Chapter 33
Sejun membuka matanya. Dah pagi rupanya. Siapa peluk dia ni?
"Weh! Asal kau peluk aku bodoh! Gelilah!" Jungkook terjaga dari tidurnya. Siapa bising pagi pagi ni. Ganggu betullah.
"Ingat dah tak nak bangun dah" mereka melihat ke arah sumber suara itu.
"Aarghhh!!" Kalau campur yang semalam, dah kali keempat mereka menjerit macam perempuan.
"Pontianak! Ibu!!" jerit mereka sama sama.
Tiba tiba satu pukulan mendarat diatas kepala mereka berdua. Mereka tersedar.
"Tahu pun panggil ibu. Ingat dah tak sayang ibu" kata Jihyo.
"Mana ada. Kitorang sayang ibu tapi tulah" Jungkook tidak sambung ayatnya. Cakap nanti lain pulak jadinya.
"Ibu tahu ibu dah abaikan kamu berdua. Terutama kamu Sejun. Ibu minta maaf kalau ibu lebih pentingkan kerja" sedih hati Sejun mendengarnya. Sepatutnya dia yang minta maaf. Walaupun Jihyo dah banyak buat salah tapi dia tak boleh layan Jihyo macam ni. Jihyo ibu dia.
"Jun minta maaf ibu kalau selama ni Jun kurang adab dengan ibu" Sejun memeluk Jihyo. Dah lama dia tak peluk Jihyo macam ni.
"Kookie join boleh?" Jungkook menayangkan gigi putihnya.
"Eh sorry. Ibu lupa. Kookie pun anak ibu juga. Apa salahnya" mereka bertiga berpelukan. Rupanya Gary menyaksikan drama yang tak ada pengarah ni di balik pintu. Lega hatinya.
"Ibu. Semalam Jun nak nampak hantu" Sejun merengek manja. Jihyo menggeleng kepalanya. Sejun ni memang dari dulu penakut.
"Kookie pun"
"Alo kesiannya anak ibu. Pergi mana malam tadi? Dan macam mana anak anak ibu ni boleh tidur sebilik?" Mula mula masuk tadi pun Jihyo terkejut. Betul ke ni Sejun dengan Jungkook. Setahu dia dua orang ni tak boleh dekat. Bergaduh je kerja mereka.
"Nantilah kitorang explain. Hari ni kita sarapan apa bu?" Jungkook mengalih perhatian Jihyo. Gila kau nak bagitahu plan dorang. Hancur nanti.
"Ouh ibu lupa. Hari ni ibu masak makanan kesukaan kamu berdua. So mandi dulu. Pas tu turun makan sama sama"
"Dah pukul 10 ni ibu. Hyung tak pergi kerja ke?" tanya Jungkook. Jihyo senyum.
"Dorang semua dah pergi. Kita makan dengan daddy je hari ni. Kenapa? Kookie tak nak makan dengan ibu ke?"
"Eh! Mana ada"
"Ibu!! Jun lupa something lah!" Sejun mencari telefonnya macam cacing kepanasan. Jihyo dan Jungkook juga pelik. Tiba tiba telefon dia bunyi. Rupanya ada bawah bantal. Sejun menepuk dahinya melihat nama si pemanggil. Sedia telinga jelah.
"Hello..."
"Yah!!!" Sejun menjauhkan semula telefon dari telinganya. Boleh pekak telinga dia macam ni.
"Jun minta maaf hyung"
"Kau pergi mana hah! Aku nak kau balik sekarang juga. Aku nak pergi kerja bodoh!" siapa lagi kalau bukan tuan punya kereta.
"Alaa hyung. Hyung pergi dengan Suho hyung dulu. Pukul 12 nanti Jun pergi hantar di ofis hyung" rayu Sejun.
"Tak boleh!" marah Sehun. Orang bagi pinjam kereta dia buat macam ni pula.
"Please Sehun hyung" rayu Sejun lagi. Jihyo hanya diam mendengar nama anaknya yang sorang itu. Dah lama dia tak melihat wajah Sehun.
"Fine! Tepat pukul 12 tengahari aku nak kunci kereta ada di atas meja aku. Faham?!"
"Baik Sehun hyung. Saaaaayangg hyung!"
"Bwekk! Gelilah bodoh!" Sejun ketawa.
"Asal?" tanya Jungkook.
"Sehun hyung. Dia nak kereta dia balik" Sejun perasan perubahan Jihyo bila dengar nama Sehun.
"Tulah kau. Pinjam kereta orang tak nak bagi balik" sindir Jungkook.
"Kau punya pasallah ni!" marah Sejun balik.
Jihyo menggeleng kepalanya.
"Sudah sudah. Pergi mandi. Daddy dah tunggu kat bawah tu" Jihyo keluar dari bilik Sejun.
"Kau tunggu apa lagi. Blah lah!" Jungkook masih ketawa.
"Okay bro. Aku caw dulu!" Sejun mencampak bantal ke arah Jungkook dan tepat kena kepala Jungkook. Jungkook ketawa lagi.
Tzuyu masuk ke dalam bilik Eunji. Dia bosan sejak Chorong keluar dari rumah ni. Kalau tak bolehlah juga gosip gosip. Ni semua Taeyeon punya pasal. Apalah motif dia buat semua ni? Apa yang dia dapat lepas dia menghuruharakan keluarga besar ni. Sampai sekarang Tzuyu tak dapat jawapan dia.
"Unnie sihat?" Tzuyu melabuhkan punggungnya di sebelah Eunji.
"Bolehlah. Rasa macam dah baik sikit" Eunji senyum.
"Kalau Zuyu tanya unnie jangan marah pula"
"Zuyu nak tanya apa?"
"Unnie percaya yang Chorong unnie buat semua ni?" Tzuyu tak kisah kalau dia kena marah sebab bangkitkan masalah yang lepas.
"Tak. Sedikitpun unnie tak percaya. Unnie tahu Chorong unnie tak kan buat macam tu. Dia baik orangnya. Unnie dah lama kenal dia" lega hati Tzuyu mendengarnya. Dia ingat Eunji percaya cakap Taeyeon. Hishh! Perempuan tu memang nak kenalah.
"Zuyu pun tak percaya. Tapi Taeyeon tu memang kejamlah. Kesian unnie" Eunji hanya tersenyum tawar. Kalau dia dah betul betul sihat, dah lama dia tarik tarik rambut Taeyeon.
"Tak pelah Zuyu. Ni semua takdir. Unnie dengan oppa dah boleh terima" Tzuyu bangga dapat kenal Eunji. Hati Eunji ni memang baik. Eunji juga tabah. Kalau dia, setiap hari meraung agaknya. Nasib dia tak mengandung lagi.
"Zuyu memang tak nak sambung belajar ke?" tanya Eunji tiba tiba.
"Rasanya tak kut. Mingyu oppa tak kasi Zuyu belajar. Unnie tahu tak, sekarang baru Zuyu faham kenapa parents Zuyu izinkan Zuyu kahwin awal. Rupanya sebab Mingyu dah berjaya yakinkan parents Zuyu. Dorang cakap, kalau dorang dah tak ada nanti, sekurang kurangnya dah ada orang yang akan jaga Zuyu. Zuyu sedih dengar parents Zuyu cakap macam tu" Tzuyu menangis. Eunji memeluk Tzuyu.
"Ibu bapa selalu tahu apa yang terbaik untuk anak mereka. Jadi unnie harap Tzuyu tak menyesal kahwin awal" Tzuyu menggeleng kepalanya di dalam pelukan Eunji.
"Tak. Zuyu tak akan pernah ada perasaan macam tu. Zuyu bahagia sekarang dengan Mingyu oppa" jawab Tzuyu. Eunji senyum.
"Unnie pun boleh nampak bertapa sayangnya Mingyu dengan Zuyu. Bertuah Zuyu" pipi Tzuyu merah. Sengaja Eunji menyakat Tzuyu. Comel sangat.
Seperti yang Jungkook beritahu, dia dan Sejun akan berjumpa di Subway. Benda macam ni tak boleh cakap dirumah. Dengar dek Taeyeon tak ke naya namanya tu. Mission fail! Dan keluarga mereka sampai bila bila akan tetap macam tu.
"Kau tahu tak perempuan tu buat masalah lagi lepas kau pergi hantar kereta Sehun hyung tadi" Jungkook meminum air yang dipesannya tadi.
"Iya? Apa pulak yang perempuan tu buat kali ni?" tanya Sejun. Si Taeyeon ni memang tak serik seriklah!
"Dia letak dokumen penting pasal harta keluarga kita dalam almari baju Nayeon. So, kau tahu kan lepas tu apa jadi. Tapi nasib ibu tak halau Nayeon. Itupun sebab dia sendiri yang pujuk ibu. Agaknya dia nak bagi amaran dengan Nayeon untuk tak melawan dia. Entah apa yang Nayeon buat kat dia sampai dia sanggup fitnah Nayeon macam tu" jelas Jungkook.
"Hish! Perempuan ni memang nak makan penumbuk aku. Eleh! Kalau Nayeon tu tak buat apa apa dengan dia pun dia tetap fitnah Nayeon. Perempuan tak guna memang macam tu" Sejun tak boleh sabar dah ni. Siap kau Taeyeon aku kerjakan nanti.
"So aku nak jalankan plan kita malam ni juga"
"Apa plan kau?"
"Malam ni kita pergi bilik kawalan cctv tingkat atas. Kita kumpul semua video. Pas tu kita jadikan satu CD. Amacam?" Jungkook tersenyum jahat.
"Terbaiklah plan kau. Perempuan ni bodoh jugak kan. Ke dia memang tak tahu yang rumah kita tu penuh dengan cctv" Jungkook mengangkat bahunya dan sambung meminum airnya.
"Plan seterusnya aku bagitahu lain. Malam ni, yang tu je kerja kita" Sejun mengangguk. Burger Subway dimakannya.
"Jap. Aku baru ingat. Makanan ni semua siapa yang nak bayar?" tanya Jungkook.
"Kaulah bayar. Kau yang ajak aku datang sini kan" jawab Sejun selamba.
"Kau jangan buat hal. Aku tak ada duit. Aku belum minta duit dengan daddy untuk bulan ni" Sejun mengangkat bahunya.
"Itu kau punya pasal. Lagipun aku tak bawa dompet. Tertinggal dirumah Suho hyung. So bro. Aku caw dulu" Sejun melangkah keluar dari cafe dengan selamba.
"Tak guna punya saudara tiri. Aku nak kenakan dia, last last aku yang kena balik" Jungkook membayar semua makanan. Sebenarnya awal awal lagi dia dah minta duit untuk bulan ni dengan Gary.
Jungkook keluar dari cafe selepas membayar semua makanan. Rupanya Sejun belum balik. Sekarang ni Sejun tengah berdiri sambil membuat peace.
"Kau dah bayar semua?" tanya Sejun.
"Yelah. Kalau tak bayar nanti tak pasal pasal kena cuci pinggan" Sejun ketawa.
"Sebenarnya aku bawa dompet. Saja nak kenakan kau. Dah lama aku tak kenakan kau macam ni" wah! Panas telinga Jungkook mendengarnya. Nak je dia pukul Sejun macam dulu.
"Ala chill la bro. Bukan selalu kau belanja aku. Nanti aku belanja kau pulak" pujuk Sejun.
"Janji? Kalau kau tak belanja aku nanti siap aku kerjakan kau" Jungkook memberi amaran.
"Sure. Kau cakap je kau nak makan kat mana. Restoran mahal pun aku tak kisah"
"Yelah tu. Entah betul entah tidak" Jungkook buat muka menyampah.
Tbc
Wah! Tak sangka cepat juga saya update. Ingat cite ni macam kura kura lagi. Anyway, thanks ^^
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro