Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 21

"Hello Jimin. Awak tolong saya. Saya tak tahu saya kat mana sekarang ni. Yang penting semua hutan. Ada sebuah rumah disini. Saya minta tolong sangat awak dapat datang sini selamatkan saya. Saya tak selamat sekarang ni. Dan please...jangan datang sorang. Saya merayu sangat. Saya sayang awak Jimin" Seulgi menangis.

"Relax sayang. Saya akan cari awak sampai jumpa. Give me an hours. I'm sure I'll found you soon. I don't know the truth why you being like this but I'll save you first. Don't worry sweetheart. Please wait for me. I love you too..." telefon Seulgi dirampas oleh Wonwoo yang datang tiba tiba.

Seulgi ditarik keluar dari kereta. Pipi Seulgi ditampar sehingga Seulgi terjatuh. Wonwoo menarik tangan Seulgi lalu membawa Seulgi masuk ke dalam sebuah bilik.

"Siapa sebenarnya awak Wonwoo?" Seulgi menangis.

Wonwoo ketawa sebelum mukanya berubah serius semula.

"Betul kau nak tahu siapa aku?!" Wonwoo menarik rambut Seulgi.

"Kau lupa ke aku Jeon Wonwoo anak yatim piatu. Tiada ibu bapa! Lelaki yang kau tolak cinta dia mentah mentah just sebab kau pilih lelaki lain. Park Jimin bodoh tu! Kau lebih pilih dia dari aku. Kau ingat tak?!" tengking Wonwoo.

Seulgi cuba ingat semula. Semua betul cakap Wonwoo. Tapi dia cakap baik baik masa Wonwoo bagitahu dia Wonwoo suka dia. Bila masa dia tolak Wonwoo mentah mentah. Hmm..kalaulah dulu dia tak kahwin dengan Wonwoo mesti dia tengah happy sekarang dengan Jimin.

Seulgi terpaksa kahwin dengan Wonwoo sebab Wonwoo yang memaksanya kahwin. Wonwoo cakap kalau dia tak kahwin dengan Wonwoo, Wonwoo akan ambil semua harta keluarganya. Seulgi tak nak semua tu. Sebab tulah dia kahwin juga dengan Wonwoo. Disebabkan dia tak cinta Wonwoo, dia tak kan pernah bagi Wonwoo sentuh dia! Itu syarat dia pada Wonwoo sebelum mereka kahwin.

"Kau tahu kan aku cinta kau.." Wonwoo mengeluarkan pisau lalu diletakkan dibawa leher Seulgi.

"...tapi kau tak pernah cintakan aku. Kau lebih pilih lelaki bodoh tu lagi! Kenapa Seulgi?!!" Wonwoo menarik rambut Seulgi dengan lebih kuat.

"Saya tak boleh cintakan awak Wonwoo. Kenapa awak jadi macam ni? Kalau parents awak tahu, malu dorang nanti" Wonwoo ketawa seperti lelaki psycho. Atau Wonwoo sebenarnya memang psycho? Tapi kenapa Seulgi baru nampak sekarang ni?

"Parents? Kau rasa dorang tu parents aku ke?" Wonwoo smirk.

"Habis tu kalau bukan parents awak, dorang tu siapa?" tanya Seulgi lagi. Dia cuba untuk buat Wonwoo lupa yang dia letak pisau di leher Seulgi. Serius dia takut sekarang ni. Mana Jimin ni?

"Parents apa macam tu kalau selalu abaikan anak anak mereka. Kau ingat aku suka ke tinggal dengan dorang. Aku tak nak kekayaan dorang, aku nak kasih sayang dorang. Kau faham tak?!" Wonwoo menangis. Sah psycho.

"Tapi kau menambah lagi. Kau tolak cinta aku!" Wonwoo menoreh lengan Seulgi. Darah mengalir.

Seulgi menangis menahan sakitnya. Patutlah Wonwoo diam je masa dia jumpa Jimin hari tu. Rupanya, lelaki ni tunggu masa untuk balas dendam.

Pipi Seulgi ditampar berkali kali sehingga puas hati dia. Seulgi tiada daya untuk berlawan. Dia hanya menerima perbuatan Wonwoo. Kerusi yang ada di dalam bilik itu ditendang oleh Wonwoo lalu jatuh diatas kaki Seulgi.

Pintu dibuka dengan kasar oleh lelaki lain. Ya. Itu Park Jimin. Dia berjaya jumpa Seulgi dengan bantuan kawan kawannya. Wonwoo ketawa.

"Wah! hero kau yang kau tunggu tunggu dah sampai" kata Wonwoo.

"Apa kau buat ni Wonwoo?!" Jimin melihat Seulgi terlantar di atas lantai yang sejuk dengan air mata dan darah yang mengalir di hujung bibir dan tangan.

"Bagus kau sampai. Aku nak kau tengok depan mata kau sendiri perempuan kesayangan kau ni mati!" mata Jimin merah. Wonwoo mengarahkan pistol ke arah Seulgi.

Kawan kawan Jimin hanya melihat. Mereka tahu apa yang akan terjadi lepas ni. Kalau mata Jimin bertukar merah tu, mereka dah tahu. Mereka tak perlu susah susah lawan dengan Wonwoo. Jimin yang akan selesaikan semua.

"Kau buang pistol tu" Wonwoo ketawa.

"Aku cakap baik baik ni. Kau buang pistol tu" kata Jimin dengan tenang.

"Kau ingat aku nak ikut cakap..."

Bugh!

Jimin memukul Wonwoo. Terlepas pistol dari tangan Wonwoo. Jimin memukul Wonwoo dengan sekuat hati. Kemarahannya hanya kawan kawan dia yang tahu. Wonwoo juga memukul tapi Jimin lebih kuat. Akhirnya, dia dah tak boleh lawan. Wonwoo jatuh. Tidak lama kemudian, polis menyerbu masuk dan membawa Wonwoo.

Jimin melihat Seulgi yang terbaring tidak sedarkan diri itu. Sayu hatinya. Dia tak boleh bayang kalau dia terlambat tadi. Inipun dah cukup untuk buat dia rasa bersalah kerana datang lambat. Air mata lelaki Jimin mengalir. Seulgi sorang yang dapat buat dia jadi macam ni. Tubuh Seulgi diangkat lalu diletakkan di dalam keretanya.
Dia juga turut duduk bersama Seulgi dibelakang sambil memeluk Seulgi.

Polis membawa Wonwoo ke balai polis. Tidak lupa juga anak buah Wonwoo yang lain.

"Suga kau boleh tak bawa laju sikit" marah Jimin. Suga ialah kawan baik Jimin dan lima orang lagi. Mereka bertujuh memang rapat.

"Kau ni sabar boleh tak? Nanti tak pasal pasal kita sekali masuk hospital" marah Suga pula.

"Kau tahu kan macam mana aku sayang Seulgi. Aku perlu jaga dia" Suga mencebik.

"Eleh! macam kau sorang yang perlu jaga perempuan. Aku pun perlu jaga perempuan. Kalau aku mati siapa nak jaga dia nanti. Kaki dia pun belum sembuh"

Jimin mengelap darah yang keluar di hujung bibir Seulgi. Tidak lama kemudian, mereka sampai di hospital. Seulgi dibawa masuk ke dalam bilik kecemasan. Jimin dan Suga menunggu di luar.

"Aku rasa aku perlu baliklah. Esok aku datang lagi. Dah lewat ni" kata Suga. Dia risau Wendy sorang sorang dirumah pada waktu ni. Selalunya waktu ni dia dah sampai rumah.

"Aku faham. Thanks bro sebab tolong aku" Jimin memukul bahu Suga dengan perlahan.

"Itu gunanya kawan. Ha! Kau jangan lupa mandi dan makan. Aku dah masak dengan perangai kau" kata Suga. Jimin senyum.

"Aku tahulah" Suga balik ke rumahnya.

...

Sana menutup pintu pagar rumahnya dengan tergesa gesa. Macam mana hari ni dia boleh terbangun lewat. Shit! punya jam. Boleh pulak dia tak bunyi hari ni. Hampeh betullah. Semua pintu sudah dikunci. Belum sempat Sana nak buat larian olimpik pagi pagi ni, badannya sudah cium jalan depan rumah dia.

"Oh my God! Are you okay sweetheart?" Sana macam kenal suara tu.

"Saya o..k.." kata Sana.

Wait...

"Sejun?!" rupanya lelaki yang dia rawat selama ni yang dia belah.

"Yup! Awak okay tak ni?" Sejun membantu Sana bangun.

"Saya yang patut tanya awak. Macam mana awak boleh ada depan rumah saya sekarang ni? Kenapa tak rehat di rumah je" banyak sungguh soalan Sana. Sejun senyum.

Sejun melompat ditempat dia berdiri selama beberapa kali untuk membuktikan pada Sana yang kaki dia dah betul betul baik.

"Yah! janganlah buat macam tu?" marah Sana.

"You're too much worry about me sweetheart. I said I'm okay. Don't you trust me?"

"Fine. I'm trust you" akhirnya Sana mengalah.

"Awak mesti belum makan. Jadi, memandangkan kita dah sama sama lewat, apa kata saya bawa awak pergi makan. Badan awak pun dah kurus dan awak boleh anggap ni balasan saya pada awak sebab sanggup jaga saya masa saya sakit"

"Baiklah kalau awak cakap macam tu. Lagipun memang saya tengah lapar sekarang ni"

Sejun menghulurkan tangannya.

"Awak nak apa?" Sejun menarik tangan Sana dan memegangnya dengan erat.

"Awak still girlfriend saya. So, tak salah kan kalau saya pegang tangan awak?"

"Saya ingat saya girlfriend awak malam tu je"

"Mana boleh. Nanti Jungkook tahu mati saya. Satu rumah dengar dia ketawakan saya" Sana kecewa. Tangannya ditarik semula.

"Ermm...saya rasa saya perlu pergi sekolah sebab saya ada presentation dengan ahli kumpulan saya yang lain. Saya pergi dulu"

Sana berjalan meninggalkan Sejun. Perempuan mana nak lelaki yang tak ikhlas macam tu. Serius Sana sedih. Walaupun dah lewat, dia pergi juga sekolah. Lagipun ni bukan pertama kali dia lewat. Seronok apa pergi sekolah lewat. Tak payah nak berebut naik bas. Masa jalan masuk sekolah pun orang dah tak ada. Semua pelajar dah masuk kelas. Best apa.

Masa idea tengah banyak, tak boleh tulis selalu pulak. So faham fahamlah. Well 'Everybody say lalalala for BtsVelvet shipper'. Actually, saya memang ship dorang gila. Cute sangat!

#MASHIE에이핑크

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro