Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 29

"Park Chorong?!!"

Korang rasa siapa jerit? Haha of course lah Jihyo. Siapa lagi. Taeyeon dah bagitahu semua yang terjadi sepanjang Jihyo tak ada di rumah. Yang paling dia marah sekali pasal Chorong lah. Berani dia bunuh bakal cucu dia. Kau tunggu nasib kau Park Chorong.

"Mana dia?" tanya Jihyo. Taeyeon juga tak tahu.

"Dia dah pergi dah bu dengan Suho hyung. Dorang pun menyampah tengok muka ibu. Bukan dorang je, Kookie rasa semua orang dalam rumah ni benci dengan ibu" jawab Jungkook dengan selamba. Headphone dipasang semula di telinganya. Dengan selamba badaknya dia berjalan keluar rumah.

"Yah! Jungkook. Anak tiri tak guna! Berani dia cakap macam tu" jerit Jihyo.

"Anak tiri tak guna yang awak cakap tu anak saya yeobo" kata Gary yang berdiri disebelah.

"Yelah! Anak yeobo lah. Anak siapa lagi!" marah Jihyo. Gary menggeleng kepalanya. Bilalah isteri dia nak berubah. Dia tak nak cakap apa. Dia tahu masa tu akan datang nanti. Mereka akan bahagia seperti dulu.

"Memang tak gunalah perempuan tu. Kalau tak boleh mengandung buat cara tak boleh mengandung! Berani dia bunuh bakal cucu aku!" jerit Jihyo lagi. Manalah perempuan tu pergi. Jumpa nanti siap dia aku kerjakan. Perempuan tak sedar diri! Dahlah tak boleh bagi aku cucu.

"Malam ni Jun tak balik rumah. Panas nak tinggal dalam rumah ni. Syaitan banyak. Kalau tak nampak syaitan tu tak pe, ni Jun boleh nampak syaitan tu. Macam nak mendidih badan Jun sebab terlampau panas. Jun pergi dulu" lagi marah Jihyo. Taeyeon ditepi juga menahan marahnya. Dia tahu Sejun tuju padanya.

"Aaahhhh!! Kenapa semua anak aku semakin lama semakin kurang ajar ni. Boleh gila aku macam ni" tengking Jihyo. Jihyo terus naik atas. Tak ada selera nak sarapan macam ni. Baru seminggu dia tinggal rumah. Dah macam macam jadi. Agaknya kalau dia tinggal sebulan mahu meletup rumah dia. Aaahhhh!

Suga dan Wendy selamat tiba di Busan. Yang paling happy sekali Wendy lah. Tak sabar nak peluk ibu dia. Rindunya hanya Tuhan yang tahu. Nasib baik kaki dia dah baik. Kalau tak mesti ibu dia risau nanti. Wendy bukanlah orang kaya sangat. Wendy hanya sederhana. Dia tak tahulah Suga selesa ke tidak nanti bermalam dirumah dia.

"Saya tinggal di kampung. So saya harap awak selesa nanti. Rumah saya sederhana je. Tak macam rumah awak. Tapi kalau awak tak selesa, awak boleh bermalam di hotel" mereka tiba di sebuah kawasan perkampungan. Rumah disini semua berunsurkan tradisional.

"Saya rasa saya akan selesa tinggal sini. Kampung ni cantik, bersih. Rumah pun teratur. Yes macam awak kata rumah disini semua sederhana. Tapi bagi saya cantik. Dekat dengan pantai. Rumah awak yang mana satu?" tanya Suga. Dari tadi mereka berjalan. Tak sampai sampai lagi ke?

"Ouh! Lupa pula. Rumah saya hujung sekali. Paling dekat dengan pantai. Jalan sekejap je pas tu sampai" jelas Wendy.

Tidak lama kemudian mereka sampai. Seorang perempuan yang agak tua sedang menyiram pokok bunga. Wendy yang melihat perempuan tu terus melepaskan bagasinya dan berlari ke perempuan tu. Mereka berpelukan. Maybe tu ibu dia kut. Fikir Suga.

"Ibu! Rindunya dengan ibu" mereka menangis. Dah tiga tahun Wendy tak balik sini. Tak guna Jihyo!

"Ibu pun rindu dengan kamu Wendy. Kamulah satu satunya anak ibu yang ibu ada. Akhirnya ibu boleh peluk cium kamu lagi" Suga disitu hanya jadi patung tak berbayar.

"Appa mana?" tanya Wendy.

"Appa pergi kerja" sayu hati Wendy mendengarnya. Dah tua pun tetap kena pergi kerja.

"Ouh! Lupa nak kenalkan. Ni Suga kawan Wendy" Puan Son hanya senyum melihat Suga menunduk hormat kepadanya.

"Mana suami kamu Wendy?" muka Wendy terus berubah.

"Nantilah Wendy cerita. Jom masuk ibu. Awak jomlah masuk" ajak Wendy. Suga hanya menurut.

...

Chorong menyediakan beberapa makanan. Suho baru balik dari kerja. Nasiblah jarak tempat kerja dengan rumah tak jauh. Hari ni Suho balik agak awal. Katanya badannya kurang sihat tapi bab makanan laju je. Orang kalau sakit tak ada selera makan. Yang si Suho ni pula berselera makan. Pelik betullah. Entah sakit entah tidak. Bukan boleh percaya sangat. Manja je lebih.

Loceng rumah kedengaran. Siapa pula datang rumah malam malam ni. Chorong pelik. Pintu dibuka.

"Hai noona"

"Sejun?"

"Yelah. Jun ni. Tak kan muka handsome macam ni noona cakap hantu pulak" Chorong ketawa.

"Hantu pun apa salahnya" kata Suho pula. Suho baru turun dari bilik agaknya.

"Huhhh! Like wife like husband. Bencilah macam ni" Sejun terus masuk tanpa dipelawa. Buat macam rumah sendiri pula.

"Jomlah makan sekali. Noona masak banyak tu" ajak Chorong. Eh kalau tak ajak pun memang dengan muka tak malu dia duduk makan. Lapar tahap cipanzi nak beranak dah ni.

Mereka makan malam dengan happy. Tinggal sikit macam ni best daripada tinggal ramai ramai dalam rumah besar tu.

"Macam mana Jun tahu rumah hyung" tanya Suho. Dia nak tahu juga macam mana mangkuk ni boleh jumpa rumah dia.

"Hey ni Sejun lah. Setakat nak cari rumah hyung apalah sangat. Lagipun Jun ramai kawan di area sini. Dorang semua pun kenal hyung. Yelah orang kaya tua lah katakan" Chorong ketawa.

"Mangkuk kau orang kaya tua. Aku ni muda lagilah. Cakap tu bagi sopan sikit" Suho tak puas hati.

"Malam ni Jun nak tidur sini dan Jun tak perlukan izin hyung. Boleh tak noona?" Chorong ketawa.

"Boleh Jun. Apa salahnya. Noona cuma tinggal berdua dengan hyung Jun ni" Suho menahan marahnya. Tak guna kau Sejun.

"Pehal kau ni? Dah lah datang rumah aku tak diundang. Dapat makan free pulak tu. Sekarang kau cakap kau nak tidur sini pulak? Melampau betul kau kan" marah Suho.

"Alahh Jun ni bukan orang luar. Adik hyung juga" kata Sejun selamba.

Loceng rumah kedengaran lagi. Siapa pula yang datang kali ni. Tak sangka malam ni mereka terima ramai tetamu. Nasiblah Chorong masak lebih. Kalau tak bagi makan biskut jelah. Chorong membuka pintu. Terkejut plus happy. Tubuh orang itu dipeluk. Rindunya.

"Hun. Lamanya noona tak tengok Hun" Chorong menangis.

"Hun pun. Noona janganlah menangis macam ni" Sehun mengesat air mata Chorong.

"Hun pergi mana? Noona risau tahu tak" Sehun senyum.

"Hun ni dah besarlah noona. Dah pandai jaga diri. Tak nak ajak Hun masuk ke?"

"Ouh lupa! Jomlah masuk" Chorong membawa Sehun ke ruang makan. Terkejut Suho dan Sejun.

"Hai Suho hyung. Ouh monyet terlepas zoo pun ada sekali" Sehun duduk di sebelah Sejun. Macam nak bunuh je si Sehun ni. Berani dia cakap aku monyet terlepas zoo.

"Hun tinggal mana sekarang ni?" tanya Suho.

"Hun ada je sini. Company Hun tu siapa nak jaga kalau bukan Hun tapi Hun tinggal jauh sikitlah daripada rumah lama kita. Lagipun Hun selalu ke Dubai" jelas Sehun.

"Daripada hyung pergi sorang, baik hyung bawa Jun sekali. Ada faedahnya juga" tambah Sejun pula.

"Hmm betul tu. Bagus juga bawa kau. Boleh tolong angkat barang barang aku" Sejun mencebik. Mereka ketawa.

"Hun nak tinggal sini ke nak balik rumah lepas ni? Yelah. Rumah Hun kan jauh" tanya Chorong.

"Hun rasa nak tidur sinilah malam ni" kata Sehun.

"Boleh sangat tapi kena kongsi bilik dengan Sejun. Rumah ni ada tiga bilik tapi bilik satu lagi kosong. Hyung tak sempat nak beli katil, almari. So kalau tak nak kongsi bilik, salah sorang perlu tidur bawah malam ni" jelas Suho. Padan muka! Datang lagi rumah aku.

"Jun tak kisah kongsi bilik. Hun hyung lah" Sejun meminum air.

"Aku okaylah. Tapi esok kalau kau bangun kau ada kat bawah jangan salah aku. Aku ni aktif sikit masa tidur. Kalau aku terajang, kau tanggung sendiri" Chorong ketawa.

"Jun takut tu semua yang akan jadi pada hyung nanti. Jun pun aktif juga" Sejun tak nak kalah. Suho menggeleng kepalanya. Tak habis habis nak bergaduh. Macam nak berlaga kepala dua orang ni.

"Kalau dah sudah makan, noona nak kemas semua ni. Tapi salah sorang daripada kamu bertiga kena tolong noona" tak sampai lima saat Sehun dan Sejun hilang dari situ. Suho menggeleng kepalanya.

"Tak guna punya adik. Aku bagi tumpang tidur rumah aku pun dah bertuah. Kalau aku tahu macam ni, jangan harap aku nak izinkan" bebel Suho. Chorong ketawa.

"Biarlah biy. Dorang penat tu" pujuk Chorong.

"Sayang ni baik sangatlah. Tu dorang naik lemak" Chorong hanya senyum. Alahh bukannya susah sangat nak layan dia orang tu. Dia bukannya ada anak. So tak susah pun.

Tbc

Bosan tak dengan cite ni? Hrp² tak lah ye😊😊

#MASHIE에이핑크

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro