Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 25

Empat sekawan telah tiba di airport. Semua menunjukkan muka yang sedih. Mana taknya, kawan baik mereka dah nak balik Dubai. Baru je nak seronok seronok, tup tup Hayoung dah kena balik sana. Perlu ke Hayoung tinggal sana? Susahlah macam ni.

"Betul ke kau dah nak balik beb? Kau tak sayangkan kitorang ke?" tanya Joy. Tak puas lagi nak seronok seronok dengan Hayoung.

"Yelah beb. Kitorang tak puas lagi nak fun fun dengan kau" tambah Yerin pula.

Hayoung senyum melihat perangai kawan kawan baiknya.

"Korang jangan buat teruk boleh tak? Aku bukannya pergi selama selamanya. Nanti aku datanglah sini balik. Tak pun korang yang pergi melawat aku. Korang bukannya pernah sampai lagi Dubai. Ye tak?" mereka masih tak puas hati.

"Fine. Nanti ada masa kitorang pergi jenguk kau. Tapi aku rasa masa cuti sekolah nantilah. Kau takpelah tak payah sekolah pun dah pandai. Kitorang ni. Hmm" kata Sana pula. Yang lain setuju dengan cakap Sana.

"Whatever lah. Aku pergi dulu. Dorang dah panggil tu. Bye. Nanti aku datang lagi. Aku sayang korang" Hayoung memeluk ketiga tiga sahabatnya. Berat hati nak tinggal sahabat sahabat baiknya itu. Tapi nak buat macam mana. Dia di Dubai pun bukan duduk saja. Kerja juga.

Hayoung masuk ke dalam flight. Dia baru perasan tempat duduk dia bersebelahan dengan tingkap. Bolehlah dia tengok pemandangan luar nanti. Taklah boring sangat. Penumpang mula memenuhi semua tempat duduk. Ada 10 minit sebelum mereka berlepas. Hayoung menelefon ibunya.

"Hello ibu. Hayoung dah ada dalam flight ni. Nanti kalau ada masa, Hayoung harap sangat ibu datang jenguk Hayoung. Ataupun tinggal terus dengan Hayoung. Hayoung rindu ibulah" Hayoung merengek.

"Pandailah kamu. Itulah. Kan ibu dah cakap jangan kerja jauh jauh. Kan dah susah sekarang ni. Kalau susah susah sangat, Hayoung baliklah kerja sini macam dulu. Ibu pun tak payah pergi sana"

"Mana boleh ibu. Hayoung kalau boleh nak tinggal di Dubai terus. Hayoung tak nak ingat semua kenangan Hayoung disini. Please ibu"

"Yelah yelah. Nanti ada masa ibu pergi jenguk kamu dengan daddy. Jaga diri baik baik. Ibu sayang kamu Hayoung"

"Hayoung pun sayangkan ibu" Hayoung meletakkan telefonnya di dalam beg tangan.

Flight sudahpun berlepas. Hayoung melihat pemandangan luar. Sejujurnya dia tak boleh lupakan Sehun. Dalam hati cuma ada Sehun. Hayoung cuba untuk sayangkan lelaki lain seperti Sehun tapi satupun tak berjaya. Nampaknya Sehun dah berjaya curi hati dia. Dia tertanya tanya. Adakah Sehun berfikir pasal dia sekarang ni? Sehun rindu tak dengan dia? Ataupun Sehun dah lupa dia terus.

"Miss" Hayoung melihat orang yang memanggilnya. Rupanya pramugari yang panggil dia.

"Ni ada surat untuk miss" sambung pramugari itu lagi. Hayoung mengambil surat itu. No name? Secret admirer ke?

"Thank you" pramugari itu menunduk hormat lalu pergi.

Hayoung membuka surat itu. Tak sabar nak tahu isi surat ni.

' I want you to know that my love never changed. No one can replace you wife😥. I love you so much. How I wish to be with you wife maybe it's not the time yet. See you in long distance made me feel happy. I know you're not ready to met me but I'm okay with that. I hope someday I can stand in front of you and hugged you tightly. Remember wife. Once I found you, I won't let you go😏. Never! Bye wife. I love so so much!

Sincerely,
Your handsome husband😉

Hayoung menutup surat itu. Dia menangis kerana bahagia. Bahagia kerana Sehun masih sayangkan dia. Dia tahu Sehun dah bersusah payah tulis surat macam ni sebab dia dah tukar nombor telefon. Hanya ibu dia dan juga kawan kawan baiknya yang tahu nombor itu. Tapi dia happy dapat surat dari Sehun. Jadi selama ni Sehun perhatikan dia dari jauh tapi cuma dia yang tak tahu.

I love you too husband!

Selepas menghantar Hayoung di airport tadi, Sana terus balik. Dia baru perasan badan dia panas. Dia demam. Pintu pagar dibuka lalu cepat cepat dia masuk dalam rumah. Sekarang ni dia cuma nak tidur. Letih sangat ni. Tapi lain pula jadinya kerana dia nampak Sejun sedang berjamu selera dengan kedua ibu bapanya. Terus hilang mood dia.

"Sana. Kawan kamu datang ni" kata ibu Sana.

Sana pura pura tak dengar. Dia terus naik atas. Serius letih. Ibu Sana hanya menggeleng kepala melihat anaknya. Sana tak patut biar kawan dia yang dah lama tunggu dia balik.

"Apa kata kamu pergi bilik dia sendiri. Kesian kamu dah lama tunggu dia tapi boleh pula dia pergi macam tu je" cadang ibu Sana. Sejun senyum dan mengangguk.

Sejun pergi ke bilik Sana. Pintu bilik Sana dibuka dengan perlahan. Sana sedang tidur. Muka Sana pucat macam orang sakit. Sejun memegang dahi Sana. Panas! Sana demam ni.

"Sana bangunlah. Awak demam ni"

"Awak buat apa datang sini. Baliklah. Saya okay" Sejun melabuhkan punggungnya di tepi Sana.

"No awak tak okay. Awak tunggu sekejap. Saya pergi ambil ubat"

"Tak payahlah. Saya cakap saya okay kan. Pergilah balik" Sana memejamkan matanya.

"Awak marah saya kan?" kata Sejun tiba tiba. Sana membuka matanya semula.

"Saya tak marah awak pun Sejun. Awak baliklah" Sejun memandang Sana.

"Habis kalau awak tak marah, kenapa awak mengelak bila jumpa saya" Sejun nak tahu juga.

"Tak ada apalah. Pergilah balik Sejun. Tak payah nak ambil berat pasal saya sangat. Saya ni bukan ada apa apa hubungan dengan awak pun"

"Awak tu kawan saya" kecewa hati Sana mendengarnya.

"Dah lah Sejun. Saya nak tidur. Penat"

"Fine. Saya balik. Jangan lupa makan ubat" sempat lagi Sejun ingatkan Sana.

"Sejun" panggil Sana. Sejun berhenti di depan pintu.

"Jangan cakap saya kawan awak kalau awak tak maksudkannya" Sejun terus keluar dari bilik Sana.

Kenapa kau buat aku sayang kau Sejun. Aku menyesal sebab kenal kau. Aku tak patut kenal kau. Dan aku tak patut jatuh cinta dengan kau sebab kau tak kan pernah balas cinta aku. Sana menangis.

Sejun terus pergi selepas mendengar semua luahan Sana. Dia dah dapat jawapan yang selama dia nak tahu. Rupanya cinta dia selama ni tidak bertepuk sebelah tangan. Serius happy dengar Sana cakap macam tu. Jadi sebab ni Sana tak nak jumpa dengan dia. Comellah Sana ni.

Sampai dirumah, Sejun melihat kasut kesayangan Jungkook di depan rumah. Tak pernah pernah Jungkook letak kasut kesayangan di luar macam ni. Sejun tersenyum jahat. Tiba tiba pula idea jahat muncul dalam kepalanya. Mampos kau Jungkook! Sejun mengambil kasut Jungkook lalu dibawa ke pili air. Sejun menyiram kasut Jungkook macam siram pokok. Dengan senang hati Sejun menutup pili air dan masuk ke dalam rumah cepat cepat.

"Handsome kau Jungkook hari ni. Nak pergi mana ni?" Sejun berpura pura baik dengan Jungkook.

"Aku tahu aku handsome. And suka hati akulah nak pergi mana pun. Kau sibuk pehal"

"Okay bro. Have fun. Jangan lupa belikan aku popcorn" Sejun terus masuk ke dalam bilik dia. Tidak lupa juga pintu dikunci.

Sejun terus ke balkoni untuk melihat apa yang terjadi dibawah. Tak sabar nak tonton. Telinga ditutup rapat rapat.

Jungkook keluar rumah. Bukan tadi kasut ada depan pintu ke? Dia cuma masuk ambil fon dia sekejap je tapi kasut dah hilang. Jungkook mencari kasutnya dan rupanya ada dekat dengan pili air. Terkejut bercampur dengan marah dibuatnya melihat kasut kesayangannya yang di dalamnya penuh dengan air. Ni mesti tak kerja orang lain. Musuh dia satu satunya dalam rumah ni Sejun sorang je.

"Sejunnnnnnn!!!!" satu rumah dengar suara Jungkook. Sejun yang melihat semua aksi Jungkook dari atas cuma ketawa.
"Pehal kau ni. Bising arhh! Aku tahulah nama aku sedap. Tak payahlah jerit jerit. Lagipun telinga aku ni elok lagi. Belum pekak" jawab Sejun sambil melihat Jungkook dibawah.

"Kau tunggu nasib kau nanti Sejun. Hari ni hari kau. Tak pe tak pe. Memandangkan aku dah lambat aku tak boleh balas sekarang. Kau tunggu aku balik nanti. Mati aku kerjakan kau!" jerit Jungkook.

Nayeon dengan Chorong yang melepak di taman hanya menggelengkan kepala mereka melihat perangai Jungkook dan Sejun yang seperti anjing dan kucing. Tak boleh rapat langsung.

Tbc

Well..enjoy😉 hope tak bosan.

#MASHIE에이핑크

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro