalau bukan Sehun. Hayoung diam. Lidah dia kelu.
"Kenapa nangis ni? Tak comellah nanti" Hayoung senyum dalam tangisannya.
Tanpa membuang masa, tubuh Sehun dipeluk erat. Rindunya dengan Sehun.
"Macam mana husband tahu wife ada sini?" tanya Hayoung.
"Adalah buat siasatan sikit. Hihi. Wife ingat tak apa yang husband tulis sebelum ni?" Hayoung menggeleng kepalanya. Yang mana satu?
"Once I found you, I won't let you go" Hayoung baru ingat. Sehun ada tulis macam tu.
"So?"
"So will you be my wife for real Oh Hayoung?" Sehun melutut depan Hayoung. Para pengunjung disitu juga tak lepas moment mereka berdua. Semua terharu. Mungkin bagi mereka Sehun seorang lelaki yang sweet.
Kalau pengunjung pun terharu apatahlagi Hayoung. Air mata Hayoung jatuh lagi. Kali ni air mata bahagia. Bahagia kerana impian dia selama ni akan tertunai. Kalau dulu dia PA Sehun, sekarang ni dia akan jadi PA Sehun seumur hidup. Susah senang dengan Sehun. Tak sabar dia nak mulakan hidup baru dengan Sehun.
"Just say yes!" kata salah seorang pengunjung.
"Please accept him as your husband lady!" seorang pengunjung lagi berkata.
"Yes. He will be a good husband for you!" tambah mereka lagi. Sehun tak sangka yang dia akan mendapat sambutan macam ni. Macam drama pulak. Hihi.
"Yes yes yes!" Hayoung mengambil bunga dari Sehun dan memeluk Sehun di depan orang ramai. Semua bertepuk tangan. Ada yang menangis sebab terharu dan ada juga mengambil gambar mereka.
Hayoung melepaskan pelukan mereka. Sehun mengajak Hayoung duduk di sebuah bangku yang disediakan disitu. Pengunjung mula bersurai.
"Malu wife tadi. Tapi apapun, husband sweet sangat tadi" pipi Hayoung merah.
"Kalau sweet bagilah hadiah. Kiss maybe?" Hayoung memukul lengan Sehun.
"Malulah" Hayoung menutup mukanya.
"So comel" Sehun senyum. Bahagia sebab Hayoung terima lamaran dia. Sejujurnya dia agak takut dan gementar tadi. Dia takut Hayoung tidak terima lamaran dia dan dia tak boleh lupakan Hayoung. Brrr! Tak boleh bayang weh!
"Husband tinggal sini berapa hari?"
"Sekejap lagi baliklah. Kenapa? Takut rindu?" Sehun memeluk bahu Hayoung. Hayoung mencebik.
"Siapa yang nak rindu dia"
"Mengaku jelah" Sehun mencubit pipi Hayoung.
"Mana ada" tipu Hayoung. Sejujurnya dia nak Sehun tinggal sini lebih lama.
"Husband kena balik juga. Sejun cakap malam esok ada pertunjukan dirumah. Husband pun tak tahu apa maksud dia. Tapi dia minta sangat husband balik. Dia cakap rugi kalau tak tengok pertunjukan tu" jelas Sehun. Hayoung hanya mengangguk.
"Ada ada je si Sejun tu kan"
"Wife bila nak balik?" Dah lama Hayoung menetap di Dubai ni. Tak nak pulang ke tanahair ke.
"Tengoklah. Malas pula nak balik. Nak tinggal sini teruslah senang"
"Oit! merajuk ke? Alaa.. husband janji, husband akan datang sini balik secepat mungkin" aip kenapa Hayoung merajuk pulak.
"Haha saja je nak kenakan husband. Wife tak kisah husband nak datang sini bila pun. Husband datang ni pun dah cukup baik. Wife tak nak susahkan husband. Take your time" Hayoung senyum.
"Thanks wife. Sebenarnya husband ada banyak kerja perlu dibuat. Yelah. Dah lama husband tinggal company husband tu. Kesian Youngdoo kena buat kerja sorang sorang" muka Hayoung berubah.
"Ni mesti sebab wife kan? Kalau wife tak tinggal husband dulu, mungkin ni tak kan jadi. Kesian husband" Hayoung memeluk Sehun.
"Tak adalah. Wife tak salah pun"
Tbc
Rasa mcm tak nak tamatkan pula cite ni. Hmm.
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro