Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 19

Jam menunjukkan pukul 10 malam. Wendy masih tak tahu nak pergi mana. Dia juga tak ada duit untuk menyewa sebuah bilik di hotel. Sekarang ini dia ada di perhentian bas. Banyak juga kereta yang lalu. Mungkin semua orang pulang ke rumah masing masing. Wendy melihat kereta yang berlalu lalang disitu. Patutkah dia melintas jalan itu supaya dia dilanggar dan terus pergi dari dunia ini.

Wendy bangun dan mengikut kata hatinya. Dia melihat sebuah kereta akan datang dari arah dia datang tadi. Kakinya berhenti di tengah jalan raya itu. Wendy memejamkan matanya dan tidak lama kemudian, badannya terjatuh di atas jalan itu. Dan yang pelik dia masih bernyawa. Cuma kakinya terasa sakit.

"Yah! Awak gila ke berdiri di tengah jalan macam ni!" marah pemandu kereta tersebut.

Mana taknya. Wendy berdiri di tengah jalan kut. Jadi, lelaki tersebut terpaksa brek kereta dia secara mengejut.

Wendy diam dan menangis. Lelaki tersebut rasa bersalah kerana membuat Wendy menangis. Dia panik.

"Jom saya hantar awak balik tapi sebelum tu kita pergi hospital. Cuci luka pada kaki awak" kata lelaki itu dingin. Tak senyum langsung.

"Sekejap saya nak ambil saya punya beg" Wendy cuba berjalan dengan kaki yang berdarah.

"Masuk" kata lelaki itu dengan tegas. Takut juga Wendy. Dia terus masuk dalam kereta.

Lelaki tadi mengambil semua beg Wendy dan memasukkan ke dalam kereta.

Mereka hanya diam hingga sampai di hospital. Lelaki tadi mengambil kerusi roda dan membantu Wendy duduk di atas kerusi itu.

Kenapa lelaki ni baik sangat dengannya?

Seorang doktor merawat kaki Wendy. Lelaki tadi juga turut berada disitu.

"Semua dah siap. Lepas ni cik boleh pergi kaunter untuk selesaikan beberapa dokumen dan bayaran" terdiam Wendy dibuatnya. Mana dia nak cari duit untuk bayar semua ni.

"Tak pe awak duduk sini. Saya uruskan semua" lelaki tadi berlalu ke kaunter.

Lelaki tadi menolak kerusi roda Wendy lalu meletakkan Wendy di dalam kereta dengan perlahan.

"Bagitahu saya alamat rumah awak. Saya nak hantar awak" Wendy panik.

Dia nak bagitahu dimana? Rumah Jihyo? Hell no! Sampai mati pun dia tak kan jejak kaki di rumah itu lagi!

"Saya tak ada rumah. Saya baru kena halau dari rumah ibu mertua saya dan suami saya ceraikan saya" Wendy berterus terang. Lantaklah apa lelaki ni nak cakap. Nak suruh dia turun dari kereta ni pun dia dah tak kisah.

Lelaki tadi hanya diam lalu memandu keretanya. Wendy tak tahu mana lelaki nak bawa dia pergi. Tapi dia dah tak kisah. Lelaki ni nak bunuh dia sekalipun, dia sanggup. Dah tak guna dia hidup kalau semua orang dah bencikan dia.

"Nama saya Min Yoongi. Awak boleh panggil saya Suga" kata lelaki itu tiba tiba.

"Ya terima kasih sebab tolong saya. Awak boleh panggil saya Wendy" suasana di dalam kereta Suga kembali hening.

Rumah sederhana besar kelihatan. Hanya sebuah rumah yang terletak di kawasan ini. Jadi, semestinya ni rumah Suga. Dari luar, rumah ni nampak unik. Hanya cermin yang dijadikan dinding. Lampu hiasan di dalam rumah itu juga kelihatan. Kebetulan, sekarang dah malam. Jadi rumah ni memang bapak cantiklah.

Tangan Wendy dilingkarkan di lengan sado Suga. Hati Wendy tidak keruan dengan perlakuan Suga. Dia berjalan dengan bantuan Suga. Apabila kakinya melangkah masuk ke dalam rumah Suga, dalam otaknya terus terlintas perkataan cantik, unik dan menarik. Walaupun rumah ni tak besar macam neraka dia tinggal dulu, Wendy tetap suka. Kalau dia diberi pilihan, dia akan pilih rumah ni daripada neraka jahannam tu!

Lagi menarik, Wendy perlu turun ke bawah untuk ke ruang tamu. Jadi pintu masuk berada di atas.

"Bilik awak dibawah sebelah kanan. Bilik saya di atas disebelah kiri. Kalau awak ada apa apa boleh tanya saya terus" mereka berhenti betul betul di depan bilik Wendy. Suga menunjukkan biliknya dari bawah tempat mereka berdiri. Wendy hanya mengangguk.

"Awak" Suga berhenti melangkah dan menoleh sedikit ke arah Wendy.

"Terima kasih sebab izinkan saya tinggal di rumah awak" Suga hanya mengangguk sedikit dan terus naik ke atas.

Wendy pula masuk ke dalam biliknya. Badannya dihempap di atas katil. Letih. Itu yang dia rasa sekarang ni. Matanya melihat setiap sudut bilik ini. Dia ingat dia akan tidur di tepi jalan tapi semua tu dah lenyap. Sekarang ni dia sedang baring diatas katil yang empuk dan besar. Tinggal di dalam rumah unik bersama seorang lelaki handsome yang muka macam Suga dari kumpulan BTS. Serius dia tak pernah fikir semua ni. Tapi apapun dia bersyukur.

...

Seperti biasa, mereka akan bangun awal untuk menyediakan sarapan pagi. Taeyeon hanya berjalan sambil melihat yang lain buat kerja. Benci pula mereka tengok Taeyeon. Yuri mengambil roti lalu berjalan ke tempat pembakar roti. Bahu Taeyeon sengaja dilanggarnya. Puas hati dia melihat Taeyeon yang hampir cium lantai tadi. Mereka semua membuat kerja tanpa menghiraukan Taeyeon.

Taeyeon berjalan lagi lalu belakang Chorong sengaja dilanggarnya. Chorong yang sedang memotong beberapa biji tomato terhiris jari dia sendiri. Darah mengalir keluar dengan laju. Chorong terus membasuh jarinya. Seulgi yang melihatnya terus mengambil plaster yang menampalkan di jari telunjuk Chorong. Chorong hanya diam melihat Taeyeon.

"Itu baru sikit. Game baru start je. Tak kan dah nak marah" bisik Taeyeon.

Chorong menahan marahnya. Nak je dia tikam perut Taeyeon dengan pisau yang dipegangnya sekarang ni. Tapi dia masih waras. Dia tak nak dicop pembunuh.

"Fine. One day everyone will know who the loser and who the winner for your damn game!" marah Chorong.

Chorong terus pergi dari situ. Jihyo yang baru datang juga terkejut melihat Chorong yang hanya berjalan tanpa melihat wajahnya. Berani Chorong tinggalkan dapur macam tu je!

"Amboi! semakin hari semakin kurang ajar! Kau tunggu Park Chorong!" marah Jihyo. Yang lain hanya diam sambil membuat kerja masing masing. Mereka malas nak cari gaduh dengan Jihyo.

"Siapa yang buat susu ni?!" tanya Jihyo sambil merasa susu yang entah siapa buat.

"Tzuyu ibu" jawab Tzuyu.

"Kenapa kau buat tak rasa susu. Kedekut susu betul! Setahu aku, aku yang beli semua barang dapur ni! Macam mana anak aku nak makan kalau susu tawar macam ni! Rupa susu pun tak ada!"

Terus segelas susu dibuang ke muka Tzuyu. Semua terkejut. Sebenarnya Tzuyu dah buat susu itu dengan betul tapi Taeyeon sengaja menambah air ke dalam susu itu.

Tzuyu membasuh mukanya. Jihyo pula sudah melabuhkan punggungnya di kerusi meja makan. Taeyeon ketawa. Dia tahu, tiada sorang pun yang berani lawan dengan dia sekarang ni. Sekarang kuasa di tangannya.

Taeyeon bertuah kerana Tiffany balik ke rumah mommy nya. Kalau tak Tiffany akan tahu perangai sebenarnya dirumah ini.

...

Matahari sudah bertukar bulan. Suga baru balik kerja. Untung Wendy sempat siapkan makan malam. Dia dah cakap dengan Suga yang dia tidak akan duduk seperti tuan puteri. Walaupun kakinya belum pulih sepenuhnya, dia akan siapakan semua keperluan Suga dan membuat semua kerja dalam rumah ni.

Wendy menghidangkan makanan di atas meja. Suga baru turun dari biliknya dan duduk di meja makan. Mungkin baru sudah mandi kut. Tapi handsome gila Suga malam ni.

"Awak teman saya makan" Wendy tersedar dari imaginasinya. Dia terus duduk berhadapan dengan Suga.

Wendy tak pernah ingkar arahan Suga. Semua arahan Suga diturutinya. Dia sedar dia siapa dalam rumah unik ni. Jadi dia akan patuh cakap Suga walaupun mereka tiada apa apa hubungan.

Tiba tiba loceng rumah berbunyi. Wendy melihat melalui camera dalam rumah. Muka sepasang suami isteri yang dia kenal nampak di dalam camera itu.

"Siapa yang datang?" tanya Suga yang muncul di belakang Wendy. Terkejut perempuan itu dibuatnya.

"Emm..tak tahu" Suga melihat camera itu.

"Ouh..sepupu saya datang. Bomi dengan suami dia Chen. Tak pe saya buka pintu" kata Suga.

Lega hati Wendy. Sekurang kurangnya, dia tak perlu berhadapan dengan suami isteri itu. Wendy terus pergi dari situ.

Sorry for the one who asked me to do ChenMi moment. You had to wait for the next chapter. I'm sorry. I'll update soon^^

#MASHIE에이핑크

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro