Chapter 20
Semua bersedih kerana Mijoo ingin meninggalkan mereka semua dan rumah besar ni. Joshua dan Mijoo sudah memutuskan untuk bercerai. Mungkin jodoh mereka tidak kekal lama. Gary dan Jihyo juga turut berada di rumah untuk melihat Mijoo untuk kali terakhir. Kalau itu yang terbaik untuk Joshua, Gary akan ikut walaupun berat hati dia melihat salah seorang menantu kesayangannya pergi meninggalkan rumahnya. Tapi tidak untuk isterinya Jihyo. Muka tak payah cakaplah. Dari mula Mijoo menjejak kaki di rumah itu, dia memang dah tak suka.
Taeyeon pula hanya senyum. Sekurang kurangnya satu dah pergi dengan rela hati. Jadi dia tak perlu susah susah fikir apa yang perlu dia buat untuk membuat Mijoo dihalau oleh Jihyo.
"Bye semua. Mijoo nak terima kasih sebab layan Mijoo dengan baik terutamanya Taeyeon unnie selama Mijoo tinggal sini. Mijoo happy sangat" Mijoo sengaja sindir Taeyeon. Taeyeon menahan marahnya kerana dia tahu apa maksud Mijoo sebenarnya.
"Appa. Terima kasih sebab sayangkan Mijoo macam anak sendiri. Ibu terima kasih sebab terima Mijoo jadi menantu ibu dulu" Mijoo menunduk hormat manakala Jihyo memandang ke arah lain.
Mijoo senyum pada Joshua untuk kali terakhir sebelum kakinya melangkah keluar dari rumah itu. Sebenarnya, Mijoo tak sedih pun. Ini yang dia nak sebenarnya. Keluar daripada neraka jahannam ni!
Saya harap awak bahagia Mijoo...
...
Bomi dan Chen berbual dengan Suga di ruang tamu. Suga pelik kenapa Wendy lari masuk dalam biliknya. Kaki Wendy tadi pun bukannya sembuh sepenuhnya lagi tapi dia boleh wat lex je lari macam kaki dah baik. Nak je Suga pergi tarik telinga tadi. Untung Chen dengan Bomi datang. Kalau tak dah lama dia pergi tarik telinga Wendy.
"Susah susah je buat air ni" kata Chen.
"Betul tu. Kenapa kau tak kahwin Yoongi? Sekurang kurangnya kalau kau kahwin, ada juga orang jaga makan minum kau. Ni tak. Cukup sebulan, kau pergi dobi hantar baju. Aku tahu kau orang kaya, tapi aku nasihatkan kau kahwinlah. Tak rugi kalau kau kahwin. Aku sure 100% kau akan happy nanti. Trust me" bebel Bomi.
Inilah sebab utama dia berfikir dua kali untuk membuka pintu rumahnya kalau Bomi datang. Perkara pertama yang Bomi akan utarakan ialah bab kahwin. Sensitif betullah. Kalau boleh dia nak halau terus dua laki bini ni. Kalau datang tak cakap pasal kahwin tak sah!
"Aku rasa kau patut balik. Aku dah cakap aku tak kan kahwin!" marah Suga.
"Sampai bila kau nak macam ni?" tanya Chen sambil meletakkan gelas air di atas meja.
"Sampai aku jumpa perempuan yang betul betul sayangkan aku dan boleh jaga aku sepenuh hati dia"
"Kalau kau rasa itu yang terbaik untuk kau, aku dah tak boleh nak cakap apa. Aku harap kau jumpa perempuan yang macam kau nak tadi" kata Bomi. Dia dah malas nak bergaduh dengan Suga pasal benda yang sama.
"Aku harap lepas ni, kau tak datang rumah aku lagi" kata Suga selamba.
"Yah! sepupu tak guna! Jangan menyesal lepas ni kalau aku dah tak datang sini lagi!" marah Bomi.
"Sabar sayang. Saya tahu Suga tak maksudkan langsung" pujuk Chen.
"Kau beruntung suami yang aku paling sayang ni ada. Kalau tak dah lama aku pukul kau!" marah Bomi lagi.
"Ha! aku nak tanya kau something" Suga menunggu pertanyaan Bomi.
"Masa aku nak masuk tadi aku ada nampak kasut perempuan. Kau bawa perempuan balik rumah ke?! Siapa perempuan tu? Baik kau cakap!" ugut Bomi.
Suga menunjukkan wajah biasanya yang tiada senyuman. Wendy curi curi lihat dari biliknya. Biliknya dan ruang tamu tidak jauh. Jadi, semua perbualan mereka dia dengar. Wendy berdebar sekarang ni. Dia tengah tunggu jawapan Suga. Adakah Suga akan beritahu semua tentangnya?
"Mana ada perempuan dalam rumah aku. Aku tinggal soranglah. Kau pun tahu kan. Kasut tu aku tersalah beli. Kau tahu kan fesyen orang sekarang. Kasut lelaki dengan perempuan pun hampir sama. Bukan kasut je, baju pun hampir sama. Aku tak boleh beza masa aku beli minggu lepas" terang Suga panjang lebar.
"Aku percaya kau. Kalau dapat tahu kat aku, kau bawa balik perempuan, siap kau" Bomi memberi amaran.
"Kisah pulak aku. Kau bukan ibu aku pun" kata Suga dengan selamba badaknya.
"Sayang jom balik. Nanti lewat apa pula ibu cakap nanti" Suga hanya mendengar.
"Sure husband. Jom" Bomi memaut lengan Chen. Mereka keluar dari rumah Suga.
Wendy berjalan keluar dari biliknya. Suga juga belum naik ke biliknya. Inilah masa yang sesuai untuk bercakap dengan Suga. Wendy berusaha berjalan dan duduk di sofa berhadapan dengan Suga. Kakinya bertambah sakit kerana tadi dia lari.
"Awak saya..."
"Macam mana dengan kaki awak?" soalan yang tak pernah Wendy fikir akan keluar dari mulut Suga sekarang ni.
"Kaki saya dah okay sikit" tipu Wendy.
Tiba tiba Suga bangun dan melangkah ke arah Wendy. Wendy tidak keruan. Suga menekan kaki Wendy dengan menggunakan tangannya. Wendy memejamkan matanya kerana sakit. Air matanya keluar kerana tak boleh tahan sakit. Walaupun Suga menekan dengan perlahan tapi tetap dia rasa sakit kerana kaki dia belum betul betul pulih.
Suga melangkah pergi dan datang semula bersama kotak putih yang mengandungi ubat ubatan. Suga melabuhkan punggung di sebelah Wendy. Kaki Wendy diangkat dengan perlahan lalu diletakkan di atas pahanya. Kain putih yang dibalut di kaki Wendy dibuka. Wendy memejamkan matanya. Dia tak sanggup melihat kakinya yang berdarah semula itu. Serius dia takut darah.
Suga membersihkan darah di kaki Wendy. Matanya juga curi curi tengok muka Wendy yang sedang memejamkan matanya. Cantik. Tidak lama kemudian, bibirnya terbentuk satu senyuman yang dah lama dia simpan sejak kedua ibu bapanya meninggal dunia. Dia tersedar semula. Adakah dia baru senyum? Argh! serius dia gila.
Suga membalut semula kaki Wendy selepas selesai mencuci darah.
"Dah siap" kata Suga. Wendy membuka matanya. Dia rasa bersalah sebab dah tipu Suga.
"Saya minta maaf kalau saya tipu awak. Saya ni memang jenis yang suka menyusahkan orang kan?" Wendy menangis lagi.
"Yup! awak memang menyusahkan tapi bukan bagi saya. Bagi saya awak perempuan yang kuat bukan menyusahkan orang" jawapan yang membuat Wendy berhenti menangis.
Suga mengangkat tangannya lalu mengelap air mata Wendy.
"Please don't cry. I hate woman who always crying in front of me. So please stop crying"
"Awak baik sangat Suga. Saya tak tahu macam mana nak balas budi awak nanti. Saya bukan orang kaya macam awak Suga" kata Wendy lagi.
"Saya tak suruh awak balas pun. Sekarang ni, jom saya bawa awak masuk bilik. Rehat" Suga mengangkat Wendy dan meletakkan Wendy diatas katil.
"Mulai malam ni awak jangan pernah keluar dari bilik ni. Jangan buat satu kerja pun dalam rumah ni" arah Suga. Wendy mengangguk. Dia tak kan melawan cakap Suga.
"Awak terima kasih sebab tak bagitahu tentang saya pada sepupu awak tadi. Terima kasih sangat" kata Wendy dengan ikhlas.
"Sama sama. Saya harap awak bosan cakap terima kasih" Suga terus ke biliknya. Wendy terpinga pinga. Dia masih tak boleh faham perangai Suga.
...
Seulgi pelik dengan Wonwoo hari ni. Kenapa Wonwoo tak pergi kerja hari ni? Suami dia tak sakit apa pun. Lepas sarapan tadi Wonwoo terus naik ke bilik. Yang lain semua pergi kerja. Lepas tu dia suruh Seulgi siap siap. Entah mana dia nak bawa Seulgi pergi. Tak pernah dia bawa Seulgi pergi jalan jalan.
"Kita nak pergi mana ni?" tanya Seulgi sebaik saja mereka masuk ke dalam kereta.
Wonwoo diam. Sejak akhir akhir ni Wonwoo tak banyak cakap. Mungkin dari mereka kahwin, Wonwoo memang tak banyak cakap macam hyung dia yang lain.
Lama juga mereka dalam kereta. Tidak lama kemudian, mereka sampai di sebuah rumah yang agak besar yang dikelilingi dengan pokok pokok besar. Kalau tak silap Seulgi, kawasan ni jauh dari bandar. Kenapa Wonwoo bawa dia datang sini? Tak ada apa yang menarik pun. Lainlah kalau Wonwoo bawa dia pergi pantai.
Tiba tiba Seulgi rasa lain. Macam ada sesuatu yang tak kena. Takut pun ada. Dua orang lelaki berbaju hitam membuka pintu pagar untuk mereka. Mereka masuk ke dalam kawasan rumah itu. Rupanya, bukan dua orang lelaki tadi je, ada ramai lagi lelaki yang berbaju hitam sama macam dua orang lelaki tadi. Lagi takut Seulgi tengok.
"Awak pergi turun dulu boleh tak? Saya nak tukar kasut kejap" kata Seulgi dengan ketakutan.
Wonwoo diam dan turun dari kereta. Lelaki lelaki tadi menunduk hormat lalu memberitahu sesuatu.
Seulgi pula cepat cepat mengeluarkan telefonnya. Dia tahu sesuatu yang buruk akan berlaku padanya nanti.
"Hello Jimin..."
Well..saya cuma nak cakap, saya harap korang tak kan lupa cite ni sebab nanti cite ni akan jadi macam kura kura walaupun cite ni dah memang macam kura kura dari dulu lagi. Update lambat. Keep supporting me love readers!
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro