Chapter 31
Sana termenung di taman rumahnya. Ibu dia yang sedang siram pokok disitu juga tak dipedulikan. Apa punya anaklah. Sesekali dia tengok ke arah pintu pagar rumahnya. Kecewa dia apabila tiada siapa disitu. Ibu Sana hanya menggelengkan kepala melihat anaknya yang sorang ni. Monyok je muka. Orang lelaki tengok pun tak nak dengan Sana. Muka tu buruk sangat. Ditambah pula rambut yang diikat dan dibiarkan kusut. Bantal peluknya diletakkan di atas meja lalu kepalanya diletakkan di atas bantal itu. 100% macam budak tak dapat makan aiskrim.
"Orang nak kamu buat tak tahu. Dihalaunya orang itu. Sekarang ni tengok siapa yang rindu siapa" sindir ibu Sana yang sedang menyiram pokok.
"Ibu ni. Mana ada Sana rindu Sejun. Pandai pandai je" Sana mencebik. Main sindir sindir pula.
"Eh! Ibu ada cakap kamu rindukan Sejun ke? Ouh! Sebab nilah diri sendiri tak terurus" Sana membenamkan mukanya diatas batal peluknya. Geram dengan ibu dia. Boleh pula ibu dia kenakan dia.
"Kan Sana dah cakap. Sana bukan rindukan dia" suara Sana terdengar perlahan kerana mukanya dibenamkan di dalam bantal peluk. Tapi ibu dia boleh dengar lagi walaupun agak perlahan.
"Habis tu. Yang tertengok tengok ke arah pagar tu apa ce! Macam tunggu suami tak balik balik. Sana ingat ibu tak tahu ke yang Sana tengah tunggu Sejun. Mengaku jelah"
"Bukanlah!" marah Sana.
"Betul ke aunty, Sana tengah tunggu Jun?" Sana mengangkat mukanya. OMG! My love! Aarghhh! Belum mandi lagi ni. Malulah macam ni.
"Ibuuuu!" Sana terus lari masuk ke dalam rumahnya. Orang yang dia tunggu dah datang.
Ibu Sana dan Sejun ketawa.
"Tengok tu. Bantal peluk dia pun boleh lupa bawa masuk" bebel ibu Sana. Sejun memegang bantal peluk Sana. Comel.
Tiba tiba Sana datang balik dengan menutup mukanya separuh. Hanya mata dia nampak. Bantal peluk dia diambil kasar dari Sejun. Macam manalah dia boleh lupa ambil. Tak guna betul. Malu tahap ayam nak beranak dah ni.
"Tak payahlah pegang orang punya!" Sana masuk ke dalam rumahnya. Sejun hanya senyum. Ibu Sana pula menggeleng kepala melihat anaknya yang sorang ni.
"Tengoklah perangai dia Jun. Macam budak budak" bebel ibu Sana.
"Comel apa aunty. Aunty beruntung ada anak yang comel macam Sana tu"
"Apa apa jelah. Ni. Kenapa kamu baru nampak muka? Pergi mana seminggu ni? Lama tak datang sini" ibu Sana juga turut duduk di bangku berhadapan dengan Sejun.
"Jun tinggal dirumah Suho hyung aunty. Saja tinggal sana" jawab Sejun. Malas nak cerita panjang panjang. Bagi dia ibu Sana tak patut tahu masalah dia dan keluarga dia.
"Ouh! Tapi aunty nampak kamu macam ada masalah je Jun. Kalau kamu ada masalah, boleh share dengan aunty. Kamu ni sama umur macam Sana. Jadi, aunty dah anggap kamu macam anak sendiri" sayu hati Sejun. Seriously dia rindu dengan Jihyo. Jihyo yang suka manja manjakan dia dulu. Tapi sekarang habuk pun tak ada.
"Jun okay aunty. Emm...kalau Jun nak minta sesuatu boleh tak?"
"Kalau aunty mampu bagi, aunty bagi Sejun" kata ibu Sana lembut.
"Boleh aunty peluk Jun" ibu Sana senyum. Sejun ditarik ke dalam pelukannya. Dia tahu Sejun ada masalah dengan keluarga tapi dia tak tahu apa masalah mereka. Biarlah mereka selesai antara mereka.
Sebenarnya Sejun nak menangis tapi dia tahan. Gila kau nak menangis. Hilang macho kalau Sana tengok nanti. Sejujurnya dah lama Jihyo tak peluk dia. Jadi dia terpaksa tumpang kasih dari ibu Sana yang baik hati ni.
Joshua menunggu Mina di restoran makanan laut. Mina bagitahu dia nak makan situ hari ni. Joshua hanya ikut. Sayanglah katakan. Dia juga tak tahu kenapa dia selesa dengan Mina walaupun mereka dah lama terpisah. Mungkin mereka dah ditakdirkan untuk bersama.
"Dah lama tunggu?" tanya Mina sebaik saja duduk. Mina paling tak suka orang tunggu dia. Dia lebih suka dia yang tunggu orang tu.
"Tak lah lama sangat. Saya okay je kalau lama pun. Janji awak datang" Mina senyum. Joshua ni baik sangatlah. Ni makin sayang ni. Oups! Hihi.
"Ada ada jelah awak ni. Awak dah order belum?"
"Dah. Saya order favourite seafood awak. Hari ni saya belanja" wah! Bestlah dapat lelaki macam Joshua. Dapat makan free.
"Hmm bukan hari ni je awak belanja saya. Setiap kali kita keluar awak yang selalu belanja. Bagilah saya chance belanja awak pula. Teringin juga nak belanja orang" Mina berpura pura sedih. Joshua senyum.
"Tak payahlah. Simpan duit awak tu. Ataupun awak belanja kawan kawan awak" Joshua mengutarakan cadangan dia. Mina mencebik. Hish! Nak menang dia juga.
"Saya mana ada kawan. Kalau ada pun kawan macam macam tu je. Saya mana ada kawan baik" Joshua senyum. Macam macamlah Mina ni. Nasib comel.
"Then simpan jelah duit tu. Hari ni saya belanja" jawab Joshua selamba.
"Hmm dah agak saya kalah. Fine awak belanja. Tapi bukan hari ni je. Hari hari lain juga" ambik kau! Nak belanja sangat kan. Padan muka!
"Okay no hal. Apalah sangat awak nak makan" Mina mencebik. Tahulah orang kaya. Duit boleh buat gunung yang paling tinggi dah. Tapi tak payahlah nak tunjuk. Hish!
"Lepas ni saya nak makan di restoran mahal mahal je. Biar habis duit awak. Pandan muka!" Mina menjelir lidahnya. Joshua ketawa. Comellah Mina ni.
"Okay okay awak menang. Emm..pasal hari tu. Awak dah fikirkan belum?"
"Yang mana ya?" Mina berpura pura tak ingat.
"Ala..yang hari tu" Joshua tak berputus asa. Punyalah excited nak tahu jawapan Mina. Last last Mina tak ingat. Merajuklah macam ni.
"Haha..awak merajuk ke? Wah! Tak sangka Myoui Mina berjaya buat anak orang kaya merajuk" Mina ketawa. Dia berhenti bila melihat muka Joshua serius.
"Ekhmm! Sorry sorry. Fine. Saya terima awak. Memandangkan saya pun dah terlanjur cintakan awak, apa salahnya kalau kita bina keluarga kita sendiri. Ye tak?" Dengar macam main main tapi itulah jawapan ikhlas dari hati Mina. Jatuh rahang Joshua mendengarnya. Sejujurnya dia tak beri harapan yang tinggi sangat pada Mina. Mana tahu Mina ada suka lelaki lain. Tapi...
"Are you serious?" tanya Joshua masih dalam mood terkejut.
"Yes I am but please control yourself" Mina memberi amaran. Mana tahu Joshua peluk cium dia depan orang ramai. Tak ke naya namanya tu. Huu..tak boleh bayang.
"Seriously saya tak tahu nak cakap apa. Anyway thanks Mina" itu yang mampu Joshua cakap. Dia happy sangat hari ni.
Sana keluar dari rumahnya selepas selesai mandi. Dia duduk berhadapan dengan Sejun yang dah lama tunggu dia. Sejujurnya dia lega kerana Sejun datang rumahnya. Dia ingat Sejun dah tak sudi tengok muka dia yang lawa ni.
"Ekhmm! Ibu cakap awak tunggu saya. Ada apa?" Sana berpura pura macam nak tak nak cakap dengan Sejun. Biar Sejun pula terkejar kejar dia. Dulu orang nak jual mahal! Tahulah handsome. Hehh!
"Saya nak minta maaf pasal hari tu. Sebenarnya saya dah dengar semua luahan hati awak. Tak sangka awak suka saya?" Sana terkejut. OMG! Malunya. Sana memandang ke arah lain. Muka dia bertukar merah.
"Well itu hari tu. Sekarang saya dah tak sukakan awak" kecewa hati Sejun mendengarnya. Sejun berusaha untuk tersenyum.
"Well nampaknya saya dah terlambat. Tapi sokay. Saya hormat keputusan awak. Yelah. Awak ni cantik, comel. Mestilah awak nak lelaki yang lebih handsome dari saya" Sana tidak memberi sebarang respon. Weh! Aku bukan perempuan macam tulah. Aku tak pandang lelaki pakai mata kasarlah. Aku pandang lelaki dengan mata hati k! Waaa! Sedihnya kena cop perempuan macam tu.
"So memandangkan saya dah kena reject, saya balik dululah. Saya minta maaf kalau selama ni saya ada goreskan hati awak. Bagitahu ibu awak saya balik dulu" Sejun senyum. Senyuman palsu. Terpaksa. Dia bangun dan melangkah pergi. Sedih hatinya.
"Sampai hati awak cakap saya perempuan macam tu" Sejun memandang Sana semula. Sana nangis weh!
"Saya bukan perempuan macam tulah. Saya suka kawan dengan awak sebab awak dah banyak tolong saya. Saya ikhlas sayangkan awak sebab bagi saya awak seorang lelaki yang baik, yang jujur dan saya tahu awak akan jaga saya dengan baik tapi untuk pura pura jadi girlfriend awak, saya tak mampu Sejun. Hati saya tak boleh terima. Hati saya tak kuat. Saya sayang awak Sejun..." kata kata Sana yang terakhir agak perlahan tapi Sejun tetap boleh dengar. Ada terselit nada sedih disitu. Sana menundukkan kepalanya dan menangis. Sejun terus memeluk Sana. Dia tak boleh tengok Sana menangis. Apatah lagi sebab dia.
Aarghhh! Apa kau dah buat ni Sejun.
"Saya minta maaf awak. Saya tak ada niat nak cakap awak macam tu. Saya pun tak tahu kenapa saya boleh cakap macam tu. I'm sorry sweetheart" Sejun memeluk Sana dengan lebih erat. Dia tak kisah kalau ibu Sana tengok pas tu datang pukul dia sebab peluk satu satunya anak dia.
Tbc
Huhu..thanks selalu bagi respon yang baik. Sweet sangat. Sebab tulah saya berusaha update hari hari.
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro