Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 32

Sejak Sehun dan Sejun tahu alamat rumah Suho, mereka selalu berkunjung ke rumah Suho. Bukan berkunjung tetapi tinggal dirumah Suho. Dah macam rumah sendiri dah. Suho tak puas hati tapi Chorong lebih suka dua orang adik iparnya datang rumah mereka. Tak lah sunyi sangat kalau Suho pergi kerja. Tapi Sejun dan Sehun tetap kena kongsi bilik. Suho sengaja tak nak beli katil di bilik satu lagi. Pandan muka! Tapi Sehun dan Sejun buat tak tahu. Katil di bilik mereka sekarang ni cukup besar untuk mereka berdua. King size kut!

"Jun. Kau punya fon bisinglah" bukan Sehun je rasa bising. Sejun sendiri pun rasa menyampah. Malaun mana yang call dia ni?!

"Entah! Siapa pula yang call malam malam macam ni? Orang nak tidur pun tak senang" Sejun mengambil telefonnya dan melihat nama si pemanggil. Terus dia campak telefon dia ke tepi.

"Siapa call?" tanya Sehun.

"Tak penting pun"

"Mana kau tahu tak penting? Macam mana kalau penting?"

"Tak penting. Habis habis pagi esok hyung tengok muka Jun penuh dengan kesan lebam" Sehun dah tahu siapa call. Walaupun dia tak tahu apa punca Jungkook call tapi yang dia tahu mereka akan end up bertumbuk.

Telefon Sejun berbunyi lagi. Bukan call tapi mesej. Dia ni memang sengaja cari pasal kan! Sejun membaca mesej yang dihantar Jungkook.

' asal kau tak angkat call bodoh! Aku ada benda penting nak bagitahu kau. Kalau kau nak keluarga kau macam dulu, kau datang tempat biasa. Sekarang juga! '

Dengan malas Sejun bangun bersiap. Entah betul ke tidak cakap Jungkook. Entah entah sengaja nak kenakan aku.

"Jun nak pergi mana?" tanya Sehun. Pelik sebab tengok Sejun bersiap.

"Jun nak pergi jumpa Jungkook. Ada hal sikit. Hyung pinjam kereta?" Sejun menayangkan muka comel.

"Asal dengan muka kau tu. Macam kerang busuk je. Ambillah kereta hyung tapi kalau apa apa jadi, tanggung sendiri. Make sure jangan bagi calar. Audi tu" Sejun buat muka menyampah. Audi lah sangat. Macamlah tak boleh beli lain kalau apa apa jadi pun. Menyampahlah macam ni!

"Baik Sehun hyung. Bukan setakat calar, nyamuk yang hinggap di kereta hyung pun Jun akan bunuh. Ok. Jun pergi dulu" Sehun ketawa.

Jungkook menunggu Sejun di Sungai Han sambil meminum americano yang sempat dibelinya tadi. Hampir sejam dia tunggu musuh nombor satu dia tu. Tapi tak muncul muncul juga. Tak guna kau Sejun! Kau sengaja buat macam ni. Perangai kau ni memang tak boleh ubahlah. Dia melihat lelaki yang berjalan ke arahnya sambil meminum air yang bercop starbuck. Wah! Kau memang tak guna betullah Sejun!

"Asal kau tak datang esok je" sindir Jungkook.

"Betul ni? Kalau macam tu aku balik dulu. Tidur lagi best" Jungkook membuat muka menyampah.

"Hishh! Sabar jelah dengan kau ni" Sejun meminum airnya dengan selamba.

"Hal penting apa kau nak cakap sampai tak boleh tunggu esok?" tanya Sejun.

"Ok macam ni. Kau tahu kan siapa yang selalu cari masalah dalam rumah kita?" Sejun mengangguk.

"So?"

"So aku nak kita dua kerjasama cari bukti yang noona noona kita tak bersalah" Sejun senyum menyindir.

"Betul ke apa yang aku dengar ni? Kau okay tak? Ke kau belum makan ubat" tepat sekali sangkaan Jungkook. Dia tahu Sejun akan cakap macam ni.

"Okay fine. Aku mengalah. Aku tahu aku dah banyak buat salah dengan kau dan selalu cari pasal dengan kau. Tapi aku baru sedar. Tak guna pun kita gaduh. Aku nak family aku happy macam dulu. Aku minta maaf" Sejun terkejut dengan perubahan Jungkook dan dia tak nampak yang Jungkook main main dengan dia.

"Aku pun fikir macam kau. Aku rindu ibu. Aku rindu family aku yang dulu. Jadi aku pun nak nak minta maaf. Aku pun selalu cari pasal dengan kau jugak" mereka berpelukan seperti sahabat yang lama terpisah. Mungkin ni juga pertama kali mereka berpelukan macam ni.

"Jadi apa plan kau?" tanya Sejun. Tak sabar dia nak halau Taeyeon keluar dari rumah itu.

"Esok kita jumpa di subway tapi kau kena balik rumah"

"Aku ingat kau dah tak buat perangai lama kau. Aku punya sanggup datang sini, last last kau cakap kita bincang esok. Mak cik kau!" Jungkook ketawa.

"Kalau aku tak buat macam ni, kau nak ke datang jumpa musuh kau ni" Sejun senyum. Betul juga cakap Jungkook. Kalau Jungkook tak buat macam ni memang dia tak akan datang. Jangan haraplah.

"Betul jugak. Lagipun dah malam ni. Kau datang dengan apa?"

"Aku datang naik kuda dengan cinderella tadi" jawab Jungkook selamba.

"Tiga bintang. Pandai kau buat lawak tengah tengah malam ni" menyampah Sejun dengan Jungkook ni. Time nilah nak berloyar buruk dengan dia. Orang serius dia main main.

"Tengah malam?" Jungkook melihat sekeliling mereka. Cuma mereka berdua sekarang ni.

"Weh! Kau jangan main main" Jungkook terus lari diikuti dengan Sejun. Mereka sampai di kereta.

"Asal kau lari bodoh!" marah Sejun. Penat pun belum hilang.
Jungkook ketawa.

"Takut cakap jelah takut" sindir Jungkook.

Sejun cepat cepat hidupkan kereta. Jungkook yang tengok juga pelik. Kenapa dengan Sejun ni? Tiba tiba je.

"Asal kau gelabah semacam je ni" tanya Jungkook. Sejun tidak menjawab sebaliknya dia memberi isyarat mata suruh pandang ke sebelah Jungkook.

"Kenapa?" Jungkook memandang ke arah luar.

"Aarghhh!!! Hantu!! Ibu!!!!" mereka menjerit. Tak padan dengan lelaki. Hahaha.

Sejun terus memandu keluar daripada tempat letak kereta di Sungai Han. Gilalah! Pertama kali dalam sejarah mereka tengok hantu secara real. Huu menggerunkan!

Punyalah laju Sejun bawa. 15 minit je dorang dah sampai di halaman rumah Jihyo. Sejun meletakkan kereta Sehun sesuka hati. Mereka berdua terus keluar dari kereta. Password rumah ditekan dengan cepat. Sebaik saja pintu terbuka, mereka terus masuk.

"Aarghhh!" kali kedua mereka menjerit.

"Korang pergi mana baru balik?" tanya Naeun.

Rupanya Naeun. Tak pasal Naeun dicop sebagai hantu oleh Jungkook dan Sejun.

"Asal noona keringkan rambut tengah tengah malam macam ni? Terkejut tahu tak" marah Jungkook. Naeun ketawa.

"Lawaklah korang ni" Naeun terus naik ke biliknya dengan muka tak bersalah.

Mereka masuk ke dalam bilik masing masing. Keduanya rasa tak sedap hati. Tiba tiba satu buku jatuh di dalam bilik Jungkook. Tanpa buang masa dia lari ke bilik sebelah iaitu bilik Sejun.

"Kenapa kau masuk bilik aku ni?" tanya Sejun. Terkejut tengok Jungkook. Dia baru nak baring, tup tup Jungkook masuk.

"Aku takutlah. Suka hati kau nak cakap aku ni apa pun. Kau nak ketawakan aku esok pun aku tak kisah. Sekarang ni aku nak tidur dengan kau" Jungkook terus lompat ke atas katil Sejun.

"Sebenarnya aku pun takut juga. Ada juga orang teman aku tidur malam ni" Sejun pun sama je dengan Jungkook. Sama sama takut.

"Weh! Asal sejuk bilik kau? Kau pasang aircond?" Tiba tiba rasa sejuk.

"Mana ada aku pasang. Kau gila ke" mereka menarik selimut. Jungkook mahupun Sejun, masing masing bergerak rapat antara satu sama lain. Takut punya pasal.

Tiba tiba...

"Weh! Kau nampak apa yang aku nampak sekarang ni?" Muka Jungkook lain.

"Aku nampaklah bodoh!" Sejun melihat seorang perempuan berdiri di depan mereka. Muka buruk plus ada darah di baju.

"Aarghhh!!" Mereka menjerit. Kali ketiga mereka menjerit.

Comforter ditarik menutupi seluruh badan mereka. Tak boleh tidur juga kalau macam ni.

"Ni semua kau punya pasal! Mulut kau tu tak bayar insurans sebelum cakap tadi. Kau tengok sekarang, hantu tu ikut kita balik" marah Sejun. Jungkook pun menyesal cakap macam tu di Sungai Han tadi.

"Mana aku tahu dia ikut kita balik" jawab Jungkook perlahan.

Malam itu mereka tidur dalam ketakutan.

Tbc

Kenapalah saya tulis part ni waktu malam. Sekali dengan saya rasa takut. Hampeh betul!
Anyway baik hati tak saya update dua chapter sekaligus. Actually saya takut esok saya tak dapat update✌

#MASHIE에이핑크

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro