Chapter 30
Taeyeon sedang membaca majalah di atas katil. Hera anaknya pula sudah lama tidur. Penat sangat main tadi. Puas Taeyeon pujuk untuk tidur. Pukul 11 baru tidur. Hmm bertuah punya anak. Baekhyun keluar dari bilik mandi. Baru lepas cuci muka agaknya. Taeyeon hanya senyum. Dia sayang sangat dengan Baekhyun. Ikhlas!
"Jom tidur" Taeyeon meletakkan majalah yang dibacanya tadi.
"Sebelum tu saya ada benda nak cakap dengan awak" Taeyeon tak senang duduk. Hatinya berdebar. Rahsia dia selama ni dah terbongkar ke?
"Betul awak tak buat macam tu pada Eunji?" tanya Baekhyun. Lega sikit hati Taeyeon bila Baekhyun tanya macam tu.
"Betul. Tak saya nak buat macam tu. Kenapa awak tanya?"
"Sebab saya percayakan awak. Saya lega sangat bila tahu awak tak buat macam tu" Baekhyun memeluk Taeyeon. Mereka tidur.
Taeyeon merasa bersalah sebab dah tipu Baekhyun. Agaknya macam mana reaksi Baekhyun bila tahu semua ni nanti. Dia boleh terima aku ke?
Awak saya minta maaf...
Taeyeon memeluk Baekhyun yang sudah tidur itu. Pipi Baekhyun dicium bersama air matanya.
"Eomma nangis?" dengan tiba tiba Hera tanya. Terkejut Taeyeon. Bukannya Hera dah tidur ke? Sekarang Hera muncul di muka pintu. Ingat hantu budak mana tadi.
"Tak lah sayang. Tidur. Dah lewat ni" kata Taeyeon. Taeyeon membawa Hera ke bilik sebelah. Terpaksalah dia tidurkan Hera semula.
Setelah tiga hari di hospital, akhirnya Eunji dibenarkan pulang. Tapi Eunji tak dibenarkan berjalan lagi. Terpaksalah dia naik kerusi roda. Sokay. Chanyeol kan ada. Hihi. Lagipun tak susah pun. Rumah Jihyo ada lif kotak. Senang jelah.
"Omo! Eunji. Sayang okay?" Jihyo menyambut kepulangan Eunji. Begitu juga yang lain.
Amboi! Masa aku mengandung dulu tak nak pula dia tanya keadaan aku. Sekarang aku tak mengandung baru gedik nak tanya. Mak mentua jenis apalah si Jihyo ni. Tak pernah dibuat orang tau. Yang lain hanya menayangkan muka menyampah. Begitu juga Taeyeon. Dia ingat dengan dia bunuh bakal cucu Jihyo, Jihyo semakin benci. Rupanya tak.
"Eunji okay bu. Ibu boleh tak Eunji nak berehat sekarang?" Malaslah nak duduk situ lama lama. Tambah lagi kalau Taeyeon ada juga disitu. Lagi menyampah! Kalau dia sihat, dah lama dia buka gelanggang MMA dengan Taeyeon disini.
"Boleh boleh. Pergi rehat sayang" kata Jihyo. Chanyeol membawa Eunji ke bilik mereka.
"Yang korang ni berdiri apa lagi kat sini. Dah tak ada kerja dah?!" Taeyeon ketawa mengejek. Padan muka!
Mereka semua pergi. Sebenarnya tak ada kerja sangat pun. Rumah besar ni dah terlebih bersih dah. Entah kerja apa yang Jihyo suruh dorang buat lagi. Agaknya dia tak boleh tengok mereka semua bersantai kut.
Chanyeol meletakkan Eunji di atas katil dengan perlahan. Mulai hari ni doktor tak benarkan Eunji buat kerja berat berat. Nak jalan pun tak boleh. Tapi Chanyeol perlu bawa Eunji seminggu tiga kali ke hospital untuk buat check up. Sampai sekarang Eunji masih sedih dengan pemergian anaknya. Tinggal dua bulan lagi dia dan Chanyeol akan bergelar mummy dan daddy. Ni semua sebab kau Taeyeon. Aku tak kan maafkan kau. Sanggup kau bunuh anak aku. Memang tak ada hati perut langsung!
Hari ni merupakan hari terakhir Suga di Busan. Dan malam ni Wendy berniat untuk bawa Suga lepak di tepi pantai bersama unggun api. Boleh dikatakan cuma mereka berdua yang lepak di pantai itu kerana penduduk disini hanya sikit. Mereka lebih pentingkan kerja. Jadi mereka semua tak sempat laungkan masa disini.
"Macam mana tinggal sini? Seronok?" tanya Wendy. Dari tadi Suga hanya diam. Macam tengah fikirkan sesuatu.
"Best sangat. Kalau boleh saya nak bina satu rumah disini. Tinggal dengan isteri dan anak saya nanti" hati Wendy jadi lain. Kecewakah dia? Kenapa Suga cakap macam tu.
"Untung siapa jadi isteri awak nanti kan" kata Wendy sambil melihat ke arah pantai.
"Kenapa pula?" Suga juga melihat ke arah pantai. Angin malam juga turut menemani mereka malam itu.
"Yelah. Awak ni baik ada ciri ciri seorang suami yang diidamkan oleh semua wanita" Suga senyum. Wendy terpaku. Adakah ini senyuman pertama dan terakhir yang akan dia dapat lihat? OMG! Serius handsome!
Suga tersedar. Adakah dia baru senyum? Sudah sekian lama bibirnya susah nak terbentuk macam tu? Tak sangka dia dah boleh senyum sekarang ni.
"Ekhmm! Ibu awak tahu tak yang saya dah nak balik esok?" tanya Suga.
"Ibu tahu. Dia sedih sebab awak dah nak balik. Sebenarnya dia dah lama teringin anak lelaki tapi hajat dia tak sampai. Lupakanlah. Emm...terima kasih sebab dah tolong saya selama saya tinggal di Seoul. Boleh tak awak bagitahu saya apa yang saya boleh buat untuk balas budi baik awak ni?" tanya Wendy. Kalau Suga nak duit, terpaksalah dia cari kerja esok.
"Tak payahlah. Saya ikhlas" kata Suga. Wendy rasa bersalah. Mana boleh. Suga dah banyak tolong dia.
"Tapi kalau awak nak balas juga, cukuplah dengan menjadi isteri dan ibu kepada anak anak saya" Suga melihat Wendy. Muka Wendy tak payah cakaplah. Memang terkejut habis.
Suga tengah melamar dia ke?
Wendy tersedar. Dia cuma senyum.
"Awak jangan main mainlah pasal kahwin. Awak nak ke perempuan macam saya ni?"
"Kalau saya cakap saya nak, saya tak kan main main dengan apa yang saya cakap. Kalau awak nak tahu, saya tak pernah jatuh cinta dengan mana mana perempuan sebelum ni. Suka hati awaklah nak percaya ke tak. Tapi lepas saya jumpa awak, setiap malam saya akan terbayang awak sebelum tidur. Saya rasa macam nak jaga awak. Saya tak suka kalau awak cakap dengan lelaki lain. Kalau semua ni bukan cinta, saya tak tahu nak panggil apa lagi" Wendy bahagia kerana Suga jujur dengannya.
"Saya akan jadi isteri dan ibu kepada anak anak awak asalkan awak janji yang awak akan setia dan sayangkan saya sampai saya mati" Suga senyum lagi. Handsome weh!
"Terima kasih sebab terima saya" kata Suga.
"Saya yang patut cakap macam tu. Terima kasih sebab sudi jadikan saya isteri awak walaupun saya dah pernah kahwin sebelum ni" Suga hanya senyum.
"Awak boleh tinggal sini dua hari lagi. Lepas tu saya datang ambil awak" dahi Wendy berkerut. Alaaa! Baru nak manja manja dengan ibu.
"Tapi kenapa?" tanya Wendy tak puas hati.
"Jimin dengan Seulgi akan kahwin tak lama lagi sayang oii! Tak nak tengok kawan baik awak tu pakai baju pengantin ke?" Wendy baru teringat.
"Yelah! Saya lupa. Awak dah siap kemas barang?" Suga menggeleng.
"Awak biar betul? Esok dah nak balik. Tak kan awak belum kemas apa apa lagi?"
"Awak kan ada" Suga menayangkan gigi putihnya. Wendy mencebik. Nak suruh aku kemaslah tu. Hishh! Nasib handsome.
"Kahwin juga Jimin dengan Seulgi kan?" kata Wendy. Dia tak percaya yang Seulgi akan kahwin dengan lelaki yang dia cinta selama ni.
"Itulah. Saya pun tak sangka yang kawan baik saya akan kahwin tak lama lagi. Jimin lelaki yang setia. Walaupun dia dah tahu Seulgi dah kahwin. Dia tetap tunggu sebab dia percaya dia dan Seulgi ada jodoh. Cuma masanya belum tiba" tambah Suga pula.
"Kuat kan jodoh dorang"
Suga hanya senyum sambil melihat pemandangan di depan mereka. Malam ni dia cipta sejarah baru iaitu senyum berkali kali. Boleh juga dia senyum rupanya. Hahaha.
Tbc
Actually, dah banyak chapter saya siapkan. Tapi okay kut kalau sehari satu chapter saya update. Korang tak kisah kan?^^✌
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro