Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 18

Joshua melangkah masuk ke dalam biliknya dan melihat Mijoo sedang berdiri di balkoni bilik mereka sambil bercakap telefon. Mijoo tidak perasan Joshua masuk ke dalam bilik mereka. Joshua baring di atas katil sambil bermain IPad.

"Love you too" jelas Joshua mendengar perkataan itu keluar dari mulut Mijoo.

Mijoo terkejut melihat Joshua sedang berbaring dia atas katil sambil bermain IPad. Dia melangkah dengan perlahan dan melabuhkan punggung di sebelah Joshua.

"Awak dah lama masuk?" tanya Mijoo.

"Boleh saya cakap sikit?" terus hati Mijoo tidak keruan. Adakah Joshua mendengar perbualan dia dengan cinta pertamanya? Kalau dia dengar memang tamatlah riwayat dia.

"A..awak nak cakap apa?" tanya Mijoo. Takut juga dia.

"Saya boleh lepaskan awak kalau awak lebih sayang lelaki lain. Awak cuma bagitahu saya awak nak teruskan perkahwinan kita atau tak. Tak guna kita habiskan hidup kita dengan orang yang kita tak cinta" Mijoo tahu ini yang akan keluar dari mulut Joshua.

Sebenarnya Mijoo pun keliru. Adakah dia patut bercerai dengan Joshua? Mijoo memejam matanya lalu membuka semula.

"Baiklah. Nampaknya kita perlu selesaikan hubungan kita sampai disini. Mungkin kita tiada jodoh. Saya tahu awak pun sayangkan kawan awak sekarang ni. Saya tahu dia lebih cantik daripada saya. So, let's divorce. Saya minta maaf tapi saya tak rasa apa apa bila saya nampak awak berbual dengan kawan awak. And last, saya cuma nak cakap terima kasih sebab tak pernah sentuh saya selama kita kahwin" Joshua memeluk Mijoo. Mungkin untuk kali terakhir.

"Saya pun nak cakap terima kasih sebab sudi jadi isteri saya selama setahun. Terima kasih sangat. Saya janji saya akan cepatkan proses penceraian kita. Saya tak kan biar awak tinggal di dalam rumah yang seperti neraka ni" Mijoo senyum.

"Terima kasih Joshua. Saya harap ni keputusan yang terbaik untuk kita" Joshua mengangguk.

...

Sehun memandang pemandangan di hadapannya. Pemandangan yang cantik kalau dilihat pada waktu malam. Ya Sehun sedang berdiri di hadapan laut biru yang terletak di Maldives. Sudah sebulan dia tak masuk kerja. Kerjanya semua Youngdoo yang handle. Ini juga merupakan salah satu sebab kenapa dia tak nak bercinta. Dia takut hati dia akan terluka macam sekarang dan dia tak boleh lupa perempuan yang dia dah terlanjur mencintai. Sehun benci semua ni!

...

Semua diminta Jihyo untuk berkumpul di ruang tamu tingkat 2 selepas makan malam. Mereka juga tak tahu kenapa Jihyo suruh mereka berkumpul. Muka Jihyo tak payah cakaplah. Memang muka singa yang dia tunjuk. Gerun juga. Chorong juga terpaksa keluar. Niatnya cuma nak duduk dalam bilik tapi dia dipaksa Suho untuk keluar.

"Kamu tahu sebab apa ibu suruh kamu semua berkumpul sekarang?" tanya Jihyo yang tak ubah seperti warden asrama. Taeyeon berdiri di sebelah Jihyo.

Hera pula sudah tertidur di dalam di bahu Jungkook. Akhir akhir ni Hera rapat dengan Jungkook kerana Jungkook selalu beli aiskrim. Sebab tu dia suka Jungkook.

Mereka semua menggeleng kepala.

"Kalau kamu semua nak tahu, cincin perkahwinan ibu dah hilang!" semua terkejut.

Gila kalau cincin tu hilang. Harga sebentuk cincin tu sama harga dengan tiga biji kereta Audi. Memang mahal lah!

"Hilang dimana ibu?" tanya The8.

"Kalau bodoh tu, jangan tunjuk sangat. Kalau ibu tahu, ibu tak kan tanya korang" semua menahan tawa mereka.

The8 terus masuk ke dalam biliknya kerana malu + marah.

"Ibu dah check semua bilik tapi tak ada. Sekarang ni ibu nak kamu semua check dalam poket baju atau seluar masing masing" arah Jihyo.

Jungkook hanya melihat. Baju mahupun seluarnya tiada poket. Jadi, lebih baik dia pergi bilik Baekhyun letak Hera atas katil. Sakit dah tangannya. Hera pun boleh tahan berat. Makan apalah budak ni.

"Awak tolong saya masuk bilik. Saya nak rehat. Tak guna pun kita tunggu sini" kata Sejun. Sana hanya mengikut. Betul juga cakap Sejun. Tak guna pun mereka tunggu sini sebab dah sah sah bukan mereka yang curi.

Sana membantu Sejun berjalan.

Wendy merasa dia menyentuh sesuatu di dalam poket baju tidurnya. Dia memegang sebentuk cincin. Sekarang ni semua mata tertuju padanya. Ya, itu cincin milik Jihyo. Jihyo mengambil cincinnya di tangan Wendy dengan kasar. Wendy juga tak tahu macam mana cincin yang bapak segala mahal itu boleh ada dalam poket baju tidurnya. Setahunya ini kali pertama dia pakai baju tidur ni. Hmm..pelik.

Tiba tiba lima jari melekat pada pipi Wendy. Pedih! Itu yang Wendy rasa.

"Aku tak sangka kau sanggup curi cincin yang paling aku sayang! Mulai sekarang, aku tak nak tengok muka kau. Kau pergi dari rumah aku sekarang. Aku tak nak ada pencuri tinggal dalam rumah ini!" tengking Jihyo.

Tzuyu bersembunyi di belakang Mingyu. Takut sangat dia tengok Jihyo marah. Mungkin dia tidak pernah tengok seorang ibu menengking anaknya tanpa usul periksa terlebih dahulu. Tangan Mingyu dipeluk.

"Sayang okay?" tanya Mingyu. Risau juga tengok isteri kecilnya itu.

"Saya takut" jawab Tzuyu. Mingyu senyum. Bahu Tzuyu dipeluk untuk menenangkan Tzuyu.

"Saya tak rasa Wendy buat semua ni" kata Bomi kepada suaminya Chen.

"Saya pun rasa benda yang sama. Saya kenal keluarga Wendy. Keluarga mereka semua baik baik" jelas Chen.

"Awak saya tak buat awak" Wendy cuba memujuk Vernon tapi Vernon hanya buat tak tahu.

"Pencuri mana nak mengaku kesalahan dia" sindir Taeyeon.

"Mulai dari sekarang, awak bukan isteri saya lagi" Vernon terus masuk ke dalam biliknya.

Taeyeon tersenyum menyindir.

"Baiklah kalau semua orang tak percayakan saya. Dengan senang hati saya keluar dari neraka jahannam ni!" Wendy berjalan bersama air matanya. Kakinya berhenti betul betul depan Taeyeon dan Baekhyun.

"Akhirnya tercapai juga hasrat kau nak tengok aku keluar pada rumah ni. Tahniah! Mungkin kau boleh happy sekarang tapi kalau aku jumpa kau diluar, jangan harap aku nak tolong kau!" semua terkejut dengan kata kata Wendy.

"Baekhyun oppa. Tolong jaga isteri kesayangan oppa ni baik baik. Jangan sampai dia buat pada orang lain macam apa yang dia dah buat pada Wendy sekarang ni. Oppa ni baik tapi kesian oppa dapat isteri hati yang tak pernah boleh wangi ni. Wendy minta maaf kalau Wendy kurang adab but sooner or later you'll know your wife bad attitude that you never know. I wish you best of luck oppa" Wendy senyum.

Wendy mengemas barang barangnya lalu keluar dari rumah Jihyo. Tak guna dia tinggal dalam rumah ni. Dia dah tak ada hubungan dengan siapa siapa lagi. Suami sendiri pun percaya. Jadi, tiada sebab untuk dia terus tinggal dalam rumah ni. Sampai di depan pintu pagar, tiba tiba Chorong memeluknya. Terkejut Wendy. Tzuyu juga turut memeluk mereka.

"Unnie. Unnie buat apa di luar ni. Sejuk" Chorong menangis.

"Bodoh! Dalam keadaan macam ni pun Wendy still risaukan unnie. Unnie yang patut risaukan Wendy. Sekarang dah malam Wendy. Wendy nak pergi mana? Rumah Wendy bukan di Seoul tapi di Busan. Esok jelah balik. Kalau jadi apa apa pada Wendy macam mana? Unnie risaulah" Wendy hanya senyum.

"Betul cakap Cho unnie. Mana unnie nak pergi malam malam ni?" kata Tzuyu pula.

"Terima kasih sebab risaukan Wendy. Tapi Wendy tetap kena pergi dari sini dan sampai mati pun, Wendy tak kan jejak kaki mahupun tengok muka pemilik rumah ni. Wendy nak mula hidup baru tanpa orang yang Wendy sayang. Wendy nak lupakan semua kenangan Wendy selama tiga tahun Wendy disini tapi unnie jangan risau. Wendy tak kan lupakan unnie dengan Tzuyu dan yang lain. Wendy pergi dulu"

Wendy melangkah pergi. Entah dimana dia nak tidur malam ni.

"Yah! Son Wendy!" jerit Chorong.

Wendy hanya berjalan tanpa menoleh ke belakang.

"Sabar Cho unnie. Mungkin Wendy unnie perlukan masa untuk semua ni" pujuk Tzuyu.

Done for this chapter. Hope suka. Well, I lost the voters but its ok I'm not lost the readers.

#MASHIE에이핑크

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro