Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 27

Hari ni merupakan hari terakhir mereka tanpa Jihyo. Semua mula mengemaskan rumah dan menyiapkan kerja kerja yang belum siap. Mana tahu nanti Jihyo tak puas hati pulak tengok rumah dia tak kemas. Kalau ikutkan tak ada apa sangat yang nak kemas tapi mereka perlu juga buat. Biasalah, kan ada pembantu kanan. Susah nanti kalau dia mengadu cakap tak buat kerja.

"Unnie tak payahlah buat kerja. Unnie kan mengandung. Mesti tak larat" tegur Nayeon. Penyapu yang dipegang Eunji terus diambil.

"Terima kasih Nayeon. Kalau macam tu unnie masuk bilik dulu" Nayeon hanya mengangguk.

Mesti best dah nak dapat anak. Jadi ibu. Boleh pegang baby. Tapi dia. Mengandung pun tak boleh.

"Nanti Nayeon minta tolong Cho unnie buat susu untuk unnie"

Eunji naik ke biliknya. Semakin perutnya membesar, semakin tak larat dia nak buat kerja. Itulah hipotesis yang boleh dia bagi. Nasib baiklah penghuni rumah ni ramai. Kalau tinggal rumah sendiri memang dia dah tak buat semua kerja rumah. Lantaklah Chanyeol nak cakap apa pun.

Pintu biliknya diketuk. Dia tahu tu mesti Chorong. Nayeon dah bagitahu tadi. Chorong masuk bersama segelas susu dan juga beberapa biskut. Sedapnya! Tak sabar pulak nak makan.

"Thanks Cho unnie. Susah je bawa naik semua ni" Chorong meletakkan dulang di atas meja sebelah Eunji.

"Apa pulak susah. Unnie okay je. Lagipun unnie dah siap semua kerja. Makanlah"

Eunji makan dengan selera sekali. Seronok Chorong tengok. Satu senyuman terukir di bibir Chorong. Perut Eunji yang besar dipegang.

"Mesti seronok kan Eunji dah nak jadi ibu" kata Chorong tiba tiba. Terselit juga rasa sedih dibalik kata kata itu.

"Siapa tak seronok unnie. Tapi unnie janganlah sedih. Eunji percaya satu hari nanti unnie pun akan anak sendiri"

"Zuyu sokong cakap Eunji unnie" Tzuyu melabuhkan punggungnya di sebelah Chorong. Tubuh Chorong dipeluk manja.

"Amboi! Ketuk pintu pun tak. Tahu tahu menyampuk cakap orang" Chorong mencubit pipi Tzuyu. Tzuyu ketawa.

"Betullah cakap Eunji unnie. Zuyu percaya unnie mampu bagi Zuyu anak saudara yang comel. Wah! Tak sabarnya Zuyu nak main dengan baby comel ni" Eunji hanya senyum.

"Cakap orang. Diri sendiri tu bila pulak. Unnie pun tak sabar nak main dengan anak saudara unnie nanti. Mesti comel macam ibu dia" pipi Tzuyu merah menahan malu. Tak sangka dia terkena balik.

"Unnie ni. Jangan cakap macam tu" Chorong dan Eunji ketawa. Tiba tiba muka Eunji lain. Perutnya dipegang.

"Eunji kenapa ni?! Eunji okay tak?" tanya Chorong cemas. Kenapa pulak dengan Eunji ni. Tak kan dah nak beranak. Setahu dia kandungan Eunji baru tujuh bulan.

"Unnie jom kita pergi hospital!" Chorong dan Tzuyu membantu Eunji turun ke bawah. Darah mula mengalir di kaki Eunji. Lagi takut Tzuyu dan Chorong tengok.

"OMG! Kenapa ni noona?" tanya Jungkook yang juga baru turun.

Mereka nak minta tolong siapa ni bawa kereta. Suami suami mereka semuanya kerja. Buntu Chorong dibuatnya.

"Kookie pandai drive tak?" tanya Chorong.

Sejun yang baru balik entah dari mana itu juga terkejut melihat keadaan Eunji.

"Agak agaklah noona. Kookie mana boleh drive"

"Unnie sakit!" jerit Eunji.

"Jun boleh drive. Tapi kita nak naik kereta mana?" tanya Sejun.

"Weh! Kau jangan buat gila. Lesen memandu pun kau tak ada" kata Jungkook. Tapi jangan haraplah Sejun nak dengar.

"Kereta daddy?" cadang Tzuyu. Itulah satu satunya kereta yang mereka ada buat masa sekarang ni. Nak tak nak kena naik juga.

"Ok jap. Jun pergi ambil kunci" Sejun terus naik ke bilik Gary dan Jihyo. Tapi satu pun kunci dia tak jumpa. Dia tahu ni kerja siapa. Pintu bilik ditumbuk sekuat hati untuk melepaskan marahnya.

"Weh pempuan! Kau bagi sini kunci kereta daddy" Sejun terus ke ruang tamu dimana Taeyeon sedang bersantai. Taeyeon hanya menayangkan senyum jahat.

"Mana ada noona ambil. Noona tak tahulah" Taeyeon cuba berdalih. Ini bukan Sejun namanya kalau nak mengalah.

Tangan Taeyeon ditarik supaya berdiri. Dan macam yang dia sangka. Kunci kereta Gary ada di atas sofa tempat Taeyeon duduk tadi. Sejun terus mengambil kunci itu. Bahu Taeyeon sengaja dia langgar hingga Taeyeon jatuh. Puas hati!

"Kau tunggulah nanti Sejun!" jerit Taeyeon.

Mereka terus membawa Eunji ke hospital. Sejun bawa sehabis laju yang mungkin. Tidak lupa juga lampu kecemasan dipasang supaya kenderaan lain dapat memberi laluan kepada mereka. Nasib jalan tak sesak. Dengan itu mereka lebih cepat sampai ke hospital. Eunji dikejarkan ke wad kecemasan. Manakala Chorong, Tzuyu dan Sejun tunggu di luar dengan risau.

Tidak lama kemudian Chanyeol datang. Wajahnya tidak dapat menyembunyikan kerisauan terhadap Eunji. Serius kalau jadi apa apa pada Eunji dengan anaknya yang akan lahir tak lama lagi tu, dia tak kan maafkan diri dia.

"Noona macam mana boleh jadi macam ni?" tanya Chanyeol sebaik saja sampai di hospital.

"Noona pun tak tahu Chan" Chorong menangis.

Doktor keluar setelah merawat Eunji. Chanyeol terus mendapatkan doktor itu. Takut dia nak dengar keputusan doktor nanti.

"Isteri saya macam mana doktor. Dia okay kan? Anak saya pun okay kan?" tanya Chanyeol bertubi tubi.

"Isteri puan berjaya diselamatkan tapi anak tuan kami tak dapat selamatkan" jatuh Chanyeol selepas mendengarnya.

Anak aku mati weh!

"Kami tak sempat buang racun yang ada di dalam badannya dan racun tu mula merebak ke kandungan isteri tuan. Kalau boleh saya tahu, isteri tuan ada makan apa apa tak sebelum dia datang sini?" tanya doktor itu lagi.

Tidak lama kemudian yang lain sampai.

"Unnie cuma makan susu dan biskut. Tu je kenapa doktor?" jawab Tzuyu. Chorong menangis. Dia tak mampu nak bercakap.

"Puan Eunji makan susu yang diletakkan racun didalamnya" Chorong terkejut. Begitu juga Tzuyu.

"Doktor boleh saya masuk tengok isteri saya?" tanya Chanyeol. Dia tak sanggup nak dengar semua ni. Dia nak tengok Eunji sekarang ni.

"Boleh. Saya harap kamu semua tak ganggu ketenangan pesakit. Pesakit perlukan rehat yang banyak. Kalau tak ada apa apa saya pergi dulu" mereka semua menunduk hormat kepada doktor.

Chanyeol, Chorong, Sejun, Tzuyu, Suho, Taeyeon dan juga Baekhyun masuk ke dalam bilik Eunji. Yang lain belum boleh datang. Mungkin sibuk dengan kerja masing masing.

"Siapa yang buat susu tu?" tanya Chanyeol. Dia boleh tahan lagi marahnya.

Chorong dan Tzuyu diam. Mereka pun tak tahu macam mana boleh ada racun dalam susu tu.

"Tadi noona nampak Cho..."

"Noona yang buat" jawab Chorong. Belum sempat Taeyeon menghabiskan kata katanya, Chorong dah jawab terlebih dahulu.

Sibuk je perempuan ni. Siapa suruh dia datang sini pun tak tahu. Nak je Tzuyu tendang keluar si Taeyeon ni.

"Noona yang buat susu tu. Tapi tak tahu pula ada racun dalam tu" Chorong menjeling ke arah Taeyeon. Nak je dia tarik tarik rambut Taeyeon sekarang. Tak guna kau perempuan!

"Apa noona cakap ni. Macam mana pula noona boleh tak tahu yang racun ada dalam susu tu. Tadi noona cakap noona yang buat!" kemarahan Chanyeol sampai tahap akhir. Suho cuma diam.

"Macam nilah noona. Chan faham noona nak anak. Mungkin noona cemburu dengan Eunji sebab noona tak boleh mengandung macam Eunji tapi apa hak noona untuk bunuh anak kitorang?!" Chorong terkejut. Begitu juga Tzuyu. Tak sangka yang Chanyeol akan tuduh Chorong.

"Jun tahu Jun tak patut masuk campur tapi apa pulak hak hyung untuk tuduh noona macam tu? Hyung ada bukti ke yang Cho noona letak racun dalam susu tu" kata Sejun pula.

"Eh kalau dah memang buat salah ni, ada ke orang nak mengaku yang dia tu buat salah" sindir Taeyeon pula.

"Kau diamlah pempuan!" tengking Sejun. Dan tak semena mena satu tumbukan melayang di mukanya khas dari Baekhyun.

"Kau pun nak ikut jejak Sehun? Hormat sikit. Taeyeon ni kakak ipar kau. Mana rasa hormat kau pada dia!" sambung Baekhyun lagi.

"Hormat? Perlu ke? Perangai mengalahkan syaitan ni hyung rasa Jun patut hormat ke? Jun rasa tak payah kut" Baekhyun mengangkat tangannya lagi tapi kali ni bukan Sejun yang kena sebaliknya Chorong kerana Chorong menghalang Sejun daripada kena pukul. Terkejut semua orang dalam tu.

"Cho noona. Noona okay?" tanya Sejun risau. Pipi Chorong sudah merah akibat pukulan Baekhyun tadi.

"Sudahlah sayang. Jom balik. Tak guna kita duduk sini. Semua orang tak percayakan kita. Yang sorang tu tuduh tanpa bukti. Yang sorang lagi dah kena pukau dengan isteri dia sendiri agaknya. Dia ingat isteri dia baik sangat" sindir Suho. Dari tadi dia diam. Kalau dia masuk campur tadi, agaknya semua orang dalam bilik ni kena pukul dengan dia. Sebab tulah dia diam. Tapi kalau isteri sendiri dah kena pukul tak kan nak diam lagi.

"Suho hyung. Lain kali ajar isteri sendiri jadi baik. Bukan buat jahat macam ni" Chanyeol pulak sindir. Suho melepaskan tangan Chorong berniat untuk memukul Chanyeol tapi apabila tengok Chorong menggelengkan kepala sambil menangis, dia tak sampai hati.

Tbc

Saya hrp sgt korang tak consider saya haters Taeyeon. Actually saya suka Taeyeon. Suara dia best weh! Tapi saya bagi dia watak jht dlm ni bersebab. Nak tahu? Baca sampai tamat cite ni✌

#MASHIE에이핑크

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro