Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 22

Selepas sarapan pagi, Wendy disuruh Suga untuk siap siap. Entah kemana Suga nak bawa Wendy pergi. Wendy hanya mengikut. Dia tahu Suga seorang lelaki yang baik. Tapi nanti, lepas kaki dia betul betul baik, dia akan keluar dari rumah Suga. Malu dia kalau lama lama dia tinggal dengan Suga. For free pulak tu. Tak malu ke. Lagipun mereka belum ada apa apa hubungan. Jadi tak ada sebab untuk Wendy tinggal dengan Suga. Walaupun macamanapun, lepas ni dia akan cari kerja dan pulang ke pangkuan keluarganya semula. Dah lama Wendy tak jumpa dorang. Rindu gila!

Seperti biasa, Wendy memaut lengan Suga untuk naik ke atas. Inilah padahnya kalau pintu diatas. Memang unik tapi kalau menyusahkan orang tak boleh juga. Hari ini Suga bangun awal pagi membuat sarapan dan membangunkan Wendy tidur. Tidak lupa juga kain dikaki Wendy dibuka dan dibalut dengan kain baru untuk cepat sembuh.

"Kalau boleh saya tahu, kita nak pergi mana?" tanya Wendy.

"Kita pergi hospital melawat kawan saya punya girlfriend masuk hospital" Wendy hanya mengangguk.

Wait. Kenapa Suga bawa dia pergi sekali? Apa kaitan dia dengan kawan Suga ni?

"Saya tahu kaki awak belum sembuh tapi saya malas nak pergi sorang sorang. Saya minta maaf kalau awak rasa terbeban" Wendy senyum.

Gila kau! Suga izinkan aku menumpang dirumah dia ni pun cukup bagus. Of course lah dia kena ikut.

"Taklah. Mana ada saya rasa macam tu. Lagipun bosanlah asyik dirumah sementara saya nak keluar dari rumah awak ni" Suga berhenti berjalan.

"Siapa suruh awak pergi dari rumah saya?" suara yang tegas jelas di telinga Wendy. Dengan tiba tiba dia takut.

"Yelah. Tak kan saya nak tinggal dengan awak selamanya. Saya pun perlu cari kerja" jawab Wendy walaupun hanya Tuhan yang tahu betapa takutnya dia sekarang ni.

"Kalau awak nak kerja, saya boleh bagi awak kerja. Awak tak perlu keluar dari rumah ni" kata Suga lagi.

Kenapa Suga cakap tak izinkan dia keluar dari rumah ni? Pelik.

"Kenapa awak cakap macam tu?" tanya Suga.

Aku nak tahu kenapa Suga cakap macam ni!

"Tak ada apa apa" jawab Suga.

Hampeh betul! Baru nak tahu kenapa. Tak fahamlah dengan sikap Suga.

Suga memberhentikan keretanya di kedai bunga. Wendy pelik. Hari ni hari soalan sedunia ke apa. Semua benda Wendy tak tahu.

Tidak lama kemudian, Suga masuk ke dalam keretanya bersama bunga yang dibelinya tadi. Cantik bunga tu. Mesti Suga nak bagi seseorang yang istimewa tapi kalau tak salah, bunga ni untuk orang sakit. Hmm..?

"Hospital?" Suga keluar tanpa menjawab soalan Wendy.

Pintu kereta dibuka dan Suga membantu Wendy keluar dari kereta. Wendy memaut lengannya pada lengan Suga. Mereka berjalan masuk ke dalam hospital.

"Saya bawa awak datang sini sebab saya nak awak teman saya melawat perempuan kesayangan kawan baik saya" baru sekarang Suga bagitahu dia. Dan sekarang baru Wendy tahu. Pada masa yang sama dia lega kerana Suga datang sini bukan untuk melawat orang yang istimewa.

Hish! Apa kau fikir ni Wendy!

"Perempuan tu sakit teruk ke?" tanya Wendy lagi.

"Perempuan tu kena siksa dengan suami dia sendiri. Kesian kan"

"Hmm..kesian perempuan tu. Jadi kawan baik awak tu siapa pula? Kenapa dia tolong perempuan tu kalau perempuan tu dah ada suami?"

"Hmm..kalau nak cerita panjang. Pendek cerita, kawan baik saya tu ex boyfriend perempuan tu dan dia sayang sangat dengan perempuan tu" Wendy mengangguk. Menarik.

"Ada soalan lagi Cik Wendy?" Wendy melihat Suga dengan tajam. Berani dia sindir aku!

"Tak ada" jawab Wendy dengan menyampah.

Suga membuka pintu bilik pesakit 111. Tak sabar Wendy nak tengok perempuan tu. Dari apa yang Suga cerita tadi, perempuan ni seorang perempuan yang beruntung. Masih ada lelaki yang sayangkan dia. Sedangkan dia? Tiada siapa yang sayangkan dia. Hmm...

"Hello bro! Macam mana keadaan dia?" tanya Suga sebaik saja buka pintu.

Wendy mematung. Air mata mula mengalir keluar. Jadi ni perempuan yang Suga maksudkan. Dia ingat dia yang terseksa tapi Seulgi lagi terseksa. Luka sana sini. Pipi merah kesan tamparan yang Wendy tahu memang dah sah sah kuat.

"Kang Seulgi..." kata Wendy dengan perlahan tapi masih didengar Seulgi.

"Son Wendy?" Seulgi juga terkejut melihat kehadiran Wendy yang dia tak pernah duga itu.

Wendy melepaskan tangan Suga lalu berusaha melangkah ke katil Seulgi dan terus memeluk Seulgi. Kedua orang itu menangis. Suga dan Jimin pula hanya diam dan memandang dua orang perempuan yang mereka sayang sangat itu.

"Aku risau dengan kau masa kau keluar dari rumah ibu hari tu. Aku tahu kau tak ada arah tuju masa tu. Tapi untung kau selamat dengan kawan baik Jimin" Seulgi berusaha tersenyum kerana bibirnya masih sakit.

"Kau pula. Aku dah tahu semua cerita. Sampai hati Wonwoo buat kau macam ni. Aku dah agak dah dia tu psycho. Dia selalu diam perhatikan kau. Aku tengok dia lain macam je. Tapi aku tak sangka dia sanggup buat kau sampai macam ni sekali! Tak guna punya lelaki!" marah Wendy.

"Ekhmm! kami masih wujud disini" kata Jimin.

"Yang sorang tu pun tak padan dengan kaki sakit. Ada je benda dia buat untuk tambahkan sakit kaki dia tu" Wendy menunduk malu. Dia pun tak rasa kaki dia berjalan laju tadi.

"Kaki kau kenapa Wendy?" tanya Seulgi.

"Tak ada apa.."

"Saya terlanggar dia malam tu" jawab Suga.

"Dah nak baik pun" Wendy cuba meyakinkan Seulgi. Dia tak nak Seulgi risaukan dia.

Tiba tiba pintu dibuka dengan kasar. Siapa pula yang tiada adab ni. Cari mati ke apa ni?

"Hey perempuan! Apa kau dah buat dengan anak aku hah?!" siapa lagi kalau bukan Jihyo yang datang menyerbu tak pakai helmet. Gary dan Taeyeon juga turut datang bersama.

"Saya minta maaf cik. Anak cik yang buat masalah dulu. Dia layak dapat apa yang saya buat" jawab Jimin.

"Kau cakap apa? Anak aku layak dapat macam tu? Anak aku layak ke mati? Hey sepatutnya perempuan ni yang mati!" jerit Jihyo.

"Sabar yeobo. Kita di hospital ni. Hormat sikit" pujuk Gary.

"Nak sabar macam mana? Anak kita dah mati yeobo dan ni semua sebab perempuan binatang ni!" terkejut semua orang yang berada disitu.

"Maaf cik. Saya bukan nak kurang ajar tapi cik ni dah melebih. Sebelum cik kata perempuan ni binatang, cik ada tengok anak cik tu binatang ke tidak? Cik tengok perempuan ni. Sampai terbaring dengan keadaan macam ni pun cik tak boleh nilai lagi yang mana satu binatang. Anak cik atau perempuan ni yang binatang?" jawab Suga. Dia tahu Jimin dah tak boleh jawab dengan mulut. Kalau ikutkan hati Jimin dah lama Jihyo terbaring di atas katil bilik sebelah kalau dia yang jawab. Jimin jawab tak pakai mulut tapi pakai tangan.

"Kau ni siapa? Nak masuk campur hal aku" marah Jihyo. Seulgi dah menangis. Jimin menahan marahnya.

"Dia suami Wendy" jawab Wendy tiba tiba.

"Amboi! Dah ada suami. Cepatnya" sindir Taeyeon.

"Kenapa? Unnie ada masalah ke kalau saya dah ada suami. Apa, unnie ingat saya jual diri saya" jawab Wendy. Dah dua tahun dia tahan dengan perangai Taeyeon.

"Ouh! suami kau. Eloklah suami isteri. Sama sama bodoh!" Gary menggeleng kepalanya melihat perangai isterinya. Nak larang pun tak ada gunanya. Jihyo tak kan dengar punya.

"Amboi sedap hati kata saya dengan suami saya bodoh. Kalau puan nak tahu, perempuan disebelah puan tu lagi bodoh. Kalau saya bodoh, dia dua kali ganda bodoh. Dia tak sedar perbuatan dia selama ni akan makan diri dia sendiri nanti" kali ni Taeyeon pula kena.

"Tak guna kau!" Taeyeon menolak kerusi terkena pada kaki Wendy yang berbalut itu. Wendy menahan sakitnya. Baru nak lega. Taeyeon menambah pulak.

"Kau ingat perempuan, kau jangan ingat kau menang selepas anak aku mati. Kau tunggu nasib kau. Perempuan tak guna!" Jihyo terus pergi dari situ.

Jimin terus memeluk Seulgi yang sudah menangis itu. Wendy juga kesian melihat keadaan Seulgi sekarang ini. Mereka berdua tak patut jadi keluarga Jihyo dulu. Kalau dia tahu akan jadi macam ni, jangan harap dia nak masuk keluarga Jihyo. Kalau boleh tak nak ada kena mengena langsung

"Sabar sayang. Perempuan tua tu pun perlu ingat yang awak ada saya. Saya akan jaga awak. Lepas awak dah boleh discharged nanti, awak akan tinggal dengan saya" pujuk Jimin.

Dia tak tahu Seulgi tinggal dengan keluarga teruk macam ni. Dia ingat Seulgi dilayan dengan baik. Rupanya tak.

"Terima kasih Jimin. Kenapalah saya bodoh sangat dulu" Seulgi menangis.

"Jangan cakap macam tu. Mungkin bukan masanya lagi. Tapi sekarang kita bersama lagi" Seulgi senyum.

"Bro aku rasa aku perlu baliklah. Nampaknya kaki isteri aku bertambah teruk pulak" sempat lagi Suga menyindir Wendy. Wendy menahan malu.

"Aku balik dulu Seulgi. Jimin tolong jaga kawan saya. Saya percayakan awak" Jimin hanya senyum.

"Jom isteriku" kata Suga lagi. Wendy memandang ke arah lain.

Tbc

#MASHIE에이핑크

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro